Surat Misteri (2)???

My Enemy Is My Boyfriend

Yerin mengayuh basikalnya ke sekolah bersama Hyeri.

Semasa dalam perjalanan ke sekolah,mereka sibuk bercerita pasal surat yang Yerin dapat semalam.

"Eh,Yerin.. Surat yang kau dapat semalam dah selamat dibaca belum?" tanya Hyeri.

"Dah... " Yerin membalas pendek.

"So,apa isi surat tu?? Ceritalah kat aku.. Kau janji nak bagi aku baca semalam."

"Orang yang bagi surat tu tulis dia nak berkenalan dengan aku,yang kelakarnya tu,dia siap buat lawak. Kau tau tak apa lawak dia?"

"Apa lawaknya?"

"Dia kata abang aku si Sungjong tu,boyfriend aku xD Lepas tu dia tambah kalau macam tu saya melepaslah nak minat awak"

"Haha xD Sah peminat rahsia kau.. Lagi apa dia tulis??"

"Emm.. Dia mintak aku punya biodata.. "

"So,kau bagilah?"

"Oppa aku suruh bagi,aku bagi jelah xD"

"Heh? Apasal kau ikut cakap dia -..-"

"Kenapa???"

"Dibuatnya budak tu saja nak kenakan kau.. Tak pasal-pasal je nanti.."

"Jangan risau.. Aku baca ayat dia macam ayat budak skema tahap 7 je xD Takkan dia saja kacau aku kot.. :3"

"Haha.. Okay.. "

Sedang mereka rancak berbual,seorang pelajar lelaki memintas mereka.

"Oi! Tak nampak orang ke hah?!" jerit Yerin,

Mana taknya,pelajar lelaki yang memintas diorang tu bawak laju sangat! Nasib baik tak terlanggar Yerin dengan Hyeri,kalau tak,berlakulah accident di waktu pagi yang aman damai ni!

Pelajar lelaki tersebut menghentikan basikalnya di depan basikal Yerin dan Hyeri.

"Awak ingat saya rabun teruk sangat ke sampai tak nampak awak dengan Hyeri?" kata pelajar lelaki itu.

"Huh,patutlah macam nak jatuh saya dengan Hyeri tadi... Awak rupanya Chanyeol! Awak ni memang suka bawak laju eh?" kata Yerin kepada Chanyeol.

"Nak cepat kan... Nanti kena tahan dengan ketua pelajar nanti,malulah saya... Jatuh reputasi saya sebagai pelajar paling handsome dalam sekolah ni.." balas Chanyeol

"Huh.. Handsome apanya.. Atuk saya lagi handsomelah Chanyeol.. Perasan -.- "

"Ye ke? Meh tunjuk sikit gambar atuk awak,kita tengok siapa lagi handsome,atuk awak ke saya..."

Hyeri hanya memerhati pergaduhan di antara dua orang sahabat baiknya itu.

"Huh.. Sudah semestinya atuk saya lagi handsome.. Awak tu handsome tapi perangai tak handsome,buat apa? Kesian budak perempuan yang minat awak.."

"Apa kena mengena dengan diorang?"

"Yalah.. Minat orang handsome yang perangainya tak handsome langsung buat apa.. Buang masa je.." balas Yerin

Pergaduhan mereka di tepi jalan diperhati oleh beberapa orang pelajar yang lalu-lalang di situ.

Hyeri pula,akibat tak tahan dengan situasi tersebut,bertindak meninggalkan dua orang sahabatnya itu.Dia terus menunggang basikalnya ke sekolah tanpa disedari oleh Yerin dan Chanyeol yang sibuk bergaduh.

"Eii~ Macam manalah kau boleh tahan dengan perangai si Chanyeol ni Hyeri! Sakitnyalah hati aku dengan perangai dia.." kata Yerin,kononnya nak cakaplah si Hyeri tu hebat sampai boleh tahan kawan dengan Chanyeol ni empat tahun,tapi lagi hebatnya bila dia lihat Hyeri dah tak ada dekat situ.

"Eh! Mana Hyeri???" tanya Yerin kepada Chanyeol.

