Pengalaman di T'GANU!

Skool Friendship Affairs

Hari yang cerah buat geng BTS untuk memulakan adventure hari kedua mereka di Terengganu!

"Bangun semua!! Kita nak jalan jauh hari ni!!" V berteriak sepenuh jiwa raga dan bakul agar geng BTS bangun. Dan nasib baiklah mereka cepat bangun. Kalau tak, memang V terpaksa simbah airlah jawabnya.

“Kita nakgi mana hari ni?” tanya Jimin sambil menguap. Letih tau...buat drama sebabak dengan gangster kampung pastu jumpa cikgu Kris pulak!

“Kita nak fight pulak ke? Yeay!! Bestnye!!” Jungkook yang kemamai terus bersorak comel. Tiba-tiba, puukk!! Suga menghentam kepala Jungkook dengan bantal golek strawberrinya.

“Banyaklah kau nak fight. Habis sakit sendi-sendi aku. Haish.. nilah kalau dah makin tua..” Suga mengeleng-ngeleng.

“V, kita nakgi kat mana ni? Kalau boleh, cuba elakkan dpd berjumpa ngan Cikgu Kris. Nanti ada scene sebabak pulak kang.” Kata Rapmon. Well, dia kan alergi sikit ngan si naga tuh.

“Hehe.. yang tu aku x tahu kalau dia pun join sekaki ke tak. Bak kata orang, jodoh, pertemuan, semuanya di tangan Tuhan!” eh, V ni dah merapu ni!

***

Geng BTS pun memulakan perjalanan mereka. Nak tahu mana mereka pergi?

“WELCOME TO Pak Mail KEREPOT LEKOR! Aduh!” V yang kononnya nak kasi feels opening, kena hempuk kat Pak Mail.

“KEROPOK lah bengap! Bukan KEREPOT! Kau nampak aku ni dah takde gigi ke?!” marah Pak Mail. V tersengih macam kerang busuk. “Ehehe~ Sorrylah pakcik...tersilap sebut aje. Alah, pakcik janganlah marah-marah, cepat tua nanti!” V try nak ambik hati. Pak Mail mengeleng-ngeleng. Cair lattew!

“Hah, kenapa kau bawak kitorang mai sini?” tanya Jhope yang masih lagi blur.

“Buat keropok lekor!!” tetiba Jungkook menjawab. Kan dah kata, bab makanan ni dia peka!

“Betul tu Kookie! Kita akan belajar buat keropok lekor hari ni!!” V memeluk Jungkook.

 

***

Mereka bertujuh memakai apron dan berdiri sebaris. (imagine lah sikit readers! Cair!!!)

“Hah, dah sedia semua? Jom mula!” Pak Mail bertepuk tangan. Punyalah excited geng BTS tuh sebab seumur hidup manalah pernah try buat semua benda tu! Duduk kat bandar mana nak rasanya semua ni!

“Mula-mula, korang ambil tepung pastu letakkan ikan yang dah dimesin/dihancurkan. Lepas tu, apa lagi! Golek!!!”

BTS membuat apa yang diarah. Macam-macam bentuk jadi! Ada yang panjang, pendek, gemuk, kurus! Bervariasi!

“Dah siap, kita rebus!” kata Pak Mail begitu bersemangat sekali.

 

Maka, siaplah keropok lekor yang khas dibuat oleh geng BTS! Sehari suntuk dorang ada kat kedai tu. Yalah, pelanggan datang tak putus-putus!

“Haa cik kak cik adik!! Mari belik keropok lekor ni!! Spesel tau!!!” V mempromote.

Hah, memang habis V dikerumun. Semuanya nak beli keropok lekor.

“Ehhh abe² (abang), kakak², mari pakat beli keropok sini belako!! Muroh, muroh (murah²)!! Peluang sekali seumur hidup ni!” tuu dia, Jimin menjerit. Baru dua hari ada kat Terengganu tapi dah pandai bercakap dialek Terengganu!

Jungkook pulak, belum sempat apa2 makcik2 dah kerumun dia. Nak buat macam mana, cute sangat kan?

Jin ngan Rapmon jadi pembuat keropok. Tak menang tangan dorang. Jhope ngan Suga punyalah skema ayat. Maklumlah, jadi waiter for a day!!

“Hah! Akhirnya!!” mereka terduduk keletihan. Pelanggan datang ramai sangat sampai bekalan keropok lekor habis stok!

“Bagus korang semua! Pakcik untung sangat hari ni! Nah, ambillah upah korang!” Pak Mail menghulurkan not RM 50 pada setiap seorang. Mereka tak nak ambil pada mulanya tapi lepas pak Mail paksa, terpaksalah ambil jugak. Rezeki jangan ditolak!!

 

“V! Kita nakgi mana pulak lepas ni?” tanya Jin happy.

V tersengih. “Kita pergi...pantai!!”

Bersorak mereka semua apabila mendengar pantai. Happy sebab lama tak jumpa pantai. Walaupun homestay dorang berdekatan pantai. LOLz~~~

“Welcome to Pantai Cendol~” V berkata.

“Yeayyyy!!” apalagi, semuanya ke pantai. Macam budak2, dorang terus terjah laut!

“Jungkook!” Jimin memanggil. Jungkook menoleh dan swoooshshhh!!

