PULAU JEJU ?!! (PART 4)

SEORANG ISTERI DAN EMPAT ORANG SUAMI ?!! (AUTHORNIM IN DA HOUSE YO !!)

*LAST PART: TAO (PULAU JEJU?!!)

Sedang Minyoung menonton tv sambil melipat kain di lantai ruang tamu,*ayat kerek tiba-tiba ada jari yang sedang bermain dengan hujung rambutnya.

‘Banyak lagi ker kain tuh?’ tanya Tao sambil bermain dengan hujung rambut Minyoung. Iya. Tao lah yang sedang  bermain dengan rambut Minyoung. Ntah apa yang menarik perhatiannya untuk bermain dengan rambut Minyoung.

‘Tinggal sikit lagi. Nanti boleh tak oppa tolong Minyoung susun baju ne kat dalam almari?’ tanya Minyoung sambil melipat kain.

‘Okey sayang~’ jawab Tao dengan selamba.

Di bilik Tao....

‘Oppa pastikan oppa susun baju-baju tu rapi-rapi, jangan sampai bersepah’ arah Minyoung. Dia tidak suka sekiranya baju-baju yang sudah dilipat bersepah.

Tao hanya mengangguk. Dia tahu sifat isterinya yang pentingkan kekemasan itu. Tiba-tiba perutnya berbunyi ‘Krruukkkk~’ menandakan dia lapar. Pecah ketawa Minyoung apabila mendengar bunyi dari perut Tao itu. Bergema satu bilik akibat ketawa Minyoung itu.

‘Oppa lapar ker? Olololo kesiannya~’ kata Minyoung tapi ketawanya masih berbaki. Tao tersenyum sinis. Dia malu bila perutnya berbunyi di depan Minyoung.

‘Oppa nak makan apa?’ tanya Minyoung lagi. Tao memeganga dagunya tanda berfikir. ‘Nak waffles boleh?’ tanya Tao sambil membuat ‘puppy eyes’. ‘Okey tunggu kejap’ balas Minyoung lalu menuju ke ruang dapur.

Sementara Minyoung berada di dapur, Tao pula sedang mengambil ‘gambar curi’ Minyoung secara senyap. Dia berpura-pura sedang ‘berselfie’ sendiri walhal sedang menggambar Minyoung. ‘Time memasak pun dia boleh comel? Ehehehe. Untungnya aku dapat bini macam dia’ bisik Tao sendiri.

Minyoung membakar waffles di mesin(?) wafflesnya. Diletaknya butter dan madu di atas waffles itu setelah selesai masak. Dia memanggil Tao untuk ke dapur.

‘Tao oppa~ Waffles dah siap!’ panggil Minyoung lalu meletakkan pinggan yang berisi waffles di atas meja makan. Tao pun duduk di kerusi dengan mukanya yang kelaparan.

‘Tak nak makan sekali ker?’ tanya Tao yang memandang Minyoung yang sedang berdiri disebelahnya.

‘Err. Tak lah. Oppa makan lah. Minyoung tak lapar pun’ jawab Minyoung. Tiba-tiba..... ‘Krukkk~’ perut Minyoung ‘berlagu’. Tao memandang isterinya itu lalu ketawa besar.

‘Tadi apa sayang kata? Tak lapar? Jadi bunyi tadi tu apa?’ seloroh Tao sambil mengenyitkan matanya.

Minyoung yang tengah malu tu menoleh ke arah lain sambil memegang perutnya. ‘Err ntah. Tak tahu bunyi tu datang dari mana’ jawabnya dengan perlahan. ‘Kenapa lah perut ne berbunyi? Depan oppa lagi ne. Malu nyeee~’ bisiknya di dalam hati.

‘Hahaha. Aigoo~ Comelnya isteri oppa ne. Meh sini duduk dengan oppa’ kata Tao lalu menarik pinggang Minyoung supaya duduk di atas ribanya.

Minyoung terkejut dengan perbuatan Tao itu. ‘Eh oppa. Apa ne? Minyoung beratlah..’ kata Minyoung. Bertambah lagi malu dia dengan Tao >.<.

‘Tak berat pun lah sayang~ Jom kita makan sama-sama. Baru romantik kan? Nama pun suami isteri~’ balas Tao lalu menyuap potongan waffles ke dalam mulutnya. Selepas itu dia menyuap lagi potongan waffles itu ke dalam mulut Minyoung. ‘Sayang say ahhh~’ kata Tao. ‘Ahhh~’ balas Minyoung lagi.

Selepas Tao menyuapkan waffles di mulut Minyoung, Minyoung pun menyuap kembali Tao. Sehingga lah waffles itu habis di makan oleh mereka.

‘Okey dah habis! Nak cuci pinggan!’ kata Minyoung yang cuba berdiri dari riba  Tao.

‘Eh! Nak pergi mana? Oppa tak akan lepaskan sayang!’ kata Tao lalu memeluk pinggang isterinya dengan erat!

Minyoung membiarkan sahaja Tao memeluk pinggangnya. Dia pun suka bila Tao buat dia macam tu. Ehehe. Isteri mana yang tak suka kena layan suami macam tu kan?

