⎿Pickup⏋001;

“our LOVE story”_____ Idol Scenario Compilation ⎿CLOSED | HIATUS⏋ft.OHSEHUN

;don'tmesswithmyheartyoub*stard

 

“Tira, tunggulah!” laungan Junhong aku hiraukan. Terkekeh-kekeh aku ketawa apabila terpandang wajah Zelo yang berkerut-kerut mendaki anak tangga. Bekas makanan yang dipegang dipeluk erat agar tidak terlucut dari pegangan. Nanti kalau berterabur makanan dalam ni, menangis tak berlagu aku. Penat aku masak, nak bagi lantai makan pulak. Aha, no way.

Langkah mendaki anak tangga aku lajukan. Junhong yang sedang mengejar di belakang masih lagi terjerit-jerit macam makcik yang kena ragut beg. Hei, diam sikit boleh tak ,pakcik? Kalau tak menjerit macam makcik tak sah. Dasar makcik punya pakcik. Eh?

Inilah aktiviti wajib. Rutin harian aku sepanjang aku menjadi pelajar sekolah. Waktu rehat, main kejar-kejar dengan Junhong untuk naik ke bumbung sekolah. Dari sekolah rendah, sekolah menengah rendah, sampailah ke tahap dah tua nak masuk universiti ni pun, asyik main kejar-kejar lagi. Silap haribulan, habis berparut lutut sebab tersadung. Aku tak pernah. Junhong selalu kena. Sebab tu dia asyik kalah. Muahaha.

Pintu besi yang sudah berkarat itu aku tolak kuat, lalu larian aku teruskan hingga ke tembok penghadang. Aku berhenti melepaskan lelah dan ketawa yang masih bersisa. Aku pandang ke belakang. Junhong terkedek-kedek berlari ke arahku sambil mempamerkan muka tak puas hati. Terus terkumpul balik semua ketawa yang aku lepaskan tadi lalu aku hamburkan semula apabila Junhong jatuh terduduk di hadapanku dengan nafas yang tercungap-cungap.

“Oi, nyawa-nyawa ikan dah?” aku mengusik menyebabkan Junhong menarik muka masam. Junhong mengesot ke belakang hingga belakang tubuhnya menghentak lembut dinding penghadang. Nafasnya masih mendesah kuat. Mukanya berkerut menahan kepenatan yang menguasai diri. Aku menggeleng sambil tersenyum. Aku melabuhkan punggung di sebelah Junhong.

“Nah,” penutup bekas makanan yang aku pegang tadi aku buka, menampakkan isi perutnya yang berwarna-warni dan menyelerakan. “Makanlah dulu.” sambungku. Junhong menoleh memandang wajahku dengan senyuman. Entah kenapa aku terikut sekali senyum bila tengok dia ni. Dah macam iklan kemanusiaan makanan pun ada.

Picit.

“Eeeeeeek!” aku terjerit kecil apabila Junhong memicit kuat hidungku. Terus kepala aku tarik ke belakang sedikit, meloloskan hidung dari cengkaman jari Junhong. “Kau dah kenapa?”

“Balasan sebab kau tinggalkan aku tadi. Hmph,” dia merungut. Bekas yang aku hulurkan dia ambil. Penyepit di angkat lalu dia menjamu selera dengan jayanya. Terkebil-kebil aku memandang Junhong yang sedang menyumbat makanan ke dalam mulutnya. Amboi dia ni.

“Jangan lupa aku punya bahagian,” aku mengingatkan. Aku hanya mampu menelan liur melihat Junhong menelan makanan yang dikunyah. Junhong mengukir senyum jahat.

“Macam sedap je telur gulung ni.”

ASDFGHJKL NOOOOO PLEASE NOOO JUNHONG MY EGG ROLL!

“Bagi aku jelah.”

POP.

Makanan tersebut di masukkan ke dalam mulutnya lalu dikunyah dengan penuh nikmat. Aku tercengang. JUNHONG YOU IDIOT. MY EGG ROLL!

I’m gonna cut your egg. Serious talk.

Aku tunduk kecewa. Bibir aku ketap geram. Memang nak kenalah Junhong ni. Ish.

What the,” aku kembali mengangkat muka, memandang Junhong. Aku terkedu apabila ada sesuatu dihulur ke arah bibirku.

“Ahhhhh,” Junhong membuka mulutnya lebar. “Ke nak aku makan lagi?”

NO. NO.NO.NO.

Pantas aku membuka mulut. Terus Junhong masukkan seketul telur gulung itu ke dalam mulut aku. Aku mengunyah sambil tersenyum gembira. Junhong turut tersenyum. Okay, serius ini dah macam iklan kemanusiaan makanan. Suasana senyap seketika apabila masing-masing menikmati makanan. Yang Junhong ni entah kenapa dari tadi nak suap aku. Erm, memanglah aku selalu makan dengan dia. Tapi bab suap suap ni, err.

Ini first time. Dan buat aku rasa malu.

“Ala, dah habis.”

Aku menoleh memandang ke arah Junhong yang sedang memandang ke dalam bekas makanan. Dia mendongak lalu memandangku dengan wajah masam. Aku menjongketkan bahu sedikit. Diam-diam aku menahan rasa kecewa dalam hati.

Dah tak boleh main suap suap dah. Isk.

Bunyi loceng membuatkan aku dan Junhong masing-masing bangun dari duduk. Aku menepuk punggung, menghapuskan debu-debu yang melekat pada kain skirt sekolah. Bekas makanan yang Junhong hulurkan aku ambil. “Sedap makanan yang kau bawak ni. Esok buat macam ni lagi eh?”

Aku tersipu malu apabila Junhong memuji. Hanya mampu mengangguk, kemudian aku mendahului langkah menuju ke arah pintu. Junhong menyusul di sisiku. Kami sama-sama menuruni tangga ke tingkat 3. Ala, mula-mula je main gaduh. Lepas tu berbaik. Apa kata orang, air dicincang tak akan putus? Ha, macam tu lah. Hehe.

Kami berpisah di pertengahan tingkat. Aku ke kiri, menuju ke kelas seni. Junhong ke kanan, menuju ke kelas Bahasa Inggeris. Kelas yang paling dia benci. Dan kelas yang paling aku suka. Kami memang ada banyak perbezaan. Tapi entah macam mana boleh rapat. Pelik, kan?

Tapi aku rasa ada satu persamaan yang buat kami kekal berkawan sampai sekarang.

Cinta.

Aku mengaku aku sukakan Junhong. Tapi, aku takut nak luahkan perasaan aku. Gilalah. Junhong ni kingka sekolah.  Artis sekolah. Aku? Cuma budak nerd yang suka melukis. Berbeza sangat kami berdua ni. Dan sebab tu aku tak pernah berani nak tunjukkan betapa rapatnya hubungan aku dengan Junhong depan orang lain. Aku trauma lepas tengok budak yang bagi coklat masa Hari Valentine dekat Junhong kena buli sampai pindah sekolah. Aku taknak.

