Chapter 7

HOUSEMATES!
Please Subscribe to read the full chapter

Chapter 7 : Identiti Yang Diragui!

 

"Saya Matoki." Kata Jongup sambil matanya memandang tetap ke arah mata Yongguk.

"APA??!" Kata Yongguk sedikit terkejut. 

Jongup menggaru kepalanya. Dia tak tau nak bagitau kisah sebenarnya ataupun tidak. Takut rahsia dia terbongkar dan semua manusia bergegas mencari dirinya.

"Matoki tu suku kaum apa? Tak pernah dengar pun... Nomad pernah dengar laa..." Sambung Yongguk lagi. Dia seakan-akan tak faham apa yang yang Jongup katakan. 

Bibir Jongup ternaik. Ok jangan tanya kenapa bibir dia ternaik, dia alien so memang la pelik sikit. "Matoki tu sebenarnya..."

"APA MATOKI-MATOKI BAGAI NI? CERITA TAK AJAK PUNNN!" Si raksasa makanan pulak menyibuk iaitu Daehyun. Tanpa segan silu dia menyibuk ditengah perbualan Yongguk dan Jongup. Tak beradab betul.

Jongup segera mengurut dadanya kerana terkejut dengan kehadiran Daehyun. Tak mungkin dia akan menceritakan identiti kat Daehyun si mulut besar tu. Cakap mesti lepas punya. 'Baik jangan cerita dulu... Daehyun ni bukannya betul pun... tak pasal-pasal dia jaja cerita aku kat Saintis...'

"Kau! Boleh tak bagi salam dulu sebelum terjah... aku sepak kang!" Yongguk memarahi Daehyun kerana tidak beradab. Yongguk tersangat la menjadi tatasusila. Dia paling pantang orang tak beradab.

Daehyun hanya tersenyum sumbing. "Sorry... korang cerita apa nak dengar.."

"Ehmm tak apa laa saya masuk bilik dulu.." Jongup meminta diri . Sungguh sopan dirimu.. boleh jadi lelaki mithali.

"Ehh kejap laa! Aku memang nak jumpa kau pun sebenarnya." Daehyun menarik tangan Jongup daripada dia meneruskan perjalanan dia.

"Malas aku nak layan korang. Aku balik bilik dulu. Bye.." Yongguk pergi ke biliknya. Mesti Himchan dah tunggu. Wakakakakakakakakk *ert mind* No I mean, mampos Himchan kena marah dengan Yongguk.

"Dipersilakan hyung..." Kata-kata Daehyun macam nak menghalau Yongguk. "Sini kejap Jongup! Aku nak buat perhitungan dengan kau..."

"Apa? Saya ada buat salah ke?" Jongup ketakutan. Kakinya mula menggigil.

"Aishh bukan la. Kau nak tak duduk satu bilik dengan aku? Aku baik duhh. Nak NAk? Cakap la nak!" Daehyun mendesak Jongup.

"Tapi Zelo tak nak tukar bilik." Jongup menundukkan kepalanya.

"Apa kata kau tukar bilik dengan aku. Kau duduk dengan Youngjae. Aku dengan Zelo. Apa macam? Okkeyy? Tak payah berterima kasih aku memang pandai pun... " Daehyun tersenyum bangga. Dah mula nak berlagak la tu.

"Tapi... kalau Zelo marah macam mana? Saya kena tanya dia dulu." 

"Ok .. aku tunggu.. Jangan lama tau! Aku ngantuk ni." Daehyun meninggalkan Jongup keseorangan. Nak kemas-kemas la tu.

 

~+~

 

Jongup memasuki biliknya dimana Zelo tengah baring atas katilnya sambil merungut mencari line internet. Dia nak minta kebenaran tukar bilik dari Zelo tapi dia takut so dia duduk dibirai katil sambil termenung.

"Kau apahal?" Zelo bertanya kepada Jongup. Dia memerhatikan bahasa tubuh rakan sebiliknya. Dia tahu mesti Jongup nak cakap sesuatu dengan dirinya.

"Ehmm saya nak tukar bilik dengan Daehyun boleh tak?" Dengan segala kudratnya, akhirnya dia berani juga.

"NO!" Ringkas sahaja yang dibalas oleh Zelo.

'No?' Wae wae? Jongup menundukkan kepalanya. Sebenarnya dia memang nak tukar bilik dengan Daehyun pun. Dia takut dengan Zelo sangat-sangat. Tak boleh nak gambarkan bertapa takutnya dirinya apabila Zelo memandangnya. Dulu dia pernah buat Zelo marah. Dia juga merasakan dirinya akan dibunuh oleh Zelo. Tapi sometimes Zelo baik dengan dirinya.

