Meow I

Miss Maru

 


Aku menyedut bubble tea berperisa coklat itu dengan penuh perasaan. Daeun yang sedang duduk di sebelahku tidak aku hiraukan. Kami sedang berada di atas buaian di depan rumahku. 

 

"Wei Sehun, kau kalau dapat bubble tea memang tak ingat dunia,kan?" Daeun menumbuk lenganku, menyebabkan aku mengaduh kesakitan. Nasib baiklah  aku tidak tersedak minuman yang sedang aku sedut. Aku menutup mulutku dengan tapak tangan, menghalang air itu daripada tersembur.

 

"Kau ni, kalau aku tercekik bubble macam mana?" aku merenung dia yang sedang membetulkan topi hitam yang dipakainya. Daeun seorang gadis yang agak lasak atau bahasa lainnya, tomboy. Dia merupakan sahabat baikku sejak kecil dan aku sangat menyayangi Daeun kerana dia selalu membelanjaku bubble tea. Sayang ada makna! 

 

"Aku tak pernah dengar orang mati tercekik bubble tea," 

 

"Pernah dengar orang mati tertelan straw?"

 

"Tak," Daeun menggelengkan kepalanya.

 

"Kau kalau tumbuk aku macam tadi lagi, aku sumbat straw ni dalam mulut kau. Lepas tu, kau akan dengar berita orang mati tertelan straw. Oh, mungkin kau tak boleh dengar sebab kau dah mati," aku membesarkan mataku ke arahnya. Itu membuatkan Daeun ketawa besar, seperti lelaki. Daeun sudah kalis dengan ugutan-ugutan daripadaku. 

 

"Takutnya~" ejek Daeun lalu menumbuk lenganku sekali lagi. Ish, perempuan ni! Aku pun membalas perbuatannya dengan menumbuk lengannya. 

 

"Ohsen dayus! Mana boleh pukul perempuan!" Daeun ketawa sambil menggosok lengannya yang sakit. Matanya membentuk garisan nipis apabila dia ketawa.

 

"Perempuan? Kau perempuan?" 

 

"Ish, bodoh!" Kepalaku tertolak ke kiri kerana dia melayangkan penumbuk ke arah kepalaku. Aku bangun lalu menjauhinya. Lama-lama boleh maut kalau duduk berdekatan dengannya. 

 

"Kau memang nak suruh aku mati muda!"

 

"Alah, takkan tumbuk sikit dah mati? Yalah, aku tak tumbuk kau dah lepas ni. Wei, esok kau kena balik rumah sewa kau, kan?" tanya Daeun. Aku mengangguk sambil kembali menyedut minuman kegemaranku. 

 

"Cuti dah nak habis so aku kena balik la. Aku mesti rindu kau nanti, Daun!"

 

"Daeun!"

 

"Tak kira! Kau tetap Daun bagi aku. Aku akan rindu kau. Rindu serindu rindunya sebab nanti kau dah tak boleh belanja aku,"

 

"Dah agak dah," 

 

Aku hanya tersengih ke arahnya. Penaja bubble teaku, I will miss you~

 

divider10.gifdivider10.gif

 

Aku membersihkan ruang tamu rumah sewaku yang berhabuk kerana telah ditinggalkan selama tiga bulan. Rumah sewaku tidaklah sebesar mana, hanya mempunyai dua buah bilik tidur dan ruang dapur yang sempit. Aku tinggal berseorangan di rumah sewa ini kerana senior yang tinggal bersamaku sebelumnya telah menamatkan pelajarannya. Kuliahku akan bermula dalam masa seminggu.

 

Setelah berpuas hati dengan keadaan ruang tamu itu, aku membuat keputusan untuk mandi. Badanku mula terasa gatal kerana keadaan yang berhabuk sebentar tadi. Aku membuka pancuran air hujan lalu mengeluh lega kerana air yang sejuk itu menyapa kulitku. Aku mula terasa segar. 

 

Ketika aku melumurkan sabun di badanku, aku seperti mendengar bunyi sesuatu yang mencurigakan. Aku pantas menutup pancuran air hujan itu untuk mendengar bunyi asing itu dengan lebih jelas. Bunyi itu tidak lagi kedengaran. Aku membuka paip itu semula dan meneruskan mandianku. 

 


Aku menekan butang on pada alat kawalan TVku lalu duduk bersila di meja kopi. Semangkuk ramyeon dan sepiring kimchi betul-betul menaikkan seleraku. Aku menjamu selera sambil menonton siaran ulangan kartun Larva di TV.  Aku ketawa apabila makhluk berwarna kuning itu dibuli oleh makhluk berwarna merah. 

 

Hilaian tawaku terhenti apabila aku mendengar bunyi seperti sesuatu sedang mencakar pintu rumahku. Bunyi apa tu? Aku mula terasa berdebar-debar dan takut. Aku menggelengkan kepalaku, menganggap itu semua hanyalah mainan perasaan. 

 

Aku meneruskan suapanku, menukar siaran dan tersenyum nakal apabila rancangan peragaan menyapa penglihatan. Model-model itu sedang memperagakan pakaian dalam jenama Victoria Secret. 

 

"Miranda!!!" aku menjerit miang apabila Miranda Kerr muncul di skrin TV. Mata miangku rakus memerhatikan tubuh model pujaanku itu. Miranda, kau tunggu aku masuk meminang!

 

Bunyi asing tadi kembali kedengaran, bunyi yang aku dengar ketika berada di dalam bilik air tadi. Bunyi itu kedengaran seperti sesuatu sedang berjalan di atas siling rumahku. Aku terkedu kerana perasaan takut mula menghantui diriku. 

