Arnab Dan Kura- Kura

Buku Cerita Sehun

"Pada zaman dahulu , hiduplah seekor arnab dan seekor kura-kura. Hidup mereka ibarat seperti anjing dan kucing yang mana padahal diorang ni arnab dan kura-kura. Sehinggalah suatu hari arnab dan kura-kura menyertai pertandingan lumba lari. Malangnya fanfic ini bukanlah ingin bercerita tentang dua ekor haiwan tersebut. Jadi, tamat.~~"

 

Pap! Sehun menutup buku cerita tersebut. Dia memuncungkan bibir kecilnya. "aPahal pelik sangat buku cerita ni?" Sehun terus bangun dari sofa yang dibaringnya dan berlari kecil.

 

"Hyung! Hyung! Suho hyung!" Kedengaran suara Sehun memekik dan melalak serta menjerit nama Suho hyungnya.

 

"Yop Sehun!" Muncul seketul kepala dari dapur. Sehun terus meluru ke dapur.

 

"Hyung! Hyung tengah buat apa? Wow Jajangmyeon!" Sehun melompat-lompat seperti tupai yang melompat akhirnya akan jatuh jua.

 

"Yah! Magnae nak apa? Hyung banyak kerjalah."

 

"Umur hyung yang baru belas belas ni tak patut kerja. Buat homework lag bagus!" Mulut Sehun kelihatan herot berot meleteri Suho.

 

"Sehun ,pergi main jauh jauh."

 

"Ta..ta..tapi..

 

"Shuh!" Suho menghalau Sehun macam dia halau ayam kampung dekat kampung atok mereka. Sehun mencebik. Dia menghentakkan kakinya dan terus terus dan terus berlari.


"I've told you, it was amazing!" Sehun terdengar suara seorang lelaki kacukan di bilik sebelah. Ya. Itulah....

 

"Pabo! I'm a Kris! Not a ! I will kill ur after this!"

 

Sehun menekapkan cuping telinganya di pintu bilik ataupun boleh dikatakan dia curi curi dengar.

 

Bam! Sehun menghempas pintu bilik tersebut dan masuk melulu. Kris okay , tu Kris ,abang dia jugak. Kris terkejut lalu menjegilkan mata wolfnya kepada Sehun. Sehun hanya bercekak pinggang dan menunjuk lidahnya.

 

"Wait a minute.i will call u later." Kris meletakkan telefon bimbitnya ke atas katil.

"Yes, Sehun. What do u want from me?" Tanya Kris seraya menjongketkan kening halus mulusnya.

 

Sehun geleng kepala dan tunjuk muka konfiusnya. "Hyung. Sehun tak faham okay. Cakap malay lah."

 

Kris pula geleng kepala. Sehun hentak kaki. Alah ,Kris pun satu. SIapa suruh duduk dekat London tu lama sangat. Kan dah tak tahu bahasa negara sendiri. Eh yeke?

 

"Okay i wil try. Ehem. Ehem. Sehun keynayyperr?" kata Kris sambil mukanya berkedut kedut dan lidahnya terbelit belit macam ular sawa sembelit.

 

"Puhahahhahahahaha! tak payah cakap lah hyung! Puhahahhahahhaa!"Sehun ketawa berdekah dekah macam orang tua yang hilang gusi di atlantika.

 

Kris menjuihkan bibirnya. Berdecit kepala dia tengok Sehun gelak. Kalau dia reti malay ,memang dah lama dia masuk bahas.

 

"Enough enough. Hyung rety carkaps lagik. So, better shut up ur mouth and tell me what du u want."

"Sebenarn-

"After that. get out from this room."

"Hah! Okay okay! Nak tanya sikit je pun .Action lebih."

"........"

Sehun menjulingkan matanya ke atas lalu menunjukkan buku cerita pelik tersebut kepada Kris.

"Okay, Hyung pernah dengar kan cerita buku ni?"

"Arnabs dengan kurew khurew?"

"Pufffffff" Sehun menahan gelak dengan mengigit bibirnya. "Ye. "Khurew khurew"

"So, why?" Kris sedikit pening dan aneh dengan adiknya Sehun ni.

"Ending dia macam mana? Buku ni taknak cerita pun. Sehun nak tahu." Sehun sedikit mengendurkan suaranya.

Kris sengih. "Know what? U're lucky because i'm good in malay nowadays."

Sehun melihat muka abangnya dan gusi abangnya yang ternampak bila dia senyum. Sehun geleng kepala.

"Apa hyung melalut ni? Taktahu cakap no. Tahu cakap yes! Ok?"

Kris menyekeh dan mencubit pipi Sehun yang kecil tu. "Owwwwww!"

"Yes i know the ending! K but don't laugh at my malay. Promise?" Kris menunjukkan jari kelingkingnya.

Sehun tersengih lalu mengangguk.

"Promise!" Jari mereka bertaut.


Sehun diam sejenak memikirkan kembali jawapan Kris tadi.

