Chapter 12

Love Second Sight

-HYERA- 

Sinaran mentari mengejutkan aku dari tidur.Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi.Macam mana aku boleh ada kat katil?Aku rasa aku tidur dekat atas sofa semalam.

-REALITY-

Hyera terkejut melihat Kai yang lena di sebelahnya.

'Ape je la yang berlaku semalam'-hati Hyera.

Hyera pergi menyiapkan dirinya.Selepas itu , dia pergi siapkan sarapan untuk Kai.Entah kenapa harini dia rasa rajin.

"Mamat tu tak bangun lagi ke?" Hyera naik ke tingkat atas.Kai masih tidur.Belum sedarkan diri.

"Kai bangun woi dah lambat dah ni" kejut Hyera dengan cara lembut.

"Woii bangunlah ! " Hyera mengehnjutkan badan Kai selepas tiada respon yang diberikan apabila dikejut secara lembut.

Hyera mencapai bantal di sebelahnya.Dia menutup muka Kai menggunakan bantal tersebut.

"Woi !Mati aku karang!" marah Kai dengan nafas yang tercungap-cungap.Hyera mengalihkan bantal tersebut.

"Aku kejut cara lembut kau tak bangun." 

Kai bangun dari katil dan mencampakkan bantal ke arah Hyera.Hyera menggosok dahinya.Sakit woo ! Hyera turun ke bawah.Dia memikirkan apa yang akan berlaku nanti bila kat uni.Mesti ramai benci dia kan?Harini pulak Sora balik.Stressnya !Kai turun ke bawah.Dia melihat Hyera yang termenung.

"Woi !" sergah Kai

"Woi mak kau tarzan" melatah Hyera

Kai tergelak.Kai mengambil tempat duduk di hadapan Hyera.

"Kau nak perisa apa?"

"Coklat Butter"

Hyera menyapukan coklat dan butter di atas kepingan roti yang sudah dibakar.Hyera menghulurkan selepas roti bakar itu siap disapu.Kai mengambil dan memakannya.

"Aku ingat kau tak pandai masak" kata Kai

Hyera hanya menjeling.Malas nak lawan cakap dengan Kai.

"Kau dah breakfast belum?"

"Belum"

"Breakfastlah nanti sakit perut macam haritu kang" Kai menghulurkan rotinya kepada Hyera.Hyera memandang roti tersebut.Nak makan ke tak nak.Hyera menggeleng tanda taknak.

"Taknak sudah" Kai memakan roti itu sendiri.

Lepas je Kai habis makan mereka pergi ke universiti.Kai berhenti jauh sikit.

"Aku berhenti jauh sikit.Nanti balik kau tunggu dekat Coffe Bean"

"Herm yelah" Hyera keluar dari kereta.Hyera ternampak Yoda yang baru sampai.

"Woi Yoda tunggu aku" Hyera mendapatkan Chanyeol.

"Noona !Hati-hati !" sebuah kereta laju dari belakang.Angin desupan dari kereta tu membuatkan Hyera terjatuh.

"Aduh!" 

"Noona ! Gwenchannyeo ?"Chanyeol membantu Hyera untuk bangun.

Lutut Hyera berdarah,tangannya juga begitu berdarah.Chanyeol membawa Hyera pergi ke bilik rawatan.

"Gumawoo Yoda"Chanyeol hanya mengangguk.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*sambung esok disebabkan ngantuk yang tidak boleh ditahan.

mian ~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Puteri25 #1
Chapter 32: best tahap maksimum ...!!!# your ff the best I have read,
darwishah20 #2
Chapter 33: wah!best tak boleh kata you ff..Daebak!
Just_meand_you #3
Chapter 32: Bhaha. Best storyy
Nursyuhada
#4
Chapter 31: ckp nk bgi cucu kat omma dia terus kai sedar?

haishh byuntae betul dia ni XD

keke....