You're my friend Bacon

We still friend right?

 

"Aik peliknya pahal lampu bilik budak dua ekor ni dah tutup.Selalunya diorang la yang suka bazirkan elektrik main game malam-malam buta.Pelik bin lampu ali baba betul la.Baik aku gi check." Suho ketuk pintu bilik yang bertampal 'Chanbaek Room'.Tak ada suara.perlahan-lahan Suho memulas tombol pintu dan meninjau ke dalam.Di suatu sudut kelihatan satu susuk tubuh yang agak besar.Walaupun gelap Suho masih dapat cam badan dongsaeng dia."Chanyeol?"

 

Chanyeol yang tadinya termenung jauh pun mengangkat muka dan memandang Suho yang tengah berdiri depan pintu."Oh Suho hyung,kenapa.Nak minta tolong ambil Ramyun atas kabinet lagi ke?" Chanyeol menekup muka dia dengan bantal bila Suho buka lampu.

 

"kau ni dah kenapa duduk dalam gelap sorang-sorang.Macam orang baru putus cinta je hyung tengok.Kamu ada masalah ke?Cuba cerita dengan hyung."Tanpa dipelawa Suho ambil tempat di sebelah Chanyeol.

 

"Tak ada pape la hyung,hal kecik je.Tak ada kena mengena dengan masalah negara pun.Hahaha" Chanyeol cuba mengelak dari menceritakan perkara sebenar pada Suho tapi Suho tau yang Happy Virus diorang ni ada benda yang dia tengah pendam.

 

"Chanyeol jangan cuba nak tipu hyung.Baik Chanyeol bagitahu sekarang,kalau tak hyung panggil Kyungoo." Air liur Chanyeol terus tersekat bila dengar nama tu.Kalau Kyungsoo campur tangan habis la dia.

 

"Okay 2x.Orang cerita dekat hyung,just please jangan panggil Kyungie.Well sebenarnya hyung orang rasa macam Baekhyun cuba jauhkan diri.Hari ni pun dah masuk berapa hari dia tolak pelawaan orang,bila ajak main game or makan sama-sama ada je alasan dia.Letih la,tak ada selera la and yang terbaru ni dia cakap dia ada date dengan Taeyeon noona.Apa yang orang nampak bila hubungan diorang dah tersebar makin galak pula dia menghilang.Kalau berterusan macam ni mesti hubungan kitorang akan renggang." Suho perhatikan riak muka Chanyeol.

 

Sebenarnya bukan Chanyeol sorang je yang rasa macam tu,member lain turut perasan akan perubahan Baekhyun tapi diorang biarkan je,mungkin sebab Baekhyun still dalam Love Mode.Bahu Chanyeol di tepuk lembut. "Perasaan kau je tu,tak ada apa la.Dah la,jom hyung belanja makan aiskrim.Hyung nak gi ajak yang lain dulu." Suho bangkit dari katil Chanyeol dan terus berjalan ke arah pintu tapi belum sempat dia keluar.

 

"Suho hyung...Gomawo"

 

***

 

Berita tentang hubungan Baekhyun dengan Taeyeon makin tersebar luas dan bayang Baekhyun jarang kelihatan di practice room mahupun dorm.Seperti biasa,setiap malam atau lepas je balik dari latihan Chanyeol akan ajak Baekhyun makan bersama atau main game tapi seperti biasa juga Baekhyun akan menolak dengan 1000 alasan.Chanyeol risau kerana makin hari persahabatan diorang makin renggang.

 

Pernah juga satu hari tu perasaan yang dipendam oleh Chanyeol meletus kerana Baekhyun tidak hadir ke parti hari jadi dia sendiri yang telah dirancang oleh member walaupun diorang penat semata-mata nak sambut dengan Taeyeon dekat Namsan tower."AKU BERHARAP SANGAT YANG HUBUNGAN KORANG TAK BERKEKALAN" Sejak hari tu Chanyeol tak bertegur langsung dengan Baekhyun.Chanyeol turut berpindah randah bila waktu malam.

 

Baekhyun yang tak faham dengan perangai Chanyeol bertanya dekat member tapi jawapan yang dia dapat semuanya sama. "Kau pikir sendiri" 

 

Baekhyun ceritakan semuanya dekat Taeyeon."Rasanya Chanyeol jeles sebab Baek rapat dengan Noona,yela kan selama ni dekat mana ada Chanyeol dekat situ juga ada Baek." Taeyeon belai pipi boyfriend dia yang tengah ada masalah tu.

 

"Jeles?Takkan la kot.Kenapa lak Yeol nak jeles melainkan dia ada hati dengan Noona.Tapi dia tak pernah pula cite dekat Baek pape.Ish musykil tul la." Kepala yang tak gatal digaru."Btw noona mulai esok Baek tak ada tau sebab EXO ada wat world Tour.Noona taukan?" Taeyeon angguk.