Sampai di depan bilik seni, aku menghela nafas berat. Kepala aku toleh ke kanan, memandang laluan yang dilalui Junhong tadi. Junhong masih lagi berjalan selamba melalui koridor itu. Lambat-lambat langkahnya di atur. Tiba-tiba dia berhenti, lalu berpaling menghadap ke arahku. Tangannya diangkat dan dilambai laju. Aku membalas dengan senyuman.

Junhong, sampai bila aku nak pendam perasaan aku? Tell me, juseyo.

I love you, Junhong.

I really do.


Lukisan yang separuh siap itu aku tenung. Aish, kenapa aku tak ada idea ni? Otak tersumbat, perut pulak lapar. Dang it, I need some snack here. Bahuku terangkat sedikit apabila sesuatu yang sejuk menyentuh permukaan pipi. Spontan aku menoleh, memandang siapa yang sengaja cari pasal dengan aku. Terus mata tertumpu pada wajah Sehun yang sedang tersenyum. “Cranberry Shake. No milk.

Aku mengukir senyum. Cawan lutsinar itu aku ambil. Berus yang dipegang diletakkan kembali ke dalam bekas berus. “Thanks, Sehun.” ucapku pendek. Sehun mengangguk. Sebuah kerusi kayu ditarik lalu dia megambil tempat di sebelahku. Minuman itu aku sisip dengan penuh nikmat. Dari tadi aku tahan dahaga sebab nak siapkan lukisan ni. Nasib si Sehun ni baik hati tolong belikan.

You know what,” suara Sehun menarik perhatianku. Aku menoleh memandangnya. “Aku tak faham kenapa kau tak suka minum susu.”

Aku tergelak. Nasib tak tersembur minuman yang terkumpul dalam mulut ni. Terus aku telan cecair tersebut lalu aku terbatuk kecil. “What?” wajah Sehun aku pandang. Bibir menahan dari tersenyum.

“Peliklah. Setiap benda yang ada susu kau tak makan, tak minum. Rasanya sebab tu kau tak tinggi-tinggi. Tak cukup kalsium,” Sehun berlagak pandai, macam professor dari Universiti Harvard.

Hai, itu dah lebih la tu. Mempertikaikan tahap ketinggian aku yang comel macam koala ni. Yang dia tu terlebih tinggi tak sedar pulak.

“Biarlah. Aku comel macam koala, okay.” Sehun ketawa. “Kau tu tinggi mengalahkan pokok, nak kutuk orang pendek,” aku menyambung. Makin kuat ketawa Sehun.

“Okaylah tu. Pokok dan koala saling memerlukan tau.” Sehun membuat fakta rambang. Er, apa kaitan ni?

“Koala peluk pokok masa tidur. Kalau tak ada pokok, koala tak ada tempat nak tidur. Tak lengkaplah hidup kau. Sama macam kita. Kalau aku takde, tak lengkaplah hidup kau. Tak ada siapa nak kacau kau masa kau melukis. Tak ada siapa nak belanja kau Cranberry Shake with no milk tu lagi. See? Kau memang perlukan aku dalam hidup kau,” ujar Sehun bangga. Aku terdiam. Terasa pipi mula menjadi panas. Terkebil-kebil aku memandang Sehun. Gulp.

“Err... ewww. Cheesy man. Pergi cari pokok lain sana kalau kau nak luahkan perasaan. Aku banyak kerja, okay,” aku memberi alasan untuk mengelak diusik lagi oleh Sehun. Sehun sengih. Aku letak cawan lutsinar itu di sisi kotak berus lalu berus yang terbaring aku capai. Tangan kembali menghadap kanvas, menyambung sesi melukis yang tergendala tadi.

Ohmy, kenapa aku tak dapat lupakan ayat Sehun? Ish.

“Aku saja datang kacau kau. Aku tengok kau stress sangat. And your painting reflects your sadness.” Sehun bersuara setelah kami masing-masing mendiamkan diri. Aku memandang Sehun sekilas sebelum kembali menumpukan perhatian pada kanvas.

It does?” aku menyoal.

Yeah. Gloomy. Dark colours. Black, Red. Nampak macam kau tengah sedih dan menyembunyikan sesuatu. Okay, frankly saying, you missed someone, right?” soalan Sehun membuatkan tangan yang bergerak terhenti. Jantung berdegup kencang. No, kenapa perasaan ni datang balik? Secara tiba-tiba. Something bad will happen today. Serious.

“Mana ada. Pandai-pandai je kau. Haha,” ketawa kekok dilepaskan. “Aku tak rindu sesiapa.”

“Cik Tira?” spontan aku dan Sehun menoleh ke belakang. “Ada orang nak jumpa.”

Aku kaku sebaik sahaja memandang ke arah insan yang sedang berdiri di sisi setiausaha aku. Wajah tu, rambut tu. Senyum tu. No, mesti aku tengah mimpi sekarang ni. Park Tira, wake up! Itu...bukan dia. Bukan.


“Kau sihat, Tira?” soalan itu diajukan setelah lama kami berdiam diri. Rambut yang mengerbang sedikit aku selit ke belakang telinga. Entah kenapa lidah terasa kelu untuk berbicara. Angin musim luruh yang dingin menyebabkan aku memeluk tubuh sendiri.

Aku tak mampu nak menatap wajah dia. Aku hanya mampu merenung ke lantai. Menjeling sekilas ke arah kasut yang dipakainya. Converse berwarna merah. Merah. Warna kegemaran dia. Dan warna yang paling aku benci. Itu salah satu perbezaan kami yang masih aku ingat.

“Tira?” aku mengangkat wajah. Junhong memandangku dengan senyuman. “Awkward, kan? Dah 7 tahun tak jumpa. Kau menghilang tiba-tiba. Aku rindu kau, tahu tak?” ayat itu membuatkan jantung bagai dicengkam kuat. Kenapa ni, Tira? Tolonglah kuatkan semangat kau.

“Aku tertanya-tanya kenapa kau tiba-tiba pergi, Tira. Lepas kau pergi, tak ada siapa yang balik dengan aku. Tak ada siapa yang teman aku minum susu kotak dekat kedai serbaneka. Tak ada siapa yang ajar aku Bahasa Inggeris dekat rumah. Aku sunyi, Tira. Sunyi sangat.” Junhong berhenti sekejap lalu melepaskan keluhan. “Kenapa, Tira? Kenapa kau pergi?”

“Aku...” aku menarik nafas dalam. Kau kena kuat, Tira. “Aku takut, Junhong.”

“Takut?” Junhong menyoal hairan. Aku mengangguk.

“Kenapa? Peminat-peminat aku buli kau dulu?” soalan Junhong berjaya buat aku menahan senyum. Terus terbayang wajah peminat-peminat Junhong yang selalu terpekik-pekik, yang selalu hantar hadiah itu ini, yang sanggup jadi pengawal tak berbayar depan pagar. Sampai kena halau dengan cikgu.

