OF RED CONVERSE

SHIN DA' ✪ RED ELLA [MALAY COMIC-FIC]

Ah, dia dah lambat! L segera menyarung kasutnya selepas melambai kepada Dongwoo dan yang lain. Beg sandang juga diambil sambil lewa setelah dia selesai menyarung Vans ke kaki dan langkah diatur kemas untuk ke destinasi. Hai, study group lah sangat! Sepatutnya L dah tahu, kalau belajar kat rumah Dongwoo alamatnya jadi benda lain.

 

“Study konon. Study lah sangat, study Wii. Kejadahnya nak belajar kalau dok asyik main game. Last-last aku pun main jugak. Ha, baguslah, bagus. Test esok lusa study satu apa pun belum. Bagus sangat kau L.” Sempat lagi L membebel, untuk diri sendiri sebenarnya.

 

Langkahnya dipercepat apabila dia merenung jam. Dah pukul 11 malam! Jadi mahu atau tak dia kena cepat. Tambah pula jarak dari rumah Dongwoo dengan taman bukannya dekat. Jauh juga tu. Naik basikal pun ambil masa 10 minit. L cuma jalan kaki, alamatnya lagi lambatlah dia sampai.

 

Tepat jam 11.15 malam, L tiba di taman selepas dia membuat keputusan untuk buat larian pecut. Malangnya, taman dah tak ada orang. Adalah jugak dua tiga orang, itu pun pasangan cintan cintun sedang bergembira buat drama swasta tak berbayar. Hai, dalam banyak-banyak tempat, taman jugak tempat mereka buat make out session. Carilah tempat private sikit, berbulu mata L bila tengok. Jadi, disebabkan dia agak geli, jadi dia pun pusing dan melihat kawasan sekeliling.

 

“Hmm, dah habislah tu.” Bibir muncung sedepa. Tempat biasa si dia yang misteri buat persembahan dah kosong, maknanya The Red Ella dah balik.

 

Kalau ditanya pada L, memang dia kecewa. Kecewa yang amat! Tak pernah dia terlepas persembahan The Red Ella, malam ni yang pertama selepas 4 bulan. Sedihnya! Sumpah sedih. Penat-penat dia pecut, punya tak nak terlepas persembahan dari penghibur jalanan kegemaran dia, akhirnya terlepas jugak. Alahai, bukan rezeki dia nampaknya. Apa yang pasti, semua salah Dongwoo. Eh?

 

“Balik jalah.” Dengan langkah yang kecewa, L berlalu meninggalkan taman dengan hati yang agak terluka.

 

Orang lain mungkin akan kecoh, kenapalah L ni fanatic sangat dengan The Red Ella? Tapi, L kisah apa? Bukan dia kacau orang pun. Dia datang cara baik. Dia cuma nak dengar lagu dan tumpang menyanyi sekali tiap kali The Red Ella buat persembahan. Lagipun, alunan musik The Red Ella sangat unik. Ada jiwa dan lagu. Lontaran dia bermakna. Bukan hiburan semata-mata, tapi bercerita. Bercerita dalam nada lagu dan petikan gitar. Kan unik begitu?

 

Langkah longlainya diiringi bunyi cengkerik. Amboi, cengkerik ni! Memang sengaja nak bagi dia sedih ke apa? Tapi memang dia sedih pun. Sedih sikitlah. Sedih sampai terasa nak sepak orang. Tapi tak ada orang yang boleh dia sepak, jadi sepak batu sajalah.

 

Bukk!

 

Terus langkah L terhenti. Ada kena orang ke? Batu tadi pun boleh tahan besar jugak tu. Kalau kena, memang sakit.

 

“O-oh.. L.. habislah kau.” L mengatur beberapa langkah kebelakang apabila seekor anjing liar sudah mengerang di hadapannya. Bukan setakat mengerang, muka dia pun macam nak terkam orang saja gayanya.

 

“Grrr, auk!”

 

Maka L pun mengatur langkah seribu apabila anjing tadi  sudah mengejarnya. Gila tak lari? Anjing liar tu! Kalau gigit memang sakit jawabnya! Dah la besar, hah sudah! Dalam hati, L tak habis-habis maki hamun diri dia sendiri. Nak bajet sedihlah konon. Nak sepak orang bagai, last-last bila kena kejar dek anjing, dia jugak yang lari! Piirah!

 

Ketika itu juga, Shin baru sahaja selesai menikmati 100 Plus sambil dia berjalan pulang ke asrama. Beg gitar yang disandang di bahu, dibetulkan kedudukannya supaya lebih kukuh dan selamat. Sementara berjalan, Shin menikmati pemandangan di langit. Bintang terang betul malam tu. Cantik! Esok harapnya bintang terang lagi, baru seronok nak petik gitar. Ambil feel orang kata.

 

Sedang dia menikmati angin malam, derap langkah kedengaran dari jauh. Bunyi macam orang berlari. Entah-entah perompak?

 

“OMG, baik aku menyorok!” lantas, Shin menyorok disebalik tiang lampu sambil menanti kehadiran si ‘perompak’ yang dia sangkakan tadi.