 

"Gempak kot! Yang menang mestilah arnab! Sebab arnab tu tidur dekat pokok and dia dapat satu kuasa dari alien. Alien ada turun kejap masa tu. nak buanng air kecil lah tu kot sbb tu jumpa arnab. So arnab ni dapat satu kuasa yang powerful gila gila aaaa wa cakap lu sehun. Then bila dia tersedar, ohmygod really laju lah dia lari! Nak kona selekoh tu fail sikit. Tapi dia maksimakan kuasa dia then akhirnya menang ! Kuasa dia macam supernova meletup dkt galaksi tu. Huish memang jjang!"

 

Sehun tersedar dari lamunan. Mungkin konfius dengan cerita Kris tadi. Ataupun sebab bahasa malay Kris yang lancar gila tanpa tersekat-sekat atau slogan 'Keynaypew' dia.

 

Budak 7 tahun pun dah pandai fikir mana logik mana tak lah Kris.

"Bang! Bang! Boom!" Lay melompat kegirangan. Dia berbaring sebentar bersama kitkat di atas sofa empuk di ruang tamu. Tanpa sempat cerita ni habis, Lay dah pun tertidur dan...............

 

"ZZZzzzzzzzzz.."

.....berdengkur.

Sehun yang nampak Lay di ruang tamu terus memanjat badan Lay dan mencium pipi Lay. Sehun terdiam.

Dia mengelap bibirnya dan menampar sekuat hati. Rasa menyesal gila nak mampus pergi cium tadi masih ada.

"Hyung.........."

"Zzzzz.......

"Hyung..........

"Zzzzzzzz....

"Hyung..........!

"............."

"Zzzzzzzzzzzz"

 

"Yah! Lay hyung! Bangun! " Sehun menjerit di lubang hidung Lay. Berharap agar ia bergema dan maklumat itu sampai ke otaknya.

 

Jangan cakap Kris yang ajar ,Sehun.

 

"Layyyyyyyyyyyy hyung!" Sehun menjerit lagi. Tapi bukan lagi di lobang hidung Lay tapi di matanya. Nanti jerit dekat telinga, boleh pekak mamat ni nanti kang.

 

Lay terus tersedar dari tidurnya. "Ya!"

Sehun meletakkan buku ajaib eh pelik tersebut ke atas riba Lay. Lay hanya memandang.

"Apa ni?"

"Kuih. "Sehun menjawad dengan sinis.

Lay mencebik. "Tak boleh melawak , duduk hutan eh."

"Ni....ending buku cerita ni. Tolong bgtahu ending dia...

“Oh buku ni ? Eleh , hyung dah baca berpuluh tahun dah.”

“Hyung hidup baru 19 tahun.”

“Erk yeke?”

“Bagitahu lah…..cepatlah……nak tahu ending diaaa……….

“Ok ok duduk diam diam. Meh sini nak cerita.”

“So siapa yang menang? Arnab atau khurew khurew?” Sehun ketawa kecil mengenangkan slang Kris itu.

“Khurew khurew? Ok itu pelik dan aneh.”

 

“Kris hyung yang cakap. Hahahahahaha dia kan tak reti malay sangat.Tapi bila cerita pasal ending dia, fuh laju kot! Macam cerita fast furious tu! Fiuuuuuuuu!” sehun membuat aksi memandu kereta dengan laju.

 

“Oh patutlah. Kris memang pelik dah aneh sikit.”

Kris tersedak.

“Yang menang sebenarnya bukan arnab dengan kura-kura.”

“Habis tu sapa? Pengadil?”

“Ada satu makhluk haiwan ajaib cantik ni yang menang.”

“Hah?! Dalam buku takde pun!”

“Betul lah ni! Haiwan tu kan tak sengaja pun lalu dekat jalan perlumbaan. Tup tup ,dia menang.”

“Haiwan apa?”


Sehun merungut kecil lalu berjalan pantas ke tingkat atas.

 

“Hunnie! Yah Oh Sehun!! Hyung tak habis cerita ni!” kedengaran suara Lay memekak keseorangan. Tetapi diam setelah roti canai disumbat ke dalam mulutnya oleh Kai.

 

Sehun geleng kepala. “Pelik lah. Mana ada unicorn masa tu! Haih!”

“Eh hunnie-ya. Ni bebel apa sorang sorang?” Sehun mengangkat kepala.

“Umin hyung!”Jelas muka sehun terpancar kebahagiaan seperti baru keluar dari gua yang gelap.

 

Xiumin mengangkat tubuh Sehun lalu mendukungnya. Xiumin adalah abangnya yang sulung dan paling suka memanjakannya. Sampai Kris hyung pun jeles. Erk?

 

“Sehun buat apa tadi?Hmm?” Xiumin bertanya kepadanya setelah mereka tiba di biliknya.

“Aaaaa ni tengok buku ni. Hunnie tak tahu ending dia.”

“Oh cerita ni ke? Hyung dah baca banyak kali. Dari keccciikkkkkkkkkkk lagi.”