 

"Jangan ganggu aku!" jerit aku takut-takut. Aku berharap makhluk itu tidak menganggu pemilik jiwa suci seperti aku. Makhluk itu membalas dengan cakaran yang kuat pada siling rumahku. Aku sangat takut sehinggakan aku terasa seperti hendak terkencing di dalam seluar.

 

 Aku mula membayangkan rupa makhluk itu. Makhluk itu mempunyai gigi taring, kuku yang tajam dan  rambut hitam yang panjang melepasi kaki. Itulah bayangan aku tentang makhluk itu. Aku sangat yakin yang aku sudah terkencing sedikit di dalam seluar.

 

Tiba-tiba, aku hampir terkena serangan jantung apabila siling rumahku runtuh. Aku terus menekup mukaku dan menjerit sekuat hati. Hantu nak makan aku! Aku langsung tidak berani untuk membuka mata, untuk bernafas pun aku sudah takut separuh mati. 

 

"Tolong Maru..." aku menggigil apabila makhluk itu bersuara. Maru? Bulu romaku terasa meremang. Aku terkaku di tempat aku jatuh terbaring tadi. Apa mahkluk ni nak apa daripada aku? Daging? Daging aku tak adalah banyak mana.

 

"Meow... tolong Maru.."

 

Nama makhluk tu Maru? Kucing ke? Tapi kalau betul makhluk tu kucing, macam mana dia boleh bercakap? Tidak! Dia bukan kucing! Dia syaitan! Aku masih membeku, tidak berani untuk bergerak. 

 

Aku terlompat bangun apabila dahiku dijilat oleh makhluk itu. Dahiku terasa basah. Penampilan makhluk itu menyapa mataku yang terbuka luas. 

 

Kukunya yang panjang. 

 

Rambutnya yang panjang melepasi kaki, rambut yang lebat itu juga melindungi seluruh tubuh makhluk itu yang sedang berbogel.

 

Makhluk itu tersengih, menampakkan gigi taringnya yang kecil. 

 

Ini manusia ke kucing?

 

Raut wajahnya langsung tidak menakutkan, bahkan kelihatan comel, cuma rambutnya kelihatan kotor dan telinganya berkurap.  Dia merangkak ke arahku, menbuatkan aku berundur ke belakang. 

 

"Jangan! Berhenti! Kau berbogel tu!" jeritku. Makhluk itu terus berhenti merangkak dan kekal di tempatnya. Aku menelan liur lalu memandangnya dengan penuh rasa takut. 

 

"Meow..." 

 

"Kenapa kau ganggu aku?" 

 

"Meow...tolong Maru..."

 

"Kau ni manusia ke syaitan?"

 

"Meow...Maru kucing,"

 

"Kucing? Kenapa kau macam manusia?"

 

"Meow... Maru tak tahu.  Maru nak balik,"

 

"Kau ni kucing yang hilang tu, ke?" tanyaku apabila teringatkan sesuatu. Makhluk di depanku mengangguk.

 

"Tapi bukan Maru tu kucing jantan ke?" 

 

Aku memusingkan badan dan menutup mataku apabila makhluk itu cuba menunjukkan punggungnya ke arahku. Hoi, tubuh kau macam perempuan! Jangan la tayang macam tu kat aku!

 

"Meow...Maru betina la." kata Maru. Aku menanggalkan baju yang membaluti tubuhku lalu aku balingkan ke arahnya. 

 

"Pakai baju tu,"

 

"Meow..pakai macam mana?"

 

"Pakai la macam mana pun!" 

 


"Meow..Maru dah pakai," kata Maru. Aku pun berpaling ke arahnya lalu menghembuskan nafas lega. Dia menyarungkan baju itu di kepalanya, itu betul. Namun, rambutnya yang panjang berada di dalam baju. Itu menyebabkan kepalanya kelihatan menonjol.

 

Aku akhirnya boleh melihatnya tanpa perlu menutup mata. Aku menghampiri dengan perasaan takut-takut, dia hanya mendongak memandangku sambil menantiku mendekatinya.

 

"Kau betul-betul Maru?"

 

"Meow...Maru la ni,"kata Maru sambil menggaru telinganya menggunakan kaki kanan.

 

Jika dia betul-betul Maru, kenapa dia dijelmakan sebagai manusia? 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
m_nanakim
#1
Chapter 1: uuuu..... suspen suspen! ^^ x sabar nak tau apa jadi.... hehe...
misz_dina #2
Chapter 1: Gatal jugak ek sehun .best! Update soon yew.
lobak98
#3
Chapter 1: Alaaaaaa cemana ah agaknya sistupid sehun ni hadapi kucing betina ahahahahhha geli pulak bayng maru bogel
ItsLailaaa_ #4
Chapter 1: best! tk sbr nk tunggu chapter 2! daebakkk
ainsyahk_melody #5
Chapter 1: maru..is a betina?! :o
Hundotlove
#6
Chapter 1: Errr Maru tu kucing betina lol Sehun kau boleh fikir lagi badan dia hot haha.Wow kucing jadi manusia. Keep update unni
Najlaa #7
Chapter 1: tak sangka authornim akan buat cter maru ni berubah jadi manusia.. apalah agaknya yg akan terjadi bila sehun duk sekali ngn maru? haru biru kut,hihi..
still bayangkan mcmne muka maru yang dh jdi mnsia..
bysyyui
#8
WAHHHHH MARU JUGAK BIAS SAYA!!! MARU COMEL SANGAT TAK SANGKA ADA FANFIC UNTUK DIA XDD mewooooo palli update ok? ^^
yehet_94 #9
Mcm lain dri yg lain je ff nie..hee