"Manalah saya tahu.. Bukan awak jalan dengan dia ke tadi?" balas Chanyeol pula.

"Aigoo~ Mananya Hyeri ni?"

":Awak mesejlah dia.. Apa punya soalan lah.. Kemudahan dah ada depan mata,tanya orang pulak..."

"Awak diam!" balas Yerin lalu menghantar mesej kepada Hyeri menggunakan telefon bimbitnya.

To : Hyeri

Hyeri ahh~~ Eodiya???  Kau dekat mana ni??

From : Hyeri

Aku dah sampai sekolah dah.. Nak tunggu korang stop gaduh,sampai esok pun kita still dekat tepi jalan tu  tau.

To : Hyeri

Hah? Kau dah sampai sekolah? Apasal tak tarik aku tadi?! Takkan aku nak jalan dengan si Chanyeol ni?! Memang  taklah!

From : Hyeri

Hah.. Itu aku tak tau... Apa-apa pun,baik korang cepat,lagi 10 minit loceng masuk kelas dah nak berbunyi.. 

To : Hyeri 

Eii!  Okaylah.. Jumpa kat kelas nanti.

Yerin terus menyimpan telefon bimbitnya ke dalam  poket baju uniform sekolahnya.

"Awak punya pasallah ni Chanyeol! Kalau tak saya dah selamat sampai sekolah dah!" kata Yerin sambil mengangkat mukanya.

Sekali lagi,dia rasa nak meletup kat situ jugak! Ada ke patut si Chanyeol tu terus berambus dari situ dulu?! Dia tengok Chanyeol dah ada beberapa meter jauh darinya..

"YAH! PARK CHANYEOL! TUNGGULAH SAYA!!!' kata Yerin lantang lalu mengejar basikal Chanyeol yang dah jauh ke depan.

"Ohh.. Tinggalkan orang ye.. Takpe Chanyeol.. Tunggu aku sampai dekat tepi basikal kau!" kata Yerin di dalam hatinya lalu terus memecut basikalnya.

 Apa? Ingat Chanyeol je ke boleh bawak laju? Yerin pun bolehlah!

"Yah! Awak dengan Hyeri ni sama jelah! Suka tinggalkan orang!!" kata Yerin setelah sampai di tepi basikal Chanyeol

"Ehh??? Apasal laju sangat awak bawak basikal?! Semalam saya tengok punyalah awak berhemah bawak basikal,ni apa kes laju pulak ni?!" terkejut Chanyeol setelah melihat Yerin sekelip mata je dah ada dekat tepi dia.

"Apa? Awak ingat saya ni tak pandai bawak basikal laju-laju ke? Ini Lee Yerin lah...Juara lumba basikal peringkat daerah dekat Jepun tau?!"

( Me : Fuyoo~~Tak sangka Yerin juara lumba basikal peringkat daerah dekat Jepun xD )

"Iyelah tu.. Awak ingat saya percaya? Mintak maaflah..." balas Chanyeol.

"Ohh.. Awak tak percaya ye? Okay,takpe.. Just wait and see... " balas Yerin lalu terus memecut basikalnya ke sekolah.

Chanyeol yang melihat kejadian itu terus ternganga sebaik sahaja Yerin meninggalkannya.

"Perghh~ Laju gila perempuan ni bawak basikal! Kalah mat rempit macam aku ni..." ( hahahah xD Merepek tak?? ) kata Chanyeol kagum sambil turut melajukan kayuhannya untuk sampai cepat ke sekolah,kalau kena denda nanti,tak pasal-pasal !

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yerin yang sudah sampai ke sekolah terus ke tandas untuk menyembur minyak wangi. Seganas-ganas si Yerin ni,dia still jaga penampilan okay?

Perempuan tetap perempuan~

"Huh~ Penatnya aku bawak basikal laju hari ni...Mesti kes sebab lama tak bawak basikal laju-laju macam ni..." kata Yerin lalu terus keluar dari tandas dan bergerak ke kelasnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu mata pelajaran Fizik dah tamat...Yerin terus meletakkan kepalanya di atas meja...

