Sweet memory is gone...

You're Gone, Father...

"In young... ambilkan abah air..."
 
Kedengaran satu suara seorang lelaki tua yang berbaring di atas katil bersaiz queen yang dikongsi bersama isteri tersayang dari dalam bilik nya. Suara yang memanggil anak bongsunya dengan lembut sekali. Dengan penuh kasih sayang.
 
Namun lain pula dengan si anak. "Ish orang tua ni... menyusahkan aku lah. Nak tengok tv pun tak senang." Omelnya sambil membuat muka.
 
"Nak apa???" Suaranya ditinggikan sedikit walaupun dia sebenarnya dengar apa yang dipinta oleh ayahnya tadi. Tangannya ligat menukar-nukar rancangan dan drama di televisyen. Entah rancangan apa yang dicarinya dia sendiri tidak tahu.
 
"Abah nak air... tolong ambilkan sayang..." Pinta orang tua berumur 50-an itu sekali lagi. Kali ini ada suara ketawa mengekek di hujung kata-katanya. Dia tahu, anak nya itu marah apabila disuruh itu dan ini.
 
"Ish..." Inyoung bangun dari duduk dan terus berlalu ke dapur. Sebiji mug yang sering digunakan ayahnya itu dicapai dan dituang air masak ke dalamnya. Hatinya merungut-rungut kerana diganggu apabila drama yang ingin ditontonnya itu terganggu oleh pintaan orang tua itu.
 
"Nah..." hulurnya kepada si ayah yang sedang enak berbaring terlentang sambil membaca kitab agama. Si ayah bangun dan duduk di tebing katil sambil menyambut huluran anak bongsunya itu.
 
"Terima kasih anak abah..." Ucapnya dan meneguk minuman itu dengan wajah tidak terusik langsung dengan layanan kasar anaknya. Kerana dia tahu, orang muda memang sentiasa berdarah panas, pantang ditegur dan sentiasa kuat melawan. Dia tahu itu kerana dia juga begitu pada waktu muda nya.
 
Inyoung hanya diam dan terus berlalu ke ruang tamu semula dan kembali menonton drama kegemarannya yang tergantung tadi.
 
"Inyoung..." Panggil si ayah lagi.
 
"Hurm..." Jawabnya sedikit malas. 'Apa lagi yang dia nak... haish...' Keluh si anak dalam hati.
 
"Solat jemaah jom... ajak mak sekali meh..." Ajak si ayah dengan lembut dan dia bangun dan berlalu ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Bersedia untuk menyembah dan menundukkan diri pada Yang Maha Esa berjemaah bersama anak dan isteri tersayang.
 
Inyoung berdecit sedikit dan hanya menjawab "hurm..." dan terus bangun dan menutup tv. Padanya ayahnya itu selau menganggu kesenangan hidupnya. Namun dia terlupa, yang dia hanya ada seorang ayah yang selalu meminta berbuat macam-macam, yang dia hanya ada seorang ayah yang ingin berleter kepadanya, dan dia juga hanya ada seorang AYAH... yang telah membuatkan dia lahir di bumi bertuah ini.
 
 

 
Si ayah duduk di meja makan seperti biasa, menikmati sarapan nasi goreng yang dibuat oleh si isteri sambil membelek telefon bimbitnya. Wajahnya dari tadi dihiasi dengan senyuman yang tidak lekang dibibir, bagaikan orang yang menang loteri. Tidak. Senyuman itu amat ceria daripada orang yang menang loteri.
 
Satu panggilan dibuat dan setelah beberapa minit, panggilannya dijawab oleh orang ditalian sebelah sana.
 
"Hello, assalamualaikum cikgu Hun..." Si ayah bersuara ceria dan ketawa.
 
"Wa'alaikumussalam... oh...encik... ni ayah Inyoung kan? Ada apa ya call saya?" Soal Cikgu Hun yang hairan apabila mendapat panggilan daripada ayah Inyoung, iaitu salah seorang murid nya yang baru sahaja berpindah di sekolah tempatnya mengajar.
 
"Saja je call.. maaflah mengganggu.. saya cuma nak ucap terima kasih je sebab dah buatkan anak saya pandai... sejak dia sekolah sini, dia asyik dapat nombor satu je." Ucap si ayah sambil menghirup air teh tarik panas perlahan. Isterinya hanya memandang dari tempat dia berdiri di dapur rumah mereka. Turut tersenyum melihat wajah gembira suaminya.
 
