chapter 6

Kyungsoo dan kisahnya

 

 

Mereka adalah selebriti. Well...Selebriti Youtube.

Kyungsoo tidak pernah tahu dan dia tidak merasa pelik mengapa begitu,kerana dia tidak  melawat youtube kecuali untuk mendengar lagu-lagu nyanyian penyanyi-penyanyi pujaannya sahaja atau kadang-kadang untuk menonton video-video pendek yang dipotong dari movie-movie terkenal sekadar untuk menghiburkan diri.Dia malah tidak tahu Youtube boleh menghasilkan selebriti.

Sehinggalah seminggu yang lalu.

Setelah mendapat informasi bahawa mereka yang sangat mahu dijumpainya adalah antara mereka yang agak terkenal di laman perkongsian video itu di dalam negara,dia mula mencari dan menonton beberapa buah video mereka.Dengan itu dia mendapat tahu Sehun dan Kai -ya,itulah nama yang digunakan mereka untuk memperkenalkan diri di dalam salah satu video di bawah channel yang diberi nama ‘WeAreOne’, tidak sahaja menari di depan kedai 7eleven tetapi juga mempersembahkan cover beberapa buah lagu terkenal bersama sebuah band di dalam video-video mereka.

‘Kau terhutang budi dengan aku, Kyungsoo.’ kata Jaehwan di dalam teks mesej yang dihantarnya pada satu malam,disusuli dengan teks yang mengandungi nombor telefon Sehun.Dan sebelum sempat Kyungsoo membalas dengan ucapan terima kasih,satu lagi teks mesej beralamatkan nama Jaehwan sampai dan ia berbunyi, ‘jangan lupakan aku dengan Hyunsik bila kau dah popular nanti.’

Kyungsoo berkerut seketika sebelum tersengih sendiri.‘Bila aku dah terkenal nanti, aku mesti sibuk, so kau tak payah merajuk kalau aku tak layan kau.’ Kyungsoo tergelak lagi apabila mendapat balasan Jaehwan yang dibacanya dalam nada yang penuh emosi, ‘alright. and youre welcome, friend.'

Kyungsoo tidak membalas mesej sahabatnya itu,sebaliknya dia merenung nombor yang dikatakan Jaehwan adalah kepunyaan budak bernama Sehun, budak yang digelar Jaehwan sebagai seorang yang perasan fab.

Dia merasa teruja dan juga buntu kerana walaupun harapan untuk berjumpa lagi dengan lelaki-lelaki aneh itu mula menerangi lubuk hatinya,dia sebenarnya tidak pasti apa yang perlu dilakukannya seterusnya.Buat panggilan semestinya,apa lagi? tapi apa yang perlu dikatakannya tanpa membuatkan orang yang akan ditelefonnya itu memutuskan talian serta merta atau menuduhnya mahu mengganggunya dengan membuat panggilan prank dan sebagainya, kerana, yalah, dia adalah seorang selebriti bukan?

Kyungsoo telefon juga walaubagaimanapun.

“Hello?” Sehun bersuara selepas beberapa saat Kyungsoo menunggu. Suaranya kedengaran relaks,tidak seperti sangkaan Kyungsoo yang menyangka suara itu akan kedengaran keras dan kasar. Permulaan yang baik, fikir Kyungsoo.

“Oh Sehun?” Kyungsoo sekadar ingin memastikan walaupun dia hampir yakin bahawa budak di hujung talian itu adalah budak yang dimaksudkannya.Budak itu diam. Kyungsoo menunggu sambil memikirkan apa yang perlu dikatakannya seterusnya, samada jawapan yang akan didengarinya adalah ya atau tidak.

“Ya. Saya.” jawab Sehun pendek dan bersahaja.Kyungsoo mula membayangkan muka budak itu sekadar yang diingatinya.

“Boleh kita jumpa?” Kyungsoo berterus terang kerana dia tidak tahu cara untuk beramah mesra dengan orang yang tak dikenali.Kyungsoo sedar dia mungkin berbunyi seperti orang pelik, creep dan sebagainya.

“Siapa ni?”

“Saya Kyungsoo…” jawab Kyungsoo, “kita jumpa dekat airport hari tu-”

“ahh, Kyungsoo hyung?” Sehun menyampuk sebelum Kyungsoo memberi keterangan dengan lebih lanjut.

Kyungsoo berkerut. Hyung?

“Y-ya… Saya Kyungsoo… Awak ingat saya?” Kyungsoo cuba menyembunyikan rasa terkejutnya didalam suaranya.Dia tidak ingat yang dia pernah memberitahu budak di hujung talian itu akan umurnya.

"Ingat… hyung yang tanya soalan pelik-pelik dekat airport hari tu, kecik, pakai baju hitam… rambut hitam."

Kyungsoo merasa lega kerana dia tidak perlu menerangkan panjang lebar siapakah dirinya,tapi dia tetap merasa agak takjub kerana dia tidak menyangka Sehun adalah budak yang senang untuk berurusan dengannya.

"err, umur awak berapa?" Tanya Kyungsoo, ingin tahu.

"Dua puluh." Jawabnya pendek. "Hyung dua puluh satu kan? jiran saya bagitahu hyung mintak nombor hari tu. saya tanya siapa, dia pun bagitahu semua pasal hyung."

Semua?

"Jiran awak bagitahu, saya kawan dia ke apa?"

"Tak ada rasanya. entah… tapi dia kata, sepupu dia punya kawan… dia kata hyung peminat kitorang."

"Ahh." Kyungsoo faham. apa lagi kalau bukan Jaehwan punya kerja.

Tapi dia tidak dapat menahan dirinya dari tersenyum kepada dirinya sendiri, masih tidak percaya bahawa semuanya boleh berjalan dengan lancar, tanpa perlu dia dengan kekoknya memberitahu segalanya, termasuk fakta bahawa bukanlah dia seorang stalker. dia tidak pasti mengapa Jaehwan menyuruh sepupunya memberitahu Sehun entang dirinya, tapi nampaknya dia perlu berterima kasih atas usaha sahabatnya itu.

"So, boleh kita jumpa, Sehun?"

"Uh, boleh… boleh kot." Sehun kedengaran teragak-agak.

"Kenapa?"

"Tak. tak ada apa-apa… bila hyung nak jumpa?"

"Bila-bila pun boleh." Kyungsoo tersenyum lagi yang mana semakin melebar.

 

 

 

Kyungsoo berlari-lari anak melintas jalan untuk ke sebuah cafè yang bernama Boss's sebelum mengeluarkan handphonenya bagi memeriksa adakah itu nama cafè yang diberitahu Sehun semalam.

Dua hari selepas dia berjaya berhubung dengan budak kurus bernama Sehun itu,Sehun akhirnya menghantar teks mesej mengatakan dia dan Jongin,kawannya bersetuju untuk berjumpa dengannya di sebuah cafè di Itaewon keesokan harinya.

Dia memasuki cafè yang tidak berapa besar tapi agak penuh itu sebelum melilaukan pandangan ke serata tempat.

Selepas seminit,akhirnya dia terlihat akan Sehun yang mengangkat tangan, memanggilnya dari tempat duduknya.

"Hai." Gumam Kyungsoo sambil tersenyum memandang kedua budak lelaki yang juga tersenyum ke arahnya itu sebelum duduk.

Sehun dan sahabatnya, Jongin merenungnya tanpa berkata apa-apa buat seketika.

