Finale~!

You're my angle

Baekhyun menarik nafas sedalam yang mungkin lalu menghembusnya. Fikirannya yang dahulunya kusut menjadi semakin tenang kerana menghirup udara yang sungguh segar di balkoni vila persendirian milik keluarganya.

Dia menutup matanya, menghayati keindahan alam semula jadi.

Entah kenapa, fikiran Baekhyun melayang pada suatu memori yang tidak akan dilupanya.


Kelihatan seorang budak kecil yang berumur 11 tahun mencangkung di tepi jalan. Tidak ada sesiapa yang perasan akan kehadirannya. Sama ada dirinya terlalu pendek atau menjijikkan pada pandangan mata mereka, budak kecil itu tidak peduli. Dia terus-terusan menguis pasir dengan menggunakan ranting kayu yang baru sahaja dikutipnya.

“Apa yang awak buat?” Satu suara jelas kedengaran pada gegendang telinganya. Jadi, dia pun mendongak ke atas. Lalu anak matanya tertancap pada seorang budak perempuan betul-betul di hadapan mukanya.

Tetapi budak kecil yang bernama Baekhyun itu tidak endah akan perkara itu. Dia menyambung ‘pekerjaanya’ yang tergendala semula.

“Nama saya Kim Minjung.” Budak perempuan itu memperkenalkan dirinya. Namun, Baekhyun tidak sedikit pun menghiraukannya. “Siapa nama awak?”

Akhirnya, tangan Baekhyun berhenti bergerak tatkala mendengar persoalan itu. Dengan suara yang perlahan, dia menjawab, “Byun Baekhyun.”

Jantung Baekhyun berdegup kencang apabila Minjung memberikan sebuah senyuman yang amat manis kepadanya. Pipinya bagaikan telah disimbah dengan cat merah.

Seperti kanak-kanak riang Ribena, Minjung berkata, “Jom jadi kawan!” Dia menghulurkan tangannya.

Baekhyun tergagam. Tidak dijangkau oleh akalnya bahawa dia akan mempunyai seorang kawan. Yalah, dia sengaja berpakaian seperti pengemis jalanan, mana mungkin seseorang akan bercakap dengannya.

‘Mungkin permpuan ni gila kot,’ Fikir hati kecil Baekhyun. Tetapi, tangnnya menyambut huluran yang diberikan tanpa mengetahui sendiri apakah sebabnya.

Dan dengan demikian itulah, permulaan bagi penyeksaan dan kegembiraan dalam hidup Baekhyun bermula.


Baekhyun mengeluh perlahan. Sesekali, dia menyapu air mata yang berada di hujung matanya. Dia memegang dadanya dan apa yang dirasainya hanyalah kesakitan walaupun tiada luka di situ.

Tidak lama kemudian, pintu bilik dibuka, menampakkan seorang orang gaji berdiri di muka pintu. “Tuan, masa makan tengah hari sudah sampai.” Orang gaji itu memaklumkan.

“Nantilah saya pergi.” Jawab Baekhyun.

Orang gaji itu menggelengkan kepalanya tanda tidak bersetuju. “Mana boleh macam tu, tuan. Puan besar kata tuan tak boleh tak makan mengikut waktu yang dah ditetapkan, nanti tuan akan bertambah sakit.” Katanya dengan panjang lebar.

Baekhyun mengalah. Dia tahu bahawa dia perlu mengikut arahan ibunya jika dia tidak mahu telinganya didera. Jadi, daripada telinga sakit, lebih baik dengar cakap orang macam budak baik.

Sesudah sampai di meja makan, dia melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi. Di sekeliling meja makan yang panjang itu, semua orang gaji dan tukang masak berdiri dengan tegak. Itu adalah suatu kemestiaan bagi semua pembantu rumah kerana ia adalah salah satu arahan daripada ibu Baekhyun. Walaupun sudah banyak kali Baekhyun memberitahu yang dia tidak selesa dengan layanan sedemikian, namun mereka tidak boleh membatah arahan ‘Puan Besar’.

Baekhyun melihat hidangan yang telah disediakan. Ianya adalah antara makanan kegemarannya. Sekali lagi, fikiran Baekhyun menerjah pada sebuah memori semasa dia berada di atas bumbung sekolah bersama Minjung.


Baekhyun mendongak ke arah langit, memerhatikan langit yang bagaikan kanvas biru dihiasi dengan kapas putih. Sedang dia memejamkan mata, cuba menggabungkan jiwanya dengan alam semulajadi, sebuah suara berkata,

“Bosan.”

Serta-merta, Baekhyun membuka matanya. Tatkala dia memandang Minjung yang duduk di sebelahnya, dia mengangkat sebelah keningnya.

“Apa kau nak?” Dia bertanya. Dia kemudiannya mendapat sebuah senyuman sebagai balasan.

Dia mengeluh perlahan. Dia faham bahawa Minjung datang menemaninya ke sini kerana ingin melindunginya, tetapi sudah banyak kali Baekhyun mangatakan yang dia sudah berusia 17 tahun; dia sudah dewasa. Bagaimanapun, Minjung ialah tergolong dalam golongan orang teling kuali. Buat penat sahaja dia menghabiskan air liurnya.

