Part 1

I Love You!

 

                                                    

 

"Kim Minseok! Mana awak!?" Jieun menjerit.

"Saya dekat sinilah, bawah awak, tak nampak ke?" Minseok membalas.

Jieun menoleh ke kiri, kanan, atas dan bawah.

Oppa dekat bawahlah!! Hati kecil Jieun bersuara.

Dia melambai-lamabai ke arah Xiumin yang sedang berada dibawah. Xiumin membalasnya.

"Apa awak buat dekat atas tu?" Xiumin bertanya, mendongak ke tingkat atas.

Jieun terdiam sejenak. Memikirkan perkara yang menyebabkan hatinya berdegup laju ketika bersemuka dengan Xiumin.

"Um.. ambil angin pagi?" Jieun mengangkat bahunya.

"Angin pagi? Bukan dah petang ke sekarang ni?" Xiumin berkata sambil memandang sekelilingnya.

Jieun tersengih bagai kerang busuk. Menahan malu.

"Jieun! Turun bawah kejap, boleh? Oppa ade benda nak cakap." 

Jieun kebingungan, lalu, dia pun turun.

"Oppa nak cakap apa dengan Jieun? Macam serious sangat." Jieun bertanya.

"Sebenarnya, oppa suka dekat seseorang ni.. oppa suka dia waktu first time oppa jumpa dengan dia.. boleh tak Jieun ajar oppa nak pikat hati seseorang tu?" Xiumin membalas.

Hati Jieun bagai ditusuk dengan beribu jarum, hancur berderai.

Jieun hanya mampu senyum kecewa.

"Haih, siapalah yang bertuah menawan hati oppa yang keras macam batu tu. Boleh je kut." Jieun memasukkan tangannya ke dalam jaket baju yang disarung. Mengangkat bahunya sambil tersenyum.

 

Awaklah orang yang berjaya menawan hati saya yang keras macam batu ni. Xiumin bermain kata di dalam fikirannya.

 

"Adalah, secret!" Dia meletakkan jari telunjuknya ke bibir sendiri.

Jieun memuncung. "Special sangat ke orang yang bertuah tu? Tu pun tak boleh bagi tahu!" Dia mencebit.

"Of course lah special!" Xiumin bangga.

Jieun bermasam muka.

 

Patut ke aku berharap lagi dekat Xiumin?  Suara hati jieun berbisik.

 

"Tak apalah kalau macam tu.." Jieun merajuk.

"Janganlah merajuk kawanku!" Xiumin mengusap-usap kepala Jieun.

 

Hish, oppa ni, asyik usap kepala aku je! Tapi aku suka.. patutkah aku luahkan saja isi hati aku yang dah lama terpendam ni dekat oppa..? Suara hati kecilnya berbisik lagi.

Comel lah budak ni merajuk. Rasa macam nak cubit-cubit je pipi yang gebu tu. Aing!~ Xiumin tersenyum.

 

"Oppa ni dah kenapa? Tersengih-sengih macam kerang busuk.. Teringat dekat orang bertuah tu ke?" Jieun cemburu.

"Ha'ah, kenapa? Cemburu ke?" Xiumin menyiku pinggang Jieun.

Jieun membuat muka and mencebit. 

 

-- __ --

 

"Kenapa kau tak berterus-terang je dengan Xiumin oppa kau tu !?" Marah Hani. Sora dan Nami hanya menganggukkan kepala mereka tanda setuju.

Jieun menarik nafas dan menghembuskan dengan kuat. Dia memuncungkan bibirnya.

 

"Xiumin suka dekat orang lain, bukan dekat aku.." Kata Jieun sambil menundukkan kepalanya.

"Habis tu, kau nak buat apa sekarang ni? Nak tengok saja ke?" Nami berkata sambil menepuk-nepuk belakang Jieun.

"Complicated sangatlah cinta kau dengan Xiumin ni!" Sora geram. Menggenggam tapak tangannya sehingga buku jari bertukar putih.

"Kan, kan?" Hani membalas sambil menganggukkan kepalanya.

"Kau luahkan sajalah perasaan kau yang dah lama terpendam dekat Xiumin kesayangan kau tu!" Ketiga-tiga mereka berkata serentak. Jieun terkedu.

"Nantilah aku usahakan.." Jieun berkata sambil menundukkan kepalanya.

 

--__--

 

10 tahun yang lalu, ketika Jieun masih lagi berusia 8 tahun.

 

"Baiklah pelajar sekalian, kita ada seorang pelajar yang baru sahaja berpindah dari China." Pn.Kim berkata sambil memegang tangan pelajar baru itu.

Pn. Kim meletakkan kedua-dua tangannya di atas bahu pelajar baru itu. "Kenalkan diri kamu kepada kelas." Pn. Kim berbisik kepada pelajar itu.

"Annyeonghaseyo, Kim Minseok ibnida. Sila beri tunjuk ajar." Minseok tunduk tanda hormat.

Pelajar yang lain turut memberi hormat.

 

Waaah~ hensemnya Minseok tu.. Comel pun, comel. Jieun bermain kata dalam fikirannya.

Mata Minseok tertumpu kepada seorang perempuan yang duduk bersebelahan dengan tingkap kelas.

Cantiknya.. Wǒ zhuì rù ài〜 [A/N: Saya dah jatuh cinta.]. Minseok mengelamun.

