Park Chanyeol!!!

My Enemy Is My Boyfriend

Selepas tamat waktu pembelajaran untuk kelas terakhir hari tu,Miss Eunhye sebagai guru matematik kelas Yerin memberikan kerja yang berlambak untuk dibuat oleh murid-murid kelas Yerin ni.

‘Patut pun kelas ni terer semacam dalam subjek matematik!,rupanya rahsianya sebab Miss Eunhye yang berikan kerja matematik yang berlambak untuk diorang buat.’ Yerin berkata di dalam hatinya.

"Okay,kamu semua boleh balik rumah.. Pastikan kerja rumah yang saya bagi tadi kamu siapkan dan hantar atas meja saya esok.." kata Miss Eunhye

"Nae~~" jawab pelajar-pelajar di kelas Yerin.

"Minhyuk,pastikan esok buku-buku ni cukup 25 buah ye.." kata Miss Eunhye kepada seorang pelajar lelaki di hadapan mejanya.

“Nae~” jawab pelajar bernama Minhyuk itu sambil tersenyum manis.

Hyeri dan Yerin terus mengemas barang-barang milik mereka lalu melangkah keluar dari kelas mereka menuju ke kawasan menunggu bersebelahan pondok pengawal.

“Oklah Yerin,aku balik dulu,omma aku dah tunggu tu.. See you tomorrow friend^^”kata Hyeri.

“Alright~ Take care^^” jawab Yerin sambil menunggu oppanya yang tak keluar dari kawasan kelas pelajar-pelajar tahun 3. Jangan katakan Sungjong,budak-budak yang se’batch’ dengan dia pun tak Nampak lagi.

‘Aik? Mana hilangnya senior-senior aku ni? Tak kan semua pakat buat kelas tambahan kot?’ Kalau macam tu,berkurun lah nampaknya dia kena tunggu Sungjong kalau nak balik rumah. Hyeri tu pulak basikal tiba-tiba rosak, tu yang omma dia ambik tu..Tapi rasanya time pergi tadi okay je basikal dia. “Haih~ Apalah nasib~~” keluh Yerin

Tiba-tiba handphone Yerin bergetar menandakan ada mesej yang diterima olehnya.

Dia membuka password hanphonenya lalu menekan folder ‘Inbox ’

Satu mesej diterima olehnya.

From : Sungjong Oppa~~

Yerin-ah~~ Mianhae~ Oppa tak dapat balik dengan Yerin lah hari ni! Ada kelas extra sampai pukul 4 petang! Semua student wajib hadir~ Huhuhu~ Mianhae sweetie T^T

Yerin membalas mesej Sungjong.

To : Sungjong Oppa~~

It’s okay lah oppa~ Biar Yerin balik sorang~ Nanti omma risau pulak tengok kita tak balik-balik…

From : Sungjong Oppa~~

Are you sure sweetie?? Nanti omma marah macam mana? Dia bukannya bagi Yerin balik sorang-sorang.. Pergi pun dia suruh oppa temankan Yerin dengan Hyeri .. Huhuhu~ Eottokhae??? T^T

Woo~ Caring jugak oppa ni.. Ingat tak ada sifat caring langsung dalam kamus hidup dia  xD

To : Sungjong Oppa~~

Relax oppa~ Apa susah.. Saeng cakap jelah oppa ada extra class kat sekolah,mesti dia tak marah punya… Omma kan suka tengok kita pergi extra class ni.. Lagi dia suka adalah..

From : Sungjong oppa~~

Hmm.. Kalau macam tu okaylah.. Jaga diri tau~ Jangan Yerin masuk longkang sudah time on the way balik rumah nanti.. Kesian adik oppa yang cute ni kotor and bau longkang macam dulu  xD

"Ceit! Sempat lagi kutuk aku tu! Dia pegi flashback pulak memori aku time umur  11 tahun ,masa mula-mula naik basikal dulu!" kata Yerin di dalam hatinya membuatkan dia teringat balik kisah masa dia mula-mula pandai bawak basikal dulu~

-FLASHBACK-

“Wah~~ Oppa~~ Yerin nak naik jugak!!!” jerit Yerin

Dia cemburu melihat oppanya naik basikal baru,dia pulak termenung sebab tak tau nak naik basikal… Nak pakai basikal yang kecik sikit tu,dia tak nak! Dia terus skip nak naik basikal macam oppa dia pakai tu tanpa ada basic naik basikal!

