Bab 3

Cintaku Di Bakery

Bab 3

 

                           Hari demi hari , Haikal dan Ryan semakin rapat dengan Syira dan menyebabkan Zety begitu cemburu dengan sikap Syira. Pada kali pertama Zety menjejakkan kaki di bakery milik Ryan , Zety terpesona dengan ketampanan Ryan dan Ryan membuat Zety jatuh hati dengannya. Tetapi , Ryan langsung tidak menyimpan apa-apa perasaan dekat Zety. Bagi Ryan , Zety hanyalah rakan sekerjanya sahaja. Zety bertekad untuk menyimpan perasaan dia terhadap Ryan sehinggalah Ryan tersedar yang Zety amat memerlukannya. Zety cuba mencari sesuatu yang istimewa dalam diri Syira tetapi bagi Zety semuanya sama kecuali Syira lebih seksi daripada Zety.'Zety,Zety.. macam manalah kau boeh bersangka buruk dengan kawan kau',bisik hati kecilnya. Lamunan Zety terhenti apabila Ryan memanggilnya menghantar kek di pelanggan.'hmm.. Ryan langsung tak pernah senyum dekat aku macam mana dia senyum dekat Syira.' Ryan bersuara"Kau tercegat apa lagi. Tak habis-habis berangan.Nah, pergi hantar dekat depan." Zety hanya mengangguk perlahan . Air mata yang jatuh diseka perlahan supaya Ryan tidak melihat muka Zety yang baru lepas menangis.

                               Haikal terus menuju ke dapur untuk melihat Ryan. Suasana di dapur senyap . Lalu , Haikal memberanikan dirinya untuk menanyakan sesuatu kepada Ryan."Err Ryan , aku ada benda nak tanya dekat kau ni?"ujar Haikal gugup. "Aku ada banyak kerja ni. Tapi tak apa. Tanyalah,"ujar Ryan sambil mengacau adunan tepung tanpa memandang Haikal . Sebenarnya Ryan tahu apa yang hendak ditanyakan oleh Haikal. Dia sendiri tidak pasti akan dirinya sendiri adakah dia mencintai Syira atau sebaliknya? Haikal sudah dapat menangkap air muka Ryan berubah.'Ahh aku kena juga tanya Ryan pasal ni. Kalau tak sampai bila aku nak diamkan. Aku tak nak duduk dalam pertanyaan sahaja'bebel hati Haikal. "Sebenarnya.. sebenarnya engkau suka dekat Syira eh?"ucap Haikal gugup. Ryan hanya mengangguk perlahan. 

 

                                  Ryan hanya mampu mengangguk kepalanya perlahan. Sememangnya Ryan yakin dengan keputusan yang diberikan kepada Haikal. Keadaan diluar menjadi gelap dan menandakan bakery milik Ryan Iqbal sudah tutup. Kami berempat mengemas seluruh kawasan bakery. Setelah habis sahaja mereka mengemas , suasana menjadi sepi. Ryan membuka bicara " Tak sangka lah aku hari ini kita punya jualan meningkat. Mesti ini semua berkat Syira bekerja di sini." Ryan terus memuji Syira sehingga terbitnya perasaan cemburu dalam diri Zety.

 

                                     Zety mengelamun.'Zety , sudah-sudahlah kau mengharapkan si Ryan tu. Dia tak cintakan kau. Move on lah.' Tanpa Zety sedarai , air mata Zety menitis jatuh ke pipi gebunya. Zety cepat-cepat menyeka. Tak pernah-pernah Ryan nak belanja kiteorang makan , tiba-tiba Ryan mengajak kiteorang makan malam di sebuah restaurant. Semasa di restaurant , mereka langsung tidak menghiraukan Zety dihadapan mereka. Setelah kami siap makan malam bersama ,  Ryan menghulurkan dua keping not RM 50 lalu berkata "Weii Zety , kau tolong bayarkan semua ni dekat kaunter. Aku tak larat nak bangun. Aku nak duduk dengan Syira dengan Haikal kejap." Zety terus mengambil duit itu dari tangan Ryan. Zety terus berlalu meninggalkan mereka. Syira dapat menangkap perubahan pada wajah Zety. 