 

“Tolong! Anjing gila!”

 

Anjing? Uih, bahaya tu. Maka, Shin menunggu hinggalah dia ternampak kelibat seorang lelaki berlari macam tak cukup tanah dek dikejar anjing. Apabila mereka sudah lepas, barulah Shin keluar dari persembunyian.

 

“Uih, teruk jugak tu.” Shin berkira-kira mahu tolong atau tidak. Kesian pulak kalau tak tolong. Hari ni hari dia, nanti-nanti Shin pulak yang susah? Macam mana? Jadi Shin pun dah malas nak fikir, baik dia tolong.

 

“Pheewit! Oi! Doggie! Sini oi!” Shin menjerit-jerit mencari perhatian anjing tadi. Lelaki tu pulak, dah jatuh tertonggeng cium tanah dah pun. Mesti sakit.

 

Apabila melihat perhatian anjing itu sudah terarah pada dia, Shin mula telan air liur.

 

“Alamak.” Tanpa berfikir panjang, tin 100 Plus dibaling dengan sedayanya, tapi tak cukup kelajuan. Sudahlah tak cukup kelajuan, dia pergi tambah lagi gila anjing tu.

 

“Habislah aku kalau macam ni.” Peluh jugak mula merenek di dahi, tambah pula hood masih tersangkut pada kepala, lagilah berpeluh.

 

Lantas, kasutnya ditanggalkan dan dengan kelajuan yang setara juga, kasutnya melayang tepat mengenai kepala anjing tadi.

 

“Okay, aku patut cabut sekarang.”

 

Tanpa membuang masa, Shin segera memecut selaju yang dia mampu sebelum anjing tadi berjaya mengejar. Apa yang penting, dia perlu selamatkan diri dia dulu. Pasal kasut, itu lain cerita.

 

L pula, masih lagi di atas tanah. Sakit oi jatuh, tapi dia yakin dia tak silap pandang. Dia tak silap!

 

“The Red Ella.”

 

Ya, L nampak dengan mata kepala dia sendiri. Itu memang The Red Ella. The Red Ella dah tolong dia! Wow! Hadiah apa ni? Walaupun dia tak nampak muka The Red Ella, tapi nampak bayang pun jadilah. Bersama kaki yang terseliuh, L terhinjut-hinjut mendekati Converse merah yang sudah menjadi senjata dalam membantu dia dari dikejar anjing. Kasut The Red Ella kot! Gila tak best?

 

“Kejap, nak tunggu atau tak?” L berkira-kira dalam diam. Kalau tunggu, boleh dia jumpa dengan tuan punya kasut, tapi kalau anjing tu datang balik macam mana? Uih, minta dijauhkan! Walaupun dalam hati L sangat berkobar-kobar nak tahu dan kenal The Red Ella yang sebenar, tapi dia tak boleh ambil risiko kena kejar anjing lagi sekali sebab kaki dia dah terseliuh. Jadi, dia tak boleh lari.

 

“Sorry, The Red ella.” Maka dengan itu, L berlalu pergi bersama-sama Converse merah di tangan.

 

Sementara itu, Shin pula masih bersembunyi di sebalik tiang. Selepas dia rasakan anjing tu betul-betul dah tak kejar, barulah dia keluar. Leganya tak payah cakaplah, memang dia lega gila. Lega yang amat. Jadi, misinya sekarang pergi ambil kasut. Huish, tak boleh dibiarkan! Kasut kesayangan tu!

 

Ingat senang dia nak dapat? Susah tau, susah! Sanggup dia ikat perut makan ramen dipatah empat. Empat okay, empat! Bukan dua tapi empat. Maknanya, fraction ramen yang dia makan adalah satu per empat! Ha, jimat tak? Walaupun tak berapa kenyang, tapi jadilah. Perencah pun dia simpan dalam satu bekas tau! Tak sedap lah kalau makan tak ada perencah, Walaupun perencah yang dia telan tu banyak monosodium glutamate, tapi dia kisah apa. Janji dia makan.

 

Okay, lupakan semua tu. Sekarang ni Shin dah menggelabah sebab kasut dia tak adalah. Converse All Star Chuck Taylor dia dah hilang! Chuck kesayang dia dah hilang! Kasut favourite dia dah hilang! Disaappear into the thin air! Eh, betul ke?

 

“Oh em gee! Mana kasut aku? Oh em gee! Oh em gee! Okay, Shin. Kau kena relax! Okay! Tak, kau tak gelabah. Mana ada kau gelabah pun. Kau gembira je sekarang. Tangan kau tak menggeletar pun. Tak, itu semua cuma khayalan kau je Shin.” Kata-kata semangat diulang bak mantera sedangkan Shin memang dah gelabah dah dah waktu tu. Gelabah gila sebenarnya.

 

Jadi, dengan perasaan yang agak bercampur baur, Shin mengatur langkah ke asrama, dengan hanya satu dari sepasang kasut. Apabila dia tidur, dia sangat berharap itu semua hanyalah mimpi dan esoknya bila dia bangun, dia akan nampak sepasang kasut Chuck Taylor merah di atas rak. Ya. Itu semua hanya mimpi.

