01

When the snows fall

“Awalnya awak balik, Ji Hye. Saya ingat nak ajak awak pergi beli hadiah Krismas hari ini.”

Chae Rin, rakan sekelas aku menegur. Aku hanya tersenyum. Tahun ini merupakan tahun pertama aku menyambut Krismas bersama teman lelaki aku, Kim Min Seok ataupun lebih dikenali sebagai Xiumin. Di sekolah, rakan-rakan dan ahli kumpulan EXO memanggil Min Seok dengan nama Xiumin. Hanya aku seorang yang masih memanggilnya menggunakan nama sebenar. Untuk hadiah Krismas Min Seok, aku bercadang untuk mengaitkan sehelai mafela untuk Min Seok dan juga memasak beberapa biji baoxi, makanan kegemaran Min Seok. Bagi aku, hadiah buatan tangan lebih bernilai berbanding hadiah yang dibeli di kedai.

“Tak bolehlah Chae Rin. Saya nak kena kait mafela untuk Min Seok oppa sebagai hadiah Krismas.” Aku mengambil beg dan buku-buku di atas meja aku.

“Ala. Tak dapat temanlah ni? Baru nak ajak beli hadiah. Saya tak tahu nak beri apa pada Kris untuk Krismas ni.” Kata Chae Rin sambil memuncungkan bibirnya.

Setelah berpelukan dengan Chae Rin, aku berjalan pulang ke rumah sendirian. Min Seok memberitahu bahawa dia tidak dapat menemankan aku pulang ke rumah seperti biasa. Apabila tiba di rumah, aku terus ke bilik untuk mengulangkaji pelajaran dan mengait mafela untuk Min Seok.

 

Malam itu, salji turun dengan lebatnya. Salji pertama yang turun untuk tahun ni. Aku berdiri di sebelah tingkap bilik. Aku cuba menelefon Min Seok sekali lagi. Tetapi, panggilan aku tetap masuk ke dalam peti suara. Aku mengeluh sambil memandang ke arah kesibukan bandar dari tingkap bilik. Kenangan ketika pertama kali berjumpa dengan Min Seok sewaktu musim bunga yang lepas bermain di kepala.

 

------Flashback-------

Aku melangkah ke sekolah baruku dengan perasaan yang berdebar-debar. Papan tanda di hadapan sekolah dipandang. Seoul High School. Aku mengambil nafas sebelum melangkah ke pejabat sekolah untuk menguruskan pendaftaran ke sekolah tersebut. Setelah selesai segala urusan, aku dibawa ke kelas baru oleh kerani sekolah. Di kelas, Lee Chae Rin menjadi orang pertama yang menegur aku. Sikap Chae Rin yang peramah dan riang itu membuatkan aku menjadi rapat bersama Chae Rin.

Selepas beberapa minggu di sekolah tersebut, aku mula mendapat ramai kawan. Di sekolah itu jugalah aku berjumpa dengan Kim Min Seok. Min Seok adalah salah seorang ahli kumpulan EXO, kingka di sekolah tersebut. EXO terdiri daripada 12 orang lelaki yang sentiasa mendapat perhatian ramai kerana rupa mereka dan kebolehan mereka dalam bidang sukan. Min Seok adalah salah seorang daripada ahli EXO yang menjadi wakil sekolah dalam permainan bola sepak.

Aku menjadi rapat dengan kumpulan EXO kerana Chae Rin ialah teman wanita kepada Kris, salah seorang ahli EXO yang berpindah daripada China dan Kris juga merupakan salah seorang wakil sekolah dalam bola keranjang. Ketika Chae Rin keluar bersama Kris dan ahli-ahli EXO yang lain, Chae Rin akan mengajak aku menemaninya. Pada mulanya, aku berasa sangat kekok untuk keluar bersama 12 orang lelaki tetapi lama kelamaan aku menjadi semakin selesa bersama mereka. Min Seok adalah ahli EXO yang paling rapat dengan aku. Dia sering mengambil berat tentang aku. Setiap malam, Min Seok pasti menelefon aku untuk berkongsi cerita tentang kisah seharian kami. Min Seok suka bercerita tentang ahli-ahli EXO dan juga tentang bola sepak. Kadang kala, kami keluar untuk mengulangkaji pelajaran bersama tanpa pengetahuan ahli EXO yang lain. Memandangkan Min Seok ialah setahun lebih tua berbanding aku, dia banyak membantu aku dalam pelajaran. Pada penghujung musim panas, Min Seok telah meluahkan perasaannya kepadaku.