“Tiap-tiap hari kau pandang langit, kau tak rasa bosan ke?” Minjung mengajukan soalan.

Baekhyun menggelengkan kepalanya. “Tak.”

“Apa yang istemewanya pada langit ni?”

“Entah,” Minjung berasa pelik buat sementara sebelum Baekhyun menyambung ayatnya. “Aku selalu rasa tenang setiap kali aku perhatikan langit sebab aku tak ada orang lain untuk bergantung hidup. Ibu bapa aku dah meninggal dunia. Dekat rumah anak yatim pun aku tak berapa disukai sebab aku bertukar jadi pendiam sejak pemergian ibu bapa aku.

“Aku tak ada sesiapa tapi ibu aku selalu kata langit menghubungkan segala-galanya. Apabila aku memandang langit, ibu aku juga akan turut memandang langit. Jadi, kami akan sentiasa berhubung. Dan aku percaya, suatu hari nanti, hidup aku akan berubah.” Air mata mula bergenang di pelupuk mata Baekhyun, lalu laju sahaja dia mengelapnya.

“Aku nak jadi tabah walaupun sehebat mana badai yang melanda sebaba itulah janji aku dengan ibu aku.” Katanya lagi.

“Baekhyun,” Suara Minjung kedengaran sangat lembut menutur namanya. “Kau bukan keseorangan. Kau masih ada aku. Aku akan sentiasa berada di samping kau. Hidup kau akan berubah, percayalah!” Dia memberi kata semangat.

Kemudian, mereka berdua memandang langit dengan mata yang bersinar. Jelaslah, mereka masih kebudak-budakan.

“Oh ya! Sebelum aku terlupa... Nah, makanlah ni!” Minjung memberi sebuah bekas kepada Baekhyun.

“Apa ni?”

“Makanan yang aku masak sendiri. Selama ni aku tengok kau selalu makan roti dan minum susu je. Tak baik tau untuk orang membesar macam kau ni. Nanti kau kelaparan atau sakit, siapa susah? Aku jugak.”

Baekhyun membuka penutup bekas tersebut lalu mendapati di dalamnya adalah makanan kegemarannya. “Kenapa kau buatkan makanan ni untuk aku?”

“Kan aku dah cakap aku akan sentiasa berada di sisi kau. Aku akan sentiasa tolong kau dang lindungi kau sedaya-upaya aku.” Minjung tersenyum, menampakkan giginya yang tersusun rapi.

Saat Baekhyun merasa makanan itu, dia pasti dia tidak dapat melupakan rasanya yang sungguh enak.


Baekhyun meletakkan kembali sudu dan garpunya di sisi pinggan. Kemudian, dia berdir dan menuju ke arah biliknya.

“Tuan! Tuan nak ke mana? Kenapa tak makan?” Bertalu-talu soalan yang diajukan oleh orang gajinya.

“Saya tak lapar.” Balas Baekhyun perlahan. Sebelum dia menutup pintu biliknya, dia memberi arahan, “Jangan ganggu saya. Saya nak berehat.” Pembantu-pembantu menganggukkan kepala mereka tanda faham. Sebaik sahaja pintu dikunci, mereka bersurai.

Baekhyun menghempaskan dirinya ke atas katil. Dia mengambil bantal berekatan dan memeluk ia. Buat sekian kalinya, dia menangis dalam kegelapan, keseorangan.  Dia tiba-tiba terkenang akan suatu peristiwa yang meninggalkan kesan yang mendalam pada hati dan hidupnya.


“Baekhyun, aku ni sebenarnya seorang bidadari.”

Buat seketika, mata Baekhyun membulat, terkejut. Tetapi dia kemudiannya ketawa kecil. “Bidadari? Tolonglah jangan buat lawak, Minjung.”

Namun Minjung tidak memberikan sebarang reaksi kecual menyambung penerangannya. “Aku ditugaskan untuk membuat hidup kau bahagia, tapi...” Dia tidak menyambung ayatnya. Hanya esakan yang dapat didengar.

“Minjung,...”

“Aku akan dihukum bunuh sebab aku dah langgar peraturan...”

“Lawak ni tak kelakarlah, Minjung!” Jerit Baekhyun.

“Aku cintakan kau!” Minjung juga turut menjerit.

Luahan cintanya membuatkan Baekhyun tergagam. Fikirannya sangat bercelaru disebabkan maklumat-maklumat baru yang disampaikan.

“A-aku cintakan kau, Byun Baekhyun.” Minjung berkata sekali lagi. “Walaubagaimanapun, kita tak boleh bersama.” Dia memaling ke arah belakang.

“N-nanti dulu!” Baaekhyun menggenggam lengan perempuan itu. Tetapi Minjung segera merentap lengannya kembali.

Suasana menjadi tegang. Tidak ada sesiapa berkata atau melakukan apa-apa. Tidak lama kemudian, Minjung menoleh kepada Baekhyun.