“Yah!! Apa maen simbah2 ni?!” marah Jungkook lalu mereka berdua berlawan simbah air.

“Oh~~ Nikmatnya keindahan dunia~~” Suga tersenyum sendirian. Dah mula dah, sajak nya itu!

“Rapmon, ada tikus!!” Jhope menjerit.

Spontan Rapmon terloncat. “Mana tikus?!?! Mana??? Makkk!!!!” kesian Jin, sesak nafas dibuatnya. Mana taknya, Rapmon terloncat kat dia kot!

“Woi! Relaks ah! Mana ada tikus dalam air! Bengap apa ko nih?!” Jin mendesis. Rapmon termalu.

“Ha’ahlah.. hehe~”

“Sudahlah, aku nak naik. Nak tukar baju. Dah lewat nampaknya ni.” Kata V. Dorang tu penakut, nak jalan balik ke homestay malam-malam buta? Sorry lah~

 

Mereka semua naik dan menukar baju. Sebaik sahaja nak bergerak balik, dorang ternampak sebuah gerai buah yang tak berapa nak laku. Pakcik yang jadi penjual tu pun dah macam takde semangat. Dan kebetulan, si Jungkook nak beli buah.

“Pakcik, bagi saya oren setengah kilo~” minta Jungkook. Yalah, cukup untuk dorang bertujuh. 

“Kenapa sunyi aja pakcik?” tanya Suga.

“Yalah... macam xde orang nak datang je..” tambah V.

Pakcik tadi mengeluh sambil menimbang buah oren. “Biasalah nak...bila dah tua. Takde orang nak datang membeli. Tak semeriah yang muda.”

Tetiba ada idea menerjah dalam otak Rapmon.

“Haa, kalo camtu, biar kitorang tolong!!”

Semangat sungguh mereka semua mengiyakan kata2 Rapmon.

“Pakcik duduk, biar kitorang settlekan! Gerenti disapu licin!!” Jhope menaikkan ibujari.

“Betul tu pakcik! Hah Jimin, kau dah ready?” Suga menjungkitkan kening. Jimin membalas sambil berdehem kecil dan menarik nafas dalam2.

“*tarik nafas dalam²* MARI MARI PAKCIK MAKCIK, ADIK, KAKAK, ABANG YANG COMEL-COMEL, CUTE MIUT!! MARI BELI BUAH2HAN YANG KITORANG JUALLL!! BARU JE DIPETIK DARI LADANG DI NEW ZEALAND, CAMERON HIGHLANDS, GENTING HIGHLAND, ORLANDS DAN SEMUA LANDS LAH!! SEGAR DARI LADANG!! MARIIII MARIIIII!!!!”

Haaa, itu dia power Jimin!

“Kau memang berbakat lah Jimin!!” Jin menepuk2 bahu Jimin. Jimin tersengih.

Tak sampai lima minit lepas tu, ramai pengunjung menyerbu gerai mereka. Macam semut hurung gula!

“C’MON PAKCIKKK!! ADIK ADIK SEMUA!! NAK BUAH APA, SEMUA ADA, BUANG LANGSAT, CIKU, DURIAN, TEMBIKAI, JAMBU, EAPL, OREN SUNKIST, OREN SUNQUICK, BUAH NAGA PON ADO!!!” Jerit Jimin lagi.

“Ehem, kalau saya nak belik buah naga boleh?” satu suara menyapa. Mereka menoleh.

“CIKGU KRIS!!!!”

Cikgu Kris tersenyum sinis sambil menjungkitkan kening.

 


Helloo.. sorry readers. a/n baru habis trial. Sorry sebab dah lama tak update. So sorry... T___T I’m very sorry... terima kasihh..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BTS-ARMY
#1
update on the way yooo ^^
amalinnasuha07 #2
Chapter 15: Update soon
izatizatixoxo88 #3
Chapter 15: Hahahaha....pandailah Jimin cakap terengganu!Daebak!Hahahaha...kalau diorang ke mana jer mesti jumpa cikgu Kris.Mungkin dah jodoh kot....papepon update soon~Citer best sangat!
Kkyungwifeuu12_
#4
Chapter 15: Hahax,,Lawak btol dorang nii ! xDD ,,Aq layan chapt.1 (12.20) - Chapt.15 (3.35 a.m.)..Aq jadi kelawar hari ni ! xDD ,,LOL,,But,,X sia2 aq jadi kelawar bcuz of this funny story,,Sakit perot aq gelak xDD ,,Bwahaha xD ..BTW,,New upvoters and Subcribers here^^) ..
Author-nim,,Mohon update cepat2 ~ xD
hopefool #5
Chapter 15: bapak best story awak aduhai authornim ahahahah. lawak gilos. dah kul 2 pagi pun saya tergelak2 lagi ni, esok sekolah. huhu ;_;
good job! hehe keep it up~
KyoRyy_Greeniez
#6
Chapter 15: Sye tak tahu nak comment ape....Tapi awak punye story kelakar giler.... Ilove it
jiumin #7
Chapter 15: tak saborr..
jiumin #8
Chapter 15: bntal golek strawberry..hahah
jiumin #9
Chapter 4: lawak lahh..sakit perut dohh..