Suga

No Brain Malay Roleplay Oneshots~~

Otak Tiga: Suga Min Yong Gi

 

Suga hanya mampu melihat ke hadapannya saat itu. Bosan. Itu perkataan yang paling mudah untuk menerangkan perasaan Suga pada saat itu. Bukan Suga membenci perempuan. Ataupun orang disekelilingnya. Dia hanya... Entahlah. Rasa bosan.

Sesekali dia melihat ke tepinya. Kelihatan sahabat baiknya Luhan sedang menikmati Milo tabur yang sejak tadi seperti tak habis-habis dalam mugnya tu. Mungkin dah membancuh mug yang kedua agaknya. Entahlah. Suga tak tahu.

Hmm.. Pernah tak sesiapa pun terfikir kenapa Suga yang comel ni tak pernah ada teman sejak dari mula dia menetap kat No Brain City ni? Kulit cerah. Senyuman manis. Ketinggian 176cm. Walaupun agak rendah untuk seorang lelaki tapi still. Kenapa dia single? Mungkinkah ada rahsia yang tak pernah diketahui?

Suga bukanlah seteruk yang disangka. Dia tak pernah membenci orang. Dia mungkin antara orang yang paling peramah di No Brain City, senyuman manis yang sentiasa terukir di bibirnya. Suga juga seperti orang biasa yang bisa jatuh cinta. Seperti Mikki dan Sung Jae. Seperti Jessica dan Tiffany. Seperti Kris dan Lay. Suga juga pernah jatuh cinta.

Perkenalan pertama Suga dengan Kris. Bagai langit dan bumi. Mana tidaknya. Orang setinggi Kris dipadankan dengan orang secomel Suga. Hubungan mereka. Entahlah dimana silapnya. Masing-masing pergi membawa diri. Mengejar cinta lain. Mungkin tiada persefahaman lagi antara duanya. Namun, itu masih tidak menutup hati Suga lagi.

Pertemuan bersama dengan Nam Joo selepas itu. Keduanya sama padan. Sama comel. Sama muda. Romantis. Comel. Pasangan yang saling melengkapi satu sama lain. Namun segalanya terpaksa diakhiri. Nam Joo tiba-tiba pergi membawa diri. Meninggalkan Suga terkontang-kanting sendirian. Kesedihan menyelubungi Suga waktu itu. Hampir sahaja dia menutup pintu hatinya.

Kehadiran seorang lagi insan bagaimanapun mengubah segalanya sekali lagi.

Yoon Bo Mi. Satu nama yang mengubah segala-galanya. Sememangnya Suga dan Bo Mi sangat-sangat berbeza antara satu sama lain. Bo Mi tidaklah selembut Nam Joo sebelumnya. Bo Mi sangat berbeza dengan gadis itu. Sedikit panas baran namun sangat baik hati. Mungkin itu yang menarik Suga kepadanya. Keduanya malahan sempat melangsungkan perkahwinan bersama. 

Namun apabila disangka panas hingga ke petang rupanya hujan pasti datang di tengah hari. Bo Mi dan Suga bercerai. Sebab? Entahlah. Hanya mereka berdua yang tahu. Ada yang mengatakan mereka cumalah berpura-pura. Ada yang berkata tiada persefahaman lagi antara mereka.

Namun, hanya satu fakta yang pasti selepas itu.

Hati Suga telah tertutup untuk menerima orang lain selepas itu...


"Suga-oppa!! Suga-oppa!!"

Kejut satu suara kecil dari tepi telinga Suga, menyebabkan Suga membuka matanya kembali. Kelihatan Ilayda berdiri disebelahnya, memandang Suga dengan mata bundarnya yang sangat mirip dengan eommanya, Mikki. Ataupun mungkin mata appanya dan juga sahabat Suga, Sung Jae. Entahlah.

"Tak nak!"

Kata Suga, sengaja menutup matanya kembali, mengusik Ilayda yang memandangnya dengan pandangan tidak puas hati. 

"Oppa kalau tak bangun nanti Lauren kiss oppa.." 

Kata Lauren pula, menyebabkan Suga tersenyum sendiri. Gelagat kanak-kanak itu menghiburkan hatinya. Namun reaksi eomma dan daddy mereka jika mengetahui fakta itu. Hmm. Suga boleh meneka reaksi mereka sepenuhnya. Sengaja mengusik keduanya itu.

"Cium pipi oppa dulu baru oppa bangun.."

Kata Suga, membuatkan kedua anak kecil itu berpandangan sesama sendiri. Suga baru sahaja ingin menutup matanya kembali apabila satu ciuman hinggap dipipinya, membuatkan dia tersedar kembali. Siapakah gerangan yang baru menciumnya tadi? Suga membuka matanya kembali, hanya untuk melihat Mason duduk disitu juga, hanya tersengih memandang ke arah Suga. Kelihatan Lauren dan Ilayda tersengih-sengih juga menahan tawa mereka. Membuatkan Suga tersenyum juga. Sekurang-kurangnya mereka dapat mengurangkan kesedihannya waktu ini...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oggifishy #1
Chapter 23: Hurmmmmmmmmmm........
K....
Well
Menarikkkk la jugakkkk~
Renger
#2
Chapter 5: Aku tak ingat ap2 pasal ni e_e //amnesia
hayoung14
#3
Chapter 10: waaaaa !! *tepuk tgn kuat2*

-younggie-
AdiaLovesKpop
#4
Chapter 23: Bestlah juga....


-suho...
4Dwindflower
#5
Chapter 23: *blink* *ternganga* oppa ketinggalan sebab hiatus... *blank*
Aqismyname
#6
Chapter 23: LOL it's good XD haha

#Jimin
ooPanda
#7
Chapter 23: one word;

unique.

#Minseok
ooPanda
#8
Chapter 22: huehuehuehuehue betul la..... GuG

+Minseok
icecreambubbletea
#9
Chapter 22: CHEN!!!! QAQ