Can't stand seeing your smile with him.

Description

author | kris_exofanny

storytitle |  can't stand seeing your smile with him. 

casting | kris wu, oc, baekhyun

 

(WARNING) malay language

 


"Mana Seora?" soal Datin Wu sambil melihat tajam ke arah satu-satunya anak lelaki yang dia ada, Kris Wu. Kris Wu  hanya terdiam, kaku. Menambahkan lagi kemarahan yang sudah berlubuk di hati Datin Wu. "Wu Yifan! Mama tanya, mana Seora?!" wanita lewat 50-an itu meninggikan suaranya.

"Dia dah lari, mama." jawab Kris dengan suaranya yang terketar-ketar.

"Lari?! Kamu memang tak sayang mama ye,  Wu Yifan?! Lagi dua hari je sebelum perkahwinan kamu!" Datin Wu tidak boleh sembunyikan rasa kecewanya. "Mama dah cakap dulu, mama tak suka Seora. Kamu degil. Sekarang dah jadi macam ni, mama jugak yang susah..." rungutnya.

"Mama, Seora tu baik. Tapi dia...." Kris masih lagi mempertahankan wanita yang bernama 'Seora' itu.

"Baik lagi macam tu?! Wu Yifan, dah sah kamu ni buta!! Buta hati perut!!" tengking Datin Wu.  

"Apa bising-bising ni?" Dato' Wu tiba-tiba muncul. Kris hanya mendiamkan diri. Datin Wu pula susah hati dan kecewa dengan anaknya yang tak pandai memilih teman hidup. "Seora lari, bang.... Seora dah lari..." tangis Datin Wu. Dato' Wu menggeleng perlahan sambil melepaskan keluhan berat. 

"Yifan, masa Seora curang hari tu kamu cakap dia cuma berkawan. Kami maafkan. Sekarang dia dah lari, dekat-dekat nak kahwin pulak tu, nak kami maafkan lagi ke?" sindir Dato' Wu. Kata-kata Dato' Wu benar-benar memukul hati pemuda yang tinggi lampai itu. Namun apa boleh dibuat? Dia diamkan sahaja. 

"Dah bisu ke, Yifan?" soal Datin Wu pula. Kris masih berdiam. 

"Dia dah bisu agaknya. Haish...Macam nilah. Nanti kita tanya Boman kalau-kalau anak dia dah berpunya ke belum. Mintak gantikan si Seora tu." cadang Dato' Wu. Suaranya tenang tapi kata-katanya agak berbisa. 'What? Boman mana ni? Aku kenal ke?' desis hati Kris yang tertanya-tanya. 

"Kyungmi tu ke, bang? Bagus jugak budak Kyungmi tu. Rajin orangnya." Datin Wu terus terlupa tentang Seora. "Saya dari dulu berkenan, bang. Tanyalah Boman kalau orangnya sudi ke tidak."

"Eh, awak ni. Lebih-lebih pulak dia. Yelah... nanti saya tanya."jawab Dato' Wu. Kris menggenggam penumbuk geram. Seolah-olah dia tidak wujud di situ. 'Aarghhh siapa pulak Kyungmi ni? Ada hati nak jadi bini aku!' bentak hatinya geram.

 

Comments

You must be logged in to comment
exobts_fans
#1
Update soon....