"Eh... takdelah encik... anak encik tu memang pandai. Sebagai guru dia saya cuma bertanggungjawab sampaikan ilmu saya kepada dia..." Jawab Cikgu Hun dan ketawa di hujung katanya kerana berasa geli hati mendengar pujian ayah Inyoung itu.
 
"Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat cikgu... saya tahu, anak saya tu lemah sikit matematik, saya harap cikgu boleh ajar anak saya tu betul-betul ya... kalau saya dah takde nanti saya nak dia jadi orang yang berjaya. Di dunia dan akhirat kalau boleh..." Ucap si ayah dalam nada sedikit rendah dan sayu. Matanya merenung jauh mug putih berisi teh tarik di hadapannya itu. Memikirkan nasib anaknya jika dia sudah tiada lagi di dunia ini.
 
"Encik jangan risau... InsyaAllah saya tunaikan permintaan encik tu.. yang penting dengan izin Allah..." Cikgu Hun mengangguk-angguk walaupun lelaki tua itu tidak boleh lihat.
 
Panggilan ditamatkan setelah salam diberi dan si ayah meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja makan itu. Teh tarik yang sudah tinggal separuh segera dihabiskan dan dia kembali ke dalam biliknya. Duduk di atas katilnya, membaca kitab-kitab agama dan juga belajar membaca ayat-ayat Al-Quran di dalam kitab itu. Al maklumlah, dia kurang bijak dalam hal-hal bacaan al-Quran dan tajwid juga sering salah.
 
Cermin matanya dipakai dan dahinya berkerut-kerut membaca salah satu petikan ayat didalam kitab itu.
 
"Sayang... oh yang... sini sekejap, abang tak tau nak baca surah ni..." panggil si ayah kepada isterinya. Selalunya inyoung yang tolong membacakan dan mengajarnya petikan ayat-ayat al-Quran itu, tetapi anaknya sedang bersekolah, jadi si isteri lah yang bertanggungjawab mengajarnya pula...
 
"Ya bang...kejap ea.." jawab si isteri dari dapur membiarkan lelaki tua itu berkerut-kerut dahinya cuba membaca surah itu.
 
 

 
(BEBERAPA BULAN KEMUDIAN)
 
"Abah kena pergi hospital ni... bisol tu dah teruk..."
 
Youngjae, anak sulungnya melihat ayahnya yang sedang menahan kesakitan itu dengan pandangan risau. Bisol yang tumbuh di punggung ayahnya kini sudah semakin teruk dan dia ianya perlu dibuang segera bagi mengelakkan kesakitan...
 
"Abang kena pergi hospital buang bisol tu bang... bisol kencing manis tu..." Ujar si isteri dengan wajah berkerut. Si ayah hanya diam dan akhirnya dia bersetuju untuk dibawa kehospital dan apabila tiba di hospital, dia sangka dia boleh pulang ke rumah terus setelah bisol itu dibuang. Tapi dia silap.
 
"Saya terpaksa tahan encik dekat sini... supaya bisol tu betul-betul dah baik dan kecut. Lagipun kencing manis encik dah semakin tinggi ni..." 
 
Si ayah mengeluh mendengar kata-kata doktor lelaki muda itu. Namun dia terpaksa akur dengan kata-kata doktor itu, mungkin itu yang terbaik untuk dirinya. Siapa tahu?
 
Setelah hampir seminggu ditahan di wad, Inyoung, Youngjae dan ibu mereka pergi melawat ayah mereka di hospital itu sambil membawa bekalan nasi goreng untuk orang tua itu. Mengidam katanya ingin makan nasi goreng buatan tangan isterinya walaupun doktor melarangnya makan makanan bergoreng dan tingggi karbohidrat akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya itu..
 
"Abah teringin nak makan nasi goreng mak buat... nanti Youngjae cakap dengan mak suruh buatkan dan bawak bila datang sini ya..." Itulah permintaan yang disampaikan kepada anak sulungnya sewaktu panggilan dibuat oleh Youngjae kepada ayahnya.
 
Inyoung, Youngjae, dan ibu mereka melihat si ayah yang begitu asyik menjamah nasi goreng hasil air tangan isteri nya itu. Inyoung merenung ayahnya sayu. Dalam hati dia berasa sangat kasihan melihat keadaan ayahnya yang kini terduduk sakit dan ditahan di wad itu. Dia rindu saat ayahnya membawa dia keluar berjalan-jalan bersama ibu mereka sewaktu dia sihat dulu, dia rindu dengan gurauan ayahnya terhadap ibu dan dirinya dahulu di rumah. Inyoung tersenyum apabila mengingatkan perkara-perkara itu.
 
