Jungkook

REVENGE

Kring!! Kringg!!! Kringgg!!!! "Ishhh, bising je alarm ni.. Nak tidur pun susah." rungut Jungkook sambil mematikan alarm. Dia duduk seketika sebelum menuju ke bilik air. Selesai mandi dia memakai baju uniform dan kaca mata tebal. Lalu mengambil beg sekolahnya yang tergantung di sebelah katil. Dia turun ke bawah lalu membuat sarapan untuk dirinya sebelum ke sekolah.. Dia tinggal seorang diri sejak umurnya lapan tahun kerana ibubapanya tinggalkan dia di rumah itu sejak dia kecil . Selesai bersarapan dia bergerak menuju ke sekolah. (Big Hit High School) Sampai sahaja di depan pagar dia menarik nafas sebelum masuk ke perkarangan sekolah. Masuk sahaja ke dalam sekolah dia merasa semua orang memandang dia dengan rasa jijik. Jungkook tak kisah  semua itu kerana itu sudah seperti rutin hariannya. Dia berjalan sambil menundukkan kepalanya ke bawah lalu terjatuh kerana terlanggar seorang member kingka di sekolah itu iaitu L.joe. L.joe ialah ketua kumpulan kingka yang dianggotai seramai 5 orang di sekolah itu. Murid-murid yang menyaksikan kejadian itu tergelak melihat Jungkook terjatuh lalu terdiam apabila mendapat death glare dari L.joe.. "Tengok siapa yang dah datang ni.." kata L.joe kepada member kingka yang lain. "Kau tak nampak ataupun kau dah buta?? Aku rasa kau perlukan kaca mata yang lebih tebal.. Apa gunanya kaca mata ni kalau kau masih tak nampak??" kata L.joe sambil membaling kaca mata itu. "Korang uruskan dia aku nak cari girlfriend aku sekejap." kata L.joe. Sehun dan Mark menarik Jungkook sehingga ke kelas yang sudah kosong dan mula memukul Jungkook sehingga berlumuran darah. Myungsoo yang dikenali sebagai L datang. " Weh korang nanti kalau dia mati kita yang susah.." kata L. "Kalau aku jumpa kau lagi nahas aku kerjakan kau." Kata Sehun lalu beredar bersama L dan Mark. Jungkook cuba bangun dengan bantuan meja dan kerusi yang ada di situ. Dia ke bilik air untuk membasuh lukanya. "Aku akan balas dendam atas apa yang korang dah buat dekat aku" kata Jungkook dengan perasaan marah. Selesai membasuh luka dia ke kelasnya. Jungkook mengetuk pintu sebelum masuk. "Maaf. Saya lambat"  Cikgu Kim tahu apa yang sudah terjadi kepada Jungkook tetapi  dia tidak berani mengambil tindakan kerana ayah V iaitu salah seorang member kingka adalah pemilik sekolah ini. Cikgu Kim hanya mampu memberi semangat sahaja. Jungkook mengambil tempat di sebelah Naeun iaitu girlfriend Sehun. Jumgkook hanya mendiamkan diri. "Awak okey?" soal Naeun dengan perasaan bimbang. "Saya okey. Sikit je ni. Nanti okeyla tu" kata Jungkook.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Jia_Yi #1
Adakah anda memerlukan poster ? Jika anda memerlukannya, anda boleh meminta poster di https://www.asianfanfics.com/story/view/739240/mystic-garden-graphics-shop-open-hiring-graphicanddesign :D