“Bukan. Bukan sebab tu,” aku menggeleng. Berkerut dahi Junhong.

“Habis? Tira, aku cari kau sebab aku rindu kau. Dan aku nak satu jawapan yang pasti. Kenapa kau nak berahsia dengan aku, Tira? 7 tahun bukan satu masa yang singkat. Aku tunggu dan tunggu. Aku cari kau sebab aku nak tahu, apa penyebab kau pergi tiba-tiba. Kalau aku yang salah, aku minta maaf. Aku tahu aku bukan kawan yang baik. Aku selalu buli kau. Kau tak tahan dengan aku ke, Tira?”

Soalan demi soalan dari Junhong membuatkan aku lebih tertekan. Kenapa mesti kau cari aku, Junhong? Kenapa? Tak bolehkah kau biarkan aku bahagia dengan hidup aku dan kau bahagia dengan hidup kau? Aku bahagia, Junhong. 7 tahun lepas mungkin aku rasa sakit, sebab tinggalkan kau. Aku tipu perasaan aku. Tapi aku takut, Junhong.

Aku takut perasaan cinta aku makin berkembang dan aku tak dapat pergi jauh dari kau.

Lepas aku dapat tahu Junhong bercinta dengan Sulmi, aku tak tentu arah. Aku mula menjauhkan diri dari Junhong. Setiap kali dia ajak aku berjumpa, ataupun keluar bersama pasti aku akan menolak. Aku takut aku tak dapat tahan perasaan aku. Aku takut aku tak mampu nak tengok Junhong bahagia dengan orang lain. Perasaan yang aku pendam dari dulu, terkubur dalam-dalam. Sebab itu aku minta papa pindahkan aku ke Amerika dan tinggal dengan mama. Aku sambung belajar di Amerika. Aku jumpa Sehun. Dan aku tak pernah balik ke Korea.

Sebab aku taknak Junhong cari aku. Tapi aku salah. Akhirnya dia jumpa aku. Dan aku masih tak sedia.

“Junhong, aku...”

“Tira!” ayat aku terhenti. Aku menoleh ke belakang. Sehun berlari ke arah kerusi batu yang kami berdua duduki sekarang. “Lamanya kau! Aku bosan dekat dalam tu. Oh, hai! Kawan lama Tira, ya?” Sehun mengambil tempat di antara aku dan Junhong lalu tangan dihulur ke arah lelaki itu. Aku lihat Junhong seolah-olah tak senang dengan kehadiran Sehun. Aku biarkan Sehun berbual rancak dengan Junhong.

Thanks, Sehun. You saved me.


Apple juice, apple juice...” aku mengomel sendiri. Jari telunjuk mengetuk perlahan dagu. Dari tadi aku berjalan dari hujung sana ke hujung sini, mencari jenama jus epal yang aku gemari. Aik, takkan habis stok, kot? Alamak.

Apple juice...” aku tersentak apabila ada sesuatu yang dimasukkan ke dalam bakulku. Aku lihat barang asing yang dimasukkan tadi.

“Perisa susu kegemaran kau. Coklat,” serta-merta mataku membesar apabila aku mendongak, memandang insan yang sedang tersenyum itu. Junhong tersenyum manis ke arahku. “Dan ini aku punya. Susu segar.” Junhong mengangkat kotak susu kecil itu lalu ditunjukkan ke arahku.

“J-Junhong,” aku terkedu. Aku pandang sekeliling. Mencari Sehun. Oh, lupa. Sehun tak ada dengan aku sekarang ni. Dang it.

“Hei, janganlah terkejut sangat. Nampak macam aku ni penjenayah je.” Junhong memicit hidungku menyebabkan aku spontan mengundur setapak ke belakang. Aku tunduk, memandang lantai. Sedaya upaya aku cuba melarikan pandangan dari mata Junhong.

Kau memang penjenayah, Junhong. Sebab kau pernah curi hati aku. Dan sekarang kau cuba nak curi hati aku balik. Patutkah aku bagi kau peluang? Entahlah.

“Apa kau buat dekat sini?” aku menyoal soalan klise.  Junhong ketawa.

“Tira, Tira. Soalan kau tu, aish. Aku beli baranglah. Kenapa, kau ingat aku spy kau, ke?” dia ketawa. Pipi mula terasa panas. Eh, Tira. Yang kau nak malu ni kenapa?

“Lagipun rumah sewa aku beberapa blok je dari sini.”

Aku terkedu entah kali yang ke berapa. Rumah?

“Kau duduk sini, ke?” kali ini aku pandang tepat ke arah matanya. Wait, like seriously. Junhong pindah Amerika?

“Aku ada kerja nak diselesaikan dekat sini. Urm, Tira. Jomlah kita borak sambil jalan. Sejuklah duduk depan ni lama-lama.” Junhong memeluk tubuh. Dia mendahului aku beredar dari situ. Entah kenapa kaki aku melangkah menuruti langkah perlahan Junhong. Oh dear, Tira. Betul apa kau buat ni?

Masing-masing senyap. Membatukan diri. Membisukan mulut. Aku mencapai barangan yang aku mahu. Junhong hanya diam tak berkata-kata. Someone please break the ice. Jebal.

“Kau taknak jawab soalan aku hari tu?”

Yeah. That’s it. Aku dah agak dah.

“Kau masih nak tuntut jawapannya?” soalan bodoh aku tujukan. Padahal aku tahu, Junhong memang nak jawapan dari aku.

“Mestilah. I craved for that answer. Your answer.” Junhong menjawab. Ketawa aku terlepas. Wow, Junhong dah pandai cakap bahasa Inggeris.

“Pandai kau berbahasa Inggeris,” aku mengusik. Junhong ketawa kecil.

“Mestilah. Kau ingat 7 tahun aku tak jumpa kau, aku tak boleh cakap Inggeris? Aku belajar sendiri tau. Lepas cikgu kesayangan aku sorang ni pindah. Kesian anak murid dia ni.” Junhong buat muka sedih. Aku menggeleng sambil tersenyum. Tahniah, Tira. Kau dah buat dia berjaya ceroboh masuk ke dalam hati kau sekali lagi.

“Sejujurnya, Junhong. Aku takut aku akan rosakkan hubungan kau dengan Sulmi. Sebab tu aku pindah.”

Tipu. Hipokrit. Tira tipu dirinya sendiri.

“Oh. Sulmi.” Junhong membalas pendek. Berkerut dahiku.

“Kau....masih dengan Sulmi, kan?” aku bertanya. Entah kenapa aku rasa bersalah.

“Taklah. Lepas kau pindah terus aku putus dengan dia,”

Langkah kami terhenti serentak. Diam. Junhong menoleh, memandang ke arahku. Tak, menatap terus ke dalam mataku.

“Tira, pernah tak kau tanya pasal perasaan aku?”