"Yerin.. Kau dah kenapa?" tanya Hyeri yang berada di sebelahnya.

"Huh? Anni~ Aku penatlah.. Rasa nak tidur je.. Lepas ni subjek apa?"

"Sejarah~"

"Aigoo~ Memang aku mengantuklah dengar penjelasan Encik Yoon tu... " 

"Apa kata kau cerita kat aku sebab kau penat sangat ni?"

"Chanyeol punya pasallah..."

"Heh? Kenapa pulak?"

"Ada ke patut dia tinggalkan aku sorang dekat tepi jalan tadi! Dia dah berambus dulu dah.. Aku pun apa lagi.. Kejarlah dia..."

"Apasal kau kejar dia pulak?"

"Dah kau kata lagi 10 minit loceng masuk kelas nak bunyi,aku pecutlah,tak nak lambat punya pasal,tu yang aku siap kejar dia tu! Kalau kitorang lambat,aku ada geng lah masa kena denda nanti"

"Hebat jugak kau ni Yerin~ Kau pecut berapa kilometer sejam?"

"Entahlah.. Aku pecut je.. Sampai tepi dia,dia pun terkejut tengok aku bawak basikal laju..."

"So,korang sampai sekolah sama-sama lah?"

"Tak ada maknanya lah Hyeri.. Kawan kau ni sampai dulu.. Aku tengok minah rempit pun kalah dengan dia.. Laju betul dia bawak kau tahu?" Chanyeol mencelah.

""Eii.. Kau ni kan Chanyeol.. Selalulah muncul tiba-tiba macam ni!" kata Hyeri

"Well,you know me right? xD Aku kan memang pakar dalam buat orang terkejut ni :3 " balas Chanyeol

"Huh.. Memang pun.. By the way,aku ada something untuk kau ni Hyeri..." kata Yerin tiba-tiba

"Apa dia? Hadiah ke? Birthday aku lambat lagilah Yerin.." kata Hyeri

"Aku tau.. Ni ada orang bagi hadiah surat kat kau.. Dia bagi dekat aku time aku on the way pergi kelas tadi.."

"Hah? Surat apa?"

"Manalah aku tau..."

"Surat cintalah tu Hyeri... Tak sangka,ada jugak orang yang suka kat kawan aku yang asyik berkepit dengan aku ni..." kata Chanyeol

"Kau diamlah.. " balas Hyeri lalu membuka surat tersebut.

Dia kelihatan terkejut apabila membaca surat itu. (sila rujuk chapter sebelum ni kalau nak tahu isi kandungan surat yang mengejutkan Hyeri ni xD)

"Seriously??" kata Hyeri.

"Kenapa? Kenapa?" kata Chanyeol sambil berusaha melihat surat Hyeri tadi.

"Orang yang hantar surat ni nak aku jadi girlfriend dia... " balas Hyeri

"Woo~~ Hyeri ada peminat lah~~ Tahniah Hyeri~ Lepas kau jadi girlfriend dia,tak payahlah kau berkepit dengan aku sangat.. Cemburu pulak mamat tu nanti xD" kata Chanyeol

"Kau ingat aku nak ke berkepit dengan kau selalu? Mintak maaflah.. You are not my style~~"

"Taulah.. Style kau lelaki yang macam Sungjong tu.. Comel gitu~~ Kan? Kan? xD " 

"Hehehe~~ Tahu takpe.." 

Yerin yang berada di situ terkejut.

"Jap.. Apa maksud awak ni Chanyeol? Sungjong tu style Hyeri? O.o ? " tanya Hyeri.

"Kalau awak nak tahu,Hyeri ni minat Sungjong sejak first year kitorang sekolah sini... Katanya Sungjong tu comel sangat.. Tu yang dia minat tu.." balas Chanyeol 

Hyeri pula hanya tersengih.

"Haha.. Pecah rahsia aku selama ni xD Kau tak kisah kan Yerin? Aku minat dia?" kata Hyeri.

