Bestfriend
Description
Kim Eunsoo 17
Di kejar oleh cikgu sekeliling sekolah merupakan salah satu daripada aktiviti hariannya. Lompat pagar pada awal pagi juga merupakan sarapan paginya. Namun siapa sangka, seorang gadis yang ceria boleh berubah serta merta. Menjadi dingin dan keras hati.
Kang Mari 17
Kehidupan serba mewah tidak menjanjikan sesebuah kehidupan menjadi sangat bahagia jika kehilangan orang yang tersayang disisi. Daripada seorang gadis yang peramah dan sopan santun, dia berubah menjadi pendiam dan hanya menurut kata. Dia langsung tidak membantah apabila di minta untuk berkahwin walaupun dia tahu itu hanya akan menyebabkan kehidupannya menjadi huru-hara. Atas dasar kasih sayang dan simpati, makcik nya menetang habis-habisan perkahwinan yang hanya melibatkan mata wang itu.
Shin won ho 18
Pertama kali melihat gadis yang cantik, sopan santun dan lemah lembut itu menarik hatinya. Apabila mendengar kisah gadis tersebut, hatinya tersentuh untuk memiliki gadis tersebut. Jiwanya meronta-ronta ingin melindungi gadis tersebut. Aku akan sayang dan lindungi dia, aku akan cintai dia sehingga akhir hayat. Dia berjanji dan tekad dengan pilihan ibunya itu.
Kim Jaejong 23
Perempuan, arak dan pesta adalah hidupnya. Disisinya hanya di penuhi dengan gadis-gadis murahan yang sudah tiada lagi harga diri. Apabila melihat gambar gadis yang bakal dikahwininya membuatkan dia berasa teruja. Tidak sabar untuk merasa gadis tersebut. Apabila mengetahui, perkahwinan dia dan gadis tersebut di batalkan. Dia menanam dendam bahawa dia pasti akan memiliki gadis tersebut walau dengan apa cara sekali pun.
Kai 18
Kawan baik shin, kris, myungsoo, sungkyu, suho, woohyun, luhan. Ada hati dengan eunsoo. Seorang yang caring.
Dan selebihnya..
Kisah suka dan duka persahabatan, pengorbanan dalam kekeluargaan, penghinaan, tangisan, gelak tawa, pengkhianatan, salah faham, kasih sayang, saling memaafkan. Semuanya terkandung dalam Bestfriend forever ?
Foreword
Anyeong haseyo ! rin kyung iminida~ so, ini second story yang rin post in malay. Sebelum nie rin ada satu story lain. Mission: kidnap ! kalau sudi, tengok lah. Haha. Okay stop merapu. Actually story ni dah 2 tahun di cipta. Rin dengan kawan rin yang reka. Tapi sebab masa tu belum kenal asianfanfics nie lagi so kitorang just tulis dalam buku jelah. Buku dia gila tebal kot, buku kulit keras. Haha. Kalau ingat balik mase tu, memang lawak kot. Ada banyak gila story kitorang buat. Yang paling ryn ingat story ni lah. So, maybe start today rin nak post balik cerita-cerita yang kitorang buat tu. Hopefully kawan rin setuju lah. Hehe.
so, enjoy the story
Comments