“Saeng nak naik ke?: tanya Sungjong

“NAK!!!” terus dia menjerit nak naik basikal macam Sungjong.

“Come here~ Biar oppa ajar.. Tak adalah susah mana .. Senang kacang je naik ni~~” kata Sungjong

Yerin pun apa lagi,terus dia pecut  datang  tepi Sungjong semata-mata nak naik basikal tu.Nasib baik basikal tu tak tinggi mana,bolehlah budak umur 11 tahun macam dia naik tanpa ada masalah.

“Okay~ Sekarang Yerin kayuh setempat dulu ye~ Oppa dah tongkatkan basikal ni… Nanti tak adalah adik oppa ni termasuk longkang sebab tak tau nak control basikal ni.” Sungjong mengarah.

Yerin pun ikut ajelah guide Sungjong selaku cikgu cycling dia yang tak berbayar.

“Okay,now,Yerin sepak sikit tongkat basikal tu,try jalan terus  sampai dekat ampaian ni.”

Sekali lagi,Yerin melakukan apa yang disuruh Sungjong tadi.

“Wah~ Pandai adik oppa naik basikal ya~Baru first teach dah terer”

Yerin rasa kembang pulak dengar kata-kata oppanya.Dia pun  mulalah pusing-pusing dekat jalan yang ada depan rumah dia tu,nasib baik jugak tak ada orang lalu situ sejak tengah hari tadi,maklumlah,rumah hujung jalan ,depan sikit dah masuk kawasan Bandar,tengah hari dengan petang waktu sesuai budak-budak macam Yerin dengan Sungjong main, kalau tak, memang taka da time lah budak berdua tu nak main basikal.

Tanpa Yerin sedari,ada sebuah longkang besar berada betul-betul 2 meter dari tempat dia pusing-pusing basikal tu,well,dah seronok pandai  bawak basikal,mana dia hirau keadaan sekeliling,yang penting dia boleh bawak basikal!

”Eh Yerin! Jaga-jaga! Ada longkang besar depan tu!!! Bahaya!!!” kata Sungjong lantang.

“Mana ada longkang oppa~ Taulah oppa saja nak alih perhatian Yerin yang syok naik basikal ni kan?” balas Yerin tak percaya ada longkang depan dia.

“Eii~ Budak ni~ Oppa kata bahaya dia kata orang nak naik basikal pulak! Yah!! Orang kata ada longkang ada lah!!!” jerit Sungjong lagi.

“Tak percaya~~” balas Yerin .

Tiba-tiba dia terasa berlanggar dengan seketul batu kecil dekat kawasan jalan tu,dan menjerit,“AAAAA!!!! OPPAA!!!!”

“BUSH!!”

Dia terjatuh dari basikal oppanya,dan langsung masuk longkang dengan baju yang ada kartun Princess kegemaran dia.

“YERIN!!!”  jerit Sungjong lalu berlari ke arah adiknya yang dah termasuk dalam longkang tepi rumah jiran dia.

“Huu~ Uwaa~~ Oppa!! Sakit!!!” Yerin  menangis kesakitan.

Sungjong pula terus menarik adiknya ke atas,nasib baik longkang tu tak dalam,sampai lutut Yerin je… Kalau tak,maunya dia kena bebel dengan omma dia!

“Dah,dah,jangan nangis,jom oppa angkat Yerin sampai rumah.. Tulah.. Kan oppa dah kata,depan tu ada longkang… Yerin tak percaya.. Kan dah masuk longkang?” sempat lagi dia beri nasihat sambil menyindir adiknya yang sorang ni.

“Huu~ Oppa~~ Sakit~~” Yerin masih menangis sebab lututnya macam luka-luka sikit,mungkin sebab terjatuh dari basikal sampai bergolek masuk longkang tadi.

Sampai di rumah..