"Jongin?"

Jongin mengangguk perlahan tanpa berkata apa-apa.Dia mula berfikir adakah budak itu merasa terancam atau sebagainya dengan kehadirannya.

"Hyung tak nak minum?" Sehun bertanya,kedengaran agak kekok. "Biar saya order."

"Tak apa." Kyungsoo menolak kerana Sehun ternyata sudah mempunyai minumannya sendiri, yang kelihatan seperti teh hijau latte. "Saya pergi sendiri." Dia bangun.

Dia sebenarnya sudah merancang apa yang mahu dilakukannya apabila dia dapat berjumpa dengan Sehun dan juga yang lain-lain,yang mana bersamanya di airport hari itu, tapi membayangkannya ternyata lebih mudah dari lakukannya.

Budak-budak itu kelihatan agak ragu-ragu untuk berjumpanya.pasti ada sebab mengapa.adakah kerana dia tahu tentang rahsia mereka?adakah itu merbahaya bagi mereka?

Selepas mendapatkan kopi ais hitam  yang dipesannya,dia kembali semula kepada mereka.

"Susah nak cari tempat ni?"

Pada pengamatannya Sehun bukan lah seorang yang peramah tapi dia nampak sedang mencuba menjadi peramah. Kyungsoo tiba-tiba merasa kasihan.

"Tak sangat...korang sekolah kat mana?"

"Konkuk uni." Jawab Sehun. "Kitorang dua-dua." Sambungnya sambil mengisyaratkan kepada dirinya dan temannya.

"Oh… uh, korang ni, err,  selebriti kan?...youtuber?" Kyungsoo terasa mahu tergelak, entah mengapa.

Sehun memandang Jongin sebelum tersenyum malu, manakala Jongin pula tersengih.

"Kau ni peminat kitorang ke?" Tanya Jongin selamba.

Sehun tergelak sambil menutup mukanya sebelum memukul lengan Jongin.

Kyungsoo tersengih juga sebelum menggeleng. "Sorry. saya tak pernah tengok korang sampailah hari tu. dekat dalam subway."

"Oh." Mereka mengangguk sebelum memandang sesama mereka kemudian ketawa mengekek.

Kyungsoo fikir mungkin mereka hanya berasa malu.

"Kitorang ingat kau ni peminat, tapi nampak macam tak." Kata Jongin sambil tersengih lagi.

"Korang ada ramai peminat ke?" Dia sekadar bertanya.

Sekali lagi kedua sahabat itu memandang satu sama lain.

"Tak seramai idol punya peminat." Sehun menjawab. " dan biasanya perempuan."

"Kau nak jumpa Sehun sebab apa?" Tanya Jongin dengan mulut dipenuhi kek coklat.

Kyungsoo merenung budak lelaki berkulit tanned sedikit itu.dia pasti budak itu dapat mengagak mengapa dia mahu berjumpa mereka dari matanya yang sentiasa melirik kepada Sehun.

"Korang memang sembunyikan, uh, superpower korang dari orang ramai eh?"

Sehun dan Jongin merenungnya diselangi dengan lirikan mata ke arah satu sama lain. sekali lagi.

"Superpower?" Sehun bersuara sebelum tersenyum.

"Ah, hyung!" Seru Jongin tiba-tiba ke arah belakang Kyungsoo di mana pintu masuk cafè berada.

Kyungsoo terlihat seorang lelaki yang tinggi lagi kurus,memakai baju t-shirt bersaiz besar, berlengan pendek bersama snapback, tersenyum lebar ke arah meja mereka.

"Hai." Tegurnya dengan agak teruja tatkala terlihat Kyungsoo, sebelum matanya tiba-tiba membesar dan mulutnya melopong sedikit.

Dia menghulurkan tangannya. kyungsoo menyambutnya sambil tersenyum. lelaki itu melihatnya seperti dia pernah melihatnya di mana-mana, tapi dia pasti dia belum pernah melihat orang yang mempunyai senyuman sebegitu.

"Peminat korang huh?" Dia menyeringai ke arah dua lagi budak lelaki di situ sebelum duduk di sebelah Kyungsoo.

Sehun dan Jongin tergelak.

"Kyungsoo tak kenal pun kitorang." Jongin berkata.

"Hyung kenal Chanyeol hyung?" Sehun bertanya sambil mengisyaratkan kepada lelaki di sebelah Kyungsoo.

Kyungsoo merenung lelaki bernama Chanyeol itu seketika. adakah dia sepatutnya mengenali lelaki ini?

Dia menggeleng menyebabkan Chanyeol tergelak, mungkin kerana malu dan merasa self-conscious.

"Kalau kyungsoo peminat kitorang, mesti dia kenal kau hyung."

Sehun tergelak sebelum memberitahu Kyungsoo bahawa Chanyeol atau nama penuhnya Park Chanyeol juga adalah selebriti youtube juga, lebih kurang.

"Macam pernah tengok." Kyungsoo bersuara. "Yang main drum ke?"

"Betul." Dengan suara dalamnya, membuatkan Kyungsoo tertanya-tanya adakah betul bahawa dia adalah anak kelahiran tahun 1992 seperti yang diberitahukan kepadanya tadi.

Dia juga mula terfikir,adakah mungkin lelaki ini,Chanyeol,juga adalah sebahagian daripada mereka.yang mana bukan seperti orang lain,orang biasa.Dia memerhatikan Chanyeol.

"Jadi Kyungsoo lah yang nampak Jongin teleport kan, dekat airport hari tu?" Tanya Chanyeol tiba-tiba membuatkan mereka semua yang di situ merenungnya.

Kyungsoo membesarkan matanya,tidak menjangkakan akan perkara itu diungkitkan oleh Chanyeol.jadi dia pun tahu? soalnya kepada dirinya.

"Apa?" Chanyeol bertanya sambil berkerut sedikit. "Bukan ke?"

Sehun mengangguk dengan agak teragak-agak lalu memandang Kyungsoo. "Betul.Kyungsoo hyung lah tu...jongin teleport betul-betul depan mata dia.nasib baik tak pengsan ke, jadi gila ke, hyung ni. kalau aku... aku mesti ingat kau hantu, tak pun makhluk halus."

Jongin memandang Kyungsoo,begitu juga Chanyeol.

"Sorry." Gumam Jongin. "tapi nampak cool dan bergaya kan?...aku faham sangat kenapa kau nak jumpa kitorang lagi, kyungsoo."

"Kau percaya?" Chanyeol bertanya dengan berhati-hati. "Kau tak rasa ni macam silap mata ke? macam prank dalam tv tu… macam, tiba-tiba aku ni sebenarnya host satu rancangan tv pastu nanti aku tunjuk kamera yang kau tak nampak,yang ada kat dalam cafè ni?" Chanyeol melalut sambil tangannya giat membuat isyarat tertentu.

Sehun mengangkat tangannya ke udara untuk meng-highfive Chanyeol.

"Terbaik, hyung." Jongin bersetuju sebelum ketawa.

Kyungsoo diam. memang kemungkinan itu ada,tapi dia tetap akan terus percaya hingga terbukti bahawa ia memang tidak benar sama-sekali.dia bukan bodoh.

"Jadi kau ni pengacara show dekat tv?... pasal apa aku tak pernah tengok pun? ke rancangan kau tak popular?" Kyungsoo menyeringai.

Sehun dan Jongin ketawa lagi dan dia tahu mereka bukan sedang mentertawakannya.

