BTCB 11
Bubble Tea VS Choco Blended8:00 p.m - Rumah Yeon Min…
Siaran TV ditukar entah berapa kali. Mata memandang tapi sedikit pun tidak terlekat padanya. Fikiran Yeon Min masih melayang memikirkan kejadian diantara dia dan Sehun. Dia dihampiri seseorang.
“Kalau tak nak tengok TV jangan rosakkan. Ramai lagi nak guna TV tu.” perli ommanya.
“Omma!~ Saya.. sa..saya..” gagap Yeon Min.
“Kau dah kenapa? Kau belasah orang lagi?” kata Hwa Young yang sudah masak dengan perangai anak gadisnya yang tak ubah seperti lelaki.
Hwa Young terkejut dengan tindakan Yeon Min, tapi Yeon Min masih tak beritahu kenapa dia menyepak lelaki tersebut.
Kejadian Sehun dan Yeon Min…
Bosan mendengar bebelan, Sehun mendekati Yeon Min tanpa disedari. Secara tidak sengaja atau disengajakan, sebuah ciuman hinggap di pipi gebu Yeon Min. Gadis yang sibuk berceramah mula kaku tanpa sepatah kata.
“Tau pun diam. Aku ingat kau nak bebel sampai esok.” Sehun hanya membentukkan senyuman dibibir tanpa berasa bersalah.
“Aku nak chow dulu. Ingat kau dah hutang aku dua benda. Satu ucapan terima kasih dan satu lagi…” Sehun terdiam dan mencucuk pipi Yeon Min dengan jarinya sebagai tanda.
Selepas itu, kaki yang panjang dimiliki Sehun mendapat habuan daripada gadis yang bernama Yeon Min. Satu sepakan mengenai tulang betis Sehun. Sakitnya jangan dibilang, terasa sampai ke tulang membuatkan Sehun terduduk.
“Don’t you dare to touch my prec
Comments