 

                                       Setelah siap membuat pembayaran , Zety terus kembali ke meja makan tadi . Alangkah terkejutnya apabila Zety mendapat tahu mereka sudah berlalu pergi. Zety terus menangis . "Kenapa korang buat aku macam ni?Apa salah aku?Siapa aku di mata korang?"ucap Zety dalam nada tersekat. Telefon milik Zety berbunyi. Zety terus mengeluarkan telefon jenama SAMSUNG dari poket seluarnya. Syira memberitahu bahawa mereka menunggu Zety di taman permainan.  Sesampainya Zety di taman permainan , Zety bertanya "Kenapa korang tinggalkan aku? Takut aku sorang-sorang." Syira terus bersuara "Sorry lah. Ryan yang beria ajak aku jalan dulu. Sorry k ." Syira terus buat muka comel . 'Alahai comelnya Syira ni . Patot lah Haikal dengan Ryan tergila-gilakan Syira.' 

 

                                       Kami berempat memulakan perjalanan kami untuk pulang. Tiba-tiba Zety baru teringat bahawa diari milikya tertinggal dekat bakery. "Weii , korang boleh temankan aku pergi bekary sekejap ? Ada benda  tertinggal lah . " Zety baru perasan yang tangan Syira sudah berpaut pada lengan Haikal. Sememangnya Syira sudah tidak mampu untuk berjalan kerana matanya sudah mengantuk. Ryan dan Zaty hanya memerhatikan mereka dari belangkang. "Dieorang berdua memang sepadankan? Merpati dua sejoli. Kalau suatu hari Syira cakap dengan aku yang dia nak kahwin dengan Haikal memang aku tak terkejutlah."ujar Zety. Zety menoleh ke sisinya dan melihat air muka Ryan berubah. Bukan riak yang gembira malahan riak yang yang cemburu sudah meliputi diri Ryan.

                                        Ryan langsung tidak mengendahkan Zety lalu berjalan bersebelahan dengan Haikal. Zety sengaja memuji Haikal dan Syira supaya dapat melihat air muka Ryan . Namun , sudah jelas segalanya , Ryan Iqbal hanya mencintai Nurul Asyira sepenuh hatinya. Zety berkata sendiri'Takkan tak adaa langsung ruang dalam hati Ryan untuknya?' Zety begitu sedih lalu menangis. Mereka berhenti di perhentian bas berdekata bakery mereka. Syira bercadang untuk menemani Zety ke bakery namun dihalang oleh Ryan. "Awak tak payah lah ikut si Zety tu . Lagipun dia dah biasa sorang-sorang,betul tak Zety?"beritahu Ryan kepada Syira. "Tak apa lah Syira , aku boleh pergi sorang. But , make sure kau tunggu aku okey?"jawab Zety.  Zety erlalu pergi. Makin lama Zety hilang daripada pandangan Syira.

 

                                             Sampai sudah Zety dihadapan bakery , Zety terus masuk kedalam bakery. Cepat-cepat Zety mengambil buku diari miliknya. Pada mulanya Zety bercadang untuk keluar dari bakery tetapi Zety terhidu bau asap dari arah dapur. Zety terus melangkah masuk ke arah dapur . Belum sempat kakinye hendak melangkah ke dalam dapur , ada sesuatu yang jatuh dibelakangnya. Betapa terkejotnya Zety bahawa langsir dapur bakery milik Ryan habis terbakar. Zety cepat-cepat menghubungi Syira. "Syira! Tolong aku!Tolong aku!" Belum sempat Syira bertanya 'kenapa' talian sudah dimatikan. Syira terus memberitahu Haikal dan Ryan. Tetapi Ryan tidak percaya dan menganggap Zety menipu mereka."Ala , awak tak payah percaya kata-kata si Zety tu. Dia saja nak kenakan kita bertiga je ,betul tak Haikal?"ujar Ryan. Syira terus berlari ke arah bakery dan diikuti oleh Haikal dan kemudiannya Ryan. 

 

                                                 Terkejutnya Syira apabila mendapati dapur bakery tempat dia bekerja terbakar. Syira terus terduduk dan menangis sambil meyebut nama Zety. Haikal tidak berani untuk masuk ke dalam kerana dia takot akan api. Lalu Ryan menyuruh Syira dan Haikal mencari air manakala Ryan mencari Zety di dalam. Ryan masuk ke dalam bakery dan mula mencari Zety . Tiba-tiba Ryan melihat sesusuk tubuh terbaring dengan mukanya habis cacat akibat terkena api. Ryan terus mengangkat Zety keluar dari bakery

 

                                         

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet