♣♦♠♥

Thank you ♠

 

http://www.youtube.com/watch?v=YHDNu4JWF4Q (nak feeling lebih dengr lagu ni sekali☺)

 

Keadaan bilik yang gelap dan suram.Di suatu sudut tergantungnya Skrin televisyen yang mula menghasilkan gambaran kabur,tak lama kemudian satu video mula terpampang dengan berlatar belakang warna putih kebiruan.

 

"Dah pasang ke?Oh ok."Seorang peakit yang memakai jubah hospital berwarna hijau cair bertanya kepada seorang jururawat lelaki yang bantu dia.

 

Chanyeol yang duduk atas lantai terus merangkak ke TV dan menyentuh skrin dengan lembut."Sa-sarang awak ke tu?" Dengan penuh harapan Chanyeol cuba mencapai gambaran Sarang yang tersenyum manis yang berada dalam skrin tapi malangnya ianya hanyalah gambar yang bergerak.

 

"Hai..awak" Sarang tersenyum malu sambil lambai ke arah kamera.

 

Chanyeol yang duduk betul-betul di depan skrin hanya tergelak dan membalas sapaan Sarang."Hai Sarang..Awak sihat?" Chanyeol tanya khabar pada Sarang bagai dia betul-betul berada di hadapan Chanyeol.

 

Bagai dapat mendengar pertanyaan Chanyeol,Sarang menjawab."Saya sihat tapi rasanya untuk hari ni je.Hari esok saya tak pasti sama ada saya masih sihat atau awak faham-faham la ya" Sarang terkebil-kebil memikirkan apa yang perlu dikatakan pada Chanyeol. "Umm awak sihat?Saya harap ya dan saya nak awak janji dengan saya,tolong berhenti makan makanan segera.Termasuk minum air bergas.Sebab itu la awak selalu sakit perut." Chanyeol angguk lalu tersenyum.Sarang selalu marah dan bagi nasihat tapi haram Chanyeol nak dengar.

 

"Saya janji.Awak pun jangan lupa makan ubat tau.Lepas dah sembuh saya belanja awak makan Cheese cake yang awak suka tu" Chanyeol bagaikan terlupa yang siang tadi baru sahaja berlangsung majlis pengebumian Sarang.Dia terasa yang Sarang masih hidup dan ketawa bersama disisinya.Muka Sarang yang pucat direnung dalam-dalam.

 

"Sebenarnya saya ada banyak benda nak beritahu awak tapi saya dah lupa.Sebelum tu saya nak minta maaf sebab menghilang macam tu je.Saya tahu mesti awak cari kelibat saya dekat sekolah.Maaf sebab dah hampakan awak.Sebenarnya saya memang nak beritahu awak hari terakhir kita jumpa tu juga.Tapi bila awak beriya-iya nak datang ke rumah,saya tak sanggup nak beritahu.Saya takut awak bencikan saya." Sarang mengenggam tangannya dengan rasa serba salah.

 

"Ehh awak tak buat salah pun.Tak kira apa pun saya tak akan pernah bencikan awak.Kita kan kawan baik." Chanyeol menggeleng selepas dengar keterangan Sarang.Tak mungkin dia membenci orang yang telah beri dia kebahagiaan walaupun sementara dan yang telah mengisi kekosongan di hati dia."Sebenarnya saya pun nak bagitahu awak sesuatu tapi saya takut persahabatan kita terganggu.Saya tak nak awak jauhkan diri dari saya.Awak tau tak setiap saat,setiap minit saya habiskan bersama awak sangat bermakna." Chanyeol luahkan semua isi hati yang selama ni tersurat.Isi yang tersirat masih tersimpan dalam hati dia.

 

Sarang seperti dapat mendengar Luahan Chanyeol pun angguk."Chanyeol awak tahu tak,bila saya dapat tahu awak yang menangis hari itu saya rasa macam nak tergelak tapi saya tahan sebab awak menangis mesti bersebab.Masa awak terpegang tangan saya,muka saya merah habis.Awak jangan gelak saya series ni" Sarang menekup muka dia yang sudah kemerahan.

 

Chanyeol tergelak dengan kecomelan Sarang secara tidak langsung itu."Comelnya.."