Ayahnya cukup pandai bergurau. Ada sahaja yang dilakukannya untuk menceriakan hati Inyoung dan ibu mereka. Youngjae jarang berada di rumah kerana dia bekerja dan duduk di bandar lain. Jadi  mereka jarang meluangkan masa bersama anak sulung itu.
 
"Hensem tak abah? Macam budak sekolah dah..."
 
Terngiang-ngiang di telinga Inyoung suara ayahnya dan terbayang-bayang aksi ayahnya bergaya dihadapannya dengan baju kemeja putih yang baru dibelinya untuk dipakai sewaktu menunaikan solat. Inyoung hanya tergelak melihat kemeja putih yang dipakai oleh ayahnya.. "Ha'ah.. macam budak sekolah..." katanya.
 
 

 

(HARI TERAKHIR SI AYAH)
 
"Abah tak boleh baring... dada abah sakit sangat ni.. tak tahu kenapa.." Adu nya kepada Youngjae yang dari seminggu yang lalu setia menemani dirinya di hospital itu sepanjang dia ditahan. Youngjae terus menerus mengurut-urut belakang badan ayahnya itu berulang kali.
 
"Sakit sangat ke abah... kejap Youngjae cuba letak minyak angin..."
 
Youngjae mencapai sebotol minyak angin yang terletak di meja bersebelahan katil ayahnya itu dan menyapunya di belakang badan orang tua itu namun sakitnya tetap juga tak hilang-hilang. Kadangkala dia cuba untuk mengambil nafas yang dalam apabila dia terasa nafasnya bagaikan tersekat kadangkala. Dia hanya terduduk di atsa katilnya kerana dia tidak boleh berbaring waktu itu. Katanya jika dia baring, dadanya akan rasa sesak semacam.
 
Tiba-tiba seorang doktor perempuan datang ke arah mereka dengan sambil tersenyum.
 
"Encik boleh baring dulu ya... saya nak buat pemeriksaan kejap..." lembut sekali nada suara doktor muda itu sambil menyuruh si ayah berbaring.
 
"Taknak doktor... dada saya sakit kalau saya baring nanti..." Ujar si ayah dengan wajah berkerut-kerut.
 
"Takpe... encik baring jek dulu, nanti lepas buat pemeriksaan encik akan ok." Pujuk doktor perempuan muda itu lagi dengan senyuman sentiasa tidak lekang dari bibirnya. Si ayah akhirnya akur apabila dipaksa dan terus berbaring di katilnya sambil mata merenung Youngjae yang memandang sayu ke arahnya dari tepi katil. Youngjae tidak boleh berbuat apa-apa jika itu yang dipinta oleh doktor. Kerana doktor lebih tahu berbanding dirinya...
 
Tiba-tiba nafas si ayah berubah kasar dan doktor serta Youngjae terus menjadi kalut melihat keadaan lelaki tua itu.
 
"Encik? Encik?!" Doktor itu terus meletakkan stetoskop ke dada lelaki tua itu untuk memeriksa kadar denyutan jantungnya. Dia memusingkan kepala kebelakang sambil memanggil jururawat yang berada disitu. "Pasangkan alat cpr untuk pesakit ni! Cepat!"
 
Si ayah sudah tercungap-cungap di situ sambil tangan tergapai-gapai memanggil anak sulungnya yang sudah mengalirkan air mata disitu. Youngjae dengan pantas meluru ke arah ayahnya dan menggenggam erat tangan ayahnya untuk memberi kekuatan kepada orang tua itu. Orang tua yang sudah banyak berjasa kepadanya dan keluarganya serta tidak pernah merungut menguruskan kehidupan anak-anaknya itu.
 
"Abah... mengucap abah..." Youngjae berkata dan membisikkan lafaz dua kalimah syahadah di telinga ayahnya yang sudah nazak itu. Keredhaan sudah terisi di hati Youngjae sekarang. Ya, dia redha jika orang tua dihadapannya itu akan pergi meninggalkannya dan adik serta ibunya. Dan dia juga bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang lelaki di keluarganya bagi menggantikan ayah mereka.
 
