Please Love Her

Description

What do you like so much

about the person that’s making you cry?

You don’t know, only you don’t know

About my heart that loves you

Because my steps were slow I couldn’t make it to you first

So my place was stolen and now my love is so painful

 

 

 

 

Foreword

 

"Haru, oppa ada sesuatu nak beritahu awak" 

" Saya pun!' Kedengaran suara gadis itu ketawa kecil dibalik gagang.

"Woaah! Ini mesti berita gembira kan? Macam boleh teka lah apa berita gembira tu" 

" E-eh. Mana oppa tahu? Saya tak rasa oppa boleh teka." Haru agak gementar. Bagaimana jika Chen benar-benar sudah tahu. Habislah rancangannya untuk membuat kejutan. 

" Yakah? Kalau oppa betul?" Chen mengusik gadis itu lagi. Dia ketawa

"Tak akan. Ini kejutan tau. Tak payah ajak orang lain teman tau. Saya nak oppa jadi orang pertama tahu hal ini" Haru ketawa kecil dan memberi amaran kepada Chen sebelum meletak gagang telefon.

"Hello? Hello? " Chen menjerit halus dan melihat ke arah skrin telefon bimbitnya itu. Dia mencebik dan membebel perlahan.

Perlahan-lahan dia bergerak ke katil dan merebahkan dirinya ke atas tilam empuk dihadapannya itu.

Bahagia.

Ya, bahagia.

Dia bahagia sekarang. 

Chen tersenyum lebar dan tertawa kecil. Tidak sabar rasanya mahu berkongsi berita gembira yang baru diketahuinya itu kepada Haru, gadis istimewa dihatinya.

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet