Lucky

Lucky

Chanyeol mengemas barangnya dan masukkan kesemuanya ke dalam beg yang akan dia bawa nanti. Pakaian, barang, semuanya lengkap. Dia melipat selimut dan letakkan atas bantal putih dalam bilik tidurnya.  Selepas selesai semua yang dia perlu kemaskan, dia melihat semula bilik tidurnya. Dia menghembuskan nafas berat dan meletakkan tangannya di dalam poket seluar jean lusuh yang koyak bahagian lutut.

" Entah bila aku boleh datang semula. "

Dia memandang pada ikan emas yang diletakkan dalam balang atas meja. Dia tersenyum lemah.

" Jaga diri "

Dan dia akhirnya keluar dari bilik.

 . . .

 

 

" Kamu dah siap Chanyeol? "

Mrs Jung, ibu tirinya sejak dari umur 13 tahun bertanya. Chanyeol mengangguk tanpa membalas. Semasa Chanyeol berumur 10 tahun, ibunya mati dipukul sekumpulan samseng yang cuba mengacau Chanyeol. Kepala ibunya dipukul dengan batang besi dan menyebabkan pendarahan dalam otak. Sebelum ibu dia mati, dia sempat memeluk Chanyeol supaya budak kecil 10 tahun tu selamat dalam dakapan dia. Tak lama kemudian, ayahnya berkahwin dengan Mrs. Jung. Mrs Jung ada anak saudara yang dia jaga sebaya dengan Chanyeol dan nama dia Jung Chaekyung. Chaekyung anak yatim. Mrs Jung bersikap agak baik dengannya tetapi berbeza dengan Chaekyung yang lebih pendiam dan tak pernah sekalipun menegur Chanyeol.

Chanyeol menganggap Chaekyung bencikan dia.

" Chaekyung, jomlah. Kita dah nak ber__"

Belum sempat Mrs Jung habiskan ayat dia, Chaekyung terus masuk ke dalam kereta dengan earfon yang dipasang pada telinganya. Chanyeol cuma memerhatikan dia. ' Kenapa dia tak pernah bercakap? Takkanlah dia bisu '

 

 

. . .

 

Chanyeol melihat ke luar tingkap kereta. Dia akan rindukan tempat ni. Harini diorang akan berpindah ke China. Tetapi sebelum pergi ke sana, diorang akan  menaiki kapal persiaran untuk sampai ke Seoul sebelum menaiki kapal terbang.

" Okay, kita dah sampai. Cepat turun, nanti terlepas kapal tu pulak! "

Mrs Jung kata dengan penuh semangat. Chanyeol tersenyum lebar melihat wajah Mrs Jung yang ceria dan bergegas keluar dari kereta.

" Chaekyung, kau tak nak turun? "

Chanyeol bertanya sambil mengambil baju sejuknya dari tempat belakang.

" Aku tak nak turun "

Mrs Jung menarik tangan Chaekyung tetapi Chaekyung cuba lepaskan.

" Sirheo!!!! "

" Jangan macam ni!! "

Mrs Jung kemudiannya menampar pipi Chaekyung membuatkan Chanyeol terdiam. Chaekyung menundukkan muka dia dengan wajah yang merah dan mata yang berair. Itu kali pertama Chanyeol nampak muka Mrs Jung yang marah.

" Selalu macam ni. Tak payah buat masalahlah "

Mrs Jung menarik Chaekyung keluar dari kereta dengan kasar. Chaekyung menangis buat pertama kali depan Chanyeol.

' Apa yang aku nak buat, aku tak pernah rapat dengan dia '

Chanyeol menggigit bibir bawahnya sebelum menepuk belakang Chaekyung supaya dia berhenti menangis. Chaekyung menepis tangan Chanyeol.

" Jangan sentuh aku "

Dan dia terus berlalu pergi dan naik ke dalam kapal.

" Maaflah Chanyeol, dia memang macam tu. Mak pun tak tahu kenapa dengan dia tu "

Mrs Jung berkata dengan bersalah. Chanyeol kata yang ianya okay dan dia tak kisah pun.

 

. . .