Memang lah dah banyak kali awak baca, hidup 22 tahun dah.

“Yeay! So macam mana ending dia?” Mata sehun berkelip kelip memandangnya.

“Alolololo! Comelnye magnae Umin Hyung ni! XD Cubit pipi sikit!” Xiumin mencubit pipi Sehun dengan geram. Sehun menepis tangannya.

“Hyung! Yah! Cerita cepat!”

“Alololo jangan marah. Kenapa hunnie comel sangat? Kekekke”

“Yah…..

“Okay yang menang ialah………

“…………………….”

“Sehunnie!”

“Hah?!”

“Sehunnie lah menang sebab Sehun paling comel dekat situ! Yeay!” Xiumin menjerit kegirangan manakala Sehun kekonfiusan keseorangan.

“Ta-tapi…. Ni pertandingan……

“Yeay! Sehun menang!”

“…….lumba lari……Ahhhh takpelah hyung. Sehun nak turun. “

“Okie dokie hunnie! Yeay! Sehun menang.”

Nak menipu budak budak pun berpada padalah ,encik Xiumin.

Sehun merungut sambil berleter. Eh sama lah tu.

Bup! Sehun terlanggar seseorang. Dia melihat kehadapan.

“Oh Lulu!” Luhan yeah, merupakan kembar tak seirasnya. Luhan merupakan abangnya . Kan Sehun paling kecik?

“Yah! Panggil hyung.” Luhan menjegilkan matanya kepada Sehun. Sehun membuat muka ‘Oh perlu ke?’ kepada Luhan.

“Diamlah Lulu. Awak Cuma tua beberapa minit.”

“Geez, …

“Tahu tak ending pasal buku ni?” Sehun mengeluarkan buku cerita tersebut dari dalam bajunya.

“Yah! Kenapa letak dalam tu?!” Luhan tergamam. Takyahlah teruk sangat.

“Tak larat nak pegang. Nah ambik tengok…..”

“Oh ending cerita arnab ni ke? Tahu tak?”

“Apa?”

“Ekceli diorang ni kekasih yang lari dari rumah. Mak bapak diorang tak restu hubungan diorang so diorang lari lah berdua. Tapi sebab arnab lari laju, arnab tunggu dia dekat bawah pokok. Jadi, orang yang tengok diorang lari ni salah faham. Bukannya diorang buat perlumbaan lari.So diorang kahwin dan takde sapa menang. Faham?”

“O.O”

“Nak kahwin tak?”


“Argh! Tensionnya dengan abang abang pelik aku  ! Dah lah aneh pulak tu! Rasa na-

Pap!

Sehun terkejut. Seseorang menampar kepalanya. “Yah sia-

“Suho hyung?!”

“Pehal ni? Dari tadi melalak macam orang sawan.”

“Huh! Ni sorang lagi. Nah ambik buku ni. Baca..”

“Ooooo ni kes nak tahu pasal ending dia lah kan? Tanya Suho sambil menjongketkan keningnya.

Sehun angguk kepala.

 

“Sebenarnya dua dua ni.. tak wujud! Takde langsung arnab dengan kura kura nak buat perlumbaan.Dah! MAsuk tidur! Esok sarapan habis baru tahu!”

Sehun tergamam sebelum kakinya membawa lari tuannya ke bilik tidurnya.

Jadi sampai sekarang Sehun tak tahu ending cerita Arnab dan Kura-kura. Buku itu dibiarkan berhabuk dan bersawang sehingga sekarang.

Ada siapa siapa nak tolong ceritakan ending tu dekat Sehun?

 

 

"Hello! Okay kita malu! Sebab ff kita tak best macam orang lain T.T

Tolong komen! XD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
RayhanAdni
siapa nak buku cerita sehun 2 ? lol kahkah

Comments

You must be logged in to comment
Moon1991 #1
Chapter 1: Authornim nk sequel plezzzzzzzz T_T
Moon1991 #2
Chapter 1: Authornim nk sequel plezzzzzzzz T_T
boffin
#3
Chapter 2: Nak nak sequel sequel plsssss lol
kaywuu
#4
Chapter 2: Sy nk sequel!! XD Seriously ff ni lawak gler!!
MomoEXO #5
Chapter 2: Saya mahu ia disambung dgn Buku Cerita Sehun 2! HEHEhehe
OriannaGoldelle #6
Chapter 2: MAHU !
harryniel
#7
Chapter 2: sequel please! XD
ExoLoveable
#8
Chapter 2: wajib hahahahahah dn jangan lupa buat sequel untuk one shot Diari Si Sehun walaupun permintaan saya ni plk sangat .......
Baekitsyeol #9
Chapter 2: Hahaha so funny la bengong . XD n yeah i want sambungann dia haha
Park_Rafa88
#10
Chapter 2: Please make sequel!!!Saya amat minat dengan ff awak nih!! ><..Sehunnie~~ Kbye..