"Well, aku mungkin bukan pengacara." Chanyeol tersengih malu. "Tapi aku rapper." Sambungnya,masih tersengih.

Kyungsoo tergelak perlahan, mendengar lelaki itu melalut.

"Jadi, Chanyeol, kau boleh buat apa?" Dia bertanya secara kasual sambil senyap-senyap berharap bahawa lelaki itu tidak kisah.

"Buat apa?maksud?" Chanyeol berkerut. oh, dia tak kisah, kyungsoo bermonolog di dalam hati.

Kyungsoo mengeluh perlahan. "Boleh tak bagitahu je,aku bukannya nak masukkan korang dalam tv ke apa."

Entah kenapa dia sangat yakin dengan dirinya.

Tapi kenapa tidak? dia bukan rabun atau mungkin mabuk sewaktu Jongin teleport betul-betul di hadapan mukanya di airport hari itu.

Mereka diam,tidak mahu menjawab.masih degil nampaknya.

"Aku boleh bend tanah." Dia cuba berbunyi selamba,seolah-olah memberitahu dia agak berbakat dalam membuat kek.

Chanyeol melopong.sehun juga.Jongin nampaknya juga terkejut hingga tergigit pipinya ketika mengunyah kek coklatnya,kerana dia tiba-tiba mengerang.

Melihat reaksi mereka membuatkan Kyungsoo tergelak. "Korang percaya?"

Mata chanyeol semakin membesar dan ia kelihatan kelakar dan menyeramkan pada masa yang sama.

"Jom keluar.biar aku tunjuk."

 

Mereka sekarang berdiri di dalam sebuah taman tidak jauh dari cafè tadi.Kyungsoo merasa sungguh bertuah hari itu kerana dia sememangnya tidak mengetahui akan kewujudan taman itu sebelum ke situ dan jika tidak,dia tidak tahu di mana lagi tempat yang sesuai untuk ditunjukkan apa yang akan ditunjukkannya.

Kyungsoo melihat ke sekelilingnya sebelum memandang tiga lelaki yang kelihatan seperti menunggu-nunggu sesuatu di hadapannya.mereka sudah jauh dari orang sekarang.

Di sekeliling mereka terdapat pokok-pokok ceri dan juga pokok-pokok yang tidak diketahui kyungsoo akan namanya,yang ditanam di merata tempat di taman itu.

Dia menghentakkan kakinya,maka serta-merta kawasan itu bergoyang,seperti sedang berlaku gempa bumi kecil di situ.

"Woah,woah!" Mereka bertiga mula mencapai satu sama lain untuk berpaut,tapi Chanyeol nampak seperti yang paling teruk dalam mengimbangkan dirinya, jadi dia telah terjatuh di atas punggungnya sebelum sempat dia berpaut kepada apa-apa.

"That was dope!" Seru Jongin sebelum mentertawakan Chanyeol yang sudah pun berdiri kembali.dia mengaduh perlahan sambil menggosok-gosok punggungnya.

Ketiga-tiga lelaki itu memandangnya dengan takjub sementara Kyungsoo mula tersengih kerana merasa sangat teruja dan dadanya pula terasa sungguh lapang.seolah-olah semua kebimbangan dan kesunyian yang dirasainya selama ini hilang entah ke mana.Dia tidak rasa dia pernah merasakan sesuatu seperti ini sebelum ini.dia merasa lega kerana dia dapat mengawal perasaannya,kerana jika tidak dia pasti sudah menangis.

"Woah." Chanyeol tiba-tiba memeluknya,keterujaan tergambar di mukanya yang seolah-olah bercahaya.

"Lagi hyung, lagi sekali." Sehun menepuk lengannya perlahan sambil terlompat-lompat.

"Dah.jangan." chanyeol menyanggah,mengerutkan mukanya. "Tolong jangan. bahaya."

Mereka tergelak melihat Chanyeol yang merengek ketakutan.

"Sorry.aku tak pernah cuba buat,uh,dengan sengaja." Kyungsoo berkata perlahan,khususnya kepada lelaki yang jauh lebih tinggi daripadanya.

Kyungsoo kemudiannya menunjukkan skillnya yang lain seperti membuat bebola tanah di udara,tanpa menyentuhnya,lalu memecahkannya,menyebabkan tanah berterbangan ke udara dan Sehun terjerit,mengatakan sesuatu tentang baju berjenamanya.

"Chanyeol hyung ni fire god." Jongin memberitahu membuatkan lelaki yang paling tinggi di situ itu tersipu-sipu.

"Dia yang kata sendiri macam tu." Sehun menyampuk.

Chanyeol kemudian memetik jarinya, lalu di hadapannya menyala api kecil di udara, perlahan-lahan api itu membentuk sebiji bola berapi sebesar penumbuk.

“eii, mengada-ngada.” Sehun memutarkan matanya terhadap pertunjukan Chanyeol yang mendapat sorakan daripada dua lagi lelaki.

“Jadi kau boleh nyalakan api?” Kyungsoo bertanya tatkala bebola api Chanyeol mula memadam meninggalkan asap halus.

“Duh. kau rasa?” chanyeol mengangkat kening dengan angkuh. kyungsoo mencebik melihatnya.

“maksud aku kau ‘buat’ api bukan manipulasi api. macam tu.” Kyungsoo menerangkan maksud pertanyaannya. “kau kebal ke dengan api?”

Chanyeol kelihatan berfikir sekejap. “entah... tak pernah nak cuba pulak.” dia membuat muka ngeri.

“kau rasa panas tak?” soal Jongin.

“Panas.” jawabnya pendek. “ah, maknanya aku tak kebal dengan api? iya?” dia memuncungkan mulutnya sedikit tanda tidak gembira. "Tapi kalau panas tak bermakna aku tak kebal,tapi macam mana nak tahu? apasal la aku tak pernah terfikir pasal ni?"

Kyungsoo mula menimbang sendiri, adakah chanyeol terlalu bodoh atau cuma terlalu takut untuk mencuba.

“Sehun boleh bend angin kan?”

“Mana kau tahu?” Sehun bertanya kembali, matanya membesar.

Bagi menerangkan bagaimana, kyungsoo mula menceritakan apa yang berlaku di dalam subway itu hari.

“Jadi memang betul kau dengar.”  

"Memang… korang bukannya berbisik." Kyungsoo membalas.

seterusnya mereka berdiri dengan senyap selepas disuruh Sehun. sebaik sahaja menarik nafas, budak itu mula membuat gerakan menggunakan kedua tangannya.

Dia menghulurkan satu tangannya ke arah Chanyeol, meninggikannya hingga ke paras kepalanya sebelum membuat isyarat seperti menjentik sesuatu dan ketika itu juga snapback lelaki tinggi itu tercampak ke belakang.

“Woah!" Seru chanyeol yang cuba mengimbangkan badannya yang terayun kebelakang sedikit akibat terkejut.

"Ahh!" Jongin tiba-tiba menjerit sebelum terjatuh dengan bunyi bedebuk di atas tanah.

Kyungsoo dan chanyeol memandang Jongin secara serentak sebelum memandang Sehun yang sebelah lagi tangannya dihalakan kepada Jongin.

Sehun tergelak,begitu juga yang lain-lain.

"Aku tahu kau yang curi komik-komik aku semalam." Katanya sambil merenung tajam ke arah sahabatnya yang hanya mendengus.

