Junhyung

No Brain Malay Roleplay Oneshots~~

Otak Enam: Junhyung Jung

 

Sekali pandang.

Dua kali pandang.

"Huh..."

Jun Hyung mengeluh lagi. Entahlah. Dia sangat malas hendak bangun ketika itu. Malas hendak membuka matanya. Malas untuk membuat segala-galanya. Dia seperti tiada punca hidup sekarang ni. Kebosanan. Itu mungkin perkataan terbaik untuk menerangkan apa yang sedang dirasainya sekarang. 

Sesekali dia melihat ke sekelilingnya. Kelihatan pasangan muda-mudi sedang berpacaran di situ. Manisnya. Jun Hyung mengeluh lagi. Dia tidak peduli akan semua itu. Cinta. Definisi Jun Hyung tentang cinta cumalah satu.

"Rumitnya cinta ini."

Kata Jun Hyung, menutup matanya sekali lagi. Dia malas hendak memikirkan semuanya. Penat. Letih. Kenapa dia perlu menyesakkan otaknya dengan benda yang sungguh rumit sekali? Dia sendiri pelik dengan semua orang yang sibuk memikirkan tentang cinta dan kasih sayang. Seperti abangnya Doo Joon dan iparnya Ki Kwang. Ataupun mommy Fany dan daddy Sica. Jun malas.

Jun baru sahaja ingin melelapkan kembali matanya apabila sesuatu benda jatuh diatas kepalanya, menyebabkan dia terus terjaga dari tidurnya waktu itu. Bingkas dia bangun. Duduk. Kelihatan setin Milo bergolek disisinya. Diangkatnya Milo tin itu ke sisinya. Pasti ini punca kepalanya sakit sekarang ini.

"Maafkan saya! Saya betul-betul mintak maaf!! Sakit ke??" 

Tanya satu suara dari hadapan Jun, membuatkan Jun memandang ke hadapannya. Sejujurnya memang dia terkejut waktu itu. Itu kali pertama dia memandang wajah yang secantik itu. Entahlah. Waktu disekelilingnya seperti berhenti. Jun kehilangan kata-kata saat itu. 

"Lulu la ni.. Haih.. Maafkan adik saya. Dia tak sengaja. Kami tak sangka pulak boleh tercampak tin ni kena kepala orang.. Kami mintak maaf lagi.."

Kata pemuda itu lagi, menyebabkan Jun tersentak dari lamunannya lagi. Wajah itu kelihatan sangat risau. Ditambah dengan rasa bersalah. Jun rasa bersalah pula tidak berkata apa-apa pada pemuda dihadapannya.

"Takde pape la.. Tak payah la risau."

Jawab Jun mudah. Jantungnya seperti baru lepas berlari waktu itu, tak tentu arah. Apa yang sedang terjadi pada dirinya saat ini?? Entahlah. Dia sendiri tidak mengerti.

"Seungie-hyung!! Apasal lambat sangat tu??"

Tanya Luhan, menyebabkan keduanya tersentak waktu itu. Segera keduanya berpaling memandang Luhan yang melihat mereka dengan pandangan pelik. 


"Sayang, fikir apa lagi tu?"

Tanya Hyun Seung, memeluk Jun dari belakang. Mengejutkan Jun sepenuhnya daripada lamunannya sekali lagi. Terus Jun berpaling menghadap Hyun Seung kembali, sedikit pelik kenapa orang yang paling disayanginya ini tidak tidur lagi.

"Nape wifeu kesayangan Jun tak tidur lagi ni??"

Tanya Jun, memandang Hyun Seung yang sudah mula muncung di hadapannya, barangkali sedikit jengkel dengan Jun Hyung yang tiba-tiba sahaja meninggalkannya di bilik mereka seorang diri. Segera Jun merangkul tubuh kecil milik Hyun Seung ke dalam pelukannya, memeluk erat Hyun Seung disitu.

"Janganlah pout macam tu. Nak Jun kiss ke??"

Kata Jun, sengaja mengugut hendak mencium Seungie yang pipinya sudah berubah kemerahan waktu itu. Hanya untuk ditolak oleh Hyun Seung waktu itu.

"Janganlah, Jun.. Kita sambung kat bilik okay?"

Kata Hyun Seung, menarik tangan Jun naik ke bilik mereka. Jun hanya mampu mengikut telunjuk isteri kesayangannya, langsung tidak kisah dengan apa sahaja tindak tanduk Hyun Seung waktu itu. Sekurang-kurangnya dia dapat Seungie kan?

Si cantik yang pernah muncul dihadapannya satu ketika dahulu...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oggifishy #1
Chapter 23: Hurmmmmmmmmmm........
K....
Well
Menarikkkk la jugakkkk~
Renger
#2
Chapter 5: Aku tak ingat ap2 pasal ni e_e //amnesia
hayoung14
#3
Chapter 10: waaaaa !! *tepuk tgn kuat2*

-younggie-
AdiaLovesKpop
#4
Chapter 23: Bestlah juga....


-suho...
4Dwindflower
#5
Chapter 23: *blink* *ternganga* oppa ketinggalan sebab hiatus... *blank*
Aqismyname
#6
Chapter 23: LOL it's good XD haha

#Jimin
ooPanda
#7
Chapter 23: one word;

unique.

#Minseok
ooPanda
#8
Chapter 22: huehuehuehuehue betul la..... GuG

+Minseok
icecreambubbletea
#9
Chapter 22: CHEN!!!! QAQ