you're mine (part 44)

you're mine
Please Subscribe to read the full chapter

let's listen to sweet song from :

Park Bo Ram ft. Zico Block B - Beautiful  :)

http://www.youtube.com/watch?v=uFogEwzH4a0

Bomi and Namjoo BnN - My Darling :)

http://www.youtube.com/watch?v=RBR6z0jPy2s

 

YOU'RE MINE (PART 44) - GOOD NIGHT MY PRINCESS.. BETUL KER BAEKHYUN YANG KATA ?!

Kringgggg.....

Waktu rehat sudah pun berakhir. Masing - masing sibuk berjalan menuju ke kelas. Baekhyun, Chanyeol, dan Sehun masih boleh lagi bergurau senda di tangga. Tidak dipedulikan loceng tersebut. Tiada siapa duga Hayoung muncul dari tingkat atas menuju ke tingkat bawah. Sehun yang terlihat Hayoung berjalan dari tingkat atas lantas terdiam. Bisu tidak terkata. Berdehem menghilangkan serak tekaknya. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar sekolah. Dialihkan pandangannya ke luar tangga. Mata dirapatkan sedikit menahan pancaran matahari yang memancar masuk ke dalam matanya.

Hayoung terkejut. Terberhenti dia seketika. Mengeluh. Dia pun tidak sangka akan ketemu Sehun.

Memang tiada peluang untuk mengelakkan dirinya dari situ. Kalau tiba - tiba dia naik kembali ke atas terasa janggal pula. Jadi terpaksa juga dia jalan turun berselisih mereka bertiga. Baekhyun dan Chanyeol senyum sesama mereka. Mereka berdua tahu pasti Sehun tiba - tiba senyap gara - gara kemunculan Hayoung di situ. 

'' Hayoung.. nak pergi mana ? ''. Usik Baekhyun.

Hayoung menyelak rambutnya ke belakang telinga. Senyum manis.

'' Haa.. nak pergi tandas sekejap.. ''

'' Apa lagi Sehun.. teman laa.. hahaha~ ''

Sehun menjeling Baekhyun. Kepala digeleng - geleng. Memang sengaja Baekhyun mengenakan kawannya. Dia tahu Sehun masih menaruh perasaan terhadap Hayoung tapi tidak pasti kenapa sejak akhir - akhir ini Sehun cuba mengelakkan diri dari Hayoung. Mungkin mereka gaduh ?

Cepat - cepat Hayoung mencelah. Cuba melarikan diri dari situ.

'' Ermm.. Hayoung pergi dulu.. bye.. ''

Hayoung hilang di pandangan mereka. Sehun mengangkat tangannya lalu dicekik kepala Baekhyun di bawah pergelangan lengannya.

'' Berani ko kenakan aku tadi.. haa.. rasakan !! ''

Baekhyun meraung kesakitan. Chanyeol berdiri di situ sambil mentertawakan sepupunya yang kesakitan.

'' Aaaa !! Sehun !! lepaskan aku.. aku main2 je tadi... ''

Dilepas kepala Baekhyun. Gelak sinis. Kepala digeleng - geleng. Fikirannya masih memikirkan Hayoung.

 

 

'' Hayoung.. nak pergi mana jalan laju2 nih.. meh kiteorang teman.. ''

Kedengaran suara memanggil Hayoung. Memang kenal betul suara itu.

'' Ishhhh..... '' . Keluh Hayoung.

Rambut hadapan diusap - usap ke hadapan. Mata ditutup. Nafas ditarik dalam - dalam. Dilepaskan perlahan. Baru dibuka matanya kembali. Mata menoleh ke tepi lorong jalan berhampiran dengan sekolah. Kelihatan Shinwoo dan Baro datang menghampirinya. Gongchan masih tersandar di dinding jalan. Tangan di poket. Matanya tepat melihat wajah Hayoung. Mereka bertigalah yang selalu mengacau Hayoung sewaktu di sekolah. Kadang - kadang itu, sampai ke tempat kerja mereka mencarinya. Sebenarnya Gongchan memang sudah lama meminati Hayoung. Sejak masuk sekolah itu lagi tapi langsung tidak dipedulikannya. Puas dia memberikan macam - macam. Satu pun Hayoung tidak terima malah dipulangkan kembali ke atas meja kelas ataupun ke tangan Gongchan sendiri.

'' Korang nak apa ? ''. Tangan dicekak ke pinggang.

'' Amboi.. marah betul... '', usik Baro.

'' Iya laa.. sampai sini korang cari aku.. ''

Gongchan menghampiri mereka. Tangan dikeluarkan dari poket. Senyum.

'' Hayoung.. jangan layan dieorang nih.. ko nak pergi mana ? ''

'' Erkk... urmm.. aku nak pergi kerja.. ''

'' Starbucks ? ''

'' Bukan.. tempat kerja tempat lain... ''

'' Ehh... sejak bila ko kerja tempat lain ? ''

Nak tak nak terpaksa Hayoung menipunya. Sebenarnya memang mahu ke tempat kerja tapi sengaja diberi alasan lain supaya mereka tidak datang buat kacau di situ.

'' Huhh ?!! urmm.. aku nak pergi tempat kerja.. omma.. ''. Katanya perlahan.

'' Nak aku hantar ? ''. Gongchan datang menghampirinya lagi.

'' Tak apa.. tak apa.. aku pergi jalan kaki.. dekat je.. urmm.. ok bye.. ''

Lantas Hayoung berjalan laju meninggalkan mereka terpinga - pinga di situ. Gongchan tahu Hayoung menipu dan cuna mengelak diri daripadanya.

'' Hayoung.. tunggu !! ''. Jerit Gongchan.

Lan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiminwife00 #1
Chapter 57: Author update la (╥﹏╥) dh 2 tahun tunggu
mrsfrost21
#2
Chapter 57: Please update.im waiting for ur update T^T
nurazuranajiha #3
Chapter 57: Please update
LeeAYeong #4
Chapter 57: Please update T~T
silly_bomi #5
*english haha
silly_bomi #6
could u do an enlish version of this? huhu it's baekmi huhu
najwanabilla #7
Chapter 4: Outhorr , bilaa nak update ??!! lama tunggu
aien_rossli #8
Chapter 57: Update soon
ieykalolypopz #9
Chapter 57: 2 hari aq baca ff ni tanpa henti.. dari chapter 1 sampailah chapter 57 , gila besttttt..!! BaekMi !! 아~~~~~
hannan_gairuzazmi #10
Chapter 57: best gilossss