Budak itu kemudiannya menjadikan tornado kecil yang berjaya menserabaikan rambut Chanyeol dan mereka terus mengenakan satu sama lain dengan Jongin yang di kebanyakan masanya cuba berlindung dengan kyungsoo dan meminta pertolongannya.

Selepas mereka bertenang dari mentertawakan Sehun yang kini memasamkan mukanya kerana hampir seluruh badannya diselaputi debu tanah,Kyungsoo mula cuba memujuk dan meminta maaf yang mungkin tidak kedengaran ikhlas langsung.salah budak itu juga kerana menyebabkan kyungsoo berkali-kali jatuh terduduk akibat ditiup angin. "Mahal betul ke baju kau sehun?"

"Of course...suku harga baju engkau kot hyung." Sentapnya ke arah lelaki yang paling pendek itu.

"Ala,sehun...kau ada banyak lagi baju yang lebih kurang macam ni...tak apa, nanti hyung belikan yang baru ya?" Chanyeol memujuk sambil menepuk tanah dari rambut Sehun.

"Terima kasih banyak, hyung. tapi kau mana mampu. aku tahu."

"Ah,diam kau!" Chanyeol memukul belakang kepala sehun. "Kau ni memang...memang patut kau kena dengan Kyungsoo." dia berpaling ke arah yang lain-lain, "alright, jadi kau,Kyungsoo,boleh bend tanah kan?jadi maknanya kita dah ada semua elemen manipulator sekarang."

Kyungsoo mengangkat keningnya ke arah Chanyeol.

"Jadi korang ni macam satu kumpulan ke?...lelaki yang kat airport tu pun sama?"

"Luhan hyung?" Jongin bertanya.

"Ha, Luhan hyung...pastu yang dengan korang dalam subway tu pun sama kan?...dia memang nampak, err, pelik sikit."

"Kris hyung?" Sehun pula bersuara.

"Jadi kau dah jumpa kris hyung jugak?" Chanyeol membesarkan matanya sedikit.

Kyungsoo mengangguk. "Apa diorang punya superpower?"

Jongin tergelak kecil mendengar perkataan yang dianggap cheesy itu daripada kyungsoo.

"Luhan hyung telekinetik. kris hyung pulak boleh melayang-layang atas udara."

"Wah." Kyungsoo menyeru dengan takjub. "Yang lain?"

Chanyeol mula menceritakan tentang sahabat-sahabat mereka yang lain,tentang kebolehan mereka dan hubungan antara mereka serba sedikit dengan ditambah di sana-sini oleh dua lagi budak itu.

"Kau adik luhan hyung?... wah, memang muka korang ada sama... tapi kau lebih sesuai jadi abang… kau nampak macam lagi- tua? pastu tak semesra Luhan hyung."

Sehun hanya mengangkat bahu mendengar komen selamba kyungsoo.

"Semua orang pun cakap macam tu… tapi diorang bukan adik beradik kandung." Jongin secara sukarela menerangkan membuatkan kyungsoo membulatkan matanya lagi dalam ketakjuban.

"Sebenarnya aku pernah jumpa kau." aku chanyeol tiba-tiba sambil tersenyum malu.

Kesemua mereka memberi perhatian kepada Chanyeol sekarang.

"Hyung… mesti kau dengan jongdae hyung dengan baekhyun hyung sekali, buat kerja tu lagi kan?" Sehun menundingkan jarinya ke arah chanyeol.

Lelaki bertelinga unik itu mula bercerita bagaimana lebih kurang sebulan yang lalu dia dan seorang lagi sahabatnya yang dipanggil Jongdae telah menemui rumah yang sama seperti di dalam mimpi sahabatnya itu. kebetulan ketika itu kyungsoo sedang berada di halaman bersama ibunya.

"Stalker." Jongin menuduh sambil membuat muka tidak percaya.

"Jongdae yang beriya ajak aku..." dia mengabaikan tuduhan jongin. "lagipun lepas kitorang jumpa rumah kyungsoo hari tu, kitorang pun berhenti, tak pergi balik situ, sebab exam dah dekat...kau jangan salah faham okay, kyungsoo."

"Jadi jongdae ni boleh ramal ke apa?"

"Tak. dia cuma selalu dapat mimpi pelik-pelik… pastu dia selalu bagitau kitorang yang dia rasa mimpi-mimpi tu nak bagitau dia benda… biasanya yang selalu layan dia, ni lah, lelaki ni." Sehun mengisyaratkan ke arah chanyeol dengan dagunya.

"Sebab aku percaya… lagipun bukan aku sorang je yang selalu layan jongdae. baekhyun dengan luhan hyung pun sama."

"Yelah tu… joonmyun hyung dah bagitau bahaya kan?" Sehun masih mahu menyalahkan chanyeol nampaknya.

"tak langsung...kau tak tau apa-apa,kau diam."

Kyungsoo hanya boleh melihat ke arah dua orang sahabat yang kelihatan seperti bersedia untuk bertumbuk itu ketika dia tiba-tiba merasakan sepasang tangan muncul dari belakangnya,sebelum sempat dia berpaling tangan itu memeluknya kemas.

"Tarik nafas." Dia terdengar suara jongin berbisik di telinganya dan sebelum sempat dia berfikir apa yang sedang berlaku dan apa yang mungkin akan berlaku,dia merasa seperti tubuhnya dikepit,rasanya sama seperti dihimpit kuat ke dinding yang tidak kelihatan di mana-mana.

Dia menjerit apabila tiba-tiba dia merasakan dia sedang jatuh menjunam laju, entah dari mana dalam keadaan kaki ke bawah,dalam posisi berdiri.

"Shh." Jongin berbisik lagi.kedua tangannya masih lagi melingkar kemas di sekeliling Kyungsoo.

Kyungsoo menahan nafas atau dengan kata lain tidak dapat bernafas,tidak lagi menjerit dan apabila dia dapat merasakan bahawa mereka sudah hampir dengan tanah atau lantai batu atau laut,dia tidak dapat berfikir dengan betul lagi,perasaan seperti dihimpit itu datang lagi,dan dalam sekelip mata kakinya sudah pun merasa tanah yang keras di bawahnya.

Lututnya tiba-tiba terasa lemah,sekaligus menyebabkan dia meluncur dari pengangan Jongin lalu terjatuh lutut dahulu ke atas rumput,sebelum membungkuk dengan kedua tangan dijadikan sebagai tongkat.

"Oh my god." Dia termengah-mengah di atas rumput itu sebelum mengubah posisinya kepada duduk dengan kaki terjulur ke hadapan.

"Hei!" Dia terdengar chanyeol bersuara di hadapannya.

Kyungsoo lantas tersedar bahawa dia sedang berada di tempat yang sama dengan yang sebelumnya, beredekatan sehun dan chanyeol, sebelum diteleport oleh Jongin.

Sehun dan chanyeol, kedua-duanya ternganga memandangnya dan juga jongin.

Budak lelaki, si teleporter itu pula menyeringai ke arah kyungsoo. "seronok kan? kan?"

Dia merenung budak itu tajam. nafasnya masih lagi tidak teratur.

"Diamlah." Katanya sebelum tergelak perlahan,terasa mabuk sedikit.sudah tentu ianya menerujakan, siapa yang tidak mahu merasai sesuatu yang seperti drop tower tanpa perlu menuju ke mana-mana taman tema.

