you're mine (part 57)

you're mine
Please Subscribe to read the full chapter

 

LAGU : CALL ME BABY - EXO   <3

YOU'RE MINE (PART 57) - MASIH ADA HARAPAN.. CUBA LAGI ESOK !

 

'' I LOVE YOU... ''

Dicampakkan kad ke tepi. Kedua - dua tangan menyentuh pipi. Panas. Dikibas - kibas mukanya dengan tapak tangan. Fuh ! Seperti tidak percaya apa yang dilihat sekarang. Seriously ? It's this kind of joke ? Otherwise siaplah kalau betul ! Tapi. Errr. Mungkin benar ? Tengok apa yang Baekhyun buat pada bilik ini, seolah - olah macam mengiyakan apa yang diungkapkan. Dicapai kembali kad itu. Terkedip - kedip mata membaca kata - kata indah tiga perkataan. Kalau ditelilti betul - betul, sememangnya tulisan itu milik Byun Baekhyun. Terukir senyuman di bibir. Paboo !

'' Bomi !! '' 

Kedengaran suara Baekhyun memanggilnya. Lamunan terhenti. Kembali angan - angannya ke alam nyata. Suara samar - samar seakan menyuruh bersiap cepat. Katanya mahu turun makan sarapan pagi di tingkat lobi. Tapi pada nada suara macam marah. Aah ! Sudah pasti ada kena mengena kad cinta tadi. Takkan tiba - tiba nak menjerit tak tentu hala. Mungkin sebab dia memberikan jawapan tidak. Ishh ! Semuanya salah faham. Manalah nak tahu perkara - perkara sebegini bakal terjadi. Siapa sangka Byun Baekhyun boleh berubah sekelip mata. Menjadi seorang yang romantis.  

'' Erkk.. haaa.. ok.. aku pergi mandi sekarang... ''. Jawab Bomi.

Lantas ditinggalkan kad itu sebentar di atas katil. Berlari dia memasuki bilik air. Takut kena marah.

 

Perlahan - lahan Bomi melangkah keluar dari bilik. Diintai dari pintu. Baekhyun lalai menonton televisyen. Sebelah kakinya di atas kerusi. Entah faham ke tidak bahasa Perancis. Tak nampak pun sarikata di bawah paparan skrin televisyen. Hari ini bermulalah perjalanan hidup untuk mengamati bandar kota Paris. Tapi kenapalah hari ini juga timbul benda - benda yang tidak diingini. Apa - apa perbualan pasti berkahir dengan pergaduhan. Itu kira rutin wajib. Aish ! Nak tak nak kena pujuk. Kalau tak, memang tak berjalanlah hari ini.

Ditarik nafas dalam - dalam. Macam - macam doa sudah dibaca. Takut juga tiba - tiba Baekhyun mengamuk. Dilabuh punggungnya di sofa. Sedikit demi sedikit dia merapati suaminya. 

'' Hurm.. Baek.. kata tadi nak makan.. soo.. jomm ?  ''. Dicubit sedikit hujung baju Baekhyun.

Tiada respon. Baekhyun senyap membisu. Seperti tidak dengar apa yang dikatakannya tadi.

Aisemen ! Panas pula hati. Tenang. Salah Bomi juga sebenarnya tadi. Dicubanya kali kedua. Sengaja dikuatkan nada suara. Mana tahu kot - kot tadi Baekhyun memang tidak dengar. Tapi kalau diperhatikan, dia memang sengaja pura -pura tidak dengar. Mengada betul. 

'' Baekk... ko dengar tak ? ''. Cuba menarik perhatian suaminya.

'' Hurmm.. ''. Jari telunjuk Baekhyun menekan - nekan butang alat kawalan jauh. Dahi berkerut. Mulut mengecil.

'' Hurmm... Baek.. aku nak cakap sesuatu nih.. dengar laa.. ''. Bomi mengusap - usap lengan Baekhyun.

