Jawapan Untuk Penantian

Jawapan Untuk Penantian

 

Sekadar meneliti susuk tubuh dan gerak-geri, dari jauh lagi Baekhyun dapat mengenali gadis tersebut. Baekhyun memeluk erat tubuhnya sendiri. Suhu semakin rendah tatkala musim sejuk semakin ranum usia. Salji halus turun menghujani bumi bak cebisan kapas. Baekhyun berlari kecil ke arah gadis yang termenung  jauh di atas jambatan itu.

“Harin,” sapanya lembut. Gadis tersebut menoleh. Harin tersenyum kecil tatkala terlihat sahabat baiknya.

“Hei, buat apa kat sini?” Harin bertanya sambil mengusir salji dari rambutnya.

Baekhyun tersneyum mengejek, “Tanya orang pula. Kau tu?”

Harin tidak menjawab. Dia masih tersenyum tatkala pandangannya dilontarkan jauh-jauh, merentasi sungai yang telah beku. Harin memanjangkan tangannya dan menadah salji yang turun di hadapan latar langit hitam. Baekhyun turut berbuat demikian.

Dulu, Chanyeol akan selalu tunggu Harin pulang daripada kerja di jambatan ini. Kemudian mereka berdua akan berjalan bersama, berbual ringan, tertawa sambil menikmati angin malam yang menyegarkan. Walaupun pada hari salji turun, Chanyeol tetap akan menunggu. ‘Aku suka main salji’, Chanyeol pernah beritahu pada Harin satu masa dahulu.

“Aku tak tahu kenapa. Melupakan terlalu sukar bagi aku. Mungkin malam ni aku boleh lupakan dia, tapi malam esok aku akan teringat dia semula,”  tutur Harin, perlahan dan tenang, bak salji yang sedang jatuh mengikut buaian bayu sekarang. Dia tersenyum, namun ada penyesalan dalam nada suranya.

Seolah-olah baru tersedar daripada mimpi, Harin pantas memandang ke arah Baekhyun semula.

“Sorry, Baek. Aku tak patut cakap macam ni. Tapi… Aku tak nafikan yang kadang-kadang aku sangat rindukan dia.” Harin tersenyum hambar.

Baekhyun menyandarkan belakangnya pada susur tangan. Dia mengeluh kecil. “Aku faham. Aku pun macam tu. Tapi kau tahu kan, pemergian dia bukan salah kau?”

Harin mengangguk. “Aku tahu. Ini semua takdir, dan kami tidak ditakdirkan untuk bersama.” Harin termenung jauh lagi. Pada saat begini, Harin lemah. Emosi dan fikiran mudah terganggu. Baekhyun risau, sebab itu dia sering pesan  pada Harin supaya memanggilnya datang setiap kali teringatkan Chanyeol. Mana tahu, kalau-kalau Harin sedang memandu atau berseorangan di luar pada waktu malam. Bahaya. Namun, kali ini, Baekhyun datang sendiri walaupun Harin tidak memanggilnya.

Harin tersedar semula daripada lamunannya apabila Baekhyun menyentuh rambut gadis tersebut, membersihkan salji yang mula berkumpul.

Thanks, Baek.”

Tidak cukup lagi, Baekhyun membalut pula selendangnya di sekeliling leher Harin. Gadis tersebut ingin membantah namun Baekhyun cepat-cepat memberi amaran dengan jelingan tajam. Akhirnya Harin akur sahaja.

Kemudian, Baekhyun mencapai pula kedua tangan Harin dan menggenggam jari-jemarinya.

“Tengok ni! Sejuknya jari kau!” Leter Baekhyun lalu membawa jari-jari Harin yang halus dekat ke bibirnya. Baekhyun perlahan-lahan menghembus udara panas kearah genggamannya dan mengusap jemari Harin sehingga semuanya hangat semula.

“Jom kita pergi lepak tempat yang hangat sikit? Aku belanja kopi,” Baekhyun tersenyum lebar, mempamerkan barisan giginya yang putih.

Harin mengangguk setuju. Kedua-duanya berjalan perlahan ke arah deretan kafe di seberang sungai. Baekhyun mencapai jemari halus Harin dan menggenggamnya erat.

“Harin.”

“Hm?”

“Satu hari nanti, bila kau dah putuskan yang kau tak akan tunggu Chanyeol lagi, beri peluang pada aku?”

Harin tersenyum kecil dan mengangguk.

“Baekhyun.”

“Aku ada satu permintaan.”

“Apa dia?”

“Jangan tunggu aku lama sangat tau?”

Baekhyun mengangkat bahu, “biar takdir yang tentukan.”

 


 

Akhir-akhir ni menghidap penyakit writer's block yg kronik. Satu apa pun tak jadi. Lepas 2-3 paragraph, blank. Akhirnye, dapat la drabble ni seketul. Nak wat citer hepi jadik gak citer cenderung kemurungan nih. Aih.... [Edit: inspired from babak heroin drama Jepun 'Pride' yg tunggu boifren dia kat jambatan. All time favorite classic nih, citer cinta yg takde tandingannya (bg sy la...) adik2 yg x pernah dgr bule la google. kalu nak la.....]

p/s: tq for reading!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Aeriren
#1
Chapter 1: Nice one :D Haha