 

Malangnya, bila dia bangun dan bersiap untuk ke sekolah, hanya ada satu saja kasut chuck warna merah. Dengan erti kata lain, kasut dia memang dah hilang sebelah dah Shin tak pernah bermimpi.

 

Tahniah, Shin.

 

 

 

(^_^)

 

 

 

“Good morning sunshine! Wakey wakey! My cutie pie and rainbow unicorns, dah pagi!” dengan riang ria gembira bak pari-pari Bawang Putih Bawang Merah, Won Ho menapak masuk ke dalam bilik si kembar dan menarik langsing dan menolak tingkap slide, supaya udara dan cahaya semula jadi boleh menerjah masuk.

 

Won Ho hanya mampu menggeleng apabila melihat Baekkie yang masih tertonggeng, sampaikan seluar tidur dia terlondeh. Nampak sudah lampin pakai buang yang Won Ho pakaikan semalam waktu sebelum mereka tidur. Baekkie ni memang tidur buas pun. Entah apa yang dia mimpi pun Won Ho tak pasti. Apa yang pasti, tiap-tiap pagi mesti bantal dan selimut dan juga teddy bear Baekkie akan bersemadi atas lantai.

 

“Baekkie, bangun! Ni dah pagi dah ni.” Won ho menampar punggung yang dilapisi lampin itu beberapa kali, hinggalah Baekkie bergerak. Itu pun, bergerak semata-mata nak tukar posisi. Dia tak bangun pun.

 

“Hmm, cookies.” Siap mengigau lagi.

 

Mungkin, Won Ho patut biarkan dia tidur lagi. Lagipun, baru pukul 8. Rasanya bolehlah kalau Baekkie tidur lama sikit. Selimut dan juga bantal dan teddy di angkat dan kembali disusun di atas katil adiknya itu, sebelum Won Ho bergerak pula ke katil yang lagi satu. Katil yang itu kemas sikit. Cuma botol susu yang bersepah kat tepi, tapi yang lain semuanya teratur. Siap ada ulat beluncas gergasi lagi tau atas katil tu. Tak lain dan tak bukan, Daehhie dan selimut. Memang habit dia tidur berbungkus macam kepompong. Cuma helaian rambut yang terjojol keluar menunjukkan ada manusia kat dalam kepompong gergasi tu.

 

“Daehhie, bangun sayang. Dah pagi.” Won Ho menyelak sedikit selimut yang menutup wajah adik bongsunya itu, dia tersenyum lebar melihat Daehhie masih tidur dengan nyenyaknya sambil memeluk bantal busuk kesayangan dan menyedut puting susu.

 

“Daehhie, bangun.” Puting susu ditarik keluar dari mulut adiknya itu. Dan taktiknya berjaya apabila Daehhie mula membuka mata. Senang ja kalau nak kejut Daehhie. Baekkie tu yang susah. Nanti macam manalah bila dah besar? Jangan makin liat sudah.

 

“Morning, abang.” Daehhie bersuara setelah puas menguap. Biasalah, mamai lagi. Nanti-nanti dapatlah kesedaran dia tu.

 

“Jom, bangun! Tolong abang masak breakfast nak?” rambut Daehhie yang sudah mencacak sana sini dibetulkan dengan tangan. Apa yang pasti, rambut Baekkie lagi dasyat.

 

Daehhie hanya mengangguk sebelum mendepakan tangannya, minta diangkat. Nak bermanjalah tu. Won ho pun tak kisah. Biasalah tu, budak-budak. Jadi, Daehhie dibawa ke dalam pelukan sementara tangan kanannya mengutip botol susu dan juga pacifier Daehhie untuk dicuci. Apa yang pasti, itulah rutin Won Ho setiap kali datang hujung minggu. Kalau hujung minggu, pembantu rumah tak datang, sebab Won Ho sendiri yang akan uruskan adik-adik dia sekali dengan Shin. Selalunya jugak, hujung minggu adalah waktu untuk Won Ho bawa adik-adik dia pergi jalan-jalan. Kalau tak jalan-jalan, dia akan main dengan mereka, ataupun ajar mereka membaca. Pokoknya hujung minggu saja, memang dah jadi tanggungjawab Won Ho untuk uruskan adik-adik dia.

 

Tuan dan Puan Byun memang selalu ke luar negara. Itu pasal tugas Won Ho banyak. Bukan setakat jadi abang, tapi jadi ibu dan ayah untuk si kembar. Jangan ingat mak ayah dia tak pernah peduli tau. Tiap-tiap malam, mesti mereka akan Skype. Dan Won Ho sendiri tak pernah lupa untuk ingatkan Baekkie dan Daehhie bahawa ibu bapa mereka kerja untuk kebaikan mereka juga. Lagipun, Won Ho ada Shin. Shin tu dah macam adik dia juga.