"Youngjae... jaga... adik dengan mak baik-baik... solat jangan tinggal... jangan lupa ajak mak dengan adik solat jemaah sekali, ingat.. pesan abah.. ni..." Suaranya tersekat-sekat menyampaikan nasihat terakhir kepada bakal pemimpin keluarganya apabila dia sudah tiada lagi. Dia tahu, Youngjae sudah dewasa dan mampu untuk menggantikan dirinya sebagai pemimpin di keluarga itu.
 
"Abah kena kuat... kejap lagi doktor ubatkan abah..." Air mata Youngjae bercucuran jatuh membasahi pipi dan dia mengusapkan tangan ayahnya ke pipi putihnya dan membiarkan tangan tua itu basah dengan air matanya.
 
Kini dia sedang mengiringi ayahnya yang sedang ditolak menuju ke wad kecemasan. Mata Youngjae tak lepas-lepas memandang alat bantuan pernafasan yang dikendalikan oleh seorang jururawat untuk ayahnya itu. Air matanya mengalir lagi sambil berlari menuju ke wad kecemasan. Mulutnya tidak henti-henti mengucapkan dua kalimah syahadah di telinga kanan ayahnya yang sudah nazak itu dengan suara teresak-esak. Dia perlu kuat demi ayahnya.
 
Setelah sampai di wad kecemasan, Youngjae tidak dibenarkan masuk oleh doktor dan dia hanya menunggu di luar wad itu dengan perasaan resah gelisah sambil diperhatikan oleh orang yang lalu lalang di kawasan wad itu. Dia sudah tidak peduli dengan pandangan dan tanggapan orang lain yang melihat dia menangis teresak-esak itu kerana dia betul-betul tidak dapat menahan dirinya.
 
Dia kembali sebentar ke rumah untuk menjemput adiknya dan ibunya ke hospital dengan segera. Ayah mereka sudah nazak dan dia tidak boleh lagi menangguh-nangguh sambil membiarkan air mata yang membasahi pipi tidak dilap sehingga menjadi kering...
 
 

 

Bacaan surah Yaasin pada maalm itu memenuhi seluruh ruang rumah Inyoung. Sepanjang hari itu dia hanya menunjukkan wajah nya yang tersenyum sahaja. Langsung tiada riak sedih di wajahnya apabila orang bertanyakan tentang bagaimana ayahnya boleh meninggal dunia. Inyoung malah hanya menjawab dengan tenang dan dengan tanpa setitis air mata pun mengalir sepanjang maya ayahnya diletakkan sebentar di rumahnya untuk kali terakhir.
 
Jauh di sudut hati, tiada siapa tahu, yang Inyoung amat ridukan ayahnya, rindukan gurauan ayahnya, rindukan pujian ayahnya jika keputusan peperiksaannya semakin baik... rindukan waktu berjalan-jalan sekeluarga bersama ayahnya yang tidak kenal erti penat dan lelah itu...
 
Inyoung masuk ke dalam biliknya, cuba menahan air mata yang dari siang tadi cuba ditahan. Lampu segera ditutup dan dia berbaring di atas katilnya dan berselubung dengan selimut, menangis dan menangis, melepaskan segala kesedihan dihati.. bersendirian mengingatkan segala kenangan manis bersama arwah ayahnya...
 
Sedang dia menangis di dalam selimut nya, ada satu sentuhan lembut terasa di bahunya saat itu. Inyoung cepat-cepat mengelap air matanya agar orang itu tidak tahu yang dia menangis kerana Inyoung tidak suka jika ada orang melihat dia menangis. Kerana dia malu.
 
"Inyoung jangan nangis... abang kan ada... mak pun ada... Allah lebih sayangkan dia, Inyoung... kalau Inyoung rindukan arwah abah, sedekahkanlah al-Fatihah kepada dia... ya?" Youngjae yang sedang duduk di pinggir katil adiknya itu menegur dengan suara yang lembut sambil memegang bahu adiknya yang berpura-pura tidur itu.
 
Inyoung akhirnya menangis teresak-esak mendengar pujukan abangnya itu dari dalam selimut. Sesungguhnya dia menyesal. Menyesal sekali dengan segala layanan buruk yang diberikan olehnya kepada arwah ayahnya. Sesekali air mata diseka kasar kerana dia benci perasaan sedih. Sedih hanya membuatkan dia sakit hati dan terseksa. Bukan melegakannya.
 
