Xiumin

No Brain Malay Roleplay Oneshots~~

Otak Tujuh: Xiumin Yook

 

Mikki hanya mempu memandang bilik itu. Bilik yang kosong. Ditinggalkan oleh seseorang yang Mikki sangat-sangat sayangi. Entah kenapa, hatinya menjadi sebak kembali, terutamanya mengenangkan kenangan yang pernah ada dalam bilik tersebut. Membawa seribu satu memori dalam hidupnya.


"Tahniah Puan Yook, anda dapat kembar lelaki."

Kata doktor tersebut, terus membuatkan Mikki tersenyum waktu itu. Perlahan-lahan sepasang bayi kecil itu diletakkan disisinya, masing-masing baru sahaja melihat dunia sebentar tadi. Serta merta airmata Mikki jatuh melihat anak-anak tersebut, anak-anak dia dan Sung Jae. 

"Anak comel eomma.. Xiu Min.. Ki Kwang.."

Kata Mikki lemah, mengucup dahi kedua anak kecil itu sebelum jururawat tadi mengambil semula bayi-bayi tersebut. Hari itu merupakan salah satu dari hari yang paling bermakna dalam hidup Mikki. Kehadiran dua anak kecil itu. Anak-anak dia..


 

"Minmin-ah.. Tengok ni.. Bilik Minmin.. Cantik tak?"

Tanya Mikki kepada anak kecil disebelahnya itu. Xiumin cuma mampu mengangguk tanda setuju, tersenyum melihat bilik tersebut. Warna putih suci menjadi hiasan utama bilik itu. Tingkap yang menghadap ke kehijauan luar. Sedikit sentuhan coklat dan beige pada katilnya. Putih sudah semestinya sangat melambangkan Xiumin. Suci. Mikki tahu Xiumin mungkin tidak banyak bercakap seperti kembarnya, Ki Kwang yang entahlah, chatterbox di antara kembar itu. 

"Gumawo, eomma.." 

Kata Xiumin perlahan, membuatkan eommanya itu terus memeluknya. Perlahan-lahan tangan Xiumin memeluk eommanya itu kembali. Hanya untuk melihat Ki Kwang berdiri di pintu bilik tersebut. 

"Eomma ni.. Sayang Minmin-hyung je ke? Kiki?"

Tanya si kembar seorang lagi, menyebabkan Mikki tersenyum. Ki Kwang sememangnya agak cemburu melihat orang rapat dengan eommanya itu. Terus Xiumin pergi mendapatkan adik kembarnya itu, memeluknya sambil memeluk eommanya juga. Kebahagiaan jelas terpancar di mata mereka...


"Minmin.. Bangun.. Cepat! Kalau tak eomma sebat kamu nanti.."

Kata Mikki tegas, cuba mengejutkan anaknya yang seorang ini Umurnya sudah meningkat dewasa namun ternyata masih liat juga bangun seperti kembarnya yang seorang lagi. Xiumin hanya mampu menarik selimut lagi, menutup telinganya sambil memprotes tindakan eommanya itu mengejutkan dia bangun tidur. 

Hanya membuatkan eommanya itu lebih naik angin adelah.

Xiumin baru sahaja ingin menyambung tidurnya ke alam mimpi apabila eommanya menjirus sebaldi air ke atas kepalanya, terus mengejutkan anak itu dengan tidak semena-mena. 

"Eomma! Kenapa buat macam tu?? Habis Min!!"

Kata Xiumin, sudah sedar sepenuhnya dari tidur tadi. Air dari baldi itu menitik-nitik jatuh dari rambutnya, menyebabkan eommanya itu hanya tersenyum memandang Xiumin yang sedang memandang tepat ke matanya.

"Itulah akibatnya orang yang tak dengar cakap eomma dia.."

Kata Mikki mudah, berjalan keluar dari bilik itu sambil membawa baldi yang menyiram Xiumin di pagi hari tadi.


"Eomma, janganlah nangis.. Minmin nak kahwin jer.. Bukan apa pun.."

Kata Xiumin, menenangkan eommanya yang sudah menangis sejak tadi. Mana tidaknya. Anaknya yang seorang itu sudah ingin berkahwin. Mustahil tidak terasa hatinya itu. Anak sulung keluarga Yook sudah ingin berkahwin dan menjadi milik orang lain. Menyebabkan Xiumin terus memeluk eommanya. 

"Eomma janganlah nangis.. Minmin akan sentiasa jadi anak eomma jugak.."

Kata Xiumin perlahan, mengesat airmata yang sejak dari tadi mengalir di pipi eommanya itu. Perlahan-lahan dia memeluk eommanya. Dia tahu eommanya sangat menyayangi dia. Namun entah kenapa, jauh di sudut hati Mikki anaknya itu seperti ingin pergi jauh...


Airmata Mikki jatuh lagi. Entahlah. Tidak tertahan lagi sebak dalam hatinya. Sakit. Itu yang dirasakan Mikki sekarang. Kehilangan anak pertamanya yang tiba-tiba menghilangkan diri dari hidupnya. Mikki langsung tidak dapat menerimanya. Bilik itu kini kosong, sama seperti lubang yang ditinggalkan oleh Xiumin di dalam hati Mikki.

"Walau mana pun Minmin sekarang, eomma tetap sayangkan Min..."

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oggifishy #1
Chapter 23: Hurmmmmmmmmmm........
K....
Well
Menarikkkk la jugakkkk~
Renger
#2
Chapter 5: Aku tak ingat ap2 pasal ni e_e //amnesia
hayoung14
#3
Chapter 10: waaaaa !! *tepuk tgn kuat2*

-younggie-
AdiaLovesKpop
#4
Chapter 23: Bestlah juga....


-suho...
4Dwindflower
#5
Chapter 23: *blink* *ternganga* oppa ketinggalan sebab hiatus... *blank*
Aqismyname
#6
Chapter 23: LOL it's good XD haha

#Jimin
ooPanda
#7
Chapter 23: one word;

unique.

#Minseok
ooPanda
#8
Chapter 22: huehuehuehuehue betul la..... GuG

+Minseok
icecreambubbletea
#9
Chapter 22: CHEN!!!! QAQ