 

-------end of flashback------

 

23 Disember 2014

Aku bersiap untuk keluar pada hari ini. Rakan-rakan kelas aku bercadang untuk keluar meraikan Krismas yang bakal menjelang dua hari lagi. Aku memakai sehelai ‘trench coat’ labuh paras peha berwarna coklat dipadankan dengan sehelai seluar jeans dengan ‘skinny cutting’. Aku juga memakai sepasang but berwarna coklat separas lutut. Sebagai pelengkap, aku memakai seutas rantai berbentuk ‘frost’ di leher. Rantai tersebut merupakan hadiah pertama daripada Min Seok untuk aku sewaktu pertama kali kami keluar bersama.

Chae Rin telah datang ke rumah untuk menjemputku. Memandangkan Chae Rin datang daripada keluarga yang berada, ibu dan bapanya telah menyediakan seorang pemandu untuk Chae Rin. Jadi, Chae Rin bebas untuk keluar ke mana sahaja. Chae Rin memakai sehelai ‘trench coat’ berwarna hitam bersama sepasang kasut tumit tinggi paras buku lali.

Majlis itu berjalan dengan lancar. Semua murid kelas menukar hadiah Krismas masing-masing. Chae Rin telah membeli sepasang cincin yang sama jenis untuk aku dan dia. Sebelum pulang, Chae Rin mengajak aku singgah ke sebuah kedai cenderahati.

“Please Ji Hye, sekejap sahaja. Saya janji 5 minit sahaja.” Chae Rin memeluk lenganku sambil mengelip-kelipkan matanya.

“Sekejap sahaja tau. Pergi lah masuk. Saya tunggu di luar.”

“Thank you Ji Hye.” Chae Rin memeluk aku sekejap sebelum melangkah masuk ke dalam kedai tersebut.

Sementara menunggu Chae Rin, aku membelek-belek telefon bimbit aku. Tiba-tiba, pandangan aku terarah pada sepasang kekasih yang sedang bergelak ketawa di seberang jalan. Si gadis memeluk lengan teman lelakinya tersebut manakala teman lelakinya itu cuba mengelap ais-krim yang tertumpah di mulut gadis itu. 

Pandangan aku menjadi kabur dengan air mata. Aku cuba menahan tangisku. Lelaki itu ialah Kim Min Seok, teman lelaki aku sendiri. Belum sempat aku memalingkan wajah aku, Min Seok perasan akan kehadiran aku di situ.  Dia melepaskan tangan perempuan tersebut sebelum mengejarku. Aku cuma berlari tanpa memandangnya semula.

 

 

 

24 Disember 2014

 

Seharian aku terperap di dalam bilik aku. Telefon bimbitku yang tidak henti-henti berbunyi daripada pagi tadi dibiarkan di atas katil. Aku tahu Min Seok yang menelefonku. Semalaman aku tidak tidur mengenangkan apa yang dilakukan oleh Min Seok terhadap aku. Perbuatannya bersama gadis yang tidak kukenali itu terlayar di kepala. Wajah gembira Min Seok bermain-main dalam fikiran aku. Aku menangis semula.

Pada malam itu, aku bercadang untuk keluar sebentar. Tidak seperti malam Krismas tahun sebelumnya, aku bercadang untuk meluangkan masa sendirian pada malam ini. Selalunya, aku akan menghabiskan masa bersama keluargaku di rumah, tetapi aku berkeras untuk keluar sebentar pada malam tersebut. Mama dan papa aku yang memahami perasaan aku membenarkan aku keluar pada malam tersebut. Setelah bersiap ringkas, aku keluar menuju ke Lotte World, taman tema terbesar di Korea. Walaupun cuaca agar sejuk pada malam tersebut, aku tidak menghiraukannya.

Perlahan-lahan, kakiku melangkah masuk ke Lotte World. Aku tersenyum sendirian. Kelihatan ramai pasangan kekasih berada di situ. Tempat ini memang sangat sesuai untuk pasangan kekasih menghabiskan masa mereka. Tempat ini juga menjadi tempat pertama temujanji aku bersama Min Seok. Aku duduk di salah satu bangku yang terdapat di situ. Aku tersenyum hambar apabila teringat semula tentang temujanji pertama kami.