 

"Dah lambat ni,meh Noona hantar Baek balik.Esok mesti kena bangun awal." Enjin kereta dihidupkan.Setibanya di dorm lampu dah terpadam menandakan semua dah tidur kecuali bilik dia dengan Chanyeol.Kaki melangkah laju ke arah bilik,daun pintu di tolak lembut dan kelihatan la Chanyeol yang tengah mengemas pakaian untuk esok.Bibir Baekhyun kering,dah lama dia tak jumpa Chanyeol apatah lagi berbual walapun diorang tinggal bawah bumbung yang sama dan bilik yang sama.

 

Baekhyun buat keputusan untuk bersuara memandangkan Chanyeol langsung tak sedar kewujudan dia."Hei..Yeol" Chanyeol langsung mengemas pakaian dia tanpa berpaling ke belakang.Bunyi zip kedengaran,Chanyeol angkat beg dia dan sandarkan ke dinding lalu baring atas katil dan menarik selimut menutupi seluruh jasad dia.Baekhyun hanya mengeluh bila sapaan dia tak dijawab.Macam mana la dia nak berinteraksi dengan Chanyeol esok.Baekhyun pun mula mengatur langkah dan mengemas pakaian untuk hari esok.

 

***

 

Seperti biasa fan EXO dah menunggu di lapangan terbang Incheon seawal 6.30 pagi semata-mata nak bertemu dengan idola kesayangan diorang.Cahaya yang keluar dari kamera menyilaukan pandangan tapi sebagai seorang yang profesional diorang hanya memandang kamera sambil tersenyum.Baekhyun jalan didepan bersama dengan 2 orang vocal line yang lain manakala Chanyeol berjalan di belakang sekali dengan Kris disisi yang sedang peluk Ace dengan penuh bergaya.

 

"CHANBAEK KYAAAA" Baekhyun tersenyum bila dengar nama dia ngan Chanyeol yang digabungkan oleh fan.Pairing Chanbaek berada di tempat kedua manakala Hunhan di tempat yang pertama.Baekhyun pandang ke belakang untuk pandang reaksi Chanyeol.Pada awalnya memang Chanyeol tersenyum bila dengar tapi bila dia perasan Baekhyun tengah pandang dia cepat-cepat dia memeluk bahu Kris dan berpura-pura berborak.Senyuman Baekhyun jatuh bila fan mula menjerit "OMG KRISYEOL".Manager diorang agihkan tiket kapal terbang setiap seorang.Chanyeol yang sedar tempat duduk dia sebelah Baekhyun terus tukar tempat dengan Chen.

 

"Aik Jongdae ah nape kau duduk sebelah aku.Setahu aku manager selalu letak Chanyeol sebelah aku?" Jongdae anggkat bahu lalu mengeluarkan tiket kapal tebang dan berikan pada Baekhyun.

 

NAME:PARK CHANYEOL

IC:921127-**-****

NO SEAT:B09

 

Baekhyun pandang tiket dia pula.Memang sah Chanyeol sepatutnya duduk dekat sebelah dia sebab No seat dia B08.Baekhyun hulurkan balik tiket 'CHEN' tadi tapi bila dia pusing je Chen dah terlelap dengan headphone di telinga.Dari tempat duduk,dia perhatikan Chanyeol yang tengah duduk diantara Xiumin dengan Tao.

 

Diorang berlatih secara individual untuk kali terakhir sebelum bersiap.Dance line tengah dandan rambut,vocal line termasuk Baekhyun tengah warm up suara,older line lak tengah pakai baju stage manakala Tao,Chanyeol dengan Suho tengah round-round dekat belakang stage.Tak sangka akhirnya impian diorang untuk ada konsert sendiri tercapai.

 

Tao masuk ke dressing room bila dipanggil dan tinggl la Suho ngan Chanyeol.Suho berkata "Chanyeol,hyung tahu kamu masih tak bercakap dengan Baekhyun tapi please atas stage,depan fan nanti hyung nak kamu jadi Happy Virus yang kitorang kenal.Okay?" Chanyeol angguk faham. "Janji dengan hyung" Suho mengeluarkan jari kelingking dia dan pinky promise ngan Chanyeol.

 

"Kita mesti buat yang terbaik untuk fan kita semua di luar sana.Faham semua" Member memeluk bahu member yang lain dan membuat bulatan.Sebelah tangan dikeluarkan dan diletakkan di tengah-tengah."EXO FIGHTING!!." Semua member berlari keluar ke atas pentas.12 orang beratur.