Dia bangun di atas kedua kakinya dengan perlahan,sebelum menepuk seluarnya dari tanah sekadarnya.jantungnya masih lagi berdegup kencang dan 'adrenalin rush' kata mereka, masih lagi terasa olehnya.

"Jongin, kau..." sehun membulatkan matanya.

"Kau okay,kyungsoo?" Chanyeol mendekatinya, kelihatan sungguh risau. keningnya bertaut. Kyungsoo hanya mengangguk dengan agak bingung.

"Jongin, kau ni memang." Chanyeol mula dengan cuak. "Kalau jadi apa-apa macam mana?"

Jongin terdiam seketika sebelum memutarkan matanya. "Relax okay? Kyungsoo okay je kan?"

Chanyeol melirik ke arah kyungsoo. "Kau okay? betul?"

Kyungsoo mengangguk lagi. "Kenapa?" Dia memandang mereka semua silih berganti.

Sehun menggeleng-geleng tidak percaya, seolah-olah sangat susah untuk menerangkannya, manakala chanyeol masih lagi merenung Jongin.

"Budak ni tak boleh angkut orang..." chanyeol memberitahu sambil menjeling jongin yang kini memasamkan mukanya. "Kau tahu tak, aku pernah lumpuh dua-dua kaki, sebab budak ni. sehun pun pernah kena... boleh kata, semua orang lah pernah."

Jongin menggeleng, tidak setuju dengan tuduhan yang didengarinya. "Tolong la, hyung. Yixing hyung kan ada... korang semua okay je kan sekarang? tak payah la ungkit benda basi."

"Tapi yixing hyung tak ada kan sekarang? kau nak tanggung kalau jadi apa-apa dekat budak ni?" Chanyeol mengisyaratkan ke arah kyungsoo.

Kyungsoo mahu membetulkan apa yang digunakan chanyeol untuk memaksudkan dirinya, kerana dia sudah pun berumur 21, tapi dia membatalkan keinginannya kerana melihat kepada keadaan yang tidak sesuai.

"Diamlah." Jongin sentap. "Kau banyak cakap kan, hyung? Kau lupa siapa yang bagi parut dekat lengan kris hyung?... ya, nasib baik ada yixing hyung kan, kalau tak?" Matanya merenung tajam ke arah chanyeol.

Chanyeol berkerut mendengar kata-kata budak itu mengenai dirinya, kelihatan bingung dan sedih.kyungsoo seolah-olah dapat melihat tangannya mula menggeletar. sehun pula memberi pandangan menegur ke arah jongin.

"Kau tak suka aku ungkit kan? so, tak payah ungkit aku punya... aku tahu la apa yang aku buat. kyungsoo sihat, elok je kan sekarang? selesai masalah."  Jongin mengakhirkan kata-katanya dengan isyarat tangan yang menzahirkan betapa bengangnya dia dengan pengungkitan perkara yang mungkin sudah menyesalkannya untuk beberapa kali.

Kyungsoo tidak tahu mahu berbuat apa selain berdiri menyaksikan suasana tegang itu dengan kekok. dia melihat kepada jam di tangannya.

5:21 petang.

Dia tidak menyangka mereka sudah berada di situ sejak sekian lama, kerana ia langsung tidak dirasakan sebegitu. mungkin kerana dia sedang berseronok

Bukanlah dia wajib pulang awal atau apa, tapi dia baru teringatkan akan  peringatan kakaknya tentang rancangan tv kegemarannya, hannibal, yang bakal menyiarkan episode terakhirnya untuk musim terbaru itu pada pukul 7:05 malam ini.

"Err, Sehun-" kyungsoo mula dengan perlahan.

"Hey, Jongin, tunggu!" Jerit Sehun tatkala jongin membuka langkah laju, pergi dari situ, sekaligus membenamkan suara kyungsoo dan keinginannya untuk meneruskan ayatnya.

"Hyung, aku balik dulu." Katanya kearah Kyungsoo dan juga chanyeol dengan tergesa-gesa.

Selepas kedua-dua budak itu menghilang dari pandangan, dia terdengar chanyeol mengeluh perlahan. mukanya tidak lagi kelihatan tegang.

Lelaki tinggi lampai itu tersenyum kearahnya membuatkan kyungsoo menjadi keliru seketika,kerana beberapa saat sebelumnya chanyeol kelihatan seperti dia sedang menahan dirinya dari menangis.

Buat seketika kyungsoo mula merisaukan bagaimana keadaan mereka berdua yang baru sahaja bertemu beberapa jam yang lalu akan jadi bila ditinggalkan sendirian, bukanlah dia sudah sangat mesra dengan Sehun atau Jongin, tapi ditinggalkan berdua secara tiba-tiba begitu pastinya kekok bagi kedua mereka.

"Kau naik bas ke datang sini?" Tanya chanyeol,senyuman kecil masih lagi bergayut di bibirnya.dia tidak pula kelihatan kekok berkata-kata.

Kyungsoo mengangguk dan tidak tahu lagi mahu berkata apa jadi dia memilih untuk memulangkan soalan itu kepada yang bertanya. "Kau?"

"Kereta mak aku... nak tumpang? kat mana rumah kau?"

Kyungsoo baru membuka mulut tapi chanyeol lebih cepat bersuara. "Bukchang dong(?) kan?" Dia membuat muka bersalah.

Kyungsoo merenung chanyeol sambil cuba mengingati saat di mana dia mungkin telah menyebutnya sebelum ini, sebelum dia teringat tentang kegiatan chanyeol dan sahabatnya jongdae.

"Sorry...memang aku tak ada niat nak stalk kau." Chanyeol mempertahankan dirinya sekali lagi.

Kyungsoo menggeleng. "Tak. Tak apa. kau datang sekali je kan?"

Chanyeol mengalihkan matanya. "Uh, bukan sekali tu je… ada la dua-tiga kali… tapi sampai rumah kau je, kitorang tak pernah ikut kau ke siapa-siapa ke, pergi ke mana-mana… itu pun jongdae yang beriya-iya nak pergi lagi." Dia kelihatan agak terdesak mahu membuktikan kejernihan niatnya dalam melakukan kerja-kerja pengintipan itu.

Kyungsoo merenung lelaki itu lagi.diekori oleh orang asing memang bukan satu perkara yang menyenangkan,tapi dia faham akan situasi chanyeol sekiranya dia berkata benar.dan dia dapat merasakan yang lelaki tinggi lampai itu memang berkata benar,kerana tidak ada sebab lain lagi yang munasabah untuk seseorang mengintip orang sepertinya -tidak popular dan biasa-biasa saja- selain dari mendapat mimpi yang menunjukkan gambaran rumahnya, semestinya.

"Tak apa. aku faham..." kyungsoo mengangguk sambil tersenyum.

"Bagus." Chanyeol membalas dengan gaya yang agak angkuh, menunjukkan kepuasan hatinya sambil menepuk-nepuk bahu kyungsoo. "Jom, aku hantar...ke kau nak ikut aku, jumpa jongdae dekat dorm dia?"

Idea itu memang kedengaran sangat indah di telinga kyungsoo -bertemu lebih ramai orang sejenis, tapi Hannibal juga adalah satu benda yang besar di dalam dirinya. dia bukan obses dengannya, hanya teguh meminati tanpa pernah mengabaikan walau satu episod, kecuali pada suatu hari, di mana dia menghidapi demam teruk yang menyebabkan dia tertidur sepanjang petang.