"Apa aku nak kisah? Dia tu bukannya ada apa-apa hubungan dengan aku..."balas Yerin

"Bukan dia abang kau ke? :3 Manalah tau.. Kau tak bagi aku minat dia sebab mungkin perangai aku nanti macam geng-geng si Miyun tu..."

"Haha.. Tak ada maknanya lah...Kau kawan aku,aku kenal kau,kau punya perangai tak macam geng Miyun tu"

"Hehe.. Nanti kau teman aku eh masa nak jumpa mamat yang hantar surat ni dekat aku?"

"No problem.. Dekat mana dia nak jumpa?"

"Perpustakaan.. Time balik rumah"

"Okay!"

Chanyeol pula kelihatan keliru. Sungjong abang Yerin? Eh?? 

"Err.. Hyeri.. Sungjong tu abang Yerin ke?" tanya Chanyeol kepada Hyeri.

"Ha'ah... Kau pun mesti tak percaya kan Chanyeol? Aku pun mula-mula tak percaya.. Sekali aku tengok time Yerin gaduh dengan Miyun tu si Sungjong datang nak selamatkan dia,aku pun percayalah and bertambah minat dekat dia :3 " balas Hyeri

"Tapi awak  diam eh Chanyeol...Hanya saya,Hyeri,Infinite dengan awak je tahu Sungjong tu abang saya... Orang lain tak tahu..." balas Yerin lembut .

"Oh.. Okay.. " kata Chanyeol

'Yes! Aku ada peluang nak jadi boyfriend Yerin!' kata Chanyeol di dalam hatinya sambil tersenyum lebar.

Hyeri dan Yerin pelik melihat Chanyeol yang tersengih-sengih sejak Yerin cakap Sungjong tu abang dia.

"Kau dah kenapa sengih sorang-sorang Chanyeol? Buang tebiat ke apa?" tanya Hyeri.

"Huh? Ehehe~ Takde apa lah.. Dah,aku nak balik tempat duduk aku...  Jumpa masa balik lepas kau jumpa dengan mamat misteri tu." kata Chanyeol lagi.

"Kau nak balik dengan kitorang ke?" tanya Hyeri.

"Ha'ah... Aku nak jugak tahu siapalah mamat yang minat kau tu Hyeri~ Kalau ikutkan aku nak join sekali tengok siapa yang nak jadi boyfriend kau tu xD "

"Tak payah nak menyibuk... Awak tunggu je kitorang nanti ... " kata Yerin.

"Hah,suara dia pun macam warning je xD Baik aku diam je" kata Chanyeol di dalam hatinya.

"Okay.. Okay..."

"Bangun semua...." suara Minhyuk,ketua kelas Yerin menghentikan perbualan pelajar-pelajar dalam kelas tersebut. Maklumlah,cikgu Sejarah dah masuk,semua pakat diam..

"Selamat pagi Encik Yoon" suara pelajar-pelajar kelas Yerin bergema di dalam kelas.

"Selamat pagi.. Sila keluarkan buku teks Sejarah.. Hari ni kita akan belajar tajuk baru..." kata Encik Yoon.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yerin bersama Hyeri dan Chanyeol keluar dari kelas bersama-sama..

"Okay~ Aku tunggu korang kat kafe eh... Cepat sikit.. " kata Chanyeol.

"Alright.." balas Hyeri lalu mengatur langkah bersama Yerin untuk ke perpustakaan.

Sampai ke perpustakaan...

"Aku nervouslah Yerin >< Siapa yang bagi surat tu kat kau? Bagitahulah dekat aku!" tanya Hyeri.

"No way~ Orang tu dah cakap kat aku,kalau aku bagi surat dia kat kau,aku tak boleh bagitahu dia punya identiti.. Dia nak kau tahu siapa orangnya lepas kau jumpa dia dekat perpustakaan..." balas Yerin panjang lebar.

"Ala... Sajalah mamat ni nak bagi aku tertanya-tanya.. Haish~ Yalah~ Jom lah masuk!" 

Mereka masuk ke perpustakaan bersama-sama..

