part 8 (Trip to Jeju-Do Day 2)
Elevator LoveAku bangkit dari tidur.Aku mandi dan turun bersarapan.Sampai je dekat tempat makan aku ternampak Jimin sedang mengambil makanan.Aku pun follow belakang dia.
"Jimin sshi~" kataku sambil membuat eyesmile.
Jimin pandang aku dan buat bodoh.Dia sambung mengambil makanan untuksarapan.
Setelah selesai mengambil makanan aku mengikut Jimin duduk di satu meja yang jauh dari orang lain.
"Merajuk lagi ke ?" soalku dengan wajah rasa bersalah
Jimin berhenti menyuap makanan ke dalam mulut dan berkata
"Kau dah kenapa?Tak pernah kau care pasal perasaan aku kenapa baru harini kau nak kisah perasaan aku ?" katanya
Aku tergamam.Aku bangun dan mengangkat pingganku.
"Aku just nak minta maaf pasal semalam.Tu je."
Aku berlalu dari situ.
Selepas kami semua bersarapan,kami diminta untuk beratur secara berpasangan.Cikgu suruh kami berpegangan tangan.Jimin menhulurkan tangannya.Aku tak terima.Jimin cuba memujuk aku.Aku kalau dah merajuk hanya satu je yang boleh gembirakan aku.
Makanan.
Kami berjalan satu Jeju.Destinasi terakhir, Kimyoung Maze.Aku masuk ke dalam maze tu.Aku tak jumpa jalan keluar.Aku pusing belakang tengok Jimin tiada.Mana dia?Mata aku berair sebab takdapat jumpa jalan keluar dengan Jimin.Dahlah sorang-sorang.Tu la ikut kepala sendiri lagi.Cikgu kata pegang tangan taknak dengar.Aku separuh nangis sambil mencari jalan keluar.
Ada orang memegang tangan aku dari belakang.Aku pusing dan memeluk orang itu.Jimin.
"Huwaaaa aku tak jumpa jalan keluar,Jimin.Kenapa kau tinggalkan aku sorang-sorang." kataku sambil memeluk erat Jimin.Jimin mengusap kepalaku.
"tulah taknak pegang tangan aku lagi." katanya
Aku hanya menangis plus gembira.Nasib kau jumpa aku Jimin.Jimin menengkanku.Dia memandang mataku sambil mengelap air mataku.
"Dah lah jangan nangis lagi.Muka kau macam tenuk bila nangis kau tahu."katanya
Aku tertawa kecil.Jimin mengeluarkan Kimbap dan Air Green Tea dari begnya.
"Aku tahu kau tak makan sarapan dengan lunch tadi.Ni makanlah aku belikan kimbap degan green tea masa kau kat toilet tadi." katanya sambil tersenyum
"Gumawoo~" kataku lalu aku menyuapkan kimbap kedalam mulut.
"Btw,kau comel masa kau buat eyesmile tadi." kata Jimin
Aku tersipu malu.Pipi aku merah macam pakai blusher.
-----------------------------------
Comments