"Petang ni mungkin tak boleh... a-aku ada benda nak buat..." dia menggeleng sambil mengharap dia tidak terlalu mengecewakan sahabat barunya itu.

Senyuman chanyeol pada saat seterusnya membuktikan bahawa dia mungkin langsung tidak kecewa. "Okay..." dia mengisyaratkan kyungsoo supaya mengikutinya,mereka berjalan ke luar taman kemudian ke cafè sebelumnya apabila chanyeol tiba-tiba berhenti lalu membuat mimik muka seperti baru terfikirkan satu idea bernas, sambil telunjuknya dihalakan kepada kyungsoo. "Kau bukan nak tengok show bodoh tu kan? kejap, hari ni episod akhir dia kan?"

Kyungsoo berkerut, 'bodoh?'

"Hannibal?" Kalau chanyeol adalah seorang teman rapat, pastinya dia sudah memaki hamun di hadapan mukanya kerana berani memberi kritikan tidak munasabah begitu terhadap sesuatu yang berupa masterpiece.

"Yelah tu. Yang tu."

"Kau tengok?"

Chanyeol menggeleng sambil mengerutkan hidungnya. "Aku tak suka tengok kekejaman atas manusia macam tu... minseok hyung, baekhyun, orang-orang lain lagi, macam obses kot... diorang selalu buat ulasan balik lepas tengok, sampai aku pun boleh tahu macam mana cerita dia."

Kyungsoo tergelak perlahan. orang-orang yang baru ditemuinya dan juga yang pasti akan ditemuinya itu nampaknya bukan sahaja dapat memahami akan kebolehan anehnya, malah mungkin mereka dapat memahami tentang betapa dia meminati hannibal, game of thrones, prince of tennis, dan juga lain-lain lagi.

Dia merasakan senyuman dan perasaan seperti ingin meloncat-loncat ini pasti akan kekal bersamanya untuk masa yang lama.

Hari ahad seterusnya, kyungsoo mendapati dirinya sekali lagi berada di cafè yang sama, tapi kali ini dengan kehadiran orang yang tidak pernah dilihatnya sebelumnya.

Dia menyedut kopi hitam-aisnya sambil memerhatikan lelaki-lelaki di hadapannya berbalas kata.

Dua meja telah digabungkan bagi membolehkan mereka semua berada dekat dengan satu sama lain. Jongdae di sebelahnya, kelihatan langsung tidak terganggu dengan kebisingan di sekelilingnya sedang dia sibuk menghadap sebuah buku tebal.

Kyungsoo melihat kepada minseok di sebelahnya yang lain. Lelaki lebih tua itu kelihatan mengelamun sambil memandang ke luar kedai. Dia mahu mengajaknya berbual tapi minseok langsung nampak tidak berminat dengan apa-apa selain tiang lampu yang tercacak di luar.

"Memang la dia ni." Chanyeol mengherdik. "Aku dah kata bahaya. Tengok apa jadi. kau tanggung, jongin. Kau tanggung."

Jongin mencebik, tapi tidak sempat menjawab kerana luhan terlebih dahulu membuka mulut. Keningnya bertaut. "Aku kata diam, chanyeol. Ni bukan salah jongin pun. Kalaulah ada siapa-siapa yang salah kat sini, kau pun termasuk sekali tahu tak."

Chanyeol mendengus. "Kau tu diam, hyung! tak habis-habis dengan budak kesayangan kau ni. Semua benda yang dia buat, kau nampak macam kesalahan bayi je kan? Apahal?!"

Luhan mengetap gigi dan ketika itu juga, kepala chanyeol seolah-olah ditonyoh oleh makhluk yang tidak dapat dilihat, menyebabkan dia terhayun ke kanannya.

"APAHA-" lelaki tinggi lampai itu menjerit sebelum memegang pergelangan tangan luhan. Kyungsoo mula merasa gerun membayangkan apa yang mungkin terjadi seterusnya, tapi dia tidak dapat tidak merasa teruja juga.

"Chany- kau- woi!" luhan membesarkan matanya, sementara kyungsoo dapat melihat asap halus mula keluar dari celah-celah jari chanyeol yang menggenggam lengan luhan.

Kyungsoo tidak pasti apa yang berlaku seterusnya kerana semuanya menjadi kelam kabut apabila kedua lelaki di sebelahnya yang dari tadi seolah-olah tiada di situ, juga mula masuk campur dengan menjerit dan menengking, tapi apa yang pasti berlaku adalah separuh dari mereka sekarang telah lesap entah ke mana.

Kyungsoo melopong sementara jongdae menggeleng-geleng dan minseok mendesis.

Seluruh kedai mula kecoh dengan bisikan dan pertanyaan. Minseok ketika itu juga menyarankan supaya mereka pergi dari situ.

Selepas berada sudah agak jauh dari cafè itu, mereka berhenti di hadapan sebuah kedai kad kecil.

"Apahal dengan diorang tu?!" Jongdae bertanya sambil berkerut.

"Diorang dah tak betul." Bisik yang paling tua di antara mereka dengan selamba sebelum mengeluarkan handphonenya.

"! Buku aku." Jongdae menyumpah lalu berpusing untuk pergi dari situ, tapi tidak berjaya kerana minseok telah memegang lengannya, menahannya dari berlepas.

"Baik kau jangan cari masalah. Tu bukannya buku engkau pun." Kata minseok perlahan, tapi tegas dan apabila jongdae membuka mulutnya, pastinya untuk menjawab, dia pun menyambung, "dah, jangan cakap banyak. Duduk sini." Sejurus itu dia pun bercakap dengan seseorang melalui telefonnya.

Lelaki yang memakai seluar pendek bercorak bunga-bunga itu menyumpah perlahan. Kyungsoo masih lagi tidak dapat memahami bagaimana jongdae mendapat keberanian untuk memakai seluar yang aneh sebegitu.

"Diorang memang biasa bergaduh macam tu ke?" Kyungsoo bertanya.

"Sentiasa." Jawab jongdae bersungguh. "Diorang semua tak pernah jadi normal, kau mesti faham punya kalau selalu lepak dengan diorang. Tak sah kalau tak buat masalah."

"Siapa diorang?" Sampuk minseok yang nampaknya sudah selesai bercakap dengan siapa sahaja melalui telefon pintarnya. " kau pun sama. Lagi teruk tahu tak."

"Tapi aku tak pernah buat depan orang." Protes jongdae.

"Diorang pun... Dah la. Lu han baru bagitau diorang semua ada dekat rumah dia."

Minseok kemudiannya membawa mereka semua ke rumah luhan dan sehun yang dia tahu terletak di kawasan perumahan elit.

Kyungsoo sememangnya tidak menyangka apa sahaja yang telah berlaku, akan berlaku kerana dia bukanlah seorang peramal, tapi ini semua memang tidak dijangka. Pagi itu, chanyeol muncul dengan luhan dan jongin di hadapan rumahnya bagi membawanya keluar ke cafè untuk melepak seperti yang dirancangkan.

Jongdae adalah seorang yang sentiasa tersenyum, tapi agak canggung. Sejujurnya, dia menyangka lelaki itu akan bersifat lebih seperti chanyeol, kelam kabut dan tidak serius, tapi rupa-rupanya si pengawal arus elektrik yang berbadan kurus itu adalah seorang ulat buku dan penggemar seluar berbunga.

