Hyung, please stop hate me

Our Story

   

        


"Ini,Hyung saya nama dia Kidoh"Kata Jungkook memperkenalkan abangnya pada Jiyoon.

Start~~ (Part2)

"Ne,Noona sudah kenal"Balas Jiyoon tersenyum.


Kidoh mengambil tempat untuk duduk disebelah Jungkook.


"Kamu orang yang kembar saya marahkan kan hari tu?"Tanya Kidoh.


"Ye..."Balas Jiyoon singkat dan berusaha menjadi ramah kerana dia melihat Kidoh orang yang baik dan sopan.


"Awak jangan ambil hati sangat dengan dia tu..Dia memang macam tu.Semua dia nak marah hehe"Kata Kidoh sedikit bergurau.


Jiyoon hanya tersenyum.


"mana lelaki yang selalu dengan awak tu?"Tanya Kidoh.


"siapa?Hojoon?"Tanya Jiyoon memastikan.


"uhmm..mungkin"Balas Kidoh tidak pasti.


"Oh ...dia ada kelas jadi tak boleh nak join"Balas Jiyoon.


"Oh.."Jawap Kidoh singkat dan tersenyum.


Kidoh dan Jiyoon mulai berbual rancak manakala Jungkook hanya memerhati.

(Skip)
1 minggu kemudian~~

Pada waktu malam Jin,Jungkook dan Kidoh bersiap sedia untuk makan malam mereka.Jungkook menolong Kidoh meletakkan segala makanan di atas meja manakala Jin hanya hanya melihat.Semasa Jungkook ingin meletakkan makanan dihadapan Jin,tiba tiba kaki Jungkook tergelincir dan menyebabkan makanan yang dipengang Jungkook terjatuh keatas Jin.Jin yang terkejut melihat bajunya yang sudah dipenuhi makanan.Jin yang hilang sabar bangun dan menampar Jungkook.


"Kau buta ke!kau tak nampak ke?aku ni manusia ke makanan!"Tengking Jin lalu menolak bahu Jungkook.Jungkook hanya diam tidak mampu membalas balik,airmatanya mengalir.Kidoh yang mendengar suara kekecohan dari ruang makan terus menuju ke situ.


Sesampainya ,Kidoh diruang makan.Kidoh melihat Jungkook yang menangis dan makanan yang bertaburan di lantai dan di maju Jin.Kidoh terus menghampiri Jungkook.


"Jungkook?kenapa ni?Ya!Jin stop!"Marah Kidoh.


"Apa yang stopnya..budak tu kotorkan baju aku!tumpah kan makanan tu kat baju aku...dia ingat aku beli berapa ni!"Tengking Jin pada Kidoh dan Jungkook.


"Jin..cakap sopan sikit dengan aku!"Marah Kidoh balik.


"Kau yang tak abis abis nak bela dia pehal.Kau ingat baju ni murah ke?aku beli mahal!"Balas Jin.


"Ya!Shikkireo!kau rasa harga adik kau mahal ke?baju kau mahal?kalau kau nak berkira sangat nanti aku bayar balik!tak payah risau!"Balas Kidoh.


"Berapa kali aku nak cakap kat kau.."Kata Jin lalu menghampiri Kidoh dan Jungkook.


"Aku takde adik macam dia"Kata Jin sambil menunding jari kearah Jungkook dan ayat itu membuat hati Jungkook berkecai.


"Kalau tak sebab dia ni...Omma,Appa masih ada kat sini!"Kata Jin lagi lalu berlalu dari situ,


"Ya!Jin kembali ke sini dan minta maaf!"Jerit Kidoh.


"Aku taknak minta maaf kepada orang yang buat Omma dan Appa mati"Kata Jin sedikit berbisa.

Flashback>>

Pada suatu hari,Jin mengajak Omma dan Appa nya ke sekolahnya kerana Jin memasuki pertandingan Battle Of The Band.Jin ingin menunjukkan bakatnya kepada Appa dan Omma -nya namun hasratnya terhenti apabila Appa dan Omma-nya lebih memilih untuk sekolah Jungkook.Bagi Jin,Appa dan Omma -nya lebih menyanyangi Jungkook.Dari pandangan matanya,Jungkook yang terbaik.


"Omma,hari ini..Omma pergi tengok tak Jin bertanding?"Tanya Jin.


"Kamu masih menyertai pertandingan itu?"Tanya Appa Jin.