 

 

 Chanyeol memetik tali gitarnya sambil duduk pada kerusi bersebelahan katil dalam kabinnya. Dia berkongsi kabin dengan Mrs Jung dan Chaekyung. Chaekyung sedang tidur manakala Mrs Jung keluar untuk uruskan sesuatu. Chanyeol memandang ke luar tingkap kabin yang 50 peratusnya hanya kelihatan air laut. Dan separuh lagi cuma langit gelap. Chanyeol memainkan lagu lucky (Jason Mraz) menggunakan gitar dia.  Dia masih ingat yang ada seseorang pernah mainkan lagu ni semasa malam selepas ayahnya berkahwin dengan Mrs Jung. Dia rasa marah, sedih, kecewa dalam masa yang sama. Dia menangis dalam tidur tetapi dia boleh dengar ada orang mainkan lagu ni. Dia tak tahu siapa tapi dia tahu yang dia bukan tengah bermimpi sebab ada gitar ditinggalkan dalam bilik dia. Dia rasa yang ayah dia yang mainkan tetapi tak mungkin sebab ayah dia tak pandai bermain gitar.

" Do you hear me, I'm talking to you. Accross the water accross the deep blue ocean under the open sky. Oh my, baby I'm trying "

Chanyeol menghentikan nyanyian dia sebelum meletakkan gitar bersebelahan katil Chaekyung dan keluar untuk mencari makanan. Perut dia berbunyi dari tadi.Dia melihat sekilas pada Chaekyung. Patutkah dia cari makanan untuk Chaekyung juga? Lapar nanti budak tu. Dia terus keluar selepas buat keputusan untuk cari makanan untuk Chaekyung jugak.

 

 . . .

 

Chaekyung membuka mata dia perlahan lahan selepas Chanyeol menutup pintu kabin. Dia merenung ke luar tingkap kabin.

" Boy I hear you, in my dream. Feel your whisper accross the sea "

Dia bercakap perlahan. ' Kau ingat rupanya '. Dia bangun dari tidur dan mengambil baju sejuknya sebelum keluar dari kabin.

 

 . . .

 

Chanyeol jalan sekeliling kapal pelayaran.  Dia melihat sekeliling sebelum berhenti pada Mrs Jung yang sedang duduk bersendirian pada penghadang kapal sambil merenung pada lautan biru yang luas. Angin bertiup dengan kuat, Chanyeol meletakkan tangan dia dalam poket sebelum menyapa Mrs Jung dari belakang.

" Hai "

Mrs Jung kelihatan terkejut. Chanyeol tergelak melihat muka Mrs Jung yang priceless bila terkejut.

" Ish, janganlah kejutkan orang macam tu "

" Heheh Mianei "

Chanyeol tersenyum sambil meletakkan tangan dia pada penghadang kapal.

" Tak nak masuk? Sejuk kat luar ni "

" Tak nak. Nak tenangkan fikiranlah, serabut sangat "

Mrs Jung kelihatan serius bila dia cakap pasal tu. Chanyeol angguk tanda faham.

" Chanyeol pergi dululah, nak pergi makan jap "

Chanyeol cuba nak pergi tapi Mrs Jung tarik tangan Chanyeol.

" Tunggu, Sini jap "

Chanyeol berjalan rapat ke arah Mrs Jung.

" Apa? "

 " Rasanya.. Mak dah tahu macam mana nak hilangkan rasa serabut kepala mak. Chanyeol, Mian "

" Hah? "

Mrs Jung menarik kolar baju Chanyeol dan menghumban Chanyeol keluar dari penghadang kapal persiaran dan terjunam ke dalam laut. Air laut terpecik kuat dan menimbulkan bunyi yang kuat menyebabkan ramai orang mula berhimpun untuk tengok apa yang berlaku.

" Asalkan kau hilang dari dunia ni, aku tak perlu fikir macam mana nak jaga kau dan dapatkan harta ayah kau. "

Mrs Jung berkata perlahan. Dia kemudiannya berpura pura panik dan menjenguk ke luar penghadang sambil menjerit nama Chanyeol.

" Selamatkan Chanyeol! Sesiapa tolong selamatkan Chanyeol! Dia terjatuh dari kapal, selamatkan dia! Tolong! Tolong! "

 

 . . .