"Inyoung... dahlah tu... rajin-rajinlah doakan arwah abah... doakanlah dia... Inyung budak baik kan..." Youngjae memujuk lagi dan tanpa dia sedari, sebutir mutiara turut jatuh dari kelopak matanya. Perlahan-lahan dia menyeka air matanya itu dengan jari jemari agar Inyoung tidak dapat melihatnya.
 
'Abah... maafkan Inyoung ya abah.. sebab tak layan abah dengan baik dulu. Inyoung bukan anak yang baik... abah... maafkan Inyoung sebab tak dapat bersama abah masa hari terakhir abah... maafkan Inyoung juga sebab tak lawat abah masa hari terakhir abah dekat daam wad tu... maaf abah...'
 
Kata-kata maaf tidak sudah-sudah bergema didalma hati Inyoung. Sepanjang malam itu dia hanya menangis dan menangis sehinggalah dia kepenatan dan tertidur sendirian...
 


 

 

 

aku tau cerita aku tak seronok.Dan pengalaman aku taklah segempak mana.. tapi aku buat ni..just nak share sikit dari hidup aku kat orang yang sudi baca cerita tak seberapa aku ni.aku tak mengharapkan komen atau upvote, apa yg aku tau, cerita ni aku buat ikhlas dari hati aku... selamat hari ayah.. dan kepada yang masih ada ayah dan ibu... aku mintak sangat2 korang jaga hati diorang baik2...sebab bila diorang dah takde nanti, baru korang akan rasa kehilangan...assalamualaikum... :)
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 1: TT__TT
rp_pcy
#2
Chapter 1: T^T

Terimakasih
authornim!

sbb buat sye sedar ToT

sye menangis bce
cite authornim nie
TT^TT


Kni
sye sedar ayah mmg sgt pnting dn
kita prlu hormat ayah T^T

Sob Sob T^T

Semoga arwah ayah authornim ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..
Aminn..
Exotic_Baby_99
#3
Chapter 1: skrin ni blurr dan ssh sye nk bce sbb menangis TT_TT Semoga ayah akak ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman :')
YongHasub
#4
Chapter 1: hai kak intan. iman ni. serious cerita akak sedih.. iman harap akak sabar dengan ujian Allah ni. terima kasih sebab buat iman sedar betpa pentingnya hormat ayah. iman harap akak boleh bagi semangat akak kat iman. iman rindu akak. nntie sabtu malam kite wassap ye ? :')
bysyyui
#5
Chapter 1: Intan aku menangis ni sesungguhya time aku baca ni aku teringat kat arwah atuk aku. Aku teringat dulu time atuk aku meninggal dunia aku tak jaga dia time arwah nenek aku solat yela aku masa tu baru darjah 4 mana la aku tau apa2 lepas tu tetiba nenek aku mengamuk habis habisan kat aku sebab tak jaga atuk aku. Atuk aku cakap macam ni time tu `jgn la marah dia ... nur tu masih kecil lagi...’ tu la kali terakhir dari dia. petang tu tetiba bapak aku ambik dari sekolah. Aku pelik gile... aku tanya bapak aku diam je. Bila sampai kat rumah nenek aku nampak ada khemah. aku ingat nenek aku buat kenduri tapi rupanya atuk aku meninggal. bila time masuk rumah je semua org tenangkan aku sebab aku rapat atuk aku. srsly aku meraung tgk jenazah atuk aku... aku menangis 3hari 3 malam tak berhenti. Tu sebabnya aku sayangkan atuk sampai sekarang.... sekarang aku dah boleh terima hakikat yg atuk aku dah lama tak ada. tapj kalau orang cerita pasal atuk mesti aku nak nangis. sobbbs sobbbsss. aku just nak sharing cerita je... btw Intan aku tau kau seorang yang tabah..
Nad7190 #6
Chapter 1: story ni buat aku menangis TT^TT cite daebak bagi kesedaran
luluhan1410 #7
Chapter 1: ur story make me cry..cite awak daebak..cik author..tabahkan hati ye..apa yg brlaku mesti ade hikmah..so..be strong ok..
keep going on author-nim..>_<
Jelly_Warrior
#8
Ohsem..sgt ohsem..rsa sayu n tersntuh bila bca cita ni..tabahkan hati awak ye..apa yg berlaku msti ada hikmahnya..Tuhan lbih syangkan ayah awak..be strong ok:))..apa2 pun..cita ni ohsem dn berjaya buat hati saya sedih~~good job cik author^^