Trouble Makers

Skool Friendship Affairs
Trouble Makers

01 - Trouble Maker

''JUNG HOSEOK!''

''Opocot mak kau melatah!'' hambik kau, melatah Rapmon sampai bila dengar Cikgu Kris menjerit2 nama Jhope.

''Aduh... Masalah apalagi yang budak tu buat eh?'' Jungkook bercekak pinggang. Jin pulak cuma mengeleng2kan kepalanya. Malas nak layan perangai immature dorang semua, walhal umur dah 17. Nak SPM esok lusa dah tapi perangai bodoh a.k.a immature tahap babun!

''Set guys! Cikgu Kris datang arah sini!'' muncul Jimin dari pintu belakang kelas.

''Aik? Kau tak kena hari ni?'' mereka berempat pelik melihat Jimin yang steady aje masuk kelas. Tak lama kemudian, dorang nampak si Jhope tengah berlari keliling padang. Maklumlah, kelas dorang paling dekat dengan padang.

''Kena apa?'' tanya Jimin.

''Kena denda kat Cikgu..'' tak sempat lagi Rapmon menghabiskan ayatnya, muncul 'naga' yang bernama Kris Wu di muka pintu.

''Park Jimin!! Sini rupanya awak ya? Puas saya kejar tahu tak.. Sekarang, pergi teman Hoseok lari 10 keliling padang!!'' amboi, tadi bukan main steady je muka tapi skang ni, bila dah nampak naga tu mengamuk, perghh boleh terkencing dalam seluar Jimin dibuatnya tau!

''Arasso, cikgu..'' Jimin menundukkan kepala. Rapmon, Jin dan Jungkook tak tau nak kata apa sebab dorang terlalu takut tengok muka tegas Cikgu Kris. Selepas tu, Cikgu Kris pun beredar, Jimin ikut dari belakang.

''Heh, dah agak dah mamat tu.. Bukannye boleh caya sangat kat dia..'' Rapmon berkata dalam hati.

''Mana Jungkook?'' *cari keliling*

''Eh! Tu pun dia!!'' Suga menunjukkan kearah Jungkook yang tengah tercegat kat tepi padang - jadi pengadil tak bertauliah Jimin dan Jhope.

''Erh.. Macam-macam betullah budak ni...'' Rapmon mengeleng.

Tiba-tiba, seorang guru masuk ke dalam kelas mereka bersama seorang budak lelaki.

''Ehem, ehem! Hari ni, kelas kita ada ambik pelajar baru. Korang semua kena prihatin pasal dia and jaga dia elok-elok!! Paham?'' ujar cikgu kelas 5IBR - Cikgu Xiumin.

''Aik? Pesal kitorang pulak yang kena jaga dia elok-elok? Dia jagalah diri dia sendiri.'' kata Suga.

''Min Yoongi! Diam lah! Ada saya suruh awak menyampuk tadi?!'' Cikgu Xiumin menjeling tajam. Pergh, terbeliak biji mata dia tau!! ''Ehem, sorry ye budak baru. Macam nilah keadaan kelas ni. Ehem, tolong perkenalkan diri awak.''

''Ceh, control macho la pulak.'' bisik Suga tak puas hati. Sekali sekala dia menjeling2 Jin yang duduk sebelah dia. Jin - blank.

''Nama saya Kim...''

''Cikgu!! Kitorang mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab lambat!'' Jhope, Jimin dan Jungkook (geng 3J LOL) muncul depan muka pintu dengan muka yang kepenatan. Penat weh lari keliling padang! Sampai Jungkook yang asalnya kena kira round dorang pun ikut lari sama coz nak bagi dorang semangat!

''Ha, awak bertiga ni dari mana? Siap mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki bagai ni? Esok bukan hari raya.'' tanya Cikgu Xiumin sambil mengangkat kening. Ala2 Ziana Zain tuh..

''He... Kitorang buat date ngan padang sekolah tadi. Biasalah, atlet2 sekolah kan..''

Puk!!

''Hesh, tak habis-habis awak ni nak berangan ye. Sudahlah, macam saya tak kenal dgn perangai korang ni. Pergi kat tempat cepat! Ada budak baru ni!!''

Jhope menggaru kepalanya yang sakit dek dihempuk buku catatan guru Cikgu Xiumin. Jimin dan dia tak banyak soal lalu lari ketempat masing-masing. Tapi Jungkook...

''Hoi! Apasal kau tengok budak ni macam nak makan dia huh?!!'' PUK!! Amekau! Sekali lagi Cikgu Xiumin menghayunkan buku catatan warisannya ke kepala Jungkook dan...

BAM!

Sekelas ketawa tengok Jungkook yang jatuh bedebuk atas lantai. Mujurlah si Jimin ni baik hati nak tolong angkat dia. ''Heih ko ni wat malu muka geng BTS je!''

Si budak baru tu cuma mengeluh. ''Nasiblah macam ni...'' Okey, attempt kedua perkenalkan diri! Fighting!!

