Wa Cinta Sama Lu,Bro! Bab 1

Description

Confession-of-Muslimah-muslims-31269337-

Weena menjadi ketakutan apabila Lamborghini Aventador yang dipandu oleh Izzan Aril Haikal mula memecut laju di sepanjang perjalanannya. "You! Kenapa you drive kereta ni laju sangat? I takutlah!"Suara Weena yang kuat telah menambahkan apir kemarahan Aril.

Tiba-tiba,kereta tersebut membrek secara mengejut di tepi jalan.Kepala Weena pula ter'cium'dashboard di hadapannya. "Auch! Kenapa you brek secara tiba-tiba ni? Sakitlah kepala I ni dan.....kenapa kita berada di sini?"Soalnya sambil mengusap-usap kepalanya yang terhantuk.Aril mengambil nafas lalu berkata, "Kalau you tak nak tengok I mengamuk,lebih baik you keluar dari kereta ni."

Weena terpempan dengan ucapan Aril.Apakah ini? "You're just joking,right?Takkanlah you nak halau I kelu..."

"NOW!!!"Jerkahan Aril membuatkan Weena ketakutan.Muka lelaki yang putih itu langsung menjadi merah.Pantas gadis berambut blonde tersebut keluar dari kereta tersebut sambil mengesat kasar pipinya yang dituruni air mata."You will regret,Aril! You will!!"Dia memekik namun,kereta mewah itu sudah meluncur jauh meninggalkannya.

Aku yang enak tidur bersama air liur yang meleleh di pipi mula terbangun dengan mata terbeliak.Macam mana tak terbeliak jika air yang dingin bak ais menyentuh mukaku yang cun ini.Okey,ni dah masuk bab perasan.Ada jugak yang nak makan penampar aku pada pagi yang nan indah ni.

"Hoi minah!Cepatlah bangun.Matahari dah menegak atas kepala kau tu.Asyik nak membuta je."Macam aku pernah dengar je suara ni.Tapi siapa eh?

Nak kata mama,suaranya lembut dan tidak pernah berkasar padaku.Mungkinkah?Tetapi,suara ini garau semacam je.Ditambah pula menjerit tepat-tepat di telinga aku.Bingitlah!Aku langsung tidak boleh mengecam.

"Cepatlah bangun,minah oii!"Aku membuka mataku seluas-luas yang mungkin.Sudah dijangka!Inilah insan yang bernama Ahmad Arish Iman,kembar seirasku.

"Aku tahulah,Rish.Tak payah nak menjerit-jerit lah.Nanti tercirit pulak kan."Walaupun suaraku serak,tetapi tetap aku gagahi untuk bersuara. "Kau tahu tak mama dah bising dekat bawah tu.Kau asyik nak tidur je.Memasak?Haii,tunggu badak mengiaulah gamaknya."Amboi sinisnya!Macam meminta ditumbuk je.

Tanpa menghiraukannya,aku bangun seraya menanggalkan baju t-shirt di badanku.Mata Arish terbeliak.Aduh,sungguh buruk rupanya. "Woi! Dah gila ke?!"

"Aku memang gila pun.Ada masalah ke?"Aku menjelingnya.Kedengaran dia mendengus kasar lalu keluardari bilikku yang bersepah.

"Dah turun pun Tuan Puteri kita ni.Ingatkan masih lagi berhias di hadapan cermin ajaib Tuanku."Perli Arish sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya. "Kau dah hidup lama ke?Kalau dah,aku tamatkan jugak riwayat hidup kau hari ni."Aku duduk di atas kerusi.

"Anak mama dah turun pun."Mamaku,Datin Lee Erine yang baru sahaja keluar dari dapurnya tersenyum manis ke arahku.Aku juga membalas senyumannya.

Oh sebelum itu,pasti anda pelik tentang cara aku berbual dengan kembar tak sebuluku,Arish.Al-kisahnya sebelum kami bermusuhan ketika umur 9 tahun.

