Kris

No Brain Malay Roleplay Oneshots~~

Otak Sembilan: Kris Wu Yi Fan

 

Memikirkan apa yang sedang berlaku sekarang. Jarang sekali Kris rasa berdebar seperti ini. Al-maklumlah. Orang sekacak Kris, setinggi lampai Kris. Orang yang memiliki keegoan setinggi ketinggiannya sendiri. Haha. Kris taklah seteruk mana orangnya. Serius. Cuma adakalanya kata-kata yang keluar dari mulutnya itu boleh menyakiti hati orang. Mungkin juga takut disakiti.

Entahlah. Tiada siapa yang tahu bagaimana Kris jadi begini. Berlegar-legar di luar bilik kecemasan sejak tadi. Hati Kris terasa bagai tidak mahu tenteram lagi saat ini. Apa nak jadi, jadilah. Pergi mampus dengan semuanya. Sekarang ini tiada apa yang boleh menenangkan hati kecilnya yang sedang menjerit sejak dari tadi.

Apa yang terjadi sebenarnya sejak dari tadi? Pagi itu, hati Kris berbunga-bunga seperti selalunya. Mana tidak. Pagi yang dimulakan dengan kucupan manis oleh isteri tercinta, Lay. Goncangan kecil dari anak keduanya, Mikki dan lompatan penuh kasih sayang ke atas perut daripada Hyun Seung, anak lelaki sulungnya. Sudah semestinya dia sendiri pun akan tersenyum sendirian sepanjang hari.

Mereka sedang bersiap-siap untuk ke piknik pada pagi itu, Lay menyediakan segala jenis makanan yang disukai ketiga-tiga orang kesayangannya itu. Terutamanya anak perempuannya, Mikki. Anaknya yang seorang itu memang sangat cerewet. Lay malah kedengaran sungguh gembira, ditambah pula dengan kehadiran orang baru yang bakal menceriakan lagi hidup Kris dan dirinya. Mungkin terlalu khusyuk dengan kerjanya sendiri sehingga suaminya memeluknya secara tiba-tiba. 

"Lay.. Ignore Kris eh?"

Tanya Kris mudah, sudah pun muncung saat itu. Membuatkan Lay tersenyum manis, mencairkan hati Kris sepenuhnya. 

"Kan Lay tengah siapkan makanan ni? Cakap nak pegi piknik.."

Jawab Lay mudah, tangannya masih lagi tidak berhenti menyediakan makanan sejak dari tadi. Membuatkan muncung Kris bertambah panjang dari sebelumnya. 

"Mesti ke kita pergi piknik hari ni? Lay kan tengah sarat ni? Kalau ade pape yang jadi nanti macam mana?"

Tanya Kris, tangannya memeluk erat Lay ke arahnya. Tangannya sejak dari tadi mengusap perut Lay yang kelihatan sarat sudah. Mana tidaknya. Usia kandungan Lay yang sekarang ini sudah cukup 9 bulan. Bila-bila sahaja baby tersebut boleh keluar. Mana tidak risau suaminya yang seorang itu? 

"Alah, Kris ni. Kan dah janji dengan Seungie nak bawak dia jalan-jalan piknik kat taman? Hari tu dah la Kris tak balik masa sambut hari jadi dia."

Ingatkan Lay lagi, menyebabkan Kris rasa serba salah waktu itu. Kalau diikutkan mahu sahaja dia menangguhkan lawatan mereka ke taman hari ini namun mengenangkan kembali anak sulungnya itu, Kris jadi kalah. Mungkin betul cakap Lay. Dia patut lebih banyak bertenang dari panik sebegini. Baru sahaja Kris ingin rapat mencium isterinya itu apabila seluarnya ditarik sepasang tangan kecil, menyebabkan niatnya terus terbatal saat itu.

"Appa.. Mana patung tikus Mikki? Mikki tak jumpa..."

Kata anaknya Mikki sepatah sepatah, menyebabkan Lay hanya tersengih melihat wajah Kris yang sedang merasa jengkel apabila diganggu. Namun Kris hanya mampu mengikut anak kecilnya yang seorang itu. Yup. Banyak-banyak anaknya, yang ini dia kalah. Anak perempuannya ini banyak mengingatkannya kepada Lay terutamanya matanya yang besar dan bulat itu.

Baru sahaja Kris pergi mencari anak patung milik Mikki tadi (yang tersorok di bawah katil Hyun Seung dalam proses oppanya itu menakutkan Mikki), Kris baru sahaja ingin berehat di sofa apabila kedengaran suara Lay memanggil namanya dari dapur. Bukan dalam nada yang sering dipanggil, namun nada yang sangat dikenali Kris seperti menahan sakit dari Lay.

Segera didapatkannya isterinya yang seorang itu, hanya untuk melihat Lay sudah terduduk di atas lantai, bajunya sudah basah.

"Kris, air ketuban Lay dah pecah.."