“Selamat tinggal.” Sebuah senyuman terukir di bibirnya, namun dia sememangnya tidak boleh menipu. Satu per satu, air mata meluncur laju di pipinya lalu menitis ke atas tanah.

“T-tapi kau dah janji untuk sentiasa berada di samping aku! Mana janji-janji kau selama ni?!” Nada Baekhyun kedengaran sangat marah. Tetapi ia tidak cukup untuk membuatkan Minjung berkata lebih lanjut.

“Min-...jung,” Baekhyun menjerit buat kali terakhir sebelum keadaan tiba-tiba menjadi gelap-gelita.


Baekhyun menangis teresak-esak. Dia cuba untuk menahan air matanya, tetapi dia tidak berdaya untuk berbuat demikian.

“M-minjung,” Hatinya berkecamuk tatkala nama itu meniti di bibirnya.

Dia menangis dan terus meangis sehinggalah dia tertidur keletihan.


A-aku kat mana?

Baekhyun melihat keadaan di sekelilingnya. Namun, apa yang dia nampak hanyalah kegelapan dan kekosongan. Tiba-tiba, satu cahaya muncul, menyebabkan matanya silau.

Baekhyun begitu tertarik dengan cahaya itu. Dia ingin mencapainya, tetapi tangannya berasa sakit apabila dia hendak mengangkatnya.

Tidak lama kemudian, cahaya itu menjadi malap dan seterusnya hilang daripada pandangan.

Baekhyun mengerdipkan matanya. Pelbagai soalan mulai timbul di fikirannya.

Apa benda tu? Kenapa hati aku rasa sakit bila cahaya tu hilang?

Kepalanya tiba-tiba berasa pening dan sakit. Matanya perlahan-lahan tutup lalu Baekhyun terbangun daripada mimpinya.


Lelaki yang berwarna coklat perang itu duduk di atas katilnya. Badannya basah dengan peluh, manakala pipinya lecun dek air mata.

Buat sekian kalinya, dia mengeluh. Sejak ketiadaan Minjung, hidupnya kembali pada hidupnya yang dahulu. Jika sewaktu Minjung berada di sampingnya, tidk dapat digambarkan betapa gembiranya dia. Dan sekarang, apabila Minjung telah meninggalkannya, luka di hatinya bertambah parah. Cukuplah dia disishkan masyarakat. Dia tidak mahu kawan dan juga cintanya berubah seperti mereka.

Baekhyun melangkah ke arah bilik air. Direnungnya bias wajahnya di cermin.

Kusut.

Mukanya cengkung, tidak ubah seperti orang sakit. Sememangnya, dia kelihatan seperti orang gila.

Baekhyun membuka almari yang berisi pelbagai pil. Dia mencari-cari botol yang dikehendakinya. Pabila ia telah dijumpai, penutup botol tersebut dibuka. Dia menuangkan pil di dalam botol itu dalam kuantiti yang banyak.

Seketika, dia merenung nasib dirinya.

Sedari kecil, dia dipandang hina hanya kerana dia suka bermain di tepi jalan seperti peminta sedekah. Secara tiba-tiba, Minjung hadir dalam hidupnya dan menerangi hidupnya yang penuh dengan kekosongan itu. Baekhyun berasa sangat bahagia setiap kali Minjung menemaninya tidak kira di mana sahaja. Dia kemudiannya dikejutkan dengan rahsia Minjung dan pemergiannya. Sungguh, dia terkejut.

Dia menceritakan rahsia Minjung kepada seseorang yang boleh dipercayainya; Kris. Kris ialah pelajar terpandai di Universiti SM. Dia menyatakan bahawa kemungkinan besar Minjung sudah mati kerana melanggar peraturan.

Mengingatkan kata-kata itu, Baekhyun berasa geram.

Dia tidak dapat menyelamatkan Minjung.

Dia tidak berdaya untuk melakukan apa-apa.

Dia cuma sampah yang tidak berguna dan langsung tidak bernilai!

Baekhyun memejamkan matanya sebelum memasukkan pil-pil itu ke dalam mulut dan menelan mereka.

Tidak lama kemudian, organ dalamannya bagaikan diramas-ramas dengan kuat. Sakitnya tidak terperi, tetapi Baekhyun kekal tersenyum.

Dia tidak kisah meanggung kesakitan itu.

Kerana ia hanya untuk sementara.

Dan selepas ini, dia dapat bertemu Minjung semula.

Baekhyun berasa sangat gembira.


AN: Finally~! *danced like a retard* This story had finally completed!

OMG! It took me years to type this NOT-AN-ANGST story! *banged my head on wall while crying*

I haven’t update my other stories, so my writing skill had gone REALLY BAD. :’(

Sorry, guys.

Oh, not to forget,

PLEASE LEAVE A COMMENT AND UP VOTE~ :D

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 1: Baek mesti syg kn minjung sngt2 kn.sampai sanggup mati
AhSongyi #2
Chapter 1: Bagus cerita ni dan ada sikit unsur merepek untuk saya *kena ketuk*
tapi best~ :)
Awkward_Panda
#3
A Malay story? Wow, that's really cool ^.^
AhSongyi #4
Upsr tahun ni~