“Omma~~ Sakit!!” Yerin menyambung kembali tangisan dia setelah Sungjong meletakkan dia di sebelah ommanya yang tengah syok baca buku…

“Laa~ Kenapa ni Yerin? Sungjong?”tanya Puan Lee

“Yerin jatuh basikal omma.. Dia suka sangat dapat bawak basikal,sampai Sungjong kata depan dia ada longkang pun dia tak percaya” jawab Sungjong

“Yerin,Yerin… Omma dah kata kan,dengar cakap oppa? Kenapa tak dengar?”

“Huu~ Yerin ingatkan oppa saja nak suruh Yerin turun dari basikal sebab dia nak naik.. Tengok-tengok betul pulak ada longkang depan tu.. Huu~~ Mianhae oppa~~ Yerin salah T^T” kata Yerin sambil menangis.

"Takpelah~ Dah,jangan nangis~ Kalau Yerin stop nangis,oppa belanja aiskrim ye~" kata Sungjong

Dengar perkataan ‘aiskrim’ tu,Yerin terus berhenti menangis.

“Aiskrim?? :3 Oppa nak belanja?? Yeay :D” kata Yerin.

“Tengok tu omma~ Dengar je aiskrim terus dia berhenti nangis” kata Sungjong

“Hehe~ :3 “ tersengih-sengih Yerin di sebelah ommanya.

“Haha~ Biasalah tu.. Dah,Yerin nak beli aiskrim ke?” tanya Puan Lee.

“NAK!!” jawab Yerin.

“Okay~ Pergi tukar baju dulu… Tak kan nak pergi kedai baju kotor macam ni?”

“Nae!!”

Yerin masuk ke rumahnya untuk menukar baju.

“Haa~Sungjong~Ada ke duit kamu nak belanja aiskrim untuk Yerin tu?” tanya Puan Lee

“Hehe~~ Kalau aiskrim untuk Sungjong cukuplah omma xD” kata Sungjong.

“Dah agak dah…Nah,ambik duit ni beli aiskrim.. Jangan lupa belikan untuk omma dengan appa sekali ye xD ” kata Puan Lee sambil menghulurkan duitnya kepada Sungjong.

“Haha~Okay omma ^_^” Sungjong mengambil duit yang dihulurkan oleh ommanya.

Yerin pula kebetulan keluar dari rumahnya.

"Oppa!! Dah siap!!" kata Yerin.

"Okay.. Jom.." kata Sungjong sambil memegang tangan Yerin

-----END FLASHBACK-----

Yerin tersengih sorang-sorang lepas teringat balik pasal benda tu,last-last jalan kaki je pergi kedai sebab Sungjong tak nak dia jatuh lagi..

"Aii~Sengih sorang-sorang nampak cik kak ni.. Gila eh??" kata seseorang kepada Yerin.

Yerin terkejut. 'Siapa pulak yang cakap aku gila ni?' kata Yerin di dalam hatinya. 

Dia kemudian melihat seorang pelajar lelaki sedang duduk di atas basikal miliknya.

"Amboi~ Suka hati awak je kata saya gila eh Chanyeol? Tepi-tepi! Saya nak balik rumah ni.. Sibuk je duduk atas basikal saya.. Basikal sendiri ada,naiklah basikal sendiri! Huh!" kata Yerin

"Eleh~ Berlagak~ Yelah,nah ambik basikal awak ni.. Basikal saya lagi cantik daripada basikal awaklah Yerin..." kata Chanyeol sambil memberi basikal Yerin.

"Tak kisah pun.. Dah tepi! Awak halang jalan sayalah Chanyeol!! Eee~~ Geramnya!!" kata Yerin kepada Chanyeol yang menghalang jalannya,

"Kalau saya tak nak? Awak nak buat apa? "balas Chanyeol

"Eii~Macam manalah Hyeri boleh tahan dengan perangai awak ni eh Chanyeol? Saya kata tepi,tepilah.. Nanti omma saya marahlah saya balik lambat!" kata Yerin lagi.

Chanyeol masih tidak bergerak dari tempatnya.

"YAH!! PARK CHANYEOL!! AWAK NI PEKAK KE APA??? SAYA KATA TEPI,TEPILAH!!!" 

Chanyeol masih berdiri di situ.

Disebabkan Yerin dah bengang dengan Chanyeol,dia terus je langgar basikal Chanyeol dan terus keluar sekolah.

Chanyeol terkejut dengan sikap Yerin tu lalu mengambil basikalnya yang dijatuhkan Yerin tadi dan mengejar Yerin.

