Diary Hitam Tao

Kenangan Semalam

20 March 2013 

 

Hari ni aku nampak dia lagi..

Gadis comel yang berjaya mencuit hati dan perhatian ku..

Ahh..Setiap petang dia akan duduk di bangku tu sambil menulis sesuatu di dalam diarynya..

Tanpa menghiraukan sesiapa di situ...

Adakah dia akan pandang aku yang sibuk berlatih wushu setiap petang kat sini

Aku jadi curious...

Aku rasa curious tentang semua perkara tentang perempuan ni..

Suka?

Aku suka dia?

 

25 March 2013

Aku perasan yang stamina aku semakin lemah..

Aku dah tak sekuat dahulu..

Aku risau..

Adakah penyakit Leukimia dahulu menyerang balik?

 

30 March 2013

Benar..Tuhan ku..

Penyakitku datang kembali...

menyerang ku kembali disaat aku ingin mengecapi kehidupan..

Doktor Lee Jin Ki mengesahkan aku menghidap kembali Leukimia dan bertanya tentang treatment...

Ah..adakah diorang tahu betapa sakitnya treatment.

Rawatan pemindahan sum-sum tulang?

Kemoterapi??

Aku sudah tidak kuat lagi...

Aku dah penat..

 

14  July 2014..

Aku fikir dan terus berfikir..

Apa sebenarnya impian hidup sementaraku ni..

Aku lihat semula senarai perkara yang aku ingin lakukan yang ku senarai ketika aku kecil dahulu semasa terperap dalam hospital..

Semua telah ku lakukan ..

Lengkap...

Tetapi baru aku sedar...

Aku kekurangan sesuatu benda yang penting ..

Kehadiran seorang perempuan dalam hidup ku..

Cinta...

Siapa?

Gadis comel tuh?

Yep...

Aku ingin mencintai diri dia..

Bolehkah aku?

 

20 July 2013

Aku cepat-cepat tamatkan training wushu ku dan segera berlari ke bangku itu sebelum gadis itu sampai.

Aku pura2 tertidur di situ..

Tak sampai 5 minit aku pejamkan mata aku ..aku rasa kehadirannya di sini..

Aku mendengarnya membebel sambil aku cuba menahan ketawa..

Aku pelahan2 membuka mata and memperkenalkan diri aku..

Sewaktu aku terbangun dan berdiri aku hampir terpeluk diri dia beb!

Wah...comelnya muka dia..Aku rasa masa seolah-olah bergerak lambat ketika pandang wajah dia..

Jang Jung Hana?

Hana-ah...

I in love with you...

Seriously...

 

15 July 2013

Semakin aku dekat dengan mu..

Semakin aku mengimpikan pelbagai benda...

bersama kamu..

Family..

Ko sebagai Isteri aku..

Ibu kepada anak-anak kembar kita yang nakal..

Si Abang..

dan Adik perempuannya..

Ikut muka siapa??

Hana-ah atau aku??

Aku lagi suka Klau twin ikut  muka Hana-ah even her personality

Tapi..Trait aku yang rare ni nak campak mana??

Hahahahaha

Keluarga yang bahagia bukan tak Hana-ah?

Tapi aku tahu...

Semua benda itu takkan berlaku...

Jika kau tahu apa yang berlaku Hana-ah..

Mesti kau kecewa kan Hana-ah?

Biahne ..

 

1 August 2013 

 

Hari ni aku lamar Hana jadi girlfriend aku ..

Yes!!!Dia terima!!!

Hahahahahahahahahahahahahaha (berapa banyak ketawa dar.. XD)

Aku bahagia giler2 ..Seriously bahagia..

Nak tahu apew??

Dia panggil aku oppa~

Sekali lagi...

Oppa~

Dan berkali-kali lagi??

Oppa!!! XD

 

 

15 August 2013

Hari ni kami tengok Bintang..

Oh..Hana suka tengok bintang eh sayang?

Tao ini Bintang Hana??

Aigo..Kyeoptanyer dia cakap mcm tuh....

Klau mcm tu Hana ini bulan Tao...

Sebab Hana lah yang menyuluh jalan oppa di kala oppa teraba-raba mencari jalan..