 

------Flashback------

 

Aku memandang semula cermin untuk melihat baju yang dipakai.

“Chae Rin, sesuai ke baju ini? Tak pelik ke?” Aku merungut sambil memandang cermin. Baju gaun separas lutut berwarna merah jambu yang dipadankan bersama sepasang kasut tumit tinggi dipandang sekilas. Aku memadankan baju gaun itu bersama klip rambut di kepala.

“Ok lah ini. Awak nampak comel sangat pakai baju ini tau.” Chae Rin tersenyum geli hati melihat kegelabahan aku. Chae Rin menolong aku membetulkan rambutku yang sedikit kusut akibat ditiup angin. Chae Rin sanggup datang ke rumah aku awal pagi semata-mata mahu menolong aku bersiap untuk temujanji pertamaku bersama Min Seok.

Min Seok datang ke rumah untuk menjemput aku. Waktu itu kali pertama aku lihat Min Seok tanpa baju sekolah. Kami bertolak setelah bersarapan bersama keluargaku. Setelah beberapa seketika, kami sampai ke Lotte World.

Kami meluangkan masa bermain mainan yang terdapat di situ. Kami juga telah singgah di sebuah kedai cenderahati. Min Seok telah membelikan aku sebuah cekak telinga kucing yang sangat comel. Kami membeli sepasang cekak yang sama. Setelah penat bermain, kami duduk di sebuah bangku di situ. Min Seok membeli dua batang ais-krim untuk kami berdua.   

“Terima kasih untuk hari ini. Saya rasa gembira sangat.” Kataku sambil tersenyum.

“Saya pun gembira juga. Ji Hye, sebenarnya saya nak cakap sesuatu kepada awak.” Min Seok memandangku.

Min Seok mengeluarkan sebuah kotak baldu daripada kocek seluarnya. Kotak itu dibuka perlahan. Seutas rantai berloketkan lambang ‘frost’ terlihat di dalam kotak tersebut. Perlahan-lahan, Min Seok menghulurkan rantai itu kepada aku.

“Jeon Ji Hye, selama saya bersama awak beberapa bulan ini, saya rasa sangat gembira. Awak melengkapkan hidup saya selama ini. Awak sentiasa mengambil berat tentang saya. Bila saya ada masalah, awak akan dengar masalah saya. Bila saya ada latihan bola sepak di sekolah, awak sanggup menunggu saya sehingga tamat latihan. Sebenarnya, saya suka sangat dekat awak. Can you be my love?” Min Seok memandangku sambil tersenyum malu.

Aku tergamam. Fikiran aku menjadi kosong secara tiba-tiba. Min Seok melambaikan tangannya di hadapan aku. Ketika itu, aku baru tersedar.

“Err. Saya tidak pasti hendak cakap apa.” Aku tersenyum malu. Min Seok mengeluarkan rantai tersebut daripada kotak baldu itu dan menyarungkannya ke leherku. Perlahan-lahan, bibir Min Seok mengucup dahiku.

“I love you Jeon Ji Hye”

 

---------End of flashback---------

 

Aku menahan tangisku. Sudah beberapa kali air mataku mengalir untuk hari ini. Mataku menjadi semakin sembab disebabkan banyak menangis. Salji yang turun semakin lebat tidak dihiraukan oleh aku. Ketika semua orang sedang mencari tempat untuk berlindung daripada salji yang turun, aku cuma menangis berseorangan di situ.

Tiba-tiba, salji yang turun agar lebat tadi berhenti. Aku mengelap air mataku sebelum memandang ke belakang. Min Seok memegang payung untuk melindungi diriku yang basah. Belum sempat aku menegurnya, Min Seok menghulurkan ‘earphone’ dan memberi isyarat agar  aku memasangkan ‘earphone’ itu di telingaku. Lagu ‘My turn to cry’ mula bermain. Melodi dan lirik lagu itu telah membuatkan aku menangis semula.