Aku melarikan pandangan. Junhong mengeluarkan sesuatu dari dalam kocek seluarnya. “Ni,”

Aku memandang ke arah sekeping gambar yang Junhong keluarkan tadi. Gambar kami berdua di atas bumbung sekolah. Aku menahan rasa sebak di dada. Aku dah buang gambar ni. Tapi, Junhong masih simpan. Kenapa, Junhong? Kenapa kau simpan?

“Aku rindu masa kita berdua dulu. Aku rindu nak kejar kau sampai ke bumbung sekolah. Aku rindu masakan kau. Bekal kau. Aku rindu segalanya tentang kau, Tira. Kau tak pernah tahu perasaan aku. Aku tak pernah cintakan Sulmi. Aku cuma..nak uji kau. Dan aku sedar, kau ada perasaan pada aku. Cuma aku yang buta selama ni, tak pernah nampak. Lepas kau pergi, aku jadi lain. Aku rasa tak bersemangat. Luaran aku nampak bahagia tapi hati aku? Sakit. Sebab kau tak ada di sisi aku, Tira. Aku cari kau selama 7 tahun tanpa henti. Aku berhenti kejar cita-cita dan impian aku sebab kau. Aku tahu aku silap. Tapi hari ni, aku nak tebus kesilapan aku. Aku nak kau tahu, perasaan kau selama ni, bukan hanya bertepuk sebelah tangan, Tira. Tolong bagi aku peluang. Peluang untuk aku buktikan perasaan aku pada kau. Please?”

Aku kaku. Air mata aku tahan dari mengalir. Entah kenapa, aku rasa lemah. Selama 7 tahun aku cuba lupakan Junhong dan aku berjaya. Tapi kenapa mesti Junhong muncul kembali dalam hidup aku? Macam mana aku nak jelaskan mengenai kehidupan aku sekarang? Junhong, tolong jangan seksa aku lagi. Tira, betul kau nak korbankan segala usaha kau selama ni, hari ni?

“Jangan bazirkan peluang ni. Aku...pergi dulu,” cepat-cepat aku melangkah meninggalkan Junhong. Air mata yang mengalir aku kesat. Aku menuju ke arah kaunter bayaran. Selesai membayar harga barang, aku keluar dari pasaraya. Langkah aku atur laju menuju ke galeri.

“Woah, cepat kau balik? Dah beli semua barang?” Sehun menyapa. Aku letak bungkusan-bungkusan plastik di atas meja. Kepala aku angguk. Sehun menyerbu bungkusan plastik itu lalu satu-persatu isinya dikeluarkan. Aku menapak menuju ke arah kerusi di hadapan lukisan yang sedang aku kerjakan. Perlahan-lahan aku melabuhkan punggung di atas kerusi kayu itu. Lukisan yang hampir 90 peratus siap itu aku pandang.

“Tira? Kau beli susu coklat? Bukan kau tak minum, ke?” Sehun mengangkat kotak kecil itu dengan wajah hairan. Tiba-tiba air mata aku jatuh membasahi pipi.

Aku berhenti minum susu lepas aku pindah dari Korea. Sebab itu mengingatkan aku pada Junhong. Sepatutnya aku tak terima permintaan Junhong tadi. Tira, kau dah buat keputusan yang salah. Aku menangis teresak-esak. Muka ditekup dengan kedua-dua belah tapak tangan.

“Tira?” Sehun menyentuh lembut bahuku. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi di sebelahku. “Kenapa ni? Hei, okay tak?” Sehun menyoal risau. Aku menggeleng.

“Sehun....” perlahan-lahan aku mendekati tubuh Sehun lalu aku peluk erat. Kepala aku rehatkan di dada Sehun. Sehun membalas pelukanku. Bahuku diusap-usap perlahan. “Kenapa dia datang sekarang, Hun? Kenapa?” aku merintih. Sehun diam.

Just, let it out, Tira. Lepaskan.” Sehun memujuk. Tubuh Sehun aku peluk lebih erat.

Thanks, Sehun. You really do understand me.

You make me love you more. Day by day.


Entah apa yang merasuk dalam badan aku, aku terima ajakan Junhong untuk pergi bersiar-siar sekitar bandar New York. Aku hanya mampu mengutuk diri sendiri dalam hati. Tira, oh Tira. Kau yang bagi dia peluang ni, sepatutnya kau yang kena jual mahal. Ini kau ikut je apa yang dia nak. Oh my, oh my.

“Tira, tunjuklah sekolah lama kau dulu.” Junhong berhenti melangkah. Aku turut sama berhenti. Kepala aku garu. Alamak, apahal dia nak tengok sekolah aku pulak.

“Urm, boleh. Tapi hari ni hari persekolahan. Kenapa kau nak pergi? Nanti ganggulah budak-budak belajar,” aku cuba memberi alasan. Junhong tersenyum lalu menggeleng.

“Sekejap je. Please? Aku ada sesuatu nak tunjukkan dekat kau.” Junhong memujuk. Aku mula rasa bersalah. Ikut ke tak? Aduh, Tira. Kenapa kau lemah sangat ni?

Selepas dipujuk Junhong, aku mengalah. Kami berdua mengambil teksi lalu bergerak menuju ke New York Girls Institute of Art. Aku sekolah perempuan, okay. Sebab aku dah trauma nak berkawan dengan lelaki. Ha, sebab tu aku hanya ada Sehun. Itupun berkenalan masa dekat universiti. And, yeah. He’s different than others. Sebab tu aku boleh kekal dengan dia sampai sekarang.

Sampai di hadapan pagar sekolah, aku terpaksa bergelut dengan pengawal tu semata-mata untuk masuk ke dalam kawasan sekolah. Macam-macam alasan yang aku bagi. Sampai terpaksa berlakon cikgu telefon aku. Sorry, Mrs.Wrington, I had to use your name this time. I love you, teacher. Dan dengan kuasa cikgu Seni aku tu, dapatlah kami berdua masuk ke dalam perkarangan sekolah.

“Woah. Patutlah kau dah tak balik ke Korea. Cantik sekolah kau ni. Pelajarnya pun cantik.” Junhong mengusik. Aku hanya mampu tersenyum kekok. Apa motif dia nak datang ke sekolah aku ni?

Kami berdua masuk ke dalam bangunan sekolah. Kepala Junhong menoleh ke kiri dan ke kanan, seakan-akan mencari sesuatu. Aku hanya memerhati tingkah laku Junhong. Sambil-sambil tu aku kembali mengenangkan kisah-kisah lama aku di sini dulu. Aku ingat lagi, hari pertama aku masuk sini, macam rusa masuk kampung. Aku jadi tak biasa. First, sebab tak ada lelaki. Second, sekolah ni besar sangat. Aku sampai sesat masa nak ke tandas.

Girl!” aku tersedar dari lamunan, Aku menoleh ke kanan, melihat Junhong yang sedang menahan seorang pelajar. Terkebil-kebil aku memandang Junhong dan pelajar itu. Junhong seolah-olah bertanya mengenai arah jalan. Perlu ke tanya orang lain? Sekolah ni sekolah aku jugak.