 

"Minseok, kamu duduk sebelah sana tu tau." Pn. Kim berkata lagi sambil menunjuk ke arah tempat kosong yang berada di sebelah meja Jieun. Dia mengangguk, lalu berjalan ke arah tempat kosong itu. 

Pelajar perempuan yang berada di dalam kelas itu asyik memandang ke arah Minseok, lalu mereka mengalihkan pandangan mereka ke Jieun, mangsa mereka seterusnya.

Jieun tersenyum manis ketika Minseok menarik kerusi kosong tersebut lalu, duduk di atasnya.

 

Jieun menghulurkan tangan kanannya. "Saya Jieun, selamat berkenalan." Disambut oleh Minseok yang juga menghulurkan tangan kanannya juga. "Selamat berkenalan." Minseok tersenyum. Malu.

"Kelas, kita sambung pelajaran semalam. Buka buku teks kamu mukasurat 26." Pn. Kim membuka mulut sambil tangannya giat menyelak helaian buku teks.

 

"Awak ada buku teks." Jieun bertanya kepada Minseok. Dia hanya menggeleng kecil sambil memuncungkan bibirnya kedepan. 

Jieun tergelak kecil. "Kongsi dengan saya, eh?" Minseok mengangguk, tanda setuju.

--__--

Kedengaran loceng menandakan waktu rehat telah berbunyi. "Kelas, jangan lupa hantar kerja sekolah kamu esok, ya?" "Baik, Pn. Kim!" Pelajar yang lain menjawab. Pn. Kim mengangguk. Membenarkan murid kelasnya turun ke kantin.

Pelajar mula berpusu-pusu keluar untuk ke kantin.

"Awak rehat dengan saya, nak?" Jieun mempelawa. Minseok hanya mengangguk.

"JIEUN!!" Tiga suara yang agak nyaring kedengaran memanggil Jieun. 

"Oh, mak kau meletop!" Jieun termelatah lalu memandang ke arah belakang dengan renungan tajam.

Mereka bertiga terkedu lalu membulatkan mata mereka.

"Hish, korang ni, buat terkejut ja!" Marah Jieun.

"Sorry~" Nami, Hani dan Sora berkata secara serentak lalu membuat mehrong.

"Ini siapa?" Hani tiba-tiba menyoal.

Jieun memandang ke arah Minseok dan tersenyum. "Ini Minseok, kawan baru kita." Jawab Jieun ringkas sambil meletakkan tangan kirinya diatas bahu Minseok.

Mereka bertiga mengangguk. "Dah, jomlah pergi kantin, nanti waktu rehat habis pula!" Nami tiba-tiba menyampuk. Membuatkan mereka memandang ke arah Nami sambil mengelipkan mata mereka.

"Laparnya.." Suara Minseok tiba-tiba berubah menjadi suara keanak-anakkan.

"Dah, jom ke kantin!" Sora mengancam. Yang lain cuma mengangguk. 

 

--__--

 

7 tahun kemudian..

 

"Wei, korang, jom pergi panggung wayang nak? Hujung minggu ni ?" 15 tahun Suho memberi cadangan.

"Kau ke yang nak belanja?" Usik 14 tahun Si Nami.

Suho mengangkat bahunya. "Siapa yang nak? Aku sponsor." Kesemua mereka membulatkan mata seperti D.O dan mengangkat tangan mereka secara serentak.

Suho mengangguk. "Korang nak tengok cerita apa?" Luhan bertanya.

"Cerita hantu!!!" Hani membalas dengan pantas sambil menunjukkan riak wajah yang menakutkan kepada Luhan . 

Luhan panik. Lantas, mulutnya secara automatik, terbuka sedikit menyebabkan Hani, 'menzipkan' mulutnya.

"Luhan, relax man. Kitorang nak tengok cerita Frozen je lah.. Hani saja je nak mngusik kau.." Xiumin menenangkan Lu-ge.

Luhan menghela nafas lega. Lalu, perhatiannya dialih ke Hani. "Hani, baik kau lari dalam kiraan tiga." Luhan memberi amaran. Hani membulatkan matanya lalu berlari sejauh mungkin daripada Luhan.

"3,2,1. Okay, bye~" Luhan melambaikan tangannya. Berlari-lari anak untuk mengejar si Hani.

"Diorang macam couple aku tengok." Luah si Sora.

"Cemburu ke? Orang sebelah kau ni pun boleh tahan handsome jugak." Kris membalas. 

Mereka yang lain menahan ketawa. Namun, akibat menahan ketawa terlalu lama, mereka semua ketawa dengan terbahak-bahaknya.

 

 

 

Bersambung..

_______________________________________________________________________________________________

 

Gomen !! Mian !! Sorry ~~ sebab lmbt post.. masalah teknikal .. :D XD

 

Fanfic ni two-shot ok ? 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bittersweet4u
#1
Chapter 2: Auwww Auww Auww ! kenapa sawit sgt ni > <
kyaa! xiumin ! neo! sampai hati u curang dengan ai !
kita putus ! /angkat tangan tarik luhan/
jauhkn diri u dgn luhan ai :P hmph
bittersweet4u
#2
Chapter 1: Wau! cerita awk ringkas! tapi senang faham !
seriously best > < .. haha
jelez sy dengan hani. nak jugak kena kejar dengan luhan T^T
takpe lah, sy lari dengan baekkie ~~ huhu
Kim_DH
#3
I'm waiting for this story.. :D Bias saya tu..
KrisSora
#4
gmbr tu mane satu aq ?? :3