Sungjae

No Brain Malay Roleplay Oneshots~~

Otak Lapan: Sungjae Yook

 

Sung Jae tidak mampu berkata apa-apa pada waktu itu. Kata-katanya hilang. Sejak dari tadi dia cuma mampu berdiri namun tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Sejak dari tadi dia hanya berdiri disini. Tapi entahlah. Semuanya serba tak kena hari ni. 

"Kenapalah time ni jugak kau nak buat hal??"

Kata Sung Jae perlahan, melihat ke hadapannya waktu itu. Min Hyuk sedang sibuk bercakap dengan telefonnya, memerhatikan kereta mereka yang kini sudah berasap akibat enjin yang overheat tadi. Matahari yang sedang terpacak di atas kepalanya kini sudah mula mengeluarkan bahangnya yang sudah makin terasa. Kulit putih Sung jae juga sudah berubah kemerahan akibat panas tersebut. Rambut merah Min Hyuk juga kelihatan makin membara berserta dengan kemarahannya saat itu.

"Hyung, macam mana ni? Jae dah lewat!"

Kata Sung Jae lagi, memandang ke arah Min Hyuk yang beru sahaja mematikan telefonnya waktu itu. Min Hyuk hanya mampu menggelengkan kepalanya, mukanya sudah merah. Entah menahan kemarahan ataupun dek bahang di luar sana. Entahlah Sung Jae pun tidak mengetahuinya.

"Mekanik tu akan sampai dalam masa sejam. Tu yang paling cepat dia boleh sampai."

Kata Min Hyuk, menghampakan lagi harapan Sung Jae waktu itu. Sung Jae kembali duduk di bahu jalan pada waktu itu. Kotnya tadi entah ke mana hilangnya, Sng Jae juga tidak tahu. Telefonnya yang tertinggal di dorm mereka tadi. Aishh.. Pasti Mikki sedang risau menantikan kehadirannya saat itu. Rambutnya diserabutkan kembali. Kenapalah malang sangat nasibnya hari ni?

"Mikki.. Kami tak dapat nak call Jae.. Dia langsung tak angkat phone.."

Kata Lay, memandang ke arah Mikki yang sejak dari tadi berdiri di situ. Mikki hanya mampu tersenyum hambar, cuba menyembunyikan kerisauan yang sejak dari tadi bertandang di dalam hatinya. Tangannya yang sejak tadi memegang renda pada gaun putih yang sedang tersarung di badannya waktu itu. Hatinya memang tidak tenang sejak tadi. Tolonglah. Jangan terjadi apa-apa.

Mikki baru sahaja ingin membuka pakaiannya apabila sepasang tangan menghentikannya dari belakang, mengejutkan gadis itu sepenuhnya.

"Apa yang Mikki nak buat ni?"

Tanya appa Kris, suara garau tersebut menghentikan Mikki dari apa yang sedang cuba dilakukannya saat itu. Serta merta tangan appanya itu memeluk anak gadisnya yang seorang ini. Mikki hanya mampu menangis di dalam pelukan appanya, sudah tidak dapat menahan kesedihannya lagi.

"Seung.. Woon.. Pegi cari Sung Jae. Make sure dia ade explanation kenapa dia lewat datang majlis perkahwinan dia sendiri."

Kata Kris, tangannya masih memeluk Mikki sambil kedua anak lelakinya itu mengangguk menerima arahan bapa mereka. Kris hanya mampu memandang ke arah Lay yang masih cuba memujuk anak mereka yang sedang menangis dari tadi namun hanya untuk berdepan dengan kegagalan.

"Jae.. Ade.. Ade benda jadi..ke eomma?? Dia.. Dia tak.."

Suara Mikki sedikit tersekat-sekat, masih tersedu-sedu menangis. Kris segera menyeka air mata tersebut.

"Jangan cakap macam tu. Sung Jae akan datang. Arraseo? Appa akan cari dia.."

Kata Kris, membiarkan Mikki duduk bertenang sambil mengajak Lay keluar dari bilik tersebut. Meninggalkan Mikki yang sedang menangis itu untuk bertenang seketika.

Hanya untuk melihat susuk tubuh yang sedang mereka nantikan disitu. Membuatkan Kris dan Lay tersenyum sesama sendiri.