 

Mereka kenal waktu kat rumah anak yatim. Waktu tu, Shin masih lagi ada ibu bapa, cumanya, ibu dia seorang sukarelawan. Itu yang boleh kenal dengan Won Ho. Tak lama lepas tu, mereka terpisah kerana Won Ho sudah dijadikan anak angkat kepada Tuan Byun. Apabila mereka berjumpa kembali, ketika itu rumah anak yatim adakan majlis amal dan waktu tu Shin sudah menjadi salah seorang dari warga anak yatim. Sejak dari hari tu, mereka kembali rapat sampailah sekarang.

 

“Daehhie pergi cuci muka, gosok gigi wangi-wangi lepas tu pergi kejut Baekkie okay? And then, kita buat breakfast. Cakap kat Baekkie, kalau lambat, abang taknak bawak pergi amusement park. Okay?” hidung comel Daehhie dicuit.

 

“Betul ni? Abang nak bawak Daehhie and Baekkie pergi amusement park?” mata Daehhie bercahaya bak lampu neon. Nampaknya dia betul-betul teruja tu.

 

“Yup! Tapi, kalau Baekkie tak bangun then no. Okay?” Won Ho berpura-pura tegas. Padahal saja ja dia acah.

 

Namun, dia tahu taktik dia berjaya apabila Daehhie sepantas kilat berlari ke bilik mandi.

 

“Okay, abang! Okay! Daehhie kejutkan Baekkie eh! Abang tunggu tau!” Daehhie melaung sekuat yang termampu sebelum hilang di sebalik pintu bilik mandi.

 

Heh, senang ja nak umpan. Apa yang penting, teknik!

 

 

 

 

(-_-)

 

 

 

 

“Kau apahal doh, datang sini tak main? Apa cer ni bro.” Sungyeol menolak bahu sahabatnya yang dari tadi asyik masam saja muka.

 

L hanya menjeling sebelum memasukkan tangan ke dalam poket jeans nya.

 

“Kan aku dah cakap, aku tak nak main. Korang seret aku jugak ni kenapa? Aku dah kata tak nak main. Ni, aku ikut ni pun dah kira bertuah tau.”

 

L hanya memandang apabila ada sepasang kekasih sedang ketawa gembira riang ria raya di hadapannya. Kenapalah dia boleh ikut cakap Sungyeol? Kenapa sekarang dia ada kat situ? Amusement park? Hah, memang dia rajin pun nak main. Bodohnya dia pergi ikut cakap Dongwoo.

 

“Kau akan jumpa jodoh kau hari ni, kalau kau ikut kami pergi park.” Suka hati dia ja Dongwoo ni. Tapi L pun bangang jugak pergi percaya. Sekarang ni, ikut jalah kawan-kawan dia.

 

“Kau betul ni tak nak main? Dah tu kau nak buat apa ja?” Sungyeol soal lagi. Iyalah, Dongwoo dah lama dah lesap dengan Hoya dan Woohyu . Sungjong pula dah setapak maju ke depan dengan Sunggyu ke rumah hantu.

 

“Oi, cepatlah! Nak masuk ke tak ni?” Sunggyu dah menjerit dah kat depan kaunter. Sungyeol ni sebenarnya nak sangat masuk rumah hantu, tapi L tak nak ikut pulak. Takkan nak tinggal L sorang-sorang kot?

 

“Kau pergi jelah. Aku nak lepak sorang-sorang. Ikut je dorang.” Bahu Sungyeol dah ditolak ke depan. L tak kisah pun kalau lepak sorang-sorang. Dia dah biasa. Lagipun, dia memang suka lepak sendiri.

 

“Aku pergi ni, aku pergi. Kau jangan nangis pulak dok sorang-sorang?” sempat lagi tu Sungyeol nak mengacah. Apa dia ingat L tu budak kecil ke?

 

“Kau pergi jelah, eh kecoh betul budak ni!” elok saja L mahu angkat penumbuk, Sungyeol dah buat larian pecut ke rumah hantu. Tak nak kena tumbuk punya pasal la tu, tapi dia juga yang cari pasal.

 

Memang nasib L gamaknya dapat kawan macam tu. Tapi okeylah dari tak ada kawan langsung. Ingat senang nak jumpa kawan-kawan macam tu? Susah tau, tambah lagi nak cari yang ikhlas. Jadi, walaupun kadang-kadang kawan-kawan dia tu agak menyakitkan kepala dan juga neuron, L tetap bersyukur. Apa yang penting, kawan sampai syurga.

 

“Hai, jalan jelah sorang-sorang wahai Myungsoo. Mana tau, jumpa jodoh kau ke?”

 

Sah, Myungsoo dah terpengaruh dengan Dongwoo.

 

 

 

 

(-_-)

 

 

 

 

“Abang, Baekkie nak wee-wee! Please, abang please! Dah penuh ni!” Baekkie gayanya macam nak meraung saja waktu tu. Dah dasyat sangat dia punya kepit tu. Itulah, minum slurpee sampai dua cawan. Mana pundi tak penuh. Cuba cakap?