 

Bunyi air laut yang deras, hidung yang dimasuki air dan bibir yang makin membiru disebabkan air laut yang semakin sejuk pada waktu malam pada musim sejuk. Tubuh Chanyeol terasa kaku.

" Park Chanyeol! "

Chanyeol terdengar seseorang panggil nama dia. Tetapi dia tak boleh menyahut. Paru paru dia terasa sesak, jantung dia berdegup terlalu laju.

" Park Chanyeol! "

Dan Chanyeol akhirnya kaku di dalam air laut yang sejuk dan membeku. Dia dah tak dengar apa apa lagi suara selain bunyi laut.

 

 . . .

 

" Park Chanyeol, Kau okay? "

Chanyeol membuka mata dia perlahan lahan. Dia boleh rasa sinaran matahari memancar pada muka dia.

" Yah, kau okay tak? "

Chanyeol terbatuk dan mengeluarkan air laut yang dia tertelan. Dia bernafas dengan tercungap cungap sambil melihat pada orang yang memanggil dia.

Suara orang tu.. Suara yang dia dengar semasa dalam air laut tadi.

" Aku... okay ", Chanyeol bercakap dengan nada perlahan. Chaekyung menghembuskan nafas lega.

Chaekyung tersenyum.

" Syukurlah. Aku betul betul risaukan kau tau tak?  "

Chanyeol terdiam. Betulkah ni Chaekyung? Jung Chaekyung yang selalu bersikap dingin dengan dia? Chaekyung yang tak pernah sekalipun tunjuk rasa peduli dengan dia?

" Kenapa kita ada kat sini? "

Chanyeol melihat sekeliling. Ianya kawasan pantai yang kosong. Cahaya matahari memancar terang tetapi tak begitu memanaskan. Pasir putih dan air laut yang biru kehijauan.

" Aku pun tak tahu. Bila aku bangun, aku hanya nampak kau terbaring di sini "

Chanyeol tersenyum.

" Jom bangun. Kita pergi cari orang. Bosanlah kita berdua ja kat sini "

Chaekyung ketawa kecil.

" Aku.. lagi suka. Park Chanyeol, sebenarnya aku sukakan kau "

Chanyeol terdiam dengan pengakuan Chaekyung tiba tiba.

" Aku tak pernah harapkan kau suka aku balik. Selama ni aku jadi pendiam sebab aku tak tahu apa yang nak dibualkan, aku tak tahu nak bersikap macam mana dengan kau. Aku tak nak kau tahu jadi aku bersikap dingin dengan kau. Bila aku dapat tahu Mrs Jung cuba rampas harta mendiang ayah kau, aku kesiankan kau. Dia cuba rancang sesuatu untuk hapuskan kau. Aku takut yang dia akan cuba jatuhkan kau dari kapal jadi aku tak nak keluar dari kereta. Aku takut, aku akan hilang kau "

Chanyeol mengusutkan rambut perang Chaekyung untuk menghilangkan suasana janggal. Dia ketawa apabila Chaekyung mula buat muka annoyed dengan perbuatan dia.Chanyeol merenung pada wajah Chaekyung.  Rambut Chaekyung kelihatan perang dan basah. Anak mata yang berwarna coklat serta bibir yang nipis.  Chanyeol tersenyum.

" Jangan tinggalkan aku "

Chaekyung terdiam. Chanyeol ucapkan ayat tu sekali lagi.

" Aku.. Takkan tinggalkan kau "

 

. . .

 

Chaekyung terdengar suara orang bising dan berhimpun pada penghadang kapal.

" Tolong! Selamatkan Chanyeol! "

Chaekyung terkejut melihat Mrs Jung yang menjerit minta tolong. Chaekyung berlari ke arah Mrs Jung dan melihat ke luar penghadang.

' Chanyeol! Tak, Tak mungkin '

Dia ternampak tangan pucat Chanyeol  yang timbul pada permukaan laut yang dalam.

" Park Chanyeol! "

Dia cuba menjerit nama Chanyeol. Tetapi Chanyeol langsung tak bergerak.