"Jae.. Please.. Okay.."

Kata Mikki, mengesat airmatanya yang sudah turun sejak dari tadi apabila sepasang tangan merangkul tubuh kecil itu dari belakang, mengejutkan Mikki spenuhnya. 

"Mikki nampak cantik hari ni dengan warna ni.."

Kata suara tersebut, menyebabkan Mikki terus berpaling memandang Sung Jae yang sedang berdiri di situ. Segera dipeluknya Sung Jae pada waktu itu juga, tidak mahu melepaskan langsung pemuda itu.

"Jae masih hidup.. Jae.. Jae.."

Kata-kata tersebut dihentikan dengan kucupan di bibir Mikki, membuatkan gadis itu berubah kemerahan. Hanya untuk mendengar bunyi berdehem yang mengejutkan keduanya saat itu juga.

"Jae patut bersedia kat bawah sekarang.. Pengantin lelaki tak sepatutnya tengok pengantin perempuan dalam dress kahwin dia la!"

Kata Lu Han, membuatkan Sung Jae terus melepaskan gadis kecil itu dari dakapannya, sambil keluar dari bilik tersebut. 

"Make sure kau mintak Baek touch up muka tu.. Luka kau tu obvious sangat.."

Bisik Lu Han ke telinga Sung Jae, sambil matanya memandang ke arah noonanya yang kelihatan sedikit comot akibat menangis sebentar tadi. Nasib baiklah noonanya tidak tahu yang Sung Jae terjatuh dari motor akibat ingin cepat hadir tadi. kalau tidak. Parah. Memang boleh histeria noonanya yang seorang ini.

"Saya umumkan keduanya sebagai suami isteri."

Perkahwinan mereka berjalan dengan lancar hari itu. Nasib baik. Walaupun seperti jangkaan Lu Han, Mikki memang histeria selepas mengetahui kemalangan kecil yang berlaku selepas itu. Sekurang-kurangnya mereka dah bersama kan?


"Jae.."

Kata Mikki, memandang ke dalam mata Sung Jae waktu itu. Sung Jae hanya mampu tersenyum sambil melihat mata Mikki yang semakin kuyu sejak tadi. Mungkin sudah mengantuk menonton televisyen bersamanya sejak tadi. Jam sudah menunjukkan tepat jam 3 pagi juga.

"Sian dia dah ngantuk eh?" 

Kata Sung Jae, mencium dahi isteri kesayangannya ini. Membuatkan Mikki tersenyum dengan tindakannya. Kucupan di dahi sebentar tadi sudah pun turun ke pipi isteri kesayangannya itu. Ciuman yang hanya sekadar kucupan sebentar tadi sudah berubah menjadi lebih dari sebelum apabila--

"Ehem ehem!"

Deheman Ki Kwang mengejutkan Sung Jae dan Mikki saat itu juga. Segera dilepaskan ciuman bibir sebentar tadi, masing-masing sudah mula merah menahan malu. 

"Masuk la dalam bilik.. Haih.. Appa ni, setakat macam tu je? Kiki dangan Doo pun lagi hebat la.."

Komen Ki Kwang, terus naik ke biliknya, menyebabkan kedua Mikki dan Sung Jae hanya mampu memandang sesama sendiri. Agak terkesima dengan kata-kata dari mulut Ki Kwang sebentar tadi. Kenapalah Ki Kwang nak muncul waktu macam ni?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oggifishy #1
Chapter 23: Hurmmmmmmmmmm........
K....
Well
Menarikkkk la jugakkkk~
Renger
#2
Chapter 5: Aku tak ingat ap2 pasal ni e_e //amnesia
hayoung14
#3
Chapter 10: waaaaa !! *tepuk tgn kuat2*

-younggie-
AdiaLovesKpop
#4
Chapter 23: Bestlah juga....


-suho...
4Dwindflower
#5
Chapter 23: *blink* *ternganga* oppa ketinggalan sebab hiatus... *blank*
Aqismyname
#6
Chapter 23: LOL it's good XD haha

#Jimin
ooPanda
#7
Chapter 23: one word;

unique.

#Minseok
ooPanda
#8
Chapter 22: huehuehuehuehue betul la..... GuG

+Minseok
icecreambubbletea
#9
Chapter 22: CHEN!!!! QAQ