Selesai dia bertanya, dia kembali berlari ke arahku. “Jom.” Junhong mengajak.

“Ke mana? Kenapa kau tak tanya aku je arah nak pergi tempat kau nak tu?”

Junhong mencapai pergelangan tanganku. “Surprise.” Junhong mengukir senyuman sebelum menarik aku pergi bersamanya. Aku hanya mampu mengikut langkahnya sehingga sampai di satu pintu. Aku kaku.

Ini pintu keluar nak ke bumbung sekolah.

“Jom lumba?”

Aku tersentak. Ini...kenangan tu.

“Satu..” Junhong mula membilang.

Come on, Tira. Give him a chance to show what he wants to.

“Dua...”

Tak salah kau cuba nak gembirakan hati orang lain.

“Tiga!”

Tombol pintu aku pulas lalu pintu aku tarik. Pantas langkah aku atur, meninggalkan Junhong di belakang. Walaupun dah 7 tahun aku tak buat macam ni, aku tetap mampu mengalahkan Junhong. Aku menoleh sedikit ke belakang. Junhong terkocoh-kocoh cuba mengejar. Aku lihat dia memegang dan mencengkam lapisan baju di dada. Kenapa dengan Junhong?

“Tira, tunggulah!” entah kenapa aku tak rasa nak berhenti. Aku teruskan momentum aku hingga sampai di penghujung anak tangga. Tombol pintu itu aku pulas lalu pintu aku tolak. Larian aku teruskan hingga ke tembok penghadang. Aku membongkok, melepaskan lelah. Alahai, dah lama tak bersenam, penatlah pulak. Aku pandang ke belakang, bayang tubuh Junhong masih tak kelihatan. Aku mula risau.

Takkan dia pengsan tengah jalan kot? Alamak.

Belum sempat aku melangkah hendak ke pintu, Junhong muncul di muka pintu. Dia nampak penat sangat. Termengah-mengah mengambil nafas sambil berpaut pada rangka pintu. Spontan aku tersenyum. Dah lama tak nampak Junhong macam ni. Ini semua buatkan aku...rindu.

“Gilalah kau, Tira. Kuat lagi kau main lari-lari naik tangga. Tahniah, tahniah.” Junhong memuji sebaik sahaja dia sampai di hadapanku. Macam biasa, dia akan duduk lalu mengesot hingga tubuhnya menghentak lembut dinding penghadang. Aku menyusul duduk di sebelahnya.

Sebenarnya aku tak pernah datang ke bumbung sekolah ni. Sebab....semua tu akan ingatkan aku pada Junhong. Tapi sekarang, aku ada dekat sini. Dengan Junhong.

Suasana senyap seketika apabila masing-masing melepaskan lelah. Aku pandang Junhong. Junhong pandang aku. Tiba-tiba kami ketawa. Entah apa yang lawak pun tak tahu. Yeah, mungkin rasa lawak sebab dah tua bangka pun nak main kejar-kejar naik tangga lagi.

“Kenapa kau ajak aku datang sini?” aku memecahkan kebuntuan. Junhong membuka beg silang yang dibawanya. Sebuah bekas makanan dikeluarkan dari beg itu.

“Makan dengan aku hari ni?”

Aku terkedu. Wajah Junhong aku pandang dengan riak bingung. “W-what?”

Junhong membuka penutup bekas makanan itu. Entah kenapa aku rasa sebak. Telur gulung, nasi kepal. Tomato ceri. Semua tu kesukaan kami berdua. Junhong mengambil penyepit lalu seketul telur gulung diambil. Penyepit itu di arahkan ke bibirku. “Ahhh, bukak mulut.”

Aku tersenyum. Air mata mula bertakung di kantung mata. Aku membuka mulut lalu Junhong memasukkan telur gulung itu ke dalam mulutku. Perlahan-lahan aku mengunyah. Erm, sedap Junhong masak.

“Aku rindu saat-saat ni, Tira. Ingat tak kita berdua pernah kena denda sebab kena tangkap makan dekat bumbung? Tapi lepas tu kita buat lagi. Tapi lepas aku dengan Sulmi, kita dah tak makan berdua. Masa tu aku terkilan sangat. Dan aku tahu aku dah buat satu kesilapan yang besar. Hari ni aku cuba nak tebus balik kesilapan tu.” Junhong tunduk. Aku memandang Junhong.

“Kau tak salah apa-apa, Junhong. Itu hak kau nak pilih siapa yang kau nak. Mungkin aku yang telalu kebudak-budakan. Tak pernah cuba untuk terima kenyataan. Ala, perempuan. Biasalah.”

“Tapi aku suka kau, Tira.” Junhong memintas. Aku terdiam.

“Dari dulu aku suka kau. Tapi aku tak pernah nak luahkan. Sebab aku takut kau cuma anggap aku sebagai kawan kau. Tapi lepas kau pergi, aku sedar cinta aku tak bertepuk sebelah tangan. Tapi dah terlambat, kau dah pergi jauh. Aku hanya mampu menunggu kau balik ke Korea, tapi kau tak pernah balik. Aku tak sempat nak luahkan perasaan aku. Aku cintakan kau, Tira.” Junhong memandang tepat ke dalam anak mataku. Aku kaku di situ.

No, this is not right.

Aku dah tak cintakan Junhong.

I love Sehun. I love him. Junhong tak boleh jadi milik aku.

“Tira, could you please....let me love you like I want to?”

Entah kenapa lidah terasa kelu sangat untuk berbicara. Kenapa baru sekarang, Junhong? Kenapa?

Kalau kau luahkan semua ni 7 tahun yang lalu, mungkin aku akan terima kau.

Tapi...aku tak boleh.

Sehun tunang aku.

Aku tak boleh terima cinta kau, Junhong.

Even if I want to.

I can’t.


Suasana di balkoni galeri yang dingin tak menghalang aku untuk berdiri di sisi penghadang kaca itu. Aku menikmati angin malam yang dingin. Sedingin hati aku sekarang. Sedingin jiwa aku sekarang. Musim luruh yang sudah sampai ke penghujung menambahkan lagi kedinginan. Sama seperti apa yang aku sedang lalui sekarang.

Entah kenapa aku tak sanggup nak menolak Junhong. Aku biarkan dia tertunggu-tunggu balasan aku. Aku tak ada niat nak menyeksa dia. Tak ada sama sekali. Tapi, aku masih tak bersedia. Aku cintakan Junhong. Dan dalam masa yang sama, aku dah ada Sehun. Perasaan cinta aku pada Sehun makin berkembang dari hari ke hari. Aku tak dapat kawal perasaan tu. I really love him.