"Mama,antara Isha dengan Rish,siapa yang lahir dulu?Pasti Rish kan?"Aku duduk di sebelah mama. "Tak! Mesti Rish lahir selepas Isha kan?"Arish yang datang tanpa diundang mula perasan.

"Eh! Isha yang lahir selepas Rish lah!"Aku membentak.Dengan muka cemberut,Arish berkata, "Excuse me,muka Rish comel and for your information,your face is looks like an old woman."Ejekan dan jelirannya membuatkan aku panas hati.Rasa nak terbakar je.

"Rish! Your face is looks like an old man.Serve you right!"

Sedang aku berbalah dengan Arish,mama mencelah. "Isha! Rish! Stop fighting! Takkan pasal siapa lahir dulu pun nak bergaduh?Mama tak fahamlah."Mama memicit kepalanya.

Kami berdua terdiam sejenak.Tersentap sebenarnya.Yelah,tak pernah-pernah kami  bergaduh sesama sendiri tentang hal yang kecil.

"Baiklah,mama bagitahu.Isha lahir selepas 10 minit Rish dilahirkan.Satisfied,honey?"Aku melompat kegembiraan. "What? Tak aci lah mama!"Bentak Arish.

"Aci di India lah,Rish."Aku membalas jelirannya tadi. "Fine! Kau jangan nak happy sangat lah,Isha.Hari ni aku isytiharkan yang aku,Ahmad Arish Iman dan kau,Nurul Arisha Izzyan menjadi musuh bermula pada hari ini."Dia meninggalkan aku yang masih tergamam.

"Isha nak makan apa,sayang?Mama ada buat nasi goreng kampung,nasi lemak dan mee goreng.Nak mama ambilkan ke?"Soal mama kepadaku.Aku hanya menggeleng.

"Tak apalah mama.Isha ambil sendiri.Mama berehatlah di ruang tamu."Aku mengambil sebiji pinggan yang di import dari  Perancis lalu diletakkan nasi lemak di atasnya.Yummy!

"Makan nasi lemak lagi.Nanti gemuk,tak ada orang yang meminang."Walaupun kata-katanya bagaikan parang diasah tajam namun aku tidak endahkan.Kalau dilayan,terabailah nasi lemak homemade yang sodap ni.

Aku makan hidangan yang terhidang dengan penuh selera tanpa gangguan abang kembar yangannoying lagi aku menyampah.

"Isha tak nak bekerja di syarikat papa ke?Mama kasihanlah tengok Isha bersusah payah bekerja di restoran keluarga kita.Tambahan lagi,Isha berlagak seperti orang susah."Ish,ni yang aku tak suka ni.Mama selalu nak kritik aku.Untuk pengetahuan anda,aku tak nak berlagak jadi orang kaya sebab aku tahu,pasti ramai yang nak berkawan denganku.Ish!!

"Betul cakap mama tu.Kau ni asyik nak susahkan mereka je.Dengan imej kau ala-ala jantan tu.Buat malu keluarga je."Serentak itu,aku menumbuk pipi Arish hingga berdarah bibirnya.

"Isha! Apa yang Isha dah buat? Biru pipi Arish ni."Risau benar mama melihat keadaan Arish. "Tu lah padahnya kalau api bermain dengan api."Dalam suasana tegang,bunyi pintu rumah terbuka menyedarkan kami bertiga.

"Hello everyone!"Figura Ahmad Ariq Imtiyaz iaitu Abang sulungku kelihatan dengan senyuman.Kami juga berubah tingkah.

"Along,finally,you came home!"Mama memeluk Along dengan erat.Arish yang memandang ku dengan pandangan benci meninggalkan kami bertiga.

"Kenapa dengan Rish tu,Isha?"Tanya Along kehairanan.Aku menjongketkan bahu.

 "I don't know.Mungkin PMS kut."

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet