The Cold-Lost Princess
Please Subscribe to read further chapters
Description
The Cold-Lost Princess
Seoul Korea,di Gwangju,terdapat ramai pengunjung yang sedang berjalan di sekeliling kawasan bandar raya itu dan suasana di situ amat riuh.Pada waktu malam itu juga,terdapat seorang lelaki yang bernama Sehun sedang menulis sesuatu pada buku diarinya di atas katilnya yang berada dekat dengan tepi tingkap,terbuka lebar.Air matanya mengalir ke pipinya dengan deras tanpa henti.Terdapat satu cermin mata hitam di atas meja yang sudah retak di sebelahnya manakala di kirinya pula sudah tiada kaca akibat di pijak oleh pembuli-pembuli itu.
Walaupun dia ingin sangat membalas dendam kepada mereka,tetapi tiada gunanya kerana dia cuma nerd yang selekeh dan lemah.Tiba-tiba,dia merasai seperti ada cahaya yang menghala ke tingkapnya.Dengan satu toleh pada kiri,dia ternampak cahaya yang seperti tahi bintang itu semakin dekat dan dekat padanya.Matanya menjadi besar dan dengan bergegasnya dia berlari jauh,masuk ke dalam bilik air.Dia berundur badannya dengan lambat dan ternampak cahaya yang berkilau di bawah ruang pintu itu.
Beberapa saat sudah lepas dan cahaya itu akhirnya mati.Pintu bilik air itu di buka dengan tidak penuh dan secara berhati-hati,Sehun berjalan ke arah seorang perempuan yang masih baring di atas lantai,pengsan.Memakai gaun yang berwarna merah jambu dan rambutnya berwarna emas yang diikat tocang dengan pelbagai jenis warna bunga dan bercahaya.Sehun terkejut dan amat terikat pada mukanya yang cantik,halus dan putih,tidak sedar yang pipinya sendiri sudah berwarna merah seperti tomato.
Tetapi,kenapa perempuan ini berterbangan dan masuk ke Bumi?
Kenapa rambutnya bercahaya?
atau,adakah dia makhluk asing?
Comments