Rasanya ini semua salah aku. Aku yang beri ruang pada Junhong untuk kembali masuk ke dalam hati aku, menagih cinta yang tak terbalas dulu. Dan aku jugak yang memberi peluang untuk dia cuba curi hati aku. Kenapa, Tira? Baru sekarang kau nak menyesal? Terlambat.

Lamunanku terganggu apabila terdengar bunyi pintu gelongsor digerakkan seseorang. “Tira,” aku menoleh. Sehun sedang menuju ke arahku dengan sejambak bunga ros putih di tangan. Ew, dia tu. Suka tau buat aku sengih sorang-sorang macam ni. Dasar Romeo.

White roses? Like seriously, Oh Sehun?” aku mengambil jambangan bunga yang Sehun hulurkan. Entah kenapa aku rasa berdebar-debar hari ni. Rasa macam...nak melahirkan anak. Err.

“Kenapa? You can catch what I try to tell ya’?” dia membalas. Aku tersipu sendiri. Alamak, kantoi.

Err, you know. White roses means, marriage. New starts? Ros putih ni sesuai dihadiahkan untuk bakal pengantin sewaktu hari perkahwinan.”

Marry me then.” Sehun memintas. Aku terdiam. Apa dia?

Marry me then, Park Tira.” Sehun mengeluarkan sebuah kotak kecil berwarna merah baldu. Penutup kotak tersebut dibuka lalu isinya ditunjukkan kepadaku. Sebentuk cincin perak terus menjadi tatapan. Aku mendongak, memandang wajah Sehun. Mencari tanda-tanda yang dia tengah bergurau.

Tak.

Tak ada.

Sehun serius melamar aku.

L-look, Sehun. I...”

“Kalau kau taknak terima pun tak apa, Tira. I’ll let you go with him.”

Aku terkejut sendiri.

W-what?”

That Junhong guy, is your first love, right? He loves you. From the first sight, I can read his feelings towards you. He really loves you, Tira. Aku dapat tengok keikhlasan dia. I can feel that he had searching for you for a long time. He’s the happiest man in the world when he saw you that day. Aku nampak, Tira. Dan kalau kau tak mampu nak teruskan hubungan kita, aku sanggup lepaskan kau. You can have him. And you’ll be happy. Thus, your painting will not reflects your sadness anymore. You can paint beautiful painting. Happier. Not a gloomy one. Kau akan bahagia,” panjang Sehun berbicara. Aku dapat lihat Sehun sedaya upaya menahan air matanya dari jatuh. “Aku hanya penghalang, Tira. Second man always lose.”

“Sehun,” kedua-dua belah pipinya aku tekup. “No, you’re not. You’re my fiance. I, can’t let you go just like that. Our story must has an ending. One day. I’ll wear the bride gown. And you’ll be my groom. We’ll live happily, together, Sehun.” Sehun tersenyum. Air matanya jatuh mengalir di pipi.

“Tapi kita baru tunang, kan? We can easily call it off. Aku taknak, disebabkan aku kau tak bahagia. I love you, Tira. And I want you to be happy. Forever.

But how can you know that I’ll be happy with Junhong? And you do expect me to be happy when you’re suffering inside? Sehun, listen. I love you. I really do. I want to be your bride. I want to marry you. But, I need some time. Aku perlukan masa untuk bagitahu Junhong segala-galanya. I can’t get rid of him in a blink of eyes. Please do understand me, Sehun. I-I..” aku sebak. Tak dapat nak menghabiskan kata-kata. Air mata yang ditahan tadi mengalir perlahan-lahan menuruni pipi.

“Tira, I’m sorry. Don’t cry, jebal.” Sehun memujuk. Air mataku dikesat menggunakan ibu jari. Jarak wajah kami dirapatkan. Dahinya dilekapkan ke dahiku.

“I love you, Sehun. Don’t go....” aku bersuara lirih. Sehun mengangguk.

I will not, Tira. I love you too,” anak mataku dipandang dalam. Jarak wajah dirapatkan lagi dan bibir Sehun menyentuh lembut bibirku.

We kissed.

Sehun kissed me.

And that make me feel like a cheater when I saw,

Junhong’s face in my mind when I kissed Sehun.

And it seems real.

He’s standing there, watching me and Sehun kissing under the moonlight.

But he remained silent.

Why, Junhong?

I’m really sorry.

I love Sehun.

You’re just my past.

My lovely past.

That ruined my lovely imagination and passion.


“Cik Tira, ini ada surat untuk cik. Saya jumpa dekat pokok bunga tepi peti surat.” Serri, setiausahaku menghulurkan sekeping surat kepadaku. Surat itu aku ambil lalu sebaris ayat bertulis tangan di tengah-tengah sampul itu aku baca.

“Park Tira, my love.”

Spontan berkerut dahiku. Sehun bagi? But...no. Tulisan ni lain sangat.

Sehun terpaksa pergi ke China untuk satu pameran seni. Dan dia terpaksa wakilkan aku sebab lukisan masih banyak yang belum disiapkan. Salahkan Sehun, dia nak selesaikan dulu persiapan perkahwinan kami sebelum dia ke China. Katanya, “Nanti Sehun takut tergoda dengan awek China, jadi lebih baik kita prepare supaya Sehun sedar diri.” Aww, that freaking cute boy.

“Tapi kan, Cik Tira. Saya rasa saya tahu siapa yang bagi.”

Terus aku mengangkat muka, memandang Serri. “Siapa?”

“Encik Junhong agaknya. Sebab saya nampak dia datang sini malam seminggu yang lepas. Dia ada berdiri depan pintu masuk, tapi dia tak masuk. Rasanya dia yang bagi ni.”

Aku terdiam sekejap. Junhong. Mana dia? Dah seminggu aku tak nampak. Dia sihat, ke? And I don’t even have a chance to tell him the truth. Selepas malam Sehun melamar aku, aku terus tak berjumpa dengan Junhong. Aku tak tahu alamat rumah sewa dia. Hmm, I think I need to find him.

I will tell him the truth.

Setelah Serri melangkah pergi, aku buka sampul surat itu perlahan-lahan. Isinya aku keluarkan lalu lipatan surat itu aku buka. Tulisan tangan yang kemas terus menjadi tatapan.

Ini memang tulisan Junhong.

“Tira,

       Aku harap kau bahagia dengan dia. Mungkin, saat kau baca surat ni aku dah tak ada di Amerika. Aku dah pulang ke Korea. Maafkan aku, Tira. Aku terpaksa pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal. Sebab aku rasa tak perlu. Dan tak patut aku buat. Kau dah buat pilihan kau, Tira. You chose him.

       Aku tahu aku salah, Tira. Aku tak pernah nak nampak perasaan kau. Tapi aku sedar salah aku. Aku datang ke Amerika untuk cari kau. Sebenarnya aku dah lama ada di Amerika. Dah 2 tahun. Tapi, aku tak sanggup nak jumpa kau dulu. Aku takut kau tak dapat terima aku. Aku takut kau akan anggap aku macam orang asing.