Gumawo Hana sebab sudi jadi Bulan Tao...

 

20 August 2013

Ahhh..Badan aku sakit giler...

Darah pun asyik mengalir celah gusi dan hidung.

Nasib baik Hana tak perasan..

Aku tak nak balik ke hospital balik..

Sebab aku tahu masa kian suntuk..

 

1 November 2013

Dear diary..Tadi aku pengsan time training wushu dan darah mengalir dari hidung tanpa henti.

Yup rahsia aku dah terbongkar oleh Dr.Lee kepada Hana...

Hana nak aku buat treatment...

Oppa tak nak sayang...

Rasa dia sakit...sakit sangat...

Tapi kenapa hati oppa lagi sakit melihat ko tersenyum walaupun hati ko menangis..

Jangan nangis sayang..

Oppa tak suka..

 

3 November 2013 

Ahhh...

Kene tempatkan di hospital ??!

Aku tak nak...

Aku nak bebas ..

Tolonglah..

Aku dah penat makan ubat..

Aku dah penat ngan makanan hospital..

Aku dah penat dengan tiada orang sudi melawat aku semasa di hospital..

Sebab Aku ni anak dari keluarga bermasalah..

Aku dah penat ngan kenangan lama yang berulang diotakku 

Harapan aku semasa kecil ..

Semua hancur...

 

5 November 2013

Dear diary..

Hari ni Hana lawat aku..

Bukan setakat hari ni..

Hari-hari lain jugak..

Wah...Aku suka ><

Tetapi..

Sebagaimana dia sorokkan pun..

Aku tahu dia menangis ..

Sayang...

Janganla...

Perlukah aku biarkan dia dengan lakonannya 

Atau sedapkan hatinya dengan membiar dia terus tersenyum walaupun hatinya menangis?

Aku buntu~

 

10 November 2013

Setiap Hari yang aku lalui cukup untuk menyedarkan aku sesuatu..

Aku tak seharusnya begitu..

Aku rasa mcm selfish..

membiarkan dia menderita begitu..

Aku tahu dia tidak boleh terima kenyatan..

Aku..

Aku tak nak dia ...

dan hatinya sakit selepas aku pergi nanti...

Ahh..Tuhan..apa patut aku lakukan?

 

12 November 2013

Selamat Hari Jadi sayang~

Selamat Hari Jadi~

Hahahaha...

Hari ni hari jadi Hana..

Penat aku pujuk seorang nurse uhh dengan aego tak menjadi aku ...

Untuk beli cake kat luar..

But Berbaloilah..

Hana gembira giler..

Satu yang oppa pinta saat Hana wish..

Supaya saat oppa pergi nanti ada orang yang gantikan tempat Oppa..

Bina sebuah keluarga yang oppa impikan untuk Hana..

Realisasikan Impian2 tu untuk oppa 

Oppa nak Hana bahagia..

 

23 November 2013

Aish Sayang...

Sayang tahu x ?

Oppa boleh baca setiap raut muka sayang tanpa ada terselindung pun..

Oppa tahu Hana still takut..

Oppa tahu segala perasaan sayang..

tetapi oppa pura-pura tidak mengerti..

Dan selalu sebut tentang kematian..

perkara yang sayang paling tak suka..

Sayang...Masa bergerak pantas...

Dan sebentar lagi oppa akan pergi..

Jangan buat oppa serba salah ye sayang.

 

 

29 November 2013

Ah...

Sebulan lagi?

Aku mula menerima kenyataan..

Ini takdir hidup ku..

Tetapi adakah Hana menerimanya dengan hari yang lapang..?

 

10 Disember 2013

Tak tahu kenapa jantung aku makin laju setiap kali melihat melihat jam dihadapanku berdetik 

Maju ke hadapan..

Aku ingin mengundurnya kembali..

Tapi aku tahu ia mustahil walaupun hanya sedetik kebelakang.

Sama seperti kehidupanku..

Masa akan tetap bergerak walaupun aku tak mahu..

Itu salah satu kenyataan yang aku berjaya terima sekarang..

 

20 Disember 2013

 

Ahh..Tuhan..

Dia tak terima kenyataan lagi..

Macam mana ni??