 

“Ha, ya ya abang tau! Ei, cuba sabar kejap! Daehhie, sini ikut abang pergi tandas.” Baekkie suda selamat berada dalam dukungan Won Ho manakala Daehhie pula dipimpin.

 

“Wei, Shin. Kau tunggu jap eh? Aku nak angkut budak-budak ni jap.”

 

Shin angguk saja sambil angkat ibu jari. Sebenarnya Shin kagum denagn Won Ho. Dah macam bapak orang dah gayanya. Usung dua orang budak kecil. Sumpah macam bapak orang. Dengan tingginya, ha memang cukup pakej dah. Hensem lagi tau. Okay, lupakan.

 

Jadi sekarang ni ceritanya Shin dah tahu, kalau Won Ho bawa si kembar masuk tandas, alamatnya memang lama. Macam-macam kerenah juga budak berdua tu, terutamanya Baekkie. Jadi, sementara menunggu tu, baik dia cari makanan ringan. Sosej pun jadilah, buat hilang lapar. Nanti nak makan tengahari baru makan yang berat. Maka dia pun mendekati kiosk sosej yang boleh tahan ramai jugak, tapi lapar punya pasal dia tetap tunggu. Tak adalah lama sangat pun, sekejap ja dah sampai giliran dia.

 

“Cik, nak apa ya?”

 

“Sosej ayam cheese dua.” Shin tersenyum ke arah penjual tersebut, sebelum mengeluarkan telefonnya untuk menghantar mesej kepada Won Ho. Kebetulan pada masa itu, L turut beratur di belakang Shin.

 

“Abang yang kat belakang tu, nak apa ya?”

 

Amboi, manis lain macam pula dia ambil order? Tadi waktu Tanya Shin, tak adalah lembut sampai macam tu. Mungkin sebab pekerja tu perempuan kot. Perempuan mana tertarik dengan perempuan, ya tak?

 

L pula apabila dia disoal, segera memberi pesanannya.

 

“Sosej cheese dua ya.”

 

Ketika itu, Shin member sedikit ruang supaya lelaki itu tak perlu menunggu di belakang. Baik tak dia? Baik kan?

 

“Abang, ni sosejnya.” Dengan senyuman bercahaya sejuta megawatt, pekerja –perempuan itu menyerahkan dua sosej keju yang sepatutnya menjadi milik Shin kepada L.

 

Sangka L, Shin tak beli jadi dia pun ambillah. Siap bayar lagi. Tapi lainnya pula Shin. Dia dah berapi dah bila tengok sosej dia kena sapu dengan orang lain.

 

“Hei, saya datang dulu kenapa dia yang dapat? Saya yang order sosej cheese dua cucuk tadi! Saya yang order dululah!” okay boleh tahan tinggi jugaklah suara Shin sampaikan L pun terkejut. Tak berkelip jugaklah dia dibuatnya. Dah tu, orang pun ada yang tengok.

 

“But, saya ingat-,” belum pun sempat L nak cakap sampai habis, Shin dah potong dulu.

 

“Eh, mentang-mentanglah dia laki, awak bagi dia dulu? Wow, hebat! Hebat sangat! Ha bagus. Lepas ni kalau ada orang perempuan datang beli, tak payah jual, jual kat orang laki je. Ya? Terima kasih.”

 

Shin tunggu masa nak angkat kaki saja waktu tu, apabila pekerja yang lagi seorang memanggil.

 

“Cik, sosej?” order yang sepatutnya menjadi milik L, kini dibungkus untuk diberi kepada Shin.

 

“Muka saya ni ada gaya macam nak beli ke?” dengan selambanya Shin berkata begitu, dengan muka yang teramatlah tenang. Tenamg sampai L sendiri telan air liur. Memanglah, kalau L pun bengang jugak.

 

Selepas melihat tiada respon dari penjual sosej tadi, Shin lantas mengatur langkah. Dah tak kuasa dia duduk situ lama-lama. Setelah melihat kelibat Shin hilang, L membayar harga dua cucuk sosej yang tidak jadi dibeli oleh Shin tadi.

 

“Lain kali, kalau nak berniaga, berniaga elok-elok ya?” dengan itu, L pun berlalu bersama empat cucuk sosej, menyebabkan dua penjual sosej tadi tertunduk malu.

 

Sementara itu, Won Ho sudah pun keluar dari tandas bersama adik-adiknya dan kini sedang membuka plastik cip kentang untuk Daehhie ketika Shin kembali dengan muka masam mencuka. Iyalah, siapa yang tak bengang kan?

 

“Dah kenapa kau ni? Muka macam asam kecut je?”  Won Ho kembali menyerahkan bantal busuk kesayangan Daehhie sambil matanya langsung tak lari dari memandang Shin. Iyalah siapa yang tak hairan kalau tiba-tiba muka monyok.

 

“Kau cuba cakap kat aku, macam mana aku tak bengang kalau dah aku order dulu, tapi lain yang dapat order aku? Budak tu pergi bagi order aku kat laki yang datang lepas aku tu! Gila tak bengang? Habis aku ni apa? Tunggul?” marah betul tu.