       Hari aku jumpa kau, aku rasa dunia aku berubah. Aku dapat balik apa yang aku hilang. Semangat aku, senyum aku. Sebab kau, Tira. Terima kasih. Kau dah ubah hidup aku. Aku sedar aku tak boleh hidup tanpa kau. Sepanjang dua tahun aku di Amerika, aku hanya mampu pandang kau dari jauh. Aku tak mampu nak mendekati kau sebab aku nampak kau bahagia hidup tanpa aku, Tira. Mungkin aku yang masih tak dapat terima kenyataan yang kau tak perlukan aku lagi.

       Semalam, aku datang ke galeri kau. Aku nak jelaskan segala-galanya, Tira. Aku nak kau tahu apa yang aku sembunyikan. Dan aku nak luahkan segalanya dekat kau. Aku nak kau jadi milik aku. Aku nak tebus kesilapan aku. Tapi aku rasa aku tersilap langkah. Aku nampak benda yang tak sepatutnya aku nampak. Maafkan aku, Tira.

      Mungkin aku terlambat, dan Sehun dah dapatkan kau dulu.

     Aku tahu aku tak patut bagi tahu kau semua ni. Walaupun aku cuba tahan sakit di dada, tetap aku rasa peritnya. Aku tahu aku lemah.

       Tira, terima kasih. Kau dah ubah hidup aku. Kau buat aku kenal apa itu erti cinta. Erti setia. Dan erti penantian. Walaupun aku kalah, tapi aku tak sedih. Aku bahagia tengok kau bahagia. Dan aku akan sentiasa doakan kau akan bahagia tanpa aku. Sebab aku tahu, aku takkan mampu bahagiakan kau.

Sekian,

Choi Junhong,

First love.

Aku menggengam erat lapisan kertas itu hingga renyuk sedikit. Air mata yang dari tadi lebat mengalir membasahi tulisan-tulisan kemas Junhong. Rasa pedih di dada menambahkan lagi kesakitan yang dialami.

He do saw us.

Memang betul apa yang aku nampak malam tu.

Junhong memang ada dekat situ.

Tira, apa yang kau dah buat?

Junhong, kenapa kau buat aku macam ni? Tak bolehkah aku bagi aku peluang untuk menjelaskan segala-galanya? Kenapa kau buat aku rasa bersalah, Junhong. Kenapa?

Kepala yang terasa sakit aku picit perlahan. Aku mesti selesaikan semua ni. Aku tak sepatutnya buat Junhong macam tu. Dia patut tahu hal yang sebenar.

Telefon interkom aku tekan. “Ya, cik Tira?” suara Serri keluar dari pembesar suara.

“Batalkan semua perjumpaan atau aktiviti saya, Serri. Untuk seminggu.”

“A-apa? Tapi kenapa, cik Tira?” Serri seolah-olah terkejut. Aku menarik nafas dalam.

Book ticket saya ke Korea. Bussiness class.”

Serri diam sekejap. “Er, okay.”

Talian aku matikan. Aku menyandarkan belakang di kepala kerusi. Mata aku pejam rapat. Beberapa ketika kemudian kepala aku toleh ke kiri, menghadap tingkap kaca yang luas. Mata aku buka perlahan-lahan. Rintik-rintik hujan mula mengetuk permukaan tingkap. Suasana menjadi kelam. Awan mendung makin menebal di dada langit.

“Tira, could you please....let me love you like I want to?”

Ayat Junhong kembali bermain di fikiran.

“Tapi aku suka kau, Tira.”

Junhong, aku sukakan kau jugak. Mungkin kau dah buat aku jatuh cinta kembali?

“Dari dulu aku suka kau. Tapi aku tak pernah nak luahkan. Sebab aku takut kau cuma anggap aku sebagai kawan kau. Tapi lepas kau pergi, aku sedar cinta aku tak bertepuk sebelah tangan. Tapi dah terlambat, kau dah pergi jauh. Aku hanya mampu menunggu kau balik ke Korea, tapi kau tak pernah balik. Aku tak sempat nak luahkan perasaan aku. Aku cintakan kau, Tira.”

Semua ni buat aku keliru. Antara rasa cinta aku pada Sehun. Atau, kenangan aku pada Junhong?

They do mess with mith my heart. And my love.

And I’m trapped.


“Park Tira?”

Aku menoleh. Seorang wanita yang seakan-akan seumur denganku sedang memandang dengan wajah terkejut. “Awak Park Tira, kan?”

“Uh, ya. Er, awak...siapa, ya?” aku tersengih kekok. Iyalah, siapa tak kekok. Duduk je atas kerusi ada orang tegur dengan muka confident gila macam dah lama kenal. Padahal muka dia pun aku tak pernah nampak. Tapi, adalah iras-iras sikit macam orang yang aku kenal. Tapi, siapa ya?

“OMO, mana kau menghilang? Semua orang terkejut tiba-tiba kau pindah,” selamba sahaja dia mengambil tempat di hadapanku. Aku memandangnya aneh.

A bold one, huh?

“Err, maaf. Saya tak kenal awak, lah. Boleh perkenalkan diri?” aku meminta. Dia seolah-olah terkejut. Riak wajahnya bertukar masam.

“Kau...tak kenal aku? Tapi aku kan, oh. Maaf. Patutlah kau tak kenal aku,” dia berhenti seketika, membetulkan rambutnya yang berwarna perang. Dia ketawa kecil.

Er, kenapa dengan dia ni.

Tangan dihulurkan kearahku. “Jeon Sulmi. Art Student, Cheonsa High School.” Sulmi memandangku dengan senyuman.

Kali ini giliran aku pula untuk terkejut. Jeon Sulmi?

“O-oh. Sulmi-ya,” aku tersenyum kekok sebelum huluran tangannya aku balas. Kami bersalaman sekejap. “Kau..nampak lain,” aku menarik tanganku kembali. Sulmi ketawa.

“Dua sesi. Betulkan hidung dan mata. Hah,” rambut dikibas sedikit seperti diva. Aku ketawa. Entah kenapa aku mula rasa selesa dengan Sulmi. Walaupun, yeah. Tahu-tahu ajelah.

“Kau pergi mana, sebenarnya? Tiba-tiba je hilang?” Sulmi menyoal. Aku senyum.

“Pindah. Family matter.”

“Ohhhh,” Sulmi mengangguk faham. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Aku hanya memerhati. Sebenarnya ada benda yang terlintas dalam kepala aku sekarang. Patut atau tak aku tanya? Aish.

“Sulmi,” aku memanggil. Sulmi mengalihkan perhatian dari telefon bimbitnya. Entah kenapa menyesal pulak aku panggil.

“Kau...masih dengan Junhong?”

Soalan aku menyebabkan Sulmi terdiam. Aku dapat tengok riak wajah dia berubah. “Tak. Seminggu je lah kami couple. Haha,” Sulmi ketawa kecil. Seolah-olah cuba melindungi kesedihan.