Zelo mengunci pintu bilik. "Kalau kau berani nak pindah, siap kau! Aku bagitau semua orang pasal kau!"

'Pasal aku? Dia dah tau ke siapa aku sebenarnya..' Jongup masih ketakutan macam nak kencing. Dia pun tak tau macam mana Zelo boleh tau yang dia alien.

"Awak dah tau ke siapa saya?" Jongup bertanya.

"Apa masalah kau ni?... huh kau nak aku bagi tau kat semua orang dalam rumah ni yang kau ni sebenarnya...."

Jongup berpeluh laju. 'Sebenarnya...'

"manusia paling pelik kat muka bumi ni?!" Sambung Zelo sambil menunju jarinya ke muka Jongup.

'Fuhh' Jongup menghelakan nafas lega. Nasib baik Zelo tak tau lagi.

"Apa lagi tidur la... jangan kau nak mengedik nak bawa masuk Daehyun tu dalam bilik aku!" Zelo bagi warning kepada Jongup.

Apa la nasib kau Jongup.... sabar je laaa.

 

Meanwhile di bilik Daehyun dan Youngjae.

Daehyun sudah pun siap mengemaskan beg-begnya. Nak pindah la katakan. Tapi dia menunggu Jongup berabad. Lama gila... 'Aishh Jongup jangan kau spoil-kan plan aku sudah..' 

"Kau kemas bagai ni nak pergi mana? Nak larikan diri?" Youngjae dengan gaya sombongnya bertanya.

"Suka hati aku laa. Kau sibuk apasal?" Daehyun berpura-pura mengemaskan barang-barangnya. Nak lari laa tu.

"Kau nak lari eh?" 

'Omg macam mana dia tau.' mata Daehyun meliar-liar. Youngjae mesti tak nak tukar bilik punya.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
bysyyui
SILA KOMEN DAN SAYA AKAN REPLY PUNYE! HEIKKKK :D

Comments

You must be logged in to comment
cutiegukkie #1
best + kelakar gler cter ni!!! dah mcm org gler aq gelak sorang2! thumbs up 2 authornim 4 the marvellous n daebak story! ↖(^▽^)↗
PLEASE UPDATE SOON!!! (*^﹏^*)
Azimah #2
Chapter 9: update soon......
JunAra
#3
Chapter 9: Mcm mne sy nk Ckp erg, firstly Fanfic ni Susah sket la nk phm (ke sy yg blur?) second panamat-nya tergantung laa...
Papapun akak jgn give up! Teuskn menulis ye, sy setia membaca :)
I_Me_AiMi #4
Chapter 9: Lawak la....
saya suka sangt2

P/s:buat la jomgup cpt2 jumpa jongin...
Ff ni memng x dak cinta cintun ke
DiamondSakura
#5
Chapter 9: Biasa mmg camni ler.subs ramai tapi komen sikit.hang jangan risau.mesti ada yang baca.kalau yg dah subs tapi x baca tu lantak pi lah depa.lol. yg penting cite hang hebat sehebat pejuang yg menentang James Brooke dekat sarawak dulu /ok aku tau sejarah aku hancur/

jangan patah semangat naaa
DiamondSakura
#6
Chapter 9: 아니야!! cerita ni bbest duhhhhh! xD part Africa tu x tahan. sori ler aku da lama x bukak aff.bukak pun sekejap n xde mood nak baca. ni baru ada mood. fanfic aku pun x ter update dgn writer's block nya. . . dengan internet lembab nya sejak wifi kene potong ni!

하지만! /loo da macam juri kpop star jek aku/

your fanfic is daebak lah cik syui. nak tercirit aku bila ko cakap jimin pi africa. =•_•= pasal kontes yg ko masuk tu.aku nk tgk pic nya tapi tenet lambat sgt. mohon hantar pic2 yg ko masuk kat kontes tu kat fb messener bleh?aku da download balik heh heh. ^^
chacannie
#7
Chapter 9: new reader ^^ agagaga, bestlh ff ni !
rindunya ngn Daehyun..tetiba XD nasib baik yongguk ada, klu x pecah rahsia jongupp :3
update lagi..hehe, saya tunggu!
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 9: Haha kesian jongup konfius..
Himchan ni tu pun nk jeles.. haha
Cite ni tetap best jngn risau.. ade je org bce cume tak sempat komen maybe..
minakwon38 #9
Chapter 9: Jangan risau meh cita ni masih terlajak laris lgi. Depa p sekolah sbb tu tak mnyempat nak komen hehhe *terkeluaq loghat Busan