 

"WE ARE ONE.ANNYEONGHASEYO EXO IMNIDA"

 

***

 

Banyak aktiviti dan persembahan yang telah dipersembahkan oleh EXO.OTP6 turut melakukan fanservice termasuk la Chanbaek pairing,walaupun awkward diorang still cuba.Diorang semua duduk atas kerusi yang telah disediakan oleh staff."Sekarang,jom kita bercakap pasal perasaan" Suho beri cadangan dengan muka hapinya.Member lain dah mengeluh lemah.

 

"Hyung ni macam perempuan la..."Maknae Exo Sehun bersuara,habis bergema satu stadium dengan gelak ketawa dari fans.Walaupun diorang tak suka dengan idea Suho diorang still teruskan.Setiap member luahkan perasaan dan tidak puas hati terhadap member lain.Bila sampai je dekat Chanyeol,Suho angguk.Sebenarnya benda ni khas untuk Chanyeol dengan Baekhyun.

 

"Umm macam mana nak cakap eh?Sebenarnya benda ni semua member dah tau tapi ada sorang lagi yang tak tahu.Aku sayangkan persahabatan kita jadi aku harap sangat kau dapat luangkan masa dengan aku macam dulu-dulu.Aku marah dengan kau tapi kemarahan aku tak lama sebab akukan Happy virus,macam mana aku nak sebarkan Virus yang happy kalau aku sendiri pun dijangkiti dengan Sad virus.Semua benda yang aku cakap dekat kau semuanya diluar kawalan sebab aku marah gila dekat kau.Kau dah makin jauh bukan dari aku je tapi dengan member pun sama,so aku harap kau dapat luangkan masa dengan kitorang,macam dulu-dulu.Tak kira apa pun yang berlaku kau kawan aku.Lagipun kalau kau happy aku pun tumpang gembira.Tu je yang aku nak cakap." Tanpa Chanyeol sedar mata dia dah mula berair,Baekhyun yang duduk jauh disebelah D.O rasa bersalah teramat.

 

Fans turut tertanya-tanya siapakah orangnya yang dah buat Chanyeol sedih sampai macam tu sekali.Tak terlintas langsung difikaran diorang orang yang dimaksudkan oleh Chanyeol tu ialah Baekhyun.Akhirnya sampai konsert tamat pun fans masih tak dapat jawapan.

 

"Jigeumkaji WE ARE ONE KAMSAHAMIDA"

 

***

 

Selesai je semuanya diorang rancang untuk pergi makan."Yeol hyung,Baek hyung kitorang tunggu dalam kereta tau."Kai tinggalkan diorang dua dalam bilik persalinan.Suasana bilik jadi awkward.Masing-masing memandang dinding.Baekhyun berdehem "Chanyeol kau marah kan aku lagi ke?" Tiada jawapan.Baekhyun mengeluh,dia lalu depan Chanyeol untuk ke pintu tapi tak sampai beberapa langkah dia ditarik dari belakang.Tiba-tiba pandangan dia jadi gelap.Baekhyun pegang benda yang telah membutakan dia sebentar tadi.

 

"Sebelum ni Kau cakap kau suka topi ala snow cap tu,so aku belikan untuk hadiah birtday kau.Mungkin dah terlambat aku nak ucap tapi 'Selamat Harijadi Byun Baekhyun' " Baekhyun menanggalkan snow cap atas kepala.Dia memang ada cakap yang dia tertarik dengan snow cap tapi tak sangka yang Chanyeol ingat.

 

"Ka-kau marahkan aku lagi?" lagi sekali soalan yang sama ditanya.Chanyeol hanya menjongket bahu.

 

"kalau kau tak main game ngan aku malam ni mungkin aku akan benci kau buat seumur hidup aku.Kalau 100 tahun aku hidup,100 tahun juga la aku bencikan kau" Baekhyun tersenyum.

 

"Kita masih kawan kan?" Chanyeol head lock Baekhyun sambil tersengih.

 

"Of course la Bacon"

 

***

 

Lay buka pintu untuk dua orang member dia yang tengah berborak sakan dari jauh. "Dah berbaik nampak.." Luhan yang duduk dekat belakang menyakat.Chanyeol ngan Baekhyun tersengih macam kerang busuk.

 

"MESTILAH"

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

*Pyong dlm cite ni sye buat kris ada time EXO world tour.Jangan marah ye.semua yg brlaku dlm cite ni tak ada kena mengena dengn konsert sebenr diorang.Sekian tq.*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Irakira
Kpd sesiapa yg perasan nme member EXO semua ada.tak caya ce kira XD

Comments

You must be logged in to comment
Jinhye_03 #1
Chapter 1: Swag gile your ff...
BabyJongHyol
#2
Chapter 1: Ermmmmm I'm more to ChanBaek as lover. Sorry but your fic is really cool
ZinDoyc
#3
Chapter 1: suka la citer nie.
allya_safia #4
Chapter 1: Daebak!Daebak!Daebak!
ChanBaek~~~
dancing88machine
#5
Chapter 1: this story was really looks like real!^^