 

"Lepas kejadian tu saya terus lari keluar dari perpustakaan.Nasib tak terlanggar sesiapa.Saya ingatkan tu kali pertama dan terakhir kita berjumpa tapi bila awak temankan Kris datang tempat saya kerja untuk beli bunga jantung saya macam berhenti sekejap.Pada mulanya saya ingatkan awak kenal saya tapi bila tengok awak tak kata apa-apa mesti awak tak perasan saya yang lap air mata awak.Yela kan gelap time tu.Masa Kris confess dekat kak Bomi entah kenapa saya pula yang rasa terharu.Mungkin sebab tiada lelaki yang pernah buat macam tu dekat saya kut" Sarang tergelak sendiri.Chanyeol turut gelak dengan kenaifan Sarang.Kalau dia tahu Sarang tak pernah ada orang suka pasti Chanyeol akan confess awal-awal.

 

Tiba-tiba muka Sarang yang tadinya tersenyum bertukar kerut seperti sedang menahan sakit.Dada ditekan dengan kuat agar kesakitan yang dialaminya hilang.Seorang jururawat yang teman Sarang terus ke sisi dia."Saya nak teruskan" Chanyeol dengar Sarang kata pada juruawat tersebut.

 

"Dah la tu.Sarang pergi la berehat.Esok saya datang melawat awak tau.Nanti saya bawakan buah tangan.Khas untuk awak." Kali ni Chanyeol betul-betul lupa yang Sarang sudah tiada dari bumi ciptaan tuhan ni.Video yang diterima oleh Chanyeol siang tadi bagai Skype.Dia rasa yang Sarang memang tengah berborak dengannya.Chanyeol mulai risau bila Sarang terbatuk-batuk dengan kuat.Bibir yang tadinya pucat kian merah dibasahi darah yang mengalir keluar bila Sarang batuk tadi.Chanyeol bingkas bangun dari posisi duduknya dan memegang bingkai TV.

 

"Kenapa aku tak boleh masuk ni.SARANG!!" Chanyeol jerit bila muka sarang pucat habis.Skrin TV ditumbuk.Sarang hanya tersenyum dan lap darah yang mengalir tadi."Macam mana awak boleh tersenyum lagi Sarang.Mulut awak berdarah.Tolonglah berehat."Mata Chanyeol kian berair.Air mata bergenang di hujung mata.

 

"Awak jangan la risau Chanyeol.Saya dah biasa.Saya ada banyak benda lagi nak beritahu awak ni.Sebenarnya sejak kecil lagi saya menghidap jantung berlubang tahap kritikal.Hanya ubat tahan sakit je yang dapat bantu.Doktor jangkakan nyawa saya sampai umur 8 tahun tapi nampaknya tuhan nak saya bahagia dulu dengan cara berjumpa dengan awak.Awak tahu tak saya sangat gembira bila awak anggap saya ni kawan karib awak.Saya tak pernah ada kawan macam awak.Kawan yang saya pernah ada berkawan semua sebab simpati,tapi awak tak.Awak ikhlas dengan saya."Chanyeol mengelap air mata yang hampir gugur.Disebabkan tak sanggup lihat keadaan sarang yang semakin pucat Chanyeol terus memaling ke belakang dan meletak dagu dekat lutut sambil tangan memeluk lutut.

 

"Saya dah lama nak tanya awak soalan ni.Kenapa awak perlu memaksa diri untuk tersenyum.Awak kelihatan sangat terseksa.Bila awak balik dari perlawanan pun awak paksa untuk mengukir senyuman sedangkan kumpulan awak menang.Awak mungkin dapat menipu orang lain termasuk kris tapi bukan saya,riak muka awak tak nampak macam awak gembira bila menang.Saya tak tanya tentang keluarga awak sebab ianya privasi awak.Bila saya tanya kenapa awak suka lepak dekat rumah saya sedangkan bekalan elektrik pun tak ada,awak dengan senangnya jawab 'Sebab rumah awak seronok'.Saya tak faham tapi pada masa yang sama saya seronok juga sebab dapat luang masa dengan awak."Sarang tersenyum dengan kenangan dia bersama Chanyeol.