"Seluar ni aku pinjam daripada chanyeol. Kau tengoklah almari dia, berlambak-lambak seluar macam ni. Macam-macam jenis bunga terprin kat semua tu." Jawabnya sambil menyeringai apabila ditanya kyungsoo, sekaligus mendapat tumbukan di bahu daripada chanyeol yang menjelaskan bahawa dia tiada kena mengena dengan seluar berbunga dan jongdae memang terkenal dengan penampilannya yang agak aneh.

Minseok pula walaubagaimanapun adalah seorang yang sopan dan pendiam, kerana dari mula dia masuk ke dalam cafè, dia hanya memperkenalkan dirinya dan kemudian mengucapkan terima kasih kepada kyungsoo yang menawarkan donat yang dipesannya, tidak lebih.

Semuanya berlangsung dengan cukup normal sehinggalah luhan memberitahu satu berita yang membuatkan chanyeol mengungkit kejadian lama. Iaitu berita mengenai, kris yang telah disoal siasat oleh satu kumpulan yang nampaknya sangat dibenci oleh kumpulan sahabat yang baru dikenali kyungsoo itu.

Di dalam perjalanan mereka ke rumah luhan dan sehun yang kyungsoo sudah mula membayangkan kemegahannya, jongdae tidak lagi canggung apabila dia mula bercerita tentang kebolehannya dalam mempelbagaikan cara menggunakan  kelebihan istimewanya dengan sekali-sekala disampuk oleh minseok si pemandu yang tidak sudah-sudah memberi komen sinisnya.

Mereka berhenti diluar pagar batu tinggi yang mengelilingi rumah luhan dan sehun.

Minseok yang pertama keluar dari kereta dan tidak sampai seminit kemudian, dia masuk kembali, kelihatan cemas.

"Jangan keluar lagi." Bisik minseok.

"Apahal?" Tanya jongdae, juga berbisik. Kyungsoo pula hanya menunggu informasi dari siapa sahaja yang murah hati mahu memberitahu. Oleh kerana dia sedar yang dia masih baru dengan keadaan sebegini, dia sentiasa bersabar menanti diperjelaskan benda yang kusut dari sibuk bertanya soalan setiap minit.

"Tengok." Minseok mengisyaratkan kepada sebuah kereta yang baru diparkir betul-betul di hadapan mereka. Sesiapa sahaja yang berada di dalam kereta itu, sampai di situ betul-betul selepas mereka.

Seorang lelaki dan seorang perempuan keluar dari kereta berwarna hitam yang tertera lambang BMW di belakangnya. Mereka kelihatan masih muda dan juga berjalan dengan agak megah.

"Kau kenal ke diorang?" Bisik jongdae dan kyungsoo mahu sangat tahu mengapa dia perlu berbisik, tapi dia tidak bodoh untuk benar-benar lakukannya saat itu.

"Aku rasa." Jawab minseok selepas seketika. "Lelaki tu lah yang datang jumpa kris dua hari lepas kalau tak silap."

Kedua manusia asing itu menghilangkan diri ke dalam pagar rumah dua beradik itu.

"Iya?" Jongdae membesarkan matanya. "Kau ada sekali dengan kris hyung waktu tu? Diorang cakap apa dekat dia?"

Minseok mengangkat bahu. "Benda biasa. Pasal undang-undang entah apa-apa tu lah. Diorang bagitahu yang diorang akan perhatikan kris dan yang lain-lain mula dari hari tu."

"Apa dia? Yang lain-lain?" Jongdae berkerut.

Bagaimanapun kyungsoo lebih terkejut dengan perkataan 'undang-undang' yang seolah-olah baru pertama kali dia mendengarnya sejak dia lahir. "Undang-undang?!"

Kedua lelaki yang duduk di tempat pemandu dan penumpang itu berpaling kepadanya.

Jongdae tersengih. "Comel betul kau ni. Kau macam betul-betul baru keluar dari ceruk gua kat mana-mana."

Kyungsoo merenung jongdae kerana mahu tahu adakah apa yang baru diucapnya itu bermaksud mahu menyindir atau sekadar komen semberono.

"Tak. Tak apa." Lelaki itu menggeleng sambil tersenyum penuh rasa bersalah. "Baguslah kau tak tahu, sebab tu maknanya kau hidup macam orang normal selama ni. Betul tak, hyung?"

Minseok tersenyum ke arah kyungsoo. "Bukan kau sorang je tak tahu. Aku pun baru je tahu sebenarnya."

Kyungsoo mengangguk perlahan bagi memberitahu yang dia faham. "Korang hidup macam bukan orang normal ke selama ni?" Dia bertanya dengan rasa mahu tahu yang sungguh.

Jongdae dan minseok memandang satu sama lain sebelum minseok bersuara, "kalau kau kawan dengan dia ni, memang tak ada benda yang normal."

"Banyaklah. Kita semua memang tak normal." Balas jongdae dengan tidak puas hati. "Aku tak pernah rasa aku normal, sebab aku tak boleh pakai alat-alat bodoh yang orang panggil gadget tu, kau tahu." Dia memandang kyungsoo.

"Betul. Sebab tu budak ni pilih hobi- apa dia? mengembara ke alam lain?" Minseok ketawa mengekek sebelum berpusing ke arah Kyungsoo dan menyambung. "a.k.a membaca."

"Diam lah. kalau kau tak suka membaca maknanya macam kau ni hidup dalam dunia yang kecik, bosan, bodoh pulak tu, tahu? Macam bagus sangat." Cemuh jongdae dengan bersungguh sekali.

Minseok mendengus sebelum menggeleng. "Entah siapa pulak yang kata dia benci buku kat sini." Katanya sinis sambil memutarkan bola matanya. "Kyungsoo, kau bertuah tahu tak, dapat hidup tanpa gangguan macam 'ni' selama ni." Minseok jelasnya sedang berkata mengenai temannya yang di sebelahnya. "Pasal undang-undang tu kau tak payah fikir sangat lah. Kalau kau boleh berlagak normal setiap masa, lagi senang. Tak ada lah masalah."

Tanpa membuang masa, mereka terus masuk ke dalam sejurus sahaja kereta di hadapan kereta minseok berlalu dari situ.

Rumah dua tingkat di hadapa mereka tersergam megah, seolah-olah mengeluarkan aura megahnya di sana sini hingga menyebabkan kyungsoo merasa kecil dan asing di situ.

Banglo gaya lama, akan tetapi besar dan cantik itu dikelilingi oleh laman yang luas dan menghijau. Mereka melalui jalan batu yang diukir dengan corak bunga sakura yang besar, yang menuju ke pintu utama.

Pintu rumah itu memang sudah terbuka ketika mereka mendekatinya.

"Masuklah. Mak ayah aku tak ada." Pelawa luhan bersahaja sebaik sahaja muncul di muka pintu. Kyungsoo tidak dapat tidak merenung kepada hujung lengan baju kemeja luhan yang berlubang, dan kulit cerahnya di bahagian yang sama yang memerah.

Jongdae menyeringai sebelum bersuara dengan teruja. " dah berapa kali masuk pun, aku tetap rasa excited tiap kali datang sini."

Mereka ke ruang tamu, di mana terdapat sofa berwarna hitam yang nampak sungguh elegant dan mahal, hingga hampir membuatkan kyungsoo tidak sanggup untuk meletakkan punggungnya di atasnya.

"Jongin, tolong bawak sini puding dengan japchae tu!" Jerit luhan kepada satu arah, yang mana kyungsoo mengagak adalah dapur.