Satu ayat sahaja dan poof! Sepantas kilat Kris segera menghantarkan isterinya itu ke hospital. Rasanya segala benda sudah dibawa tadi. Beg pakaian Lay, barang-barang bayi yang sudah disediakan Lay sejak dari awal lagi. Kunci rumah. Dompet. Hmm. Segalanya rasa seperti sudah dibawa. Tapi entah kenapa Kris rasa seperti terlupa sesuatu yang sangat-sangat penting.

Keluar sahaja Lay dari bilik bersalin itu dengan anak lelaki mereka yang baru di mana Kris langsung tidak berhenti-henti menangis kerana Lay sanggup menahan kesakitan melahirkan anaknya dan Lay yang hanya mampu tersenyum lemah sambil memujuk suaminya itu berserta anak lelaki mereka yang diberikan nama Lu Han, Lay bertanya sesuatu yang membuatkan Kris terkaku seketika waktu itu.

"Kris, Mikki dengan Seungie mana?"

Tanya Lay, menyebabkan Kris terkesima seketika. Itulah yang dilupakan olehnya waktu itu. Kris sudah terlampau panik apabila Lay ingin bersalin hingga dia terlupa akan kewujudan dua orang anaknya itu. 

"Err.. Lay.. Sebenarnya..."

Kris sedikit tergagap cuba mencari kata-kata untuk menerangkan segalanya pada Lay. Silap-silap hari bulan mahu dipancung kepalanya jika Lay tahu dia tertinggal anak-anaknya itu di rumah sendirian. Lay hanya mampu memandang ke arah Kris, menunggu kata-kata yang bakal keluar apabila pintu wad tersebut dibuka dan dengan sekelip mata sahaja dua orang anak kecil tersebut berlari mendapatkan Lay, berdiri di tepi katilnya sambil Lay memeluk kedua anak tersebut.

"Anak-anak eomma datang dengan sape tadi?"

Tanya Lay lembut, sambil memberi kucupan di dahi kedua anak kesayangannya itu. Kembarnya Way pula masuk sambil membawa hadiah kepada bayi yang baru lahir, memandang Lay sebelum matanya berubah memandang Kris.

"Kau ni Kris. Tahulah Lay tu tengah sakit nak bersalin tapi kalau ya pun, janganlah sampai tinggalkan budak-budak tu kat rumah sorang-sorang. Tahu tak Mikki menangis teruk tadi? Hyun Seung pun menangis jugak. Haih.."

Bebel Way pada Kris, membuatkan kembarnya memandang suaminya itu dengan pandangan yang agak kejam. 

"Kris tinggalkan anak-anak kita sorang-sorang kat rumah?"

Tanya Lay lembut namun terdapat kekerasan dalam suara itu. Terus membuatkan Kris rasa seram sejuk secara tiba-tiba. Yang pasti, Lay sangat menakutkan apabila marah dan dia secara bengongnya dah pun mencetuskan sisi Lay yang menakutkan tu...


"Kris.. Cepatlah.."

Panggil Lay lembut, mengejutkan Kris dari lamunannya sebentar tadi. Terlihat wajah lembut Lay disitu, sedang mengemas bagasinya untuk dibawa bersama. Kris sering sahaja terpaksa berkerja diluar dan kali ini ntuk jangka masa yang lama pula.

"Hmm.. Lay.."

Tangan Kris terus memeluk erat tubuh kecil dihadapannya itu. Lay dengan apron ungu sememangnya membuatkan Kris geram terutamanya bila melihat wajah comel Lay ketika sedang malu. Perilakunya itu juga membuatkan Lay sedikit pelik dengan Kris.

"Gumawo.. Sebab bagi Kris happiness yang Kris takkan pernah dapat kat mana-mana pun, Zhang Yixing.."

Kata Kris, berkongsi ciuman disitu. hatinya berat ingin meninggalkan isterinya yang tersayang ini namun dia harus pergi. Tapi dia pasti akan pulang juga nanti.

"Wait for me.. I'll be back..."

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oggifishy #1
Chapter 23: Hurmmmmmmmmmm........
K....
Well
Menarikkkk la jugakkkk~
Renger
#2
Chapter 5: Aku tak ingat ap2 pasal ni e_e //amnesia
hayoung14
#3
Chapter 10: waaaaa !! *tepuk tgn kuat2*

-younggie-
AdiaLovesKpop
#4
Chapter 23: Bestlah juga....


-suho...
4Dwindflower
#5
Chapter 23: *blink* *ternganga* oppa ketinggalan sebab hiatus... *blank*
Aqismyname
#6
Chapter 23: LOL it's good XD haha

#Jimin
ooPanda
#7
Chapter 23: one word;

unique.

#Minseok
ooPanda
#8
Chapter 22: huehuehuehuehue betul la..... GuG

+Minseok
icecreambubbletea
#9
Chapter 22: CHEN!!!! QAQ