Lay

No Brain Malay Roleplay Oneshots~~

Otak Sepuluh: Lay Wu Yixing

 

Sesekali memandang keluar jendela, melihat keluar. Lay hanya mampu tersenyum. Jarang sekali dia dapat melepaskan rindunya yang dalam ini kepada suami yang tersayang, Kris yang sentiasa sibuk dengan kerja. Entahlah. Tiba-tiba sahaja suami tercinta mengajak mereka sekeluarga bercuti. 

"Lay, wat ape ni?"

Tanya Kris, memeluk isteri kesayangannya itu serta merta. Membuatkan Lay terkejut dengan perlakuan Kris yang tiba-tiba itu. Kris memang seorang lelaki yang suka menunjukkan kepada orang lain yang dia sangat-sangat mencintai Lay dan Lay hanyalah miliknya seorang. Mungkin itu juga sebabnya anak mereka juga sudah bertambah menjadi 4 dengan kehadiran Lu Han dan Dong Woon selepas Mikki dan Hyun Seung. Dan mungkin juga akan mencecah 5?

"Lay, kenapa ni? Muka Lay pucat semacam la.."

Tanya Kris tiba-tiba, menyebabkan Lay tersentak dari lamunannya. Kelihatan Kris memandang isterinya itu, sedikit risau dengan kesihatan Lay. Fikirannya mula terbayang isterinya itu menyimpan seribu satu rahsia yang tidak pernah diberitahu pada sesiapa pun. Kris takut kehilangan Lay dan ketakutan itu jelas terpancar di wajahnya. Hanya untuk mendapat senyuman manis dari Lay seperti selalunya.

"Lay tak pape la Kris.. Janganlah risau.."

Jawab Lay selamba, hanya membuatkan hati Kris semakin tidak tenang. Gelabah. Kali terakhir dia mendengar jawapan Lay okay ataupun tak pape, Kris tertinggal anak-anak mereka di rumah sebab air ketuban Lay pecah di rumah mereka. Dan juga Lay ditahan di wad kerana kepala Lay berdarah akibat terhantuk pasu yang terjatuh sekali dari meja di ruang tamu rumah mereka.

"Muka Lay pucat. Lay kurang selera makan. Lay selalu muntah teruk. Jangan beritahu Kris Lay okay! You are not!"

Jawab Kris tegas, membuatkan Lay terkedu seketika. Jarang sekali Kris meninggikan suaranya pada Lay begitu, apatah lagi memarahinya. Entah kenapa airmatanya itu tiba-tiba mengalir, menyebabkan Kris terus hilang kemarahannya. 

"Lay.. Mian.. Kris tak berniat nak.. Kris--" 

Belum sempat Kris menghabiskan kata-katanya, Lay terus menolak pemuda itu ke tepi, membawa dirinya masuk ke dalam bilik tidur mereka. Hanya bantal itu sahaja yang memahami perasaan Lay sekarang ini. Salahkah dia begitu ketika dia sedang mengandungkan anak Kris sendiri? Kenapa Kris perlu meninggikan suara kepadanya? Lay perlahan-lahan menangis sambil menekup mukanya pada bantal tadi. Akhirnya Lay hanya tertidur setelah kepenatan menangis. Namun, Kris...

"Appa buat eomma nangis.."

Kata Hyun Seung, menumbuk appanya di muka. Tumbukan kecil itu tidaklah sekuat manapun jika hendak dibandingkan tapi entah kenapa sakitnya cukup terasa di muka Kris saat itu. Begitu juga dengan Lu Han yang sejak dari tadi menyepak-nyepak kaki Kris, Dong Woon memberontak apabila dipegang oleh appanya.

"Appa jahat.. Sian eomma.. Hari tu eomma senyum jer.. Lepas tengok benda nih.."

Kata Mikki pula, menguis-nguis sesuatu yang nampak seperti biasa dilihat oleh Kris sebelum ini. Kris segera mengambil objek putih tersebut dari tangan Mikki, membuatkan anak kecil itu memandang appanya yang terkejut melihat dua garisan yang ada pada objek tersebut.

Jadi Lay sedang mengandung? Patutlah. Rasa bersalah mula memenuhi ruangan hatinya kerana melakukan Lay sebegitu rupa. 

"Appa tak tahu.. Appa tak sengaja.. Appa yang salah.. Please tolong appa.."

Rayu Kris pada anak-anaknya itu, menyebabkan Hyun Seung memandang ketiga-tiga adiknya yang lain.

