Shes My Girl Part 3

Shes My Girl

Tuan milik kereta mewah itu keluar dari rumah Ajumma korang.. Setelah kereta itu tidak kelihatan baru korang masuk ke dalam rumah..

Ajumma : Baru balik Hyo Jin ? *yang sedang berdiri di depan pintu rumahnya*

Korang : ye.. *sambil membuka kasut sekolah korang* Siapa diorang Ajumma? *tanya korang setelah masuk ke dalam rumah..

Ajumma : Erk tetamu kita..

Korang : *memandang Ajumma korang* tetamu? rumah kita tak pernah tetamu berkunjung kenapa tiba-tiba ada tetamu kaya pula tu..

Ajumma : Hyo jin, sebenarnya Ajumma nak bincang sesuatu dengan kamu.. boleh ambil masa sekejap?

Korang : *dengan pelahannya mendekati Ajumma korang..* Ada apa?

Ajumma : Erk sebenarnya Hyo Jin, tetamu yang datang tadi nak ambil kamu sebagai anak angkat.. Erk kamu terima tak?

Kejutan itu membuatkan korang terdiam seribu bahasa...

Ajumma : Kalau tak setuju takpe.. Ajumma tak paksa itu hak kamu.. tapi Ajumma tak nak pelajaran kamu tercicir nanti.. masa depan kamu masih panjang lagi.. 

Korang : Erk tengok dulu lah.. biar saya fikir masak-masak dulu baru saya buat keputusan.. Saya nak berehat sekejap nanti kita bincang lagi ye.. *dengan sopannya korang pun meminta untuk masuk ke dalam bilik korang*

Di dalam bilik, korang asyik memikirkan kata-kata Ajumma korang... sehingga korang tertidur di atas toto nipis yang dibuat alas tempat tidur..

--------------------------------------------------------------------------------------

Akhirnya korang terima juga menjadi sebagai anak angkat kepada keluarga yang berkunjung ke rumah korang itu.. Segala perubahan mendadak.. korang terpaksa berpindah masuk ke dalam rumah banglo milik keluarga itu serta berpindah ke sekolah baru dan terpaksa juga berjauhan dengan kawan baik korang, Tao...

Waktu korang pindah.. korang tak bagitahu siapa-siapa pun termasuk Tao sebab tak nak Tao sedih dengar khabar korang kena pindah ke sekolah lain.. Korang berkawan dengan Tao sejak kecil jadi tak mahu melihat kesedihan yang melanda...

--------------------------------------------------------------------------------------

Appa : Hyo Jin, ni lah rumah Appa dan Omma.. kami dah sediakan bilik Hyo Jin di atas nanti hyo Jin berehatlah di bilik ya..

Korang : baiklah uncle..

Omma : kenapa panggil uncle? panggillah appa.. ni omma..

Korang : Erk.. baiklah appa..

Sewaktu korang naik ke tingkat atas untuk masuk ke bilik.. korang terdengar suara televisyen sedang berbunyi.. Korang nak tengok cerita apa yang sedang dimainkan di kaca tv..

Korang pun perlahan-lahan mendekati ruang tamu di tingkat dua itu.. 

Baekhyun : Bibik lambatnya buat air! saya dah kering tekak tunggu bibik ni tau tak?.. *kata Baekhyun tanpa memandang ke arah korang kerana korang berada di belakangnya.*

Chen : *yang perasan korang bukan bibik bertanya* kamu ni siapa?

Korang terkedu..

Baekhyun : *menoleh ke belakang dan terkejut.* 

Korang juga terkejut melihat Baekhyun...

Korang : dalam hati "asal dunia ni kecik sangat?"

Baekhyun : dalam hati "asal minah kerek ni ada dekat rumah aku?"

Bibik : maaf tuan muda, saya sakit perut tadi.. Eh kamu ni siapa? *terkejut dan hairan melihat korang*

Omma : hyo Jin.. *sambil memegang bahu korang..* Ni anak Omma dan Appa yang itu anak sulung Omma namanya Chen.. Yang ni Baekhyun anak bongsu omma..

Korang : dalam hati "owh mamat sewel, nama kau baekhyun !!" tersenyum..

Baekhyun : Omma , kenapa perempuan ni ada dalam rumah kita?

Omma : sekarang Hyo Jin sebahagian ahli keluarga kita.. dia anak angkat omma n appa dan juga adik angkat kepada kamu berdua.. jangan buli..

Chen : Amboi omma anak dua orang anak omma ni tak cukup ke sampai ambil anak angkat? *seperti menyindir tapi sebenarnya bergurau*

Omma : Omma teringin sangat nak anak perempuan selepas lahirkan Baekhyun ingat Baekhyun perempuan rupanya lelaki kecewa omma masa tu.. sekarang nak suruh Baekhyun jadi perempaun takkan mahunya...

Korang dan chen hanya menahan ketawa apabila membayangkan Baekhyun memakai rambut palsu, make-up, n dress perempuan.

Baekhyun : dalam hati.. "tak guna senang-senang je dia gelakkan aku.." Apa gelak-gelak? gelaklah bagi pecah perut hyung tu.. tak payah makan nasi omma masak.. *membaling antal kusyen dekat chen*

Chen : bagus juga, kalau hyung sakit ada orang boleh jaga hyung dah lepas ni betul tak Hyo Jin?

Korang : terbeliak biji mata apabila chen maksudkan korang yang jaga dia bila sakit... 

Lastly chen hanya tersenyum memandang korang...

Appa : *yang baru saja habis menukar baju datang menerpa isterinya..* Esok Hyo Jin boleh mula sekolah macam biasa.. Appa dah selesaikan pendaftaran Hyo JIn di sekolah baru.. 

Korang : Gumawo appa.. *sambil tersenyum* dalam hati jangan satu sekolah dengan mamat sewel tu sudahlah..

Baekhyun : *melarikan diri ke dalam biliknya sempat mendengar kata-kata appanya..* dalam hati.. "jangan sekolah sekali dengan aku kalau tak menyampak akulah"

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
onho8991 #1
Chapter 10: wah wah wah~~