Aku tak sanggup melihat dia begini lagi..

Setiap hari duduk di bangku yang sama di kloridor sambil menangis menulis diarynya..

Yup..aku memerhatikan dia setiap hari tanpa dia sedari..

Ketika itu lah dia menunjukkan dirinya yang sebenar..

Dirinya yang takut kehilanganku..

Ne...

Aku kene buat sesuatu..

 

 

 

27 Disember 2012 

Aku tahu dia takut..

Aku tahu disebalik senyuman dan tawa yang dihidangkan oleh nya setiap hari ada tangisan yang cuba disembunyikan olehnya..

Aku tahu sebaik sahaja kau langkah dari pintu ini , air mata kau mengalir..

Sayang..Aku tahu berat untuk kamu menerima kenyataan yang pahit untuk kita..

Sayang , jangan biarkan air mata itu mengalir di mata indah mu lagi selepas ini..

Aku tahu..

Aku tidak mempunyai masa lagi sayang..

Setiap hari aku berdoa agar kita dapat hidup bersama..

Berangan aku dan kamu mempunyai keluarga bersama..

Anak lelaki kembar kita berlari-lari ria di halaman rumah..

Sambil aku memeluk kamu dan membisikkan kata-kata cinta kepada mu..

Tapi aku tahu itu tidak mungkin berlaku..

Apa yang aku harap sekarang..

agar aku dapat membahagiakan kamu di sisa sisa hidup ku..

Mencintai kamu dengan cinta yang abadi

Dari diri ku insan yang tidak sempurna ini..

Kepada mu...cintaku dan anugerah tuhan yang terindah  ..

Jang Jung Hana...

 

31 Disember 2013

Aku rasa lain hari ini.

Mungkin petanda aku akan pergi sebentar lagi?

Aku dah bercakap ngan doktor Lee tadi..

Aku mintak kebenaran dia untuk keluar melihat bunga api..

Semestinya ORANG TUA tu marah ngan keputusan aku..

Tapi aku cakap dengan dia..

Masa aku kian suntuk..

Biar aku habiskan masa aku yang suntuk ni ngan kebebasan..

Kasih sayang..

Cinta 

bersama kekasih hati ku..

Anugerah yang tak terhingga 

Aku nak jumpa dia kat tempat pertama kali kita bertemu secara rasmi..

Biar aku mati di atas riba Hana..gadis yang aku cintai..

Sebelum uh...Aku nak dia lepaskan pemergian aku dengan relanya..

Hana-ah..Wa Ai' ni..

 

 

Aku mengesat Air mata aku yang berlinangan dan membuka helaian akhir dairi Tao.Kelihatan ada 2 sampul surat disitu bertulis 'untuk Cinta terakhirku Jang Jung Hana' dan 'Untuk Suami Jang Jung Hana'

'Oppa..apa oppa fikirkan ni..''

 

 

 

Kehadapan Jang Jung Hana yang ku cintai lagi ku sayangi..

Sekarang ni kalau sayang dah habis baca diary oppa dan sekarang ni ngah baca surat oppa..

Gerenti I am dead right? hahahaha..okey..okey..sorry...jangan nangis lagi..Buruk ahhh...

Takde lah sayang..Walaupun apa keadaan sekali pun,oppa tetap nampak Sayang cantik dan comel sebab bagi oppa sayang adalah bidadari sempurna yang dianugerahkan kepada oppa untuk menemani kehidupan oppa yang singkat ni..

Satu benda yang oppa harap..

Sekarang ni Anggaplah oppa sebagai kenangan semalam sayang..dan teruskan kehidupan dengan gembira tanpa air mata demi oppa..

Sayang kene kuat..Sentiasa ceria dan tersenyum menghadapi hari yang akan datang..Sebab itulah Jung Hana yang oppa kenal..Jung Hana ,my moon ..

Bila satu yang oppa minta dari Hana,tolong cari penganti oppa..

Anggap oppa sebagai kenangan semalam dan terus...menuju kehadapan..

Walaupun sebenarnya oppa terasa terkilan sebab bukan oppa yang menjadi lelaki yang terpilih untuk Hana sayang..