 

“Okay, aku pun bengang. Tapi biarlah. Dah lepas dah. Tak ada guna nak diingatkan. Jom, Baekkie nak aiskrim. Kita pergi beli aiskrim and then kita gi makan eh?” perlu dipujuk dengan kadar segera ni. Bahaya kalau tak disejukkan.

 

“Korang pergi lah dulu. Aku nak gi tandas jap.” Tanpa menunggu jawapan dari Won Ho, Shin sudah mengatur langkah ke tandas perempuan.

 

Nak pergi cool down la tu. Bukan Won Ho tak kenal. Tak apalah, sekejap lagi okaylah tu. Dah masak dah dengan perangai dia.

 

“Abang, abang aiskrim! Cepat abang cepat!” isy, kalut sungguh budak yang sorang ni. Siap dah tarik-tarik seluar Won Ho sampai nak terlondeh.

 

“Ya, ya abang pergilah ni! Ei, tak reti bersabar sungguh budak ni.” Nak taknak Won Ho ikut jugaklah Baekkie pergi kiosk aiskrim.

 

“Ha, nak yang mana?”

 

Baekkie meletak jari telunjuknya ke dagu, dan kerut dahi sambil berfikir. Isy, masalah betul nak pilih aiskrim.

 

“Ni nampak sedap.” Jari comelnya dituding ke arah jar aiskrim perisa coklat.

 

“So, coklat eh?”

 

“Eh, no no no! That one.” Aiskrim vanilla pula yang jadi pilihan.

 

“Sure?”

 

“Not really.” dengan selambanya juga Baekhyun menjawab. 

 

"Okay, fine. Pilihlah nak yang mana pun." Sabar sajalah dengan kerenah Baekkie ni.

 

"Oh, oh! Yang hijau tu! Macam mint!" gembira pula Baekkie. Mungkin dia nak beli.

 

"So, Baekkie nak yang itu ke?" 

 

Won Ho agak mengharap Baekkie akan pilih perisa tu, dan penjual aiskrim tu pun dah standby dengan scoop.

 

"Tak nak." Baekkie menggeleng lagi. Gaya bukan main macam nak beli. Bertuah punya budak.

 

Hai, memang kena bersabar betul ada adik macam tu. Sekejap nak yang itu, lepas tu yang ini. Lepas tu yang itu ini pulak. Oh, pening! Setelah dipujuk rayu beberapa kali, barulah Baekkie buat keputusan. Aiskrim coklat saja kot, tapi gaya macam nak pilih perisa paling pelik di dunia.

 

Kebetulan juga waktu tu Shin baru keluar dari tandas dan mendekati Won Ho. Tapi, macam ada yang kurang.

 

“Won Ho, Daehhie mana?” Shin menyoal apabila kelibat Daehhie langsung tak ada.

 

“Eh, ni Daehh-,” Won Ho baru ja nak pegang tangan Daehhie, tapi baru dia perasan Daehhie tak ada.

 

“Wei, serius! Tadi dia ikut!” ya ke dia ikut? “Ke dia tak ikut eh?” Won Ho memandang wajah Shin dengan pelbagai persoalan. Sejujurnya, dia tak perasan pun. Rasa dia, memang ada tapi, tak ada ya?

 

“Won Ho, aku rasa kita kena cari Daehhie sekarang.”

 

 

 

(-_-)

 

 

 

 

“Birdy, birdy makan banyak-banyak eh? Daehhie bagi birdy makan ni.” sekeping lagi chip diletak di hadapan beberapa ekor burung yang bertenggek di atas tanah.

 

Gembiranya Daehhie tengok birdy makan cip kentang, sampaikan dia tak sedar pasal keadaan sekeliling.

 

“Oh, birdy! Birdy nak pergi mana? Birdy!” Daehhie mengepit bantal busuknya di celah ketiak dan mula mengejar burung-burung itu. Malangnya, dia tak mampu nak kejar apabila semua burung tu dah terbang merata. Dan dia agak kecewa.

 

“Hmm, birdy hates me.” Daehhie sudah berkira-kira mahu kembali kepada Won Ho. Jadi, bungkusan cip kentang dibuang ke dalam tong sampah berdekatan, sebelum dia berpaling. Malangnya, bayang Won Ho langsung dia tak nampak. Yang paling penting, dia dah tak tahu dia ada kat mana.

 

Bantal busuknya dipeluk erat, sambil Daehhie memerhati setiap orang yang dia nampak. Tapi semuanya bukan Won Ho! Waktu tu, Daehhie memang tunggu masa ja nak menangis, tapi dia tahan. 

 

“Abang? Baekkie? Kak Shin?” Daehhie nak jerit, tapi dia takut bila orang asyik tengok dia. Jadi, dia pun lari. Tapi, makin dia lari, makin dia tak tahu dia kat mana. Akhirnya, Daehhie bertenggek berdekatan dengan bangku. Itu pun, dia dah takut sangat dah. Imaginasi kanak-kanak dia dah fikir macam macam-macam dah. Gara-gara imaginasi yang terlampau juga, akhirnya Daehhie menangis.

