Mestika: Curse In Disguise

Description

 

Jinyoung bukan seperti yang semua orang sangka.

Selama ini, dia menyimpan sebuah rahsia.

Rahsia itu merupakan sebuah misteri bagi Jinyoung sendiri,

sehinggalah dia menyedari bahawa kewujudan dirinya sendiri merupakan satu sumpahan.

 

 

Title : Mestika, Curse In Disguise
Author : lunaticmoon
Genre : Urban fantasy, action
Characters :  Jinyoung, Suho, Yugyeom
For Galaxy Fairy Malay Writing Contest

 

Review by Azalea's Moments Review Shop

 

 

Foreword

 

Yugyeom  berlegar-legar di  sekitar rumah apartmen yang didiami tujuh jejaka muda itu. Peliknya, sekarang cuma ada enam orang di rumah ini. Yugyeom menggaru kepala. Sekarang pukul empat pagi dan mereka semua sepatutnya sudah berada di rumah. Mana Jinyoung?

 

 

 

Jam 4.10 pagi.

 

Jalan raya sunyi sepanjang kawasan perumahan. Waktu begini Jinyoung gemar bersendirian di luar. Di mana tiada orang awam, di situlah kebebasan buatnya. Tiada sebarang kekangan sebagai seorang selebriti, mahupun sebagai manusia yang memiliki kuasa luar biasa yang bisa merubah nasib negara.

 

Setelah menghabiskan masa selama sejam berlari di kawasan sekitar, Jinyoung melabuhkan punggung di salah sebuah bangku batu yang menghadap sebuah tasik buatan yang besar. Dia membetulkan earphone di telinganya dan memperlahankan volum muzik yang didengarinya.

 

Jinyoung mencapai seketul batu kecil lalu mencampak batu kecil itu ke arah tasik. Percikan air yang kecil tadi dengan tenang menjulang tinggi sehingga mencecah ketinggian bangunan lima tingkat. Jinyoung sekadar memerhati sambil tersenyum lebar. Dia mengangkat jari telunjuknya lalu diputarkan mengikut rentak lagu yang terpasang di Ipod miliknya. Pada waktu yang sama, percikan air yang  tinggi tadi turut berputar di tengah-tengah udara mengikut gerak jari pemuda tersebut. Jinyoung tertawa, terhibur melihat air tasik tersebut menari mengikut rentak yang diatur.

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
NLessme #1
Chapter 1: Daebak! Itu perkataan yg sesuai utk story ni..good job authornim..saya dpt rasakan emosi jinyoung dan yg lain dlm cerita ni :) wktu yugyeom ditembak, huh, saya hampir mnangis..faham2 lah saya ni sensitif orgnya ^_^
Apa2 pun gud luck utk contest tu..
I trust you! and jinyoung..hehe
SeKaiStalker
#2
Chapter 1: one word: DAEEEEEEEEEEBAK !!

sy x tau komen panjang2..tp cite ni best and extravagant *^*
Hundotlove
#3
Serius melompong mulut saya baca hahaha.


LOL maknae line pergi buat kelab dangdut joget lagu AOA haha. Lampu club tu mesti yang Yugyeom tunjuk dalam IGOT7 haha. Dorm diorang boleh buat club.


Huwaa rasa nak nangis jer Jr ni memang baik hati betul nak tolong Yugyeom meh. Hei Suho jahat nye kau ni hantuk kepala kat dinding an.


Good Luck author nim ^^
Hundotlove
#4
Wow fantasy tak banyak orang buat fanfic Got7 sebagai main character. Tak sabar nak baca ^^ Update kalau tak busy meh