 

Chanyeol terkedu.Dia sangkakan lakonan dia dah cukup mantap tapi rupanya ada yang perasan.Tapi dia gembira sebab Sarang yang perasan bukan orang lain."Sebab dekat rumah tu ada awak.."Chanyeol kata sendirian.Dia masih membelakangi skrin TV.

 

Bunyi batuk kedengaran.Chanyeol menahan diri dari pusing kebelakang memandang Sarang sehingga la "DOKTOR nadi pesakit semakin lemah.Bacaan nadi semakin perlahan.".Lagi sekali mata Chanyeol mula berair dan nampaknya kali ni tak dapat dibendung bila Sarang yang lemah masih mampu tersenyum.Air mata Chanyeol akhirnya tumpah dengan deras.Chanyeol terkedu dan pantas berpaling dan merenung Sarang dengan mata yang berair bila ayat yang tak mampu diungkapkan oleh Chanyeol disebut oleh Sarang...

 

 

 

"Saya Sukakan awak"

 

 

 

Beeeeeeeeeeeeeeeep.Bunyi mesin nadi Sarang berhenti.Tak sangka dia akan menyaksikan orang yang dia cintai tiada betul-betul di hadapan dia sendiri walaupun hanya dari Video.Tiba-tiba video terputus macam tu je.

 

"SARANGGGGGGGGGGGGGGGG"Bunyi jeritan kekesalan dan kesedihan bergema dalam bilik.Chanyeol menekup kedua belah mukanya dan meraung sekuat hati.Kini baru dia ingat dan sedar yang Sarang dah pergi meninggalkan dia semalam.Tak sangka dia gunakan kudrat terkahir semata-mata untuk berborak dengan dia.Pintu bilik terbuka dan Kris terus lari dan memeluk Chanyeol.Puas Kris menenangkan chanyeol tapi nampaknya tak berhasil.

 

"Aku cintakan dia Kris,kenapa dia tinggalkan aku.Aku tak sempat nak luah perasaan aku dekat dia.Kenapa Kris" Chanyeol meraung dalam pelukan Kris yang sedang cuba tenangkan dia.

 

"Mungking dia nak kau cari kebahagiaan dengan orang yang sepatutnya"Kris mengusap belakng Chanyeol sehingga la dia tertidur dalam kesedihan.

 

 

 

 

 

15 Tahun kemudian

"Jadi abang masih tak dapat lupakan dia ke?" Dara yang sedang mengandung 7 bulan mengelap air mata yang lama bertakung dan bertanya pada suaminya yang sedang duduk di sebelah dia.Mereka baru sahaja habis menonton semua Cakera padat yang mengandungi memori lama Chanyeol.

 

"Abang tak akan pernah lupakan dia sebab dialah hidup dan nyawa abang pada masa tu.Tapi sekarang Dara dengan anak dalam perut ni la masa depan,nyawa dan jiwa abang."Chanyeol mengucup dahi isteri kesayangannya berulang kali dan usap bayi yang akan melihat dunia tak lama lagi.

 

"Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya Sarang"

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Overdose_Kpopers
#1
Chapter 1: Oh my..wae so sad? Nangis sampai mata merah..huhu sedih la :( sabar Chanyeol ah
allya_safia #2
Chapter 1: Sarang
Wae?wae?why did you die?!
Huh kesian chanyeol
Menitis jugakla airmata sikit,walupon sikit menitis jgak hehehe
Hahhahhahh ChanDara
Cite awak ni awesome
FatChenTin
#3
Chapter 1: Tp cerita dia best!!!(thumbs up for you)
FatChenTin
#4
Chapter 1: Sedih nye!!!!arghh..sampai meleh air Mata nih...tk tahan nye...sedih sngt part nih..klau yg 1 n 2 baca tk keluar lg bila part nih..terus meleleh semua..T.T..
KiLaX0
#5
Chapter 1: sedih yg teramat sampai nangis T.T
tp serious harap Sarang dgn Chanyeol will be together and not dara.
Sorry, couldn't accept that fact *cries a river*
chanyeorin
#6
Chapter 1: sedih sangat... sobs..sobss... hish menangis pagi2 buta ni... x pepasal je sy ni..