"Hyung, puding? Puding manga pakcik kyung?" Jongdae meninggikan suaranya manakala kyungsoo mula membayang akan pemilik nama itu sebagai seorang yang segak dan bersopan sesuai dengan perwatakan seseorang yang memiliki rumah yang mungkin harganya berjuta won. Ya, dia mengagak pakcik kyung adalah ayah luhan atau mungkin sehun, dia tidak pasti lagi tentang hal itu, memandangkan mereka tidak berkongsi kedua ibu bapa yang sama.

Luhan tersenyum lebar. "Of course. Aku saja mintak dia buat semalam, sebab aku memang nak ajak kyungsoo dengan korang datang sini."

Kyungsoo melihat ke arah jongdae yang terlompat-lompat di atas sofa yang nampak mahal itu sambil tergelak perlahan. Dia tidak akan tipu yang dia juga merasa bersemangat dengan apa sahaja yang mendatang di hadapannya, tidak kira apa sahaja. Dia mula merasa apa yang dikata jongdae mungkin betul, kerana dia merasa seperti dia baru melihat dunia yang sebenar. Seperti baru mengenali apa sahaja yang dia tidak pernah nampak dan sedar sebelumnya. Ini bukan mengenai kemewahan yang berada di hadapannya sahaja. Ia lebih dari itu.

Jongin muncul seketika kemudian dengan beberapa botol soju, di belakangnya menyusul sesusuk tubuh yang lebih tinggi kepunyaan chanyeol yang mana membawa semangkuk besar sesuatu berupa puding yang berwarna kuning pekat.

"Hyung, kau pergi ambik japchae dengan benda lain lagi." Kata jongin dengan mulut yang penuh dengan sesuatu sebelum duduk.

"Tolong, chanyeol." Sambung luhan sambil tersenyum yang sudah pun duduk di sebelah jongin.

Chanyeol memberi pandangan seakan boleh membawa maut kepada budak berkulit sedikit gelap itu sebelum berlalu dari situ.

"Cerita apa jadi." Mula minseok sebelum sesiapa melakukannya terlebih dahulu. "Apahal kau teleport tengah-tengah orang macam tu, jongin?"

Budak itu memuncungkan mulutnya sedikit sebelum mengerling ke arah luhan di sebelahnya. "Aku cuma nak angkut luhan hyung je senyap-senyap, tapi tak pasal-pasal hyung yang itu menyibuk. Memang aku langsung tak ada niat nak bagi orang tengok. sumpah."

Minseok memandang luhan dan luhan seperti faham maksud di sebaliknya kerana dia terus mengangguk. "Aku okey. Serius. Chanyeol pun. Jongin memang dah boleh angkut orang."

"Tangan kau, hyung? Teruk ke?" Jongdae pula bertanya tanpa melihat kepada luhan, kerana puding di hadapannya lebih penting dari segala apa pun nampaknya. Tangannya sibuk mengusik benda lembut yang sejuk itu.

"Tak pun. Chanyeol boleh kawal api dia. nasib baik jugak. Kalau tak, boleh hilang separuh tangan aku." Luhan tergelak seorang diri kerana yang lain, jelasnya faham akan kebahayaan situasi itu.

"Sorry la, hyung." Chanyeol muncul dengan seperiuk japchae di tangannya. "Aku saja je acah tadi, betul, tapi boleh pulak budak jongin ni pergi teleport tiba-tiba, api aku pun jadi tak terkawal la. Bahaya tahu tak?" dia menjegilkan matanya ke arah Jongin. "Lepas tu aku pulak yang kena."

"Banyaklah kau punya acah, hyung. Melawak pun ada had dia, tahu tak?" Jongin membalas dengan dingin. "Dah memang salah kau pun, tak payah nak salahkan orang pulak."

"DIAM BOLEH TAK?!" Luhan menengking dan kyungsoo tersentak sedikit. "Korang dua-dua salah. Tak sudah-sudah memekak depan orang. Nasib baik tadi zhoumi yang datang, kalau orang lain, korang tanggung lah sendiri. Menyusahkan orang betul."

"Bodoh betul korang ni." Sampuk jongdae selamba sebelum berlalu dari situ bagi mengambil gelas katanya.

Kedua-dua lelaki yang ditengking itu hanya merenung marah ke arah apa sahaja selain makhluk yang bernyawa di situ.

"Sorry, kyungsoo." Luhan berkata sambil tersengih, berbeza betul dengan keadaanya beberapa saat sebelumnya. "Tak pasal-pasal kau kena hadap drama murah ni. Makanlah... oh, kejap, aku pergi ambik mangkuk."

Sekarang hanya tinggal mereka berempat di ruang yang luas itu. Minseok merenung kedua-dua sahabat yang yang sedang mempunyai masalah sesama sendiri itu sementara kyungsoo lebih tertarik untuk melihat kepada sekelilingnya, kepada kemewahan yang terbentang. Ruang itu dilimpahi dengan cahaya dari luar yang terpancar melalui dinding kaca yang berdiri megah di situ.

"Diorang bagitahu apa dekat engkau orang?" Minseok bertanya. Kyungsoo memberi perhatian kembali.

Chanyeol mencebik. "Kalau benda ni jadi lagi, kami terpaksa tahan sesiapa sahaja yang terbabit. Sila ambil serius peraturan council, kalau tak nak masalah." Dia mengajuk dengan lenggok gaya seperti seorang lelaki yang lembut dan bersopan, maka serta merta kyungsoo tahu bahawa lelaki chanyeol sedang mengajuk percakapan seorang perempuan.

"Siapa council ni?" Kyungsoo bertanya, tidak sabar mahu tahu siapakah gerangan yang nampaknya selalu menjadi topik perbualan sahabat-sahabat barunya.

 

 

a/n: chapter ni sebenarnya dah lama saya tulis, tapi sebab masalah apa entah, fic ni macam terhapus dari sini. hari ni tiba-tiba jumpa balik. so, yeah.

kepada kakak-kakak, adik-adik yang subscribe, terima kasih.

kepada siapa yang menunggu (ada ke? haha) maaf sangat kerana membiarkan anda menunggu sampai setahun. dan seperti yang sebelum ni, chapter ni pun masih lagi mengarut. word vomit orang kata? hoho. sampai bila baca balik, rasa loya kot.

ini kemungkinan adalah chapter yang terakhir sebenarnya, sebab-- entah. masalah writer's block? (saya sentiasa ada masalah ni sebenarnya ehem. tak layak pun dipanggil writer). maaf sekali lagi sebab buat penyataan ni pada akhir chapter ;-p sorry, not sorry?

oh, tapi mungkin saya akan sambung. kalau ada orang nak? yeah. let me know.

chill guys. oh, kalau anda perasa ada perubahan nama pada chapter ini, abaikan. much obliged.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
JEON_JI #1
Chapter 7: Setahun dah saya tunggu fic ni ㅠoㅠ... bila nak updateee.... huwaaa TToTT
AHNHYUNWOO #2
Chapter 7: update lah saya suka baca cite lawak ni . Tak pernah bace cite melayu kat asianfanfic
.
EfyyExo
#3
Chapter 7: update please huhu T^T nak bce lagiii ><
hanah2212
#4
Chapter 6: Tak suka perkataan oppa jugak :D
kariss #5
Chapter 3: UPDATE SOON ! ^^ (as fast as u can ~ ^^)
kariss #6
Chapter 2: Update soon ! ^^