Tetapi sekurang-kurangnya terkilan oppa ni terubat apabila melihat sayang bahagia bersama lelaki itu.

oh ya...jika Hana ada anak perempuan nanti ,

namakan dia Aiza...

seperti apa yang kita berangankan ya?

Tolong sampaikan salam dan surat yang oppa tulis ini kepada dia nanti..

Dan hidup bahagia bersama dia..

Dan ingatlah Jung Hana,Oppa, Huang Zi Tao akan tetap mencintai cinta terakhirnya , Jang Jung Hana sehingga akhir hayatnya dan akan setia mendoakan dan akan terus mencintai Jung Hana di atas nanti..

 

Salam terakhir untuk Sayang,

           Huang Zi Tao

 

 

"Hahahaha" aku ketawa pelahan sambil mengesat air mata yang berlinangan di atas bangku kegemaran ku.

'Oppa...walaupun sudah sebulan oppa tinggalkan Hana...'

'Hana masih tak boleh lupakan oppa..'

'Oppa...'

 

"Oppa...oppa giler eh??!" Aku menjerit sambil memandang langit yang biru itu.Suasana di sekitarku yang sunyi tanpa manusia membuatkan aku makin lantang menyuarakan isi hatiku .

"Sedap-sedap jew request suruh cari lain???!!!Ani!!Aneyo!!Hana nak oppa Tao jugak!!"

"Just Oppa only..Jebal...."Aku menangis teresak-esak.

'Tuhan ...aku nak Huang Zi Tao only..Itu impian aku..Wish aku..aku tak nak lelaki lain..tolonglah aku..'

'aku tak nak yang lain..'

'tolong...'

'Benci...'

 

"Hana benci oppa!!Benci!!" Aku mengambil diarynya diatas bangku dan campak diary itu jauh-jauh sambil aku jatuh melutut di atas rumput sambil menangis menangisi hidup aku..

'Aku sebenarnya lagi benci kehidupan aku..'

'seolah-olah aku tak berhak mendapatkan kebahagiaan aku sendiri..'

 

 

 

 

 


 

Hana memandang sekeliling dan menghela nafas panjang sebelum memula langkah pertamanya ke tebing tasik .

'Jika ini satu satunya jalan tuhanku...'

Air mata Hana menitis tanpa ditahan.

'jika ini satu-satunya cara aku agar dapat bersama dengan dia...aku rela...'

Dia sudah tekad.Hana terus melompat ke dalam air yang tenang itu  sambil memejam matanya.Hingga mengeluarkan bunyi percikan air yang kuat di sekitar taman itu.

 

"JANGAN!! HANA-ah!!"

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ffzreen
#1
Chapter 4: Sedihnyaaaa ㅠㅠ
RabieKriss00
#2
Chapter 1: Author-nim , Nak Tanya , Lagu Tu , LAgu Yang Hana Nyanyu Tu , TajukNya APa ? Nyanyian Siapa ?
ImHaneul
#3
Chapter 3: oh tidak... saya hampir menangis baca ff awak ni. sedih. dalamnya cinta Hana pada Tao~
"cinta pertama tak semestinya abadi," ayat ni buat saya sedih~~ by the way, ff ni best~~~
Chandeliyeol #4
Chapter 3: Seriously,sya x prnh menangis seteruk ni bile bace ff yg sedih TT^TT . Kesian dkt Hana dan Tao . Btw , authornim daebakk!! Menangis x henti lgi ni .. Haahhaa
miss_almond #5
Chapter 3: Adoi . Nangis x henti2 . So sad . :'(
BokuGaIru #6
Chapter 1: Anda berjaya buatkan sy click cerita ni 2 kali..huhu
xxsnowflakesxx #7
Chapter 3: Ahh dah baca cerita ni, bru fhm kenapa watak Lu Tao ( yg citer tu, yg tu e u e haha ) tu bukannya lakonan Huang Zitao. Baru fhm u - u

sedih citer ni, nangeh tak habis2 dah ni orz goodjob (y)
Krzyalpha
#8
Umm, the poster is very beautiful but I dont understand. Is she died? * blank *
baekielover #9
Chapter 4: sedihnya.dan sngat best dan pandai akak buat cerita.