I had a nightmare- before I could hug you was crying
I woke up
With a sad heart, I opened the curtain
With my moonlight-stained tears, I send you a letter
Remember, when things were hard
I always turned your tears into smiles
Don’t cry in places without me, don’t cry
Because you always had a lot of tears

No, it’s my turn to cry, I’ll do it now
I’ll take all of your tears
It’s my turn to cry, give them to me
even those tears this time

The faded photos that I almost threw away
It hurts so much that I can’t look at them now
It’s another sleepless night- I sit in
my dark room with open eyes, drawing out your face
Your shy smile and gentle eyes
I want to hug you, what do I do?
Don’t cry in places without me, goodbye
Because you can’t lend my shoulders anymore

No, it’s my turn to cry, I’ll do it now
I’ll take all of your tears
It’s my turn to cry, give them to me
even those tears this time

I love you- I still love you so much, I miss you
Don’t cry-please be happy in that place

 

Min Seok duduk di sebelah aku. Dia menghulurkan sehelai sapu tangan untuk mengelap air mataku. Aku tunduk sambil mengelap air mataku. 

“Ji Hye, saya minta maaf tentang hal semalam.” Min Seok memulakan perbualan dengan aku setelah senyap beberapa ketika.

“It’s okay. Saya dah lupakan apa yang berlaku.” Aku bangun untuk pulang ke rumah. Belum sempat aku berlalu pergi, Min Seok menarik tangan aku dan menarik aku ke dalam pelukkannya. Payung yang dipegang dilepaskan ke tanah.

“Ji Hye, apa yang berlaku semalam cumalah satu salah faham. Perempuan itu sebenarnya ialah adik sepupu saya, Hana. Saya keluar menemaninya membeli hadiah untuk awak. Saya bercadang untuk memperkenalkan awak kepada Hana esok.” Min Seok menjelaskan apa yang berlaku sambil memandang mukaku.

Aku senyap. Aku masih meragui apa yang dikatakan oleh Min Seok. Melihat air muka Min Seok membuatkan aku yakin dia tidak menipu. Aku mengelap sisa air mata sebelum pura-pura merajuk.

“Habis itu, kenapa awak tidak layan saya lagi? Saya telefon pun awak tidak angkat.”

“Ji Hye, saya sebenarnya sedang bekerja selepas waktu persekolahan. Krismas semakin dekat jadi saya bercadang untuk menghadiahkan awak sesuatu untuk Krismas.”

Min Seok mengeluarkan sebentuk cincin daripada poketnya. Cincin tersebut diperbuat daripada emas putih dan terdapat sebutir belian kecil di atasnya. Di bahagian dalam cincin tersebut, terdapat ukiran nama aku dan Min Seok di situ.

“Saya bekerja untuk membeli cincin ini untuk awak, Ji Hye. Saya tahu saya ini teman lelaki yang teruk. Terima kasih kerana berada di samping saya. Saya harap awak sudi menerima cincin ini.” Min Seok menyarungkan cincin itu di jariku sebelum mengucup jariku lembut.

Aku diam. Aku membelek cincin di jariku. Aku tersenyum kecil. Ketika itu, baru aku tersedar di jari Min Seok juga tersarung cincin yang serupa. Aku mengambil mafela yang dikait untuk Min Seok dari dalam beg dan menyarungkan mafela tersebut di leher Min Seok. Aku membawa mafela tersebut bersama kerana aku bercadang untuk membuang mafela tersebut disebabkan rasa sakit hati terhadap Min Seok. Mafela itu kelihatan sangat cantik dipakai oleh Min Seok.

“Saya hampir buang mafela ini tadi. Nasib baik mafela ini dapat dipakai oleh pemiliknya.” Aku senyum sambil membetulkan mafela di lehernya.

Min Seok tersenyum. Dia menunduk sebelum bibir kami bertemu.

 “Love you Mr.Baoxi.” Aku berbisik perlahan.

“Apa? Tak dengarlah. Ulang semula boleh tak?” Min Seok tersenyum nakal.

“Sorry, tiada siaran ulangan.” Aku menjelir lidah.

“Sayang awak juga Mrs.Baoxi. Oh, cakap pasal baoxi, jom pergi makan baoxi nak tak?” Min Seok memeluk belakang aku dan berjalan menuju ke kedai bersama.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
dayana_squid #1
Chapter 1: sawitttt >< kreatif lah awak ni
Starr_soo #2
Chapter 1: Aww~~~ sweet giler~~
BGold-YGBdul_ #3
Chapter 1: Oh soo sweettt~~ Xiumin :*
exotic3010 #4
Chapter 1: Bestttttt!!!!!