Tarik nafas dalam-dalam dan..

''Anyeonghaseyo, jeoneun Kim Taehyung imnida!'' Taehyung menunduk hormat 90 darjah.

''Wei Jungkook! Apasal kau ternganga? Tutuplah mulut kau tu! Masuk lalat nanti!'' Jhope berbisik.

''Jung Hoseok! Jangan nak bercakap dalam kelas saya! Ke awak nak round padang 10 kali lagi huh?!'' Cikgu Xiumin menjerit dari depan.

''Eh!! Tak, takdelah cikgu! Bila saya bercakap nye? Saya tengah cari buku ni!'' nafi Jhope lalu pura-pula cari bukunya.

''Huh, nampak sangat kepura-puraan kau, Hopeless..'' Suga pulak berbisik. Nama timangan Jhope ialah Hopeless.

''Taehyung, awak boleh duduk kat tepi Jungkook, budak yang jatuh tadi.''

''Baik..''

''Cikgu!'' Jimin mengangkat tangan, ''Kenapa dia tak boleh duduk kat tepi saya? Tempat kat tepi saya kosong!''

Cikgu Xiumin terus mengeleng. ''Buat apa dia duduk kat sebelah awak. Nanti dia pulak yang terikut dengan perangai samseng awak.''

''Tapi cikgu! Jungkook lagi samseng apa? Semua geng dalam sekolah ni dia tau!'' jungkook mengerling tajam kearah Jimin membuatkan Jimin terpaksa senyum.

''Haish kamu ni Jimin.. Tempat korang bukannya jauh sangat pun. Sabar ye Jimin.. Saya tahu yang awak kesunyian..'' aish, macam menyindir pun ada cikgu ni.. Jimin membuat muka tak puas hatinya lalu kembali mengadap buku. (Jin: What?! Jimin baca buku?! *mata bulat*)

''Alright class.. Kita sambung pelajaran yang seterusnya...bla..bla..bla..''

Jungkook tak sikit pun kisahkan cikgu Xiumin yang kering air liur terangkan pasal Sejarah Korea kat dorang. Dia lebih tertumpu kat Taehyung!

''Anyeong! Jungkook imnida!'' Taehyung terkejut dengan sikap Jungkook yang friendly. ''Er... Anyeong... Taehyung imnida.''

Jimin dari seberang sana perhati Taehyung dari atas sampai bawah. Rambut warna hitam, cermin mata bulat, pakaian kemas, tie kemas, kasut berkilat. ''Woh... Budak skema ni!'' eh, apasal dorang sekelas tengok kat aku???

''Eh Park Jimin! Saya ni buat penat je terangkan sejarah camne Korea ni merdeka, yang awak tetiba bangun tu nak pergi mana? Apa yang skema? Awak nak jadi budak skema ke?!''

Erk. Jimin duduk semula. ''Aish! Paboya!! Kenapalah aku boleh terbangun pulak ni! Hah! Taehyung! Andwae... Harap-harap dia tak jadi mangsa seterusnya.'' jimin bermonolog hinggalah ada sebatang kapur melayang kena kepalanya.

''Park Jimin!!! Awak berkhayal lagi ya!!''

Jimin - aduhh....

Komen Rapmon: hesh budak ni.... Memalukan geng BTS betul. Tadi cakap kat Jungkook sangat. Kena balas cash tuh.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BTS-ARMY
#1
update on the way yooo ^^
amalinnasuha07 #2
Chapter 15: Update soon
izatizatixoxo88 #3
Chapter 15: Hahahaha....pandailah Jimin cakap terengganu!Daebak!Hahahaha...kalau diorang ke mana jer mesti jumpa cikgu Kris.Mungkin dah jodoh kot....papepon update soon~Citer best sangat!
Kkyungwifeuu12_
#4
Chapter 15: Hahax,,Lawak btol dorang nii ! xDD ,,Aq layan chapt.1 (12.20) - Chapt.15 (3.35 a.m.)..Aq jadi kelawar hari ni ! xDD ,,LOL,,But,,X sia2 aq jadi kelawar bcuz of this funny story,,Sakit perot aq gelak xDD ,,Bwahaha xD ..BTW,,New upvoters and Subcribers here^^) ..
Author-nim,,Mohon update cepat2 ~ xD
hopefool #5
Chapter 15: bapak best story awak aduhai authornim ahahahah. lawak gilos. dah kul 2 pagi pun saya tergelak2 lagi ni, esok sekolah. huhu ;_;
good job! hehe keep it up~
KyoRyy_Greeniez
#6
Chapter 15: Sye tak tahu nak comment ape....Tapi awak punye story kelakar giler.... Ilove it
jiumin #7
Chapter 15: tak saborr..
jiumin #8
Chapter 15: bntal golek strawberry..hahah
jiumin #9
Chapter 4: lawak lahh..sakit perut dohh..