Mesti dia sayang Junhong, kan?

“Urm, sebenarnya aku datang ke Korea ni nak cari Junhong. Kau tahu tak rumah dia dekat mana?” aku menyoal lagi. Wajah Sulmi bertukar muram. Dia menghela nafas berat.

“Jom, aku bawak kau.”

Sulmi bingkas bangun. Aku menyusul di belakang.

Junhong, at last, you’ll know the truth.


“Dia tak bagi aku bagitahu kau, Tira. Dia taknak kau tahu pun. Tapi, aku terpaksa bagitahu kau. Aku kesiankan kau. Junhong sayangkan kau sangat-sangat, Tira. Sebenarnya kami bukannya pasangan kekasih yang betul. Aku yang cadangkan Junhong buat macam tu. Dan aku tak sangka kau akan ambil langkah drastik, pindah ke Amerika. Terkadang tu aku menyesal. Sebab aku, korang terpisah. Dan kali ni aku taknak berahsia lagi, Tira. Maafkan aku,”

Aku menggengam kuat jari jemari. Air mata yang mengalir aku biarkan jatuh menitis ke tanah berumput. Suasana sunyi dan angin yang sayup-sayup menampar pipi menambahkan lagi pedih di hati.

“Bila dia pergi?” aku menyoal. Sulmi mengeluh.

“Dua hari yang lepas. Junhong memang sakit. Dan aku tak sangka kau tak tahu pasal penyakit dia. Junhong cakap dekat aku, dia dah jelaskan segala-galanya pada kau.”

Tak. Dia tak jelaskan. Junhong tipu.

Kenapa?

Kenapa kau buat aku macam ni, Junhong?

Pusara yang kelihatan baru itu aku renung lama. Junhong, kenapa kau tak pernah berterus-terang dengan aku? Kau sanggup buat semua ni, dan aku tak pernah nak menilai kau dengan sebetulnya. Kau tak bagi aku peluang.

“Tira...” lenganku diusap perlahan oleh Sulmi. “Dia tak kisah. Asalkan kau bahagia, dia pun bahagia. Aku ingat lagi ayat terakhir dia, Tira. Untuk kau,”

Terasa dada makin sempit. Sebak yang teramat menguasai diri.

“Dia cakap, dia hanya penghalang. Second man always lose. Tapi, dia kalah bermaruah sebab dia tahu kau masih cintakan dia lagi.”

Aku jatuh terduduk sebelum sempat Sulmi menahan. Aku menangis teresak-esak. Bukan, meraung. Merintih. Sulmi menarik bahuku lalu tubuhku dia peluk erat.

“Sabar, Tira. Sabar.” Sulmi memujuk.

Junhong, maafkan aku. Aku kejam. Aku pentingkan diri aku. Aku tak pernah tanya pasal perasaan kau, Junhong. Maafkan aku. Aku yang bodoh. Junhong, come back please.

Come back to me.....

Jebal.

I love you.

I really do.


 

Actually, I messed up with the poster u___u mianhae sangat sangat. Masa tu tengah mengantuk then tak simpan copy. So itulah dia ;A; oh, about the story. Sorry ambik masa yang sangat lama. Sebab saya memang suka buat cerita panjang-panjang u_u dan ending dia saya rushing sebab dah nak hiatus kan uhuk tapi saya harap awak seronok baca. Er, kalau tak seronok bagitahu okay ;_;

To be honest, saya agak konfiuslah nak buat cerita awak. Sebab title dia tu nampak macam romcom, happy ending. Tapi awak nak angst kan. So, inilah hasilnya. Kecelaruan identiti jap saya nak pikir macam mana nak buat ayoyo u_u kalau tak puas hati, sila kutuk saya orz maafkan saya kalau tak best ;_;

Apa-apa pun, thanks meng-request dan me-nunggu update saya. Saya sayang awak ;O;

XOXO,

Unicornyixing.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
UnicornYixing
#OLS [Pickup] Calling my_caffeine

Comments

You must be logged in to comment
my_caffeine
#1
Chapter 3: Junhong mati?? seyes??Waii??waii you leabe me alone baby..i'm still..still loving you~/slapped/ ; o ; ...ayat Sehun wat aq cair ngan sehun ;; second man always lose.. cite yg menarik! mle2 tu aq gelak sakan..then ending bru tergagau2 cri tisu.. huhu.. adek aq pun pndg semacam je kat aq u w u nice story author-nim! :D
taehngx
#2
jap jap ak try.

Requestor's name : cookiesmoonstah
(http://www.asianfanfics.com/profile/view/210777)

Story title : So this is our ending ?

Genre : haaa angst(?) orz . tp pastikan kejam !

Characters : Krystal. Chanyeol. Baekhyun

Beginning of the story : aaa .. hg buat la mcm krystal dgn baekhyun ni kwn rpt. then krystal suka chanyeol. baekhyun pun tlg ah krystal. tp dlm pd mse yg sama baekhyun suka krys. then chanyeol ni mendua kan krys. pastu dorg break. then krys bru tau yg baek suka dia. tp krys lambat sbb baek kena bertunang dgn org lain. then..hg pandai pandai la sambung XD

Ending of the story : ak pun tk suka happy ending. jd kau buat ah krys mcm menyesal gila kedberi sbb tk prnh nmpk baekhyun. XD

Poster (?) tpyh ah poster pister. org nk baca story bukan poster XD

Author that you want : mana mana je ah tk kesah :3

pass: tkprnh bercinta .o./slapped XD . 240610 ;;

^mokcik faghah ! mcm ni ke ??? ;O
my_caffeine
#3
Nampak menarik~ nk cube joing boleh?? /flip jiming/

>Requestor's name >> my_caffeine (https://www.asianfanfics.com/profile/view/366499)

▷Story title >> Don't Mess With My Love You B*stard!!

▷Genre >> I was hoping something really angst with a bit of fantacy :D

+▷ Characters >> Park Tira, Choi Junhong, Oh Sehun

▷Beginning of the story >> Leave it totally to author-nim :D

▷ Ending of the story >> Something really cruel and make me cry like a madwoman xD

▷Pictures link >> Terserah kat author-nim kalau ada ide yg lebih menarik.. ni suggestion je :3
>> http://31.media.tumblr.com/ae93e557c55990763d6254103b3b1a8c/tumblr_mw0tgrKZlW1rcoad1o1_1280.jpg
>> http://1.bp.blogspot.com/-Z1kH-Ou1gpE/Umkt0kdeeRI/AAAAAAAAAVY/H3M4fgM46Ec/s1600/1150171_554505707930591_1382590653_n.jpg
>> http://mutiaraandra.files.wordpress.com/2012/10/tumblr_m8ticwuwts1r51ufho1_500.png

+▷Author that you want >> Unicorn Yixing juseyoo~~ malay fanfic <3

+▷Password >> I don't really remember.. OTL
azure_bliss
#4
... When did you meet your first love tue... Hurm?