" Park Chanyeol! "

Dia menjerit sekali lagi,  tetapi dengan tangisan kali ni. Air mata mula mengalir pada pipi dia. Entah macam mana, kapal pelayaran yang diorang naiki bergoyang dan tak stabil. Kapal tu senget sedikit dan Chaekyung hilang kestabilan. Orang ramai menjerit dan berpaut pada tiang kapal dan barang yang boleh dipegang. Disebabkan Chaekyung berada betul betul dekat dengan penghadang, dia tak sempat berpaut pada apa apa benda dan akhirnya terjatuh ke dalam laut. Mrs Jung cuba berpegang pada besi penghadang tetapi tangannya licin.

" Tak, Aku tak nak mati! Aku ada harta Chanyeol! Taaaak! "

Dan akhirnya dia terjatuh ke dalam laut bersama sama Chaekyung.

 

. . .

 

Chaekyung boleh rasa badan dia membeku. Dia berlanggar dengan seseorang dalam laut. Dia membuka matanya perlahan lahan dan ternampak tubuh chanyeol yang semakin membiru. Dia tahu yang Chanyeol mungkin dah tak bernyawa. Dia menggerakkan tangannya walaupun payah dan menggenggam tangan Chanyeol yang terasa sejuk. Dia memegang wajah Chanyeol yang tiada sebarang reaksi. Dia rasa yang nafas dia sesak.

' So I'm singing  through the sea, to an island where we'll meet. '

 

 . . .

 

Chaekyung berumur 10 tahun bila bertemu Chanyeol. Chanyeol kelihatan muram sepanjang majlis perkahwinan ayah dia dan Mrs Jung. Chaekyung masatu pun taklah gembira. Ibu bapanya baru lepas meninggal sebab terlibat dalam kemalangan. Mrs Jung bela dia pun sebab ibu bapa Chaekyung amanahkan dia dan mewasiatkan separuh harta kepadanya. Walhal, layanan Mrs Jung pada Chaekyung taklah baik sangat.

Chaekyung terdengar suara Chanyeol yang menangis semasa melalui bilik budak lelaki tu. Dengan senyap, dia masuk ke dalam bilik Chanyeol. Chanyeol nampaknya hampir tertidur dengan mata yang masih lagi membasahi sekeliling mata sepetnya. Chaekyung tersenyum sebelum memetik tali gitar yang dia selalu bawa dengan dia. Dia selalu bawa gitar tu sebab mendiang ibu dia pernah berikan gitar tu.

" Do you hear me, I'm talking to you. Accross the water accross the deep blue ocean under the open sky. Oh my, baby I'm trying. Boy I hear you, in my dream. Feel your whisper accross the sea. Keep you with me in my heart. You make it easier when life gets hard "

Dia kemudiannya meletakkan gitar bersebelahan katil Chanyeol bila Chanyeol nampaknya dah tenang.

" Mak aku selalu mainkan lagu ni setiap kali aku menangis dalam tidur. Aku harap kau rasa tenang sekarang sebab aku faham perasaan kau. Dan sekarang, aku tinggalkan gitar ni untuk kau. Jaga elok elok, Chanyeol "

Dia nak keluar tetapi Chanyeol memaut pada tangan dia. Seolah olah ada cas eletrik, Chaekyung tergamam. Dia melihat pada Chanyeol yang kelihatan separuh tidur.

" Jangan tinggalkan aku "

 

Dan itulah kali pertama jantung Chaekyung berdegup dengan laju.

 

 . . .

 

 

untuk korang yang mungkin keliru dengan kesudahan yang Chanyeol dan Chaekyung yang berada di pantai selepas tenggelam dalam lautan, tu sebenarnya penamat selepas diorang mati tenggelam dalam laut. Saya tak nak biarkan diorang berakhir dengan tergantung jadi saya buat penamat dalam kehidupan selepas mati. Harap ni boleh buat korang faham  ._. Jadi...  saya bercadang untuk buat bittersweet story tapi nampaknya lebih kepada plot biasa. Maaflah kalau terlalu pendek, harap korang enjoy 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
pamyupamyu #1
Chapter 1: AUTHORNIM THIS IS THE BEST STORY I'VE READ UNTIL NOW! ㅠㅜ♡♡♡.Jinjja saranghaeyo please keep up the good work!~
Kim_DH
#2
Chapter 1: So, ending dia diorang mati lemas kat laut tu??