 

Ketika itu, L baru saja nak duduk setelah puas berjalan sorang-sorang. Kiranya dia nak tunggu kat kerusi sajalah. Dah malas nak main.

 

“Tsk, tsk! Abang.. nak abang..”

 

Terus L tegakkan badan. Dia yakin dia tak salah dengar. Memang dia dengar suara budak! Jadi, bersama perasaan ingin tahu juga, L melihat sekeliling. Dan pencariannya berakhir apabila dia melihat seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan tiga hingga empat tahun sedang menangis di sebalik bangku panjang yang dia duduk.

 

“Hei, kenapa awak menangis ni?” sedih pulak L tengok budak tu. Muka dah merah dah sebab menangis banyak sangat.

 

“Abang cakap, Daehhie tak boleh cakap dengan stranger.” Hingus disedut.

 

Tersenyum L dibuatnya. Sekurang-kurangnya sekarang dia dah tahu nama budak tu.

 

“Iya ke? Okay, nama saya Kim Myungsoo! Tapi, Daehhie boleh panggil saya, Abang L. Ha, awak dah tau nama abang kan? Jadi kita bukan stranger. Okay?”

 

Daehhie mengangguk lemah.

 

“So, Daehhie datang dengan siapa? Kenapa Daehhie sorang-sorang?” Daehhie dibawa ke riba. Sementara itu, sempat juga L mengesat air mata yang masih meleleh di pipi montel Daehhie.

 

“Daehhie, datang dengan abang, dengan Baekkie and dengan Akak Shin. Daehhie sorang-sorang sebab Daehhie bagi birdy makan potato chips.” Comel betul gayanya Daehhie bercerita. Okay, sekarang ni L dah tahu sebab Daehhie boleh sesat.

 

“Okay, kalau macam tu. Abang L bawak Daehhie cari family Daehhie. Okay? Jangan nangis-nangis lagi ya?” pipi montel Daehhie dicium sebelum L mengangkat jari kelingkingnya untuk ditautkan dengan jari Daehhie.

 

“Okay. Pinky promise.”

 

 

 

 

(^_^)

 

 

 

 

Baekkie sedang menikmati aiskrimnya yang kedua ketika Won Ho dan Shin memberi keterangan pada petugas di kaunter pertanyaan. Sedang dia gembira menjilat aiskrim, suara Daehhie menyapa telinganya.

 

“Baekkie! Baekkie here!” Daehhie melambai-lambai dari dukungan L sambil sibuk mengunyah sosej yang dibeli L. Ceritanya, Daehhie lapar. Jadi, L belikan dia sosej untuk dimakan dan hajat L memang nak ke kaunter pertanyaan pun. Kebetulan sangat boleh jumpa keluarga Daehhie.

 

Tapi, terkejut jugaklah dia rupa-rupanya Akak Shin yang dikatakan adalah gadis yang dia jumpa di kiosk sosej tadi. Hai, kecil betul dunia ni kan?

 

“Oh my cutie pie! Daehhie, abang risau tau! Ingat dah kena culik dah tadi!” Won Ho mencium pipi Daehhie sepuas-puasnya setelah diserahkan L.

 

“Abang sorry. Daehhie tengok birdy tadi. Tapi abang L baik! Abang L beli Daehhie sosej.” 

 

L hanya mampu tersenyum apabila melihat Daehhie sudah selamat. Syukurlah. Namun, sempat juga dia mencuri pandang ke arah Shin. Gayanya Shin masih marah.

 

“Bro, terima kasih banyak-banyak sebab dah jaga Daehhie. Kalau hilang, memang saya tak tahu dah nak buat apa. Terima kasih!” meamng Won Ho berterima kasih sangat-sangat pada L.

 

“Eh, tak apalah! Lagipun Daehhie budak baik. Tak susahkan Abang L.” Rambut Daehhie diramas lembut.

 

“Abang, abang nak aiskrim?” Baekkie tiba-tiba ja menyampuk. Dia nak berterima kasih sebenarnya, tapi tak tahu nak tunjuk macam mana. Won Ho dah cakap dah terima kasih, jadi Baekkie pun dah tak tahu nak cakap apa. Itu pasal dia nak bagi asikrim tu. Berkongsi kegembiraan lah kiranya

 

“Tak apa, awak makanlah! Abang dah kenyang dah. Okay?” rambut Baekkie turut diramas lembut. Comel betul!

 

Shin pula, dari tadi asyik diam. Sejujurnya, dia memang berterima kasih dengan L tapi geram dia masih ada walaupun L tak bersalah. Biasalah tu, perempuan tengah moody. 

 

“Oh, Won Ho.” Won Ho segera suakan tangan untuk berjabat. Baru dia sedar dia belum tahu nama sebenar L.

 

“Myungsoo, tapi boleh panggil L.” Salam dari Won Ho disambut.

 

“Yang ini, Baekkie and this young lady, Shin.”

 

L tundukkan sedikit kepalanya ke arah Shin sebelum menghantar senyuman kecil.