"So,mana satu orang yang bagi surat ni kat aku? Aku tengok ramai lelaki kat perpustakaan ni... Mana satu dia?" kata Hyeri

"Firstly,kau kena tutup mata dulu tau~ Dia yang suruh aku buat macam ni dekat kau..." balas Yerin

"Pulak dah? Apasal kena tutup mata pulak? Macam mana aku nak jalan!"

"Ikut jelah cakap aku Hyeri,kau nak jumpa dia tak?'

"Mestilah nak!"

"Haa.. Kalau nak,kau tutuplah mata dulu... Nanti dah sampai dekat mamat tu,aku bagi isyarat suruh kau bukak mata."

"Aish~ Banyak pulak permintaan mamat ni... Yelah aku tutup matalah ni~"

Hyeri menutup matanya lalu Yerin membawa dia ke tempat secret admirer Hyeri a.k.a Sungjong.

Setelah sampai,Yerin menyuruh Sungjong menutup mukanya dengan buku yang ada berdekatan dengan meja mereka.

'Apasal oppa pun kena buat ni? Biar jelah dia sorang buat!' bisik Sungjong

'Eish~ Orang kata buat,buatlah!' Yerin membalas bisikan Sungjong tadi.

Sungjong pun terus melakukan perkara yang disuruh Yerin tadi.

Hyeri pula masih tertanya-tanya..

"Emm... Bila aku boleh bukak mata ni Yerin?" kata Hyeri

"Now..." balas Yerin pula.

Hyeri membuka matanya lalu melihat seorang pelajar lelaki sedang menutup mukanya dengan sebuah buku.

"Okay.. Oppa boleh alihkan buku tu daripada muka oppa sekarang..." kata Yerin

"Oppa?? Adakah... ??? " Hyeri bertanya kepada dirinya sendiri lalu memandang Yerin.

Yerin pula hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Annyeong Hyeri~~^^" sapa pelajar lelaki yang berada di hadapan Hyeri sambil mengalihkan buku yang dipegangnya tadi dengan suara yang comel.

"Sungjong oppa!!!" Hyeri terkejut melihat pelajar yang menyapanya itu adalah lelaki yang dia minat selama empat tahun bersekolah di sini.

"Err.. Saya tak mimpi kan Sungjong oppa?" tanya Hyeri

"Nope~ This is a reality Hyeri.. I love you since I saw you one year ago" kata Sungjong.

Hyeri terkejut mendengar confession Sungjong,jejaka yang telah menambat hatinya selama hampir empat tahun..

"Hyeri ahh~ Saranghae <3" kata Sungjong sambil mengenyitkan matanya kepada Hyeri ( huhuhu~ saya melting bila tulis and terbayangkan benda ni :3 )

"Na.. Nado saranghae Sungjong oppa~ " balas Hyeri.

"Will you be my girlfriend ^_^ ? " kata Sungjong sambil memegang sebuah kotak kecil di tangannya.

"I will~ :') " Hyeri menjawab sambil menangis terharu. Siapa sangka,lelaki yang dia minat selama ni dah buat confession dekat dia... 

Sungjong tersenyum lalu membuka penutup kotak kecil tersebut dan seutas rantai silver yang berbentuk love diambil dari kotak tersebut.

"Awak simpan rantai ni elok-elok ye Hyeri. Ni hadiah untuk awak sebab awak sudi jadi girlfriend saya.." kata Sungjong sambil memakaikan rantai tersebut ke leher Hyeri.. (Gahh~ Sweet sangat ke saya buat ni readers ><)

Nasib baik tempat mereka terlindung dari pelajar-pelajar lain,kalau tak,mesti kecoh satu sekolah yang Sungjong hadiahkan rantai untuk seorang pelajar perempuan yang merupakan girlfriend nya ><

"Gomawo oppa~" kata Hyeri kepada Sungjong.

Yerin pula hanya tersenyum sorang-sorang dekat tepi meja mereka. 

"Awak nak jugak ke Yerin? Saya boleh hadiahkan untuk awak :3 " kata seseorang dari belakang Yerin

"Eishh.. Siapa lah kacau aku tengok filem romantik depan aku ni?!" kata Yerin lalu memandang belakang dan muka Chanyeol betul-betul berada di hadapannya.

