Prolog

The Blood Brothers

 

Prolog;

       Irama muzik disko bergema di seluruh ruang tingkat bawah bangunan kelab malam Fuyuki Shibari. Ada sesetengah pengunjung menari mengikut rentak lagu yang diputar DJ,  ada juga seronok bergembira dilayani wanita-wanita. Manakala, ada yang melayan perasaan seorang diri di kaunter ditemani beberapa gelas sake.

Di hujung penjuru ruang bawah itu kelihatan seorang perempuan berblaus pendek kelabu dan berskirt jeans pendek paras peha duduk sendirian di atas sofa. Dari jauh, kelihatan pula seorang lelaki berjaket coklat, berkaca mata hitam berjalan masuk menuju ke arah penjuru itu, kemudian dia mengambil tempat di sebelah perempuan tersebut.

 Perempuan itu hanya tersenyum memandang lelaki itu. Mereka berkucupan.

Pada masa yang sama, perempuan berblaus kelabu itu memasukkan tangan kirinya ke dalam poket jaket lelaki tersebut. Sambil, tangan kanan perempuan itu memeluk leher lelaki itu. Pinggang perempuan itu pula dirangkul si lelaki tadi lalu dia membisikkan sesuatu di telinga perempuan itu.

Selepas selesai melakukan adegan tersebut, lelaki itu bangun meninggalkan kelab malam itu. Beberapa minit kemudian, selepas diteguk beberapa kali sake. Si perempuan itu juga turut keluar dari bangunan itu.

 

“Hyunseung, kamu lihat perempuan tadi? Uruskan dia.”

“Baik.”

 

              Di sebuah lorong kecil, suasana gelap bersama lampu jalan samar bercahaya mewarna keadaan suram lorong tersebut. Bertemankan dengan sunyi sepi tanpa sebarang bunyi.

Dari jauh, terlihat bayangan perempuan tadi jelas bergerak sendirian. Di pertengahan jalan, langkahnya terhenti apabila perasaannya menyatakan dia diekori. Dia berpaling ke belakang tiada kelibat sesiapa.

Dia meneruskan langkahnya kembali, tapi perasaan yang sama muncul lagi. Dia berpaling belakang untuk kali kedua, dahinya berkerut.  Dia membuang perasaan curiga itu, lalu diteruskan langkahnya lagi.

Tapi langkahnya mati. Apabila di hadapannya berdiri seorang lelaki lengkap berbaju pelayan kasino, pada tangan kanannya diacu sepucuk pistol ke arah perempuan itu.

“Ingat nama saya baik-baik. Saya Satoshi Hyunseung dari Black Dragon.”

BANG!

Satu tembakan dilepaskan.

Perempuan tersebut jatuh menyembah tanah. Hyunseung tersenyum sinis lalu melangkah ke arah jasad itu. Dia melutut kemudian menyeluk poket skirt jeans milik si mati. Hyunseung bangun kembali, sambil menanggalkan sarung tangan putih yang dipakainya.

“Nampaknya, sarung tangan ini kotor lagi.” keluhnya sendirian.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
pkimkeymint
#1
Oh thank you ^^
Syumee
#2
this is kinda cool bro. its like reading one of those manga, they translated to malay. keep it up