016

The Unspoken Words (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter
016

 

Isnin yang menjengkelkan akhirnya tiba.

 

Eunji memerhatikan sekeliling sambil berjalan di dewan sekolah dengan skaf dililitkan di sekeliling lehernya. Walaupun dia berharap agar dia dapat memoteng kelasnya lagi, malangnya, ujian Math menantinya.

 

“Eunji-ssi, awak sakit ke?” Salah seorang rakan sekelasnya menanyanya. Eunji segera mengangguk dan berpura-pura batuk. “Ah, I see. Cepat sembuh.” Dia tersenyum ramah kepada Eunji. Eunji tersenyum kembali kepadanya sebelum bergegas ke tempat duduknya yang berada berhampiran tingkap.

 

Eunji membuka tingkap itu sedikit dan tersenyum apabila angin lembut menyapa wajahnya. Eunji merehatkan dagunya di atas tapak tangannya sambil merenung ke luar tingkap, menikmati permandangan yang indah.

 

Seseorang menutup tingkap itu secara tiba-tiba. Eunji mengangkat mukanya dan terjumpa Sehun yang berdiri di hadapan mejanya. “Angin ni tak baik untuk kesihatan kau.” Katanya sebelum dia melabuhkan punggung di atas tempat duduk yang berada di hadapan Eunji.

 

Eunji berpaling dengan kekok sementara Sehun masih menatap dirinya. “Ya-EUNJI-SSI.” Seseorang memanggil Eunji. Kedua Eunji dan Sehun mengalihkan tumpuan mereka kepada orang itu, “Ada orang..uh, cari awak.” Dia menunding ke luar.

 

Siapa? Fikir Eunji setelah bangkit dari kerusinya. Dengan perlahan, dia mengatur langkahnya ke dewan dan jeritan kecil terlepas dari mulutnya apabila dia melihat Luhan bersandar di dinding dengan tangan yang disilangkan.

 

Apa kau buat dekat sini? Eunji memberinya sebuah pandangan. “Pft.” Dia mendengus. “Kau patut jadi baik dengan aku. Aku hampir mati dekat sana. “ Dia menunjukkan ibu jarinya ke sekumpulan manusia yang masih memerhatikan Luhan. Patutlah. Fikir Eunji. Dia nampak hensem hari ini.

 

Tapi seriuslah, apa kau buat dekat sini?

 

“Hyung?”

 

Eunji berpaling dan melihat Sehun yang sudah berada di belakangnya. “Yo.” Luhan mengangkat tapak tangannya ke arah Sehun. “Apa kau buat dekat sini?” Sehun tersenyum kecil. “Sini.” Luhan memberi beberapa sampul surat kepada Sehun. “Sunmi nak kau datang parti hari jadi dia malam ni. Ini untuk Suho dan selebihnya jugak.”

 

“Ahh, terima kasih.” Sehun tertawa kecil. “Aku patut pergi sekarang. Jumpa kau malam ni.” Luhan hi-five Sehun. Eunji sedar akan renungan Luhan kepadanya sebelum dia berlalu pergi.

 

Jadi dia tak ada dekat rumahlah malam ni? Fikir Eunji sambil memerhatikan tubuh Luhan dari belakang. Eunji kau sepatutnya gembira! Maksudnya kau tak perlulah masak makan malam untuk si bodoh yang menjengkelkan tu. Eunji mencubit pipinya sendiri tapi akhinya melepaskan sebuah keluhan.

 

 

Eunji sedang bergelut dengan kerja sekolahnya di ruang tamu apabila malam akhirnya menjelma tiba. Eunji mengangkat mukanya apabila dia terdengar bunyi tapak kaki Luhan. Terasa seperti hatinya ingin meletus apabila dia melihat Luhan berpakaian sut. Dia sangat hensem.

 

“Apa?” Luhan mengangkat keningnya. Eunji menggelengkan kepalanya sekilas sebelum merendahkan kepalanya.

 

“Aku memerlukan sedikit bantuan di sini.” Dia bersiul sinis. Eunji mengeluh, matanya dijulingkan ke atas sebelum dia bangkit dan membantu Luhan menyelesaikan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
banyaknya typo T^T

Comments

You must be logged in to comment
sol-ians
#1
Chapter 23: i swear jongdae the cutest dalam cerita ni lmao ?
intanshahirah #2
Chapter 37: cutenya perangai chen;p
intanshahirah #3
Chapter 1: Memang daebak ah
teentop_angeljoe04 #4
Chapter 37: daebakkk!!!!
minlee123 #5
Chapter 36: best lah cerita awak
minlee123 #6
Chapter 25: saya cinta kan awak
wo hen ai ni tu ape masuk dia
minlee123 #7
Chapter 7: best lah time luhan tu
fazreen #8
Chapter 35: Update soon