Mereka senyap seketika. Tangan Tao masih lagi memeluk erat pinggang. Tao menyandarkan kepalanya di bahu Minyoung lalu berkata, ‘Sayang~ Sayang sayang oppa tak?’. ‘Sayang sangat. Kenapa oppa tanya macam tu?’ balas Minyoung.

Tao diam sekejap lalu menjawab, ‘Kalau sayang, bagi oppa anak. Boleh?’. Minyoung tersentap dengan pertanyaan Tao itu. Dia memandang Tao. Dia tidak tahu mahu menjawab boleh atau tidak. Otaknya kosong. Air liur di telannya pun rasa pahit.

Tao tahu isterinya itu belum bersedia. Dia tidak mahu memaksa tapi lebih baik dia tanya dulukan? Perlahan-lahan tangan Tao memegang pipi Minyoung. ‘Sayang~ Oppa tahu sayang belum sedia kan?’ tanya Tao dengan lembut. Isterinya mengangguk tanda mengiyakan.

‘Oppa tak paksa sayang pun. Tapi kalau kita ada zuriat kan lebih baik. Mesti hidup kita selalu happy kan? Oppa akan jaga sayang dan anak-anak kita dengan penuh kasih sayang’ kata Tao dengan panjang lebar. Semua yang dikatakannya itu ialah perkara yang dia pendam selama ini.

Apa yang Tao katakan itu ada betulnya. Tanpa Minyoung sedari air matanya mengalir. Serba salah menyelubungi dirinya. Dia tahu sepatutnya dia menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Dia memeluk Tao sambil berkata, ‘Tao oppa.. Minyoung minta maaf! Minyoung tak jalankan tanggungjawab Minyoung sebagai seorang isteri! Minyoung ne isteri tak guna!’. Minyoung menangis sepenuh hatinya.

Tao mengusap belakang isterinya itu. ‘Shhh~ Dah lah tu sayang. Jangan salahkan diri sayang. Sayang tak salah pun. Lagipun sayang belum sedia lagi. Dah lah tak nak nangis-nangis ne. Tak comel lah~’ pujuk Tao lalu meleraikan pelukan itu dan melap (?) air mata Minyoung dengan jari nya.

Perlahan-lahan tangisan Minyoung reda. Dia memegang pipi Tao lalu memberikan kucupan di bibir Tao. ‘Oppa.. Minyoung minta maaf~’ maaf Minyoung lagi.

Tao tersenyum dengan kucupan yang diberikan oleh isterinya itu. ‘Takpe. Oppa tak marah pun. Sayang tak perlu minta maaf’ balas Tao lagi lalu mendukung isterinya ala-ala bridal style.

Minyoung ketawa kecil. Dia meletakkan tangannya di leher Tao. ‘Dah jom masuk bilik! Oppa dah ‘lapar’ ne. Tak sabar nak ‘makan’ sayang!’ kata Tao sambil membawa isterinya masuk ke bilik.

Xxxxxxxxxxxx*korang faham kan apa ‘hubungan suami isteri’ tu

Di dalam bilik....

‘Sayang.. Nanti kita pergi honeymoon kat Pulau Jeju nak?’ tanya Tao yang memeluk Minyoung dari belakang.

‘Pulau Jeju?! Nak! Nak!’ jawab Minyoung dengan gembira.

‘Okey. Nanti kita pergi yer sayang~’ kata Tao lalu mengucup ubun-ubun isterinya itu dengan penuh kasih sayang.

 

 

 

 

 

 

P/S: sorry sebab lama tak update. :'( harap korang suka dengan chapter ne yer walaupun aku dah lama tak update. Err korang yang subs tu jangan unsubs ff ne yer kalau aku lambat update. Aku sedih kalau korang unsubs ff ne :'(.

Jeng-jeng-jeng... hahaha. Macam mana dengan chap ne? Okey tak? Harap korang enjoy lar yer. Eh kejap!

Adakah Tao akan jadi appa dulu ?! ehehe

 

 

        Aku NAK korang KOMEN setiap chapter yang aku update supaya aku boleh tahu chap tu best atau tak.

Kalau korang baca je mana aku tahu korang suka atau tak kan?

Nampak mengada? Mian. Aku cuma nak tahu sama ada korang suka atau tak setiap chapter yg aku update.

 

Sekian. xoxo. 

Younghany

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 22: ppali update.♡
_Chestnut
#2
Chapter 21: Palli update ::>_<::::>_<::
Nabieyhah #3
Chapter 21: daebakkk .. Chen sweet ...
nadiah_kpopperz
#4
Chapter 21: Ohh chen ;) Sweetnya chen.. Update lg k?
Mrs_Oh
#5
Chapter 21: pallii update @@ ^^ <3 .. yehet..
dae_yeol
#6
Chapter 21: sweetlah chapter ni!! palli update^^
fazreen #7
Chapter 21: Update soon
SufiSuga83 #8
Chapter 21: awww~so sweet..best chapter ni...update soon
SufiSuga83 #9
Chapter 21: awww~so sweet..best chapter ni...update soon
Yeollieyana
#10
Please update. Seriously saya nak sangat baca chapter seterusnya.