"Heok!" Yerin terkejut selepas melihat muka Chanyeol hampir dekat dengannya.

"Yaish~ Awak lagi! Macam tak ada orang lain pulaklah!" kata Yerin

"Dah tu awak expect siapa? Lee Hyunwoo yang berlakon dalam cerita To The Beautiful You tu ke?" kata Chanyeol

"Kalau dia yang dekat depan saya ni,pengsan dah saya dibuatnya... Ni kenapa awak sibuk ni? Kata nak tunggu dekat kafe je tadi.." kata Yerin

"Awak dengan Hyeri lambat sangat,so saya naiklah nak tengok.. Tak sangka pulak ternampak filem romantik tahap 7 dekat depan ni... Nasib baik tempat ni tersorok tau.. Kalau tak,habis Hyeri kena kutuk dengan orang lain" 

"Sebab tu lah abang saya nak jumpa dekat tempat paling belakang dalam perpustakaan ni sebab dia tak nak girlfriend dia jadi mangsa sebab populariti dia kan tinggi kat sekolah ni..."

"Bagus abang awak ya... "

"Well~"

"Hah.. Okaylah.. Panggil lah couple baru tu.. Saya tak sabar nak balik ni,nak makan lepas tu tidur!" 

"Okay"

"New couple,sudah-sudahlah tu bersweet-sweet kat sana,jom balik! Chanyeol dah lapar tahap dinosaur dah ni... Saya pun lapar jugak!"

"Eh.. Awak libatkan nama saya pulak eh? Awak pun lapar jugak kan?"

"Dah tu... Awak jugak yang ajak diorang balik"

"Hehe~ Sorry,sorry x3"

Sungjong dan Hyeri pula hanya tersenyum melihat gelagat Yerin dan Chanyeol tu.

"Oppa~ Saya rasa Chanyeol suka Yerin lah.. Tak gitu?" tanya Hyeri kepada Sungjong.

"Oppa pun rasa macam tu.. Hahah.. Dahlah.. Jom balik... Nanti kelaparan pulak diorang berdua tu..." balas Sungjong

Mereka berdua pun terus bergerak ke tempat Chanyeol dan Yerin.

"Eipp~ Dah,dah.. Jangan gaduh-gaduhlah korang berdua ni,nanti terjatuh cinta macam mana?? Oppa dah selalu tengok drama ending dia macam ni tau,dulu gaduh-gaduh,last-last,jatuh cinta.. Haa~ Kan susah tu xD" kata Sungjong

"Yerin jatuh cinta dengan Chanyeol ni? Mintak jauhlah.. Yerin prefer Lee Hyunwoo daripada dia ni oppa~" balas Yerin.

"Kau jangan cakap macam tu Yerin.. Nanti jadi betul-betul macam mana? Hahah xD " kata Hyeri kepada mereka berdua.

"I say no.. Full stop..." Yerin menegaskan.

'Saya lagi suka kalau benda tu betul Yerin >< ' kata Chanyeol di dalam hatinya.

"Okay.. Okay.. Jom balik... " kata Sungjong.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Annyeong semua pembaca^^ Chapter ni agak sweet sikit (sikitlah xD) 

Saya pun tak tau knapa saya buat chapter mcm ni xD Harap orang yang membaca ni tak menyampahlah ye :3

Saya klau update mlm2 pukul 2 pg mcm ni mmg idea gila-gila keluar xD

Hahah.. Jangan marah aa~~ 

Okaylah.. Harap korang suka chapter ni.. Bye :D

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Khairina1004
Okay~ Akhirnya saya dah update chapter 4.. Ni pun sy rasa mcm makin berbelit ceritanya -..- Kalau merepek tu,maafkan sy ye >

Comments

You must be logged in to comment
parkyura98
#1
Chapter 6: argggghhhhhh!!!! P.C.Y tu..chanyeol kan3 ?
sungjong seorang abg yg suke menyakat adiknya XD
btw update soon~ citer awk sume best2 ^^
parkyura98
#2
Chapter 2: update soon~ :D
mrsleesungjong #3
I love jongie. thank you for this.