'' Apa dia ? ''. Sedikit pun dia langsung tidak menoleh ke arah isterinya. Balas pun nak tak nak. Biasalah. Marah punya pasal.

'' Aku just nak bagitahu yang aku..... ''

Dengan tiba - tiba kata - katanya dipintas Baekhyun. Takut cintanya ditolak mentah - mentah. Mana tidaknya, tadi bukan main lagi kata tidak. 

" Lupakan saja laa.. dah.. aku lapar.. aku turun dulu laa.. jumpa dekat bawah.... "

Dengan tidak semena dia bangun lalu meninggalkan Bomi dalam keadaan terpinga - pinga. Bersahaja muka. Langsung tidak membalas jawapan isterinya. Tidak ada rasa perasaan bersalah langsung. Bomi pula seperti tidak percaya luahannya tidak diendahkan. Berani betul. Menyesal pula rasa ! Rasa nak tumbuk macam Mike Tyson saja. Dush ! Dush ! Arghhh ! Menyesal sangat - sangat. 

" Kalau aku tau perangai anak orang kaya manja nih suka main - mainkan perasaan orang.. dah lama aku koyak - koyakkan kad tuh.. aishhh !! aku dah agak dah.. dia sure nak kenakan aku.. dah hilang akal ker tiba - tiba bagi kad I LOVE YOU bagai.. nasib baik aku tak terlepas cakap yang aku suka kad yang dia bagi tadi.. kalau tak mana aku nak letak muka aku nih haa..  "

Membebel dia sendirian. Tangan menggosok - gosok rambut yang masih basah. Kusut masai jadinya. Kaki menghentak - hentak lantai. Pintu bilik tidur dihempas. Bam !

 

Sudah lama juga Bomi terpacak di lobi. Masih tidak nampak kelibat suaminya. Ke mana sahaja dia menghilang. Takkanlah merajuk sampai tak mahu makan. Tadi bukan main lagi kata tunggu di situ. Memang nak kena ! 

'' Aishhh.. mana dia nih ? kata tunggu dekat lobi.. karang aku pergi makan dulu karang.. membebel kata aku selfish laa.. makan tak tunggu dia laa... ''

Direnung sekeliling lobi. Cantik betul hiasan dalaman hotel tersebut. Boleh tahan juga pilihan suaminya. Ehh ? Pandangan terhenti seketika. Melihat sesuatu yang kurang pasti. Perlahan - lahan dia melangkah menuju ke cermin hotel. 

'' Ehh.. macam kenal je.. '' Ditenung tajam. Matanya mengecil memastikan yang pandangnya betul apa yang disangka.

Kelihatan seorang perempuan tua berjalan di hadapan pejalan kaki hotel sambil menolak troli. Di atasnya ada jambangan bunga ros putih dan juga beberapa jenis bunga lain.

'' Kalau tak silap aku macam bunga ros semalam.. mesti si budak unpredictable tuh beli dekat makcik nih.. ''

Kalau diikutkan logik akal, pasti bunga - bunga tersebut dibeli di sekitar sini. Hurm. Boleh jadi dia membeli daripada makcik yang diliha

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiminwife00 #1
Chapter 57: Author update la (╥﹏╥) dh 2 tahun tunggu
mrsfrost21
#2
Chapter 57: Please update.im waiting for ur update T^T
nurazuranajiha #3
Chapter 57: Please update
LeeAYeong #4
Chapter 57: Please update T~T
silly_bomi #5
*english haha
silly_bomi #6
could u do an enlish version of this? huhu it's baekmi huhu
najwanabilla #7
Chapter 4: Outhorr , bilaa nak update ??!! lama tunggu
aien_rossli #8
Chapter 57: Update soon
ieykalolypopz #9
Chapter 57: 2 hari aq baca ff ni tanpa henti.. dari chapter 1 sampailah chapter 57 , gila besttttt..!! BaekMi !! 아~~~~~
hannan_gairuzazmi #10
Chapter 57: best gilossss