"LEE YERIN!! TUNGGU SAYA! AWAK NI MEMANG NAK KENALAH!!" kata Chanyeol lalu memecut basikalnya.

"Siapa suruh cari gaduh dengan aku?" kata Yerin seorang diri sambil meneruskan perjalanannya ke rumah.

"Yah! Lee Yerin!Suka hati awak je langgar basikal saya? Basikal ni mahal tahu tak?!" kata seseorang di sebelah Yerin.

Yerin terkejut mendengar suara lelaki di sebelahnya lalu berkata,"Yah!Bila masa awak ada kat tepi saya ni Chanyeol?! Macam hantu je muncul! Awak pakai basikal apa? Laju macam kereta F1 je!'

"Basikal mahal kan.. Mestilah laju... "kata Chanyeol selamba.

"Eii~ Sibuklah awak ni.. Rumah awak dekat mana? Sibuk je ikut orang balik!" kata Yerin.

"Rumah saya area sini jugak okay.. Bukannya saya nak ikut sangat awak balik.. Tolonglah.. Saya lebih rela balik dengan perempuan lain daripada balik dengan singa betina macam awak ni.." kata Chanyeol.

Yerin terus memberhentikan basikalnya.

"Awak panggil saya apa? Singa betina??? Ini sudah lebih..." kata Yerin

"Betul apa.. Singa je yang garang macam awak ni... "balas Chanyeol.

"Eii~ Sakit pulak hati saya.. Lagi sekali awak panggil saya singa betina,tahulah apa nasib awak nanti Chanyeol!" kata Yerin

"SINGA BETINA....." kata Chanyeol sengaja nak buat Yerin marah.

"Eii!!!" Yerin mengambil beg sekolahnya yang berada di dalam bakul basikal lalu memukul Chanyeol.

"SAKITLAH YERIN! APA ADA DALAM BEG AWAK NI? BATU KE?" kata Chanyeol sambil mengusap badannya yang sakit kerana dipukul dengan beg Yerin.

"Itulah balasan awak sebab buat saya marah! Huh!" kata Yerin lalu meneruskan perjalanan ke rumahnya.

Chanyeol mengikut Yerin dari belakang kerana rumahnya terletak tidak jauh dari rumah Yerin.

Yerin  tidak menghiraukan Chanyeol yang berada di belakangnya sehinggalah dia sampai ke rumah dan memandang belakang.

"Haa.. Nasib bukan jiran aku.. Kalau tak buat sakit hati je sebab jumpa hari-hari" kata Yerin kerana tiada lagi basikal budak yang selalu menyakitkan hati dia sejak semalam.Dia terus membuka pintu rumahnya dan masuk ke dalam rumah.

Chanyeol terus keluar dari tempat persembunyiannya dan meneruskan perjalanan. Tetapi,dia berhenti sekejap di hadapan sebuah rumah.

"Ooo~ Ni rupanya rumah singa betina ni.. Takdelah jauh sangat dari rumah aku.. Haha~" kata Chanyeol lalu bergerak ke rumahnya yang terletak selang dua rumah dari rumah Yerin.

"Bolehlah aku kacau dia hari-hari time nak pergi sekolah kalau macam ni xD" sambung Chanyeol lagi sambil meletakkan basikalnya di tepi rumah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay~ Akhirnya lepas hampir setahun sy x update fanfic ni,akhirnya hari ni sy update jugak xD

Sorry sbb dah lama x update.. Bukan apa.. Sy takde idea.. Tu yg berkurun nak tunggu chapter terbaru ni... xD

Hehe~~ Thank you sbb baca ^_^

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Khairina1004
Okay~ Akhirnya saya dah update chapter 4.. Ni pun sy rasa mcm makin berbelit ceritanya -..- Kalau merepek tu,maafkan sy ye >

Comments

You must be logged in to comment
parkyura98
#1
Chapter 6: argggghhhhhh!!!! P.C.Y tu..chanyeol kan3 ?
sungjong seorang abg yg suke menyakat adiknya XD
btw update soon~ citer awk sume best2 ^^
parkyura98
#2
Chapter 2: update soon~ :D
mrsleesungjong #3
I love jongie. thank you for this.