 

“Well, I guess sampai sini ja kot ya? Daehhie, lepas ni hati-hati okay? Awak pun, Baekkie, hati-hati.” Pipi montel Baekkie dicubit lembut.

 

“Eh, dah nak balik ke? How about lunch? Rasanya Daehhie pun tak kisahkan nak lepak dengan Abang L?”

 

Daehhie mengangguk laju, malangnya L terpaksa tolak tawaran mereka.

 

“Sound nice tapi saya ada hal lepas ni. Tapi, saya tak kisah kalau Daehhie nak sembang-sembang kat phone.”

 

Won Ho gayanya dah boleh faham maksud L, jadi cepat saja dia tarik Iphone dari kocek seluar.

 

“Okay dah miss call. Apapun. Thanks L.”

 

Mereka bersalam untuk kali yang terakhirnya, sebelum L betul-betul berlalu pergi. Walaupun Daehhie agak kecewa, tapi disebabkan L dah pujuk dengan berjanji untuk telefon pada malamnya, jadi dia lepaskan L pergi.

 

“Hoi, apasal kau usha mamat L tu macam nak tembus je?” Won Ho menyoal selepas mereka tiba di rumah Won Ho dan si kembar sudah ditidurkan di atas katil. Penat mainlah tu.

 

Sebiji bantal dipeluk, sebelum mencebik.

 

“Serius kau nak tahu ni?”

 

Apa yang pelik sangat soalannya?

 

“Yalah. Kalau tak buat apa aku tanya.”

 

Betul jugak tu.

 

“Dia lah lelaki yang berdiri belakang aku kat kedai sosej tadi.”

 

 

 

 

(-_-)

 

 

 

 

“Hoi, ada jumpa jodoh tak hari ni?” Dongwoo menolak bahu L yang dari tadinya asyik termenung. Iyalah, selalunya dia akan tumpang bising sama.

 

“Ha, L dah jumpa jodoh ke? Tew, tak nak cerita ke bro?” Woohyun pula yang mula menyakat. Memang itu sajalah kerja mereka. Asyik nak menyakat orang ja. Kalau kena kat batang hidung sendiri baru nak diam kot? Yang hairannya, l sikit pun tak teruja.

 

“Jodoh apa, singa yalah.”

 

Hah, sudah.

 

 


fixi_baby say:

Panjang gilaaa OMG T^T

And guys. Jazz ada hal perlu diselesaikan jadi dia tak boleh nak update comi macam selalu. So, buat masa ni, chapter akan diupdate without comic and cover. Kami akan inform bila dah letak okay. Maafkan kami ya. :( So guys, bagi Jazz happy with your lovely comment okay? Sebab cerita ni idea Jazz yang dia nak sangat kongsi dengan korang semua. Saya just membantu saja :)

Apapun, Happy reading ^_^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Shimmieh
CHAPTER TWO UP! ^_^

Comments

You must be logged in to comment
bittersweet4u
#1
Chapter 4: sakit hati jgk dgn perempuan sosej tu.. ish ish.. tak sesuai jdi peniaga ni.. out out! *halau
hahaha L.. singa ye, not jodoh lols XD
update soon~ tak sbr nak bce :3
bittersweet4u
#2
Chapter 3: uwah uwah.. daedae n baebae la~ alololo cute je.. haha
LuvelyEyka
#3
Chapter 4: Chapter 4 : Yeah... yg penting Baekkie n Daehhie comel.. Sgt COMEL...!!
my bias L, I'm in love with you.. lol xD
puas baca utk chapter yg ni.. good.. update soon, Jazz.. ^3^
RMnEXO
#4
Chapter 4: Cinderella hlng kst, The Red Ella pun sama! Tapi lain style. Cayalah! Keep it up!
EpilogueG
#5
Chapter 4: Ala!! Why tak ada comic? Tapi still superb! Next!next! Jeballllll!!
LuvelyEyka
#6
Chapter 3: okay, the twinnie is really cute.. Rasa mcm nk cubit gak diaorg tu... brani btol mreka tgk crita hantu.. I pun takut taw nk tgk bersendirian.. haha
Btw, this chapter is cool.. Please update soon.. (cerita ni mmg perfect giler lah.. ^.^)
RMnEXO
#7
Chapter 3: ah~! bestnya~^^ Baekkie dngn Daehhie mmng cute^^
Cantik lukisan! sape yng lukis?
HanisIzyani
#8
Chapter 3: Wuu~~ serius best !
Berbaloi menunggu update story ni :3
Update soon juseyo
thelucidream
#9
Chapter 3: Memang berbaloi menunggu. Tahu2 je nk update time reen tak gi skolah. Lol XD
Hebatlah~ //thumbs up//
oh ya, kak Jazz ke yg lukis semua lukisan tu? Serious awesome gila! Hah, watak twin tu pun comel jugak! >< Apa-apa pun, reen tggu next update drpd akak berdua.
Hwaiting!!! ^^ <3
imraen_
#10
Chapter 3: ahh . dh lama tunggu. bestttt ssanggat ceritaa ni !! comel kembar tu~