"Mian..tapi Jin memang ingin masuk pertandingan tu"Balas Jin.


"Appa!dah cakap berapa kali..pertandingan itu tak penting untuk kamu!kau kena usahakan perniagaan Appa!"Marah Appa-nya.


"Appa boleh suruh Kidoh!"Balas Jin.


"Kidoh akan mengusahakan perniagaan Omma...Jin tolonglah untuk satu hari berhenti bercakap tidak sopan dengan Appa kamu"Marah Omma-nya pula.


"Jin,kurang hajar.."Kata Jin tidak berpuas hati dan memilih untuk diam seketika.


"Jadi Omma dan Appa taknak datang?"Tanya Jin.


"Tidak Appa dan Omma harus kesekolah Jungkook.Untuk melihat pertandingan tariannya"Balas Omma-nya.


"heh..Jungkook lagi.."Kata Jin lalu berlalu dari situ.

4Jam Kemudian...

Jin mendapat telefon dari pihak hospital yang mengatakan Omma dan Appa-nya mengalami kemalangan.Jin terpaksa membatalkan pertandingannya lalu menuju ke hospital.Sesampainya,Jin di hospital.Jin melihat Kidoh dan Jungkook sedang menangis di hadapan bilik kecemasan.


"Kidoh,Mana Omma?Appa?"Tanya Jin.


"Didalam"Balas Kidoh dalam tangisannya.


Jin hanya dapat pasrah dengan kejadian yang menimpanya sekarang.Airmatanya juga sudah mengalir.Beberapa menitkemudian,seseorang doktor.Keluar dari bilik kecemasan itu dengan pantas Jin,Jungkook dan Kidoh menghampiri doktor.

"Bagaimana dengan keadaan Appa dan Omma saya?"Tanya Kidoh.


Pada permulaanya doktor itu hanya diam namun akhirnya dia bersuara.


"Maaf..mereka sudah pulang pada penciptanya.."Kata Doktor itu perlahan dan berlalu dari situ.Tidak dapat digambarkan keadaan mereka sekarang,kesedihan dan bunyi tangisan memenuhi ruang kecemasan itu.Tiba tiba Jin teringat sesuatu pandangannya teralih ke Jungkook dan dengan pantas Jin menuju ke Jungkook.


"Sebab kau Appa dan Omma mati!"Marah Jin lalu menolak Jungkook.


"Jin apa benda ni!gila ke"Marah Kidoh lalu menghalang Jin untuk memukul Jungkook.


"Sebab budak ni!Appa dan Omma mati!Kalau tak sebab pertandingan tarian bodoh kau tu!!Appa dan Omma tak mati!!"Marah Jin.


"Maafkan Jungkook,Jungkook tak tahu benda ni nak jadi!"Balas Jungkook berhati hati.


"dari dulu Omma dan Appa selalu sebut kau!kau dan kau yang bagus!tapi sekarang aku nak sebut!Kau membawa sial!!"Kata Jin sedikit kasar.


"Jin jaga emosi!apa yang kau cakap ni!dia adik kau!"Marah Jin.


"Aku takda adik macam dia!sebab dia juga dia lah..aku terpaksa batalkan pertandingan aku hari ni!Impian aku hancur dalam sekelip mata!"Balas Jin dan berlalu pergi dari situ.


Jungkook melihat Jin yang berlalu pergi dari situ.


"Hyung,tolong jangan bencikan aku,aku tak tahu benda ni akan terjadi"Kata hati Jungkook.


"Kidoh Hyung maafkan aku"Kata Jungkook lalu memeluk Kidoh dan menangis dibahu Kidoh.

FlassbackEnd

Jungkook mengenang kembali kejadian 5 Tahun dahulu sampai sekarang Jin masih tidak mahu memaafkannya.Dengan perlahan Jungkook menurunkan badannya untuk duduk berjongkok.Perlahan lahan tangannya mengutip sisa sisa makanan yang jatuh tadi.


"Biar hyung buat"....

 

To Be Countinue With Chapter 3 *I hope some day! Hyung, will stop blame me*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jjpunghi #1
Chapter 2: eventhough i dont really good for malay but this one is really good. i must say that. anyway if u dont mind can i translate it to english? you can post it at ur account
windbubblesehun
#2
Chapter 1: Nice ^^ but better kalau lepas titik, " , or anything awk space kan..nmpak kemas skkit ehe
DndaJJ #3
Update soon^^