"Eomma!! Bukak pintu!! Appa tercekik!! Eomma!!"

Jerit Lu Han dari luar, mengejutkan Lay pada saat itu juga. Suaminya dalam bahaya. Entah kenapa hati Lay langsung tidak tenteram saat itu. Segera Lay membuka pintu biliknya, hanya untuk melihat suaminya itu sudah terbaring di atas lantai, anak-anaknya yang lain cuba membangunkan appa mereka yang kelihatan sudah tidak sedarkan diri waktu itu.

"Kris.. Kris.. Bangunlah.. Kris.."

Kata Lay, airmata sudah mengalir deras di pipinya saat itu. Dia masih belum sanggup kehilangan Kris, masih memerlukan lelaki itu. Tolonglah, jangan tinggalkan dirinya. Kepala Kris dipangkunya di dalam pangkuannya, dipeluk erat saat itu juga.

"Janganlah tinggalkan Lay, Kris.. Lay dah maafkan Kris.. Nape Kris buat macam ni?"

Kata Lay, masih tersedu-sedu menahan tangisnya. Dia tak mampu kehilangan Kris, belum mampu kehilangan suami kesayangannya itu. Hanya untuk dipeluk oleh Kris pada saat itu juga.

"Lay dah maafkan Kris ke? Gumawo, unicorn.."

Kata Kris, menyebabkan Lay terkejut saat itu. Kris hanya memandang isteri kesayangannya itu dengan pandangan nakal, membuatkan Lay menangis saat itu juga.

"Kris jahat!! Tipu Lay!!"

Kata Lay, hanya untuk dipeluk oleh Kris saat itu juga. Segera diusap kepala Lay lembut, mencium dahi Lay dengan penuh kasih sayang.

"Mian, Lay.. Tapi Lay pun jahat jugak.. Nape langsung tak bitau kat Kris pun pasal baby ni huh?"

Tanya Kris lembut, sambil mengusap perut Lay yang masih belum kelihatan berisinya. Membuatkan Lay tersipu malu saat itu juga.

"Kris dah tahu ke?"

Tanya Lay kembali, hanya untuk menerima satu kucupan kemas di pipinya. 

"Kris ni hubby Lay.. Fikir Lay boleh sorokkan selamanya dari Kris?"

Kata Kris lagi, menyebabkan Lay memeluk suami kesayangannya itu dengan erat.


"Eomma!! Tengok la oppa ni!! Dia buli Mikki lagi!!"

Jerit Mikki, mengejar Hyun Seung sekeliling rumah mereka. Perangai kedua-duanya masih tidak berubah, masih sama seperti zaman kanak-kanak mereka dahulu. Suka bergaduh seperti tikus dan kucing.

Lay hanya mampu memandang ke arah keduanya sebelum Mikki berhenti dan menangis di tengah-tengah ruang tamu rumah tersebut. Membuatkan Kris terkocoh-kocoh pergi mendapatkan anak gadisnya yang seorang itu. Begitu juga dengan Lay dan adik beradik Mikki yang lain, masing-masing juga berada disitu juga.

"Pulangkanlah Mergha dia ni Seungie.. Korang dah besar la.."

Kata Kris, memeluk Mikki yang sudah menangis akibat dibuli oleh oppanya yang seorang ini. Lay mati akal melihat gelagat anak-anaknya, sering sahaja ada yang dirancangkan oleh mereka. Namun, kehadiran mereka disini.. Sudah cukup membahagiakan Lay dan Kris yang sedang menunggu kehadiran insan baru dalam hidup mereka tidak lama lagi...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oggifishy #1
Chapter 23: Hurmmmmmmmmmm........
K....
Well
Menarikkkk la jugakkkk~
Renger
#2
Chapter 5: Aku tak ingat ap2 pasal ni e_e //amnesia
hayoung14
#3
Chapter 10: waaaaa !! *tepuk tgn kuat2*

-younggie-
AdiaLovesKpop
#4
Chapter 23: Bestlah juga....


-suho...
4Dwindflower
#5
Chapter 23: *blink* *ternganga* oppa ketinggalan sebab hiatus... *blank*
Aqismyname
#6
Chapter 23: LOL it's good XD haha

#Jimin
ooPanda
#7
Chapter 23: one word;

unique.

#Minseok
ooPanda
#8
Chapter 22: huehuehuehuehue betul la..... GuG

+Minseok
icecreambubbletea
#9
Chapter 22: CHEN!!!! QAQ