Evidence 14
I'm A Psycho“Yoo Yori?” kata Jongup. “Ne! Saya Yoo Yori,” katanya. “Saya Jongup. Moon Jongup,” kata Jongup sambil memaparkan senyuman manis ke arah Yori. “Ne, Jongup oppa!” kata Yori. “Kalau macam tu, boleh saya tanya?” soal Jongup. “Ne, oppa!” balas Yori. “Awak tinggal kat mana?” soal Jongup. “Saya ting-“ Yori tidak sempat menghabiskan kata-katanya kerana tiba-tiba satu suara kedengaran. “Jongup ah! Itu pun kau! Penat hyung cari,” kata Yongguk tercungap-cungap setelah penat berlari.
“Hyung!” kata Jongup. Dia segera berlari ke arah Yongguk. “Mianhaeyo... Saya keluar tak bagitau hyung,” sambungnya lagi. “Gwaenchana! Yang pasti kau selamat. Tapi, siapa budak tu?” kata Yongguk sambil menudingkan jarinya ke arah Yori. “Saya Yoo Yori!” kata Yori. “Kau buat apa kat sini?” soal Yongguk. “Sebenarnya, saya sesat... Saya cuba ikut abang saya tadi tapi saya hilang jejak dia,” terang Yori. “Abang? Apa nama dia?” soal Yongguk lagi. “Yoo Youngjae!” balas Yori. Jongup dan Yongguk terkejut mendengar jawapan Yori itu. “MWO?!” kata mereka serentak.
*****
“Saya dah balik,” kata Youngjae. Youngjae memandang sekeliling dan mendapati bahawa adiknya tiada di situ. “Omma, mana Yori?” soal Youngjae kepada ibunya. “Yori? Dia bukan ikut kamu ke tadi?” kata ibunya. “Hah?! Bila?” soal Youngjae. “Tadi dia cakap kat omma yang dia nak ikut kamu. Takkan kamu tak nampak dia kot?” kata ibunya. Youngjae mula hairan. Rasa risau mula menyelubungi dirinya. “Omma! Saya nak keluar kejap. Saya nak cari Yori!” kata Youngjae. “Ne,” kata ibunya.
Youngjae segera keluar dari rumahnya. Dia berlari sambil memanggil-manggil nama Yori beberapa kali. Namun, tiada jawapan. Youngjae mula berasa risau. Dia mula berfikiran negatif. “Entah-entah dia kena culik...,” getus hati Youngjae. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya dan cuba berfikiran positif. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. “Yeoboseyo?” kata Youngjae. “Ini aku, Yongguk. Adik kau ada dengan aku sekarang,” kata Yongguk.
“Jinjja?!” soal Youngjae. Dia berasa amat lega selepas mengetahui bahawa adiknya selamat. “Ya. Dia ada kat rumah aku sekarang ni. Nak aku hantar dia kat rumah kau?” kata Yongguk. “Takpe! Biar saya yang pergi rumah awak. Lagipun, awak bukannya tau rumah saya kat mana,” kata Youngjae. “Arasseo,” kata Yongguk kemudian dia memutuskan panggilan tersebut. Youngjae menghembuskan nafas lega kemudian dia segera menuju ke rumah Yongguk.
*****
“Geokjeongma! Abang awak akan sampai tak lama lagi,” kata Jongup sambil mengusap kepala Yori. “Ne!” balas Yori. “Lepas abang kau datang, kau terus balik ek?” kata Yongguk dengan nada yang agak kasar. “Ne...,” balas Yori sedikit takut. “Awak janganlah takut. Yongguk hyung tak marah awak pun,” kata Jongup. Yori hanya tersenyum. Tiba-tiba, loceng rumah tersebut berbunyi. “Tu mesti Youngjae. Biar aku bukak pintu tu,” kata Yongguk. Yongguk pun menuju ke arah pintu tersebut dan membukanya.
Kelibat Youngjae mula kelihatan di muka pintu tersebut. “Oppa!” kata Yori setelah melihat abangnya itu. “Yori ah! Kan oppa dah kata... Jangan ikut abang! Tengok! Kan kamu dah sesat tadi... Ingat! Kamu tu kecil lagi,” marah Youngjae. “Saya bukan budak kecil! Saya dah besar! Saya dah 14 tahun!” kata Yori. “Besarlah sangat... Dah, jom balik!” kata Youngjae. Tangan Yori ditariknya dengan kuat. “Oppa, sakitlah!” kata Yori. “Dah! Dah! Jangan mengada-ngada! Yongguk hyung, Jongup, mianhae sebab dah susahkan korang. Aku pergi dulu, ye?” kata Youngjae.
Youngjae pun segera menutup pintu rumah itu. “Oppa! Sakitlah!” kata Yori. Tangan Youngjae ditepis dengan kuat. “Kalau oppa tak buat macam tu tadi, mesti kamu takkan balik punya,” kata Youngjae. “Kenapa pula?” soal Yori. “Sebab kamu tu adik yang degil!” kata Youngjae. Tangan Yori digenggamnya sekali lagi. Tetapi, sekali lagi ia ditepis oleh Yori. “Saya boleh jalan sendiri,” katanya kemudian berlalu meninggalkan Youngjae.
“Kalau oppa tak pegang tangan kamu, kamu akan sesat lagi nanti,” kata Youngjae. “Saya takkan sesat lagi!” kata Yori. Tiba-tiba, langkahnya terhenti. Youngjae hairan melihat tindakan adiknya itu. “Wae?” soal Youngjae. “Oppa rapat ke dengan Jongup oppa dan Yongguk oppa?” soal Yori tiba-tiba. “Nak dikatakan boleh la jugak,” kata Youngjae. “Sejak bila oppa kenal diorang?” soalnya lagi. “Beberapa minggu yang lepas... Tapi, kenapa kamu asyik tanya soalan je ni???” soal Youngjae pula.
“Saya cuma nak tau je!” kata Yori. Youngjae mula berasa pelik akan sikap adiknya itu. Selalunya, adik dia memang tak suka tanya soalan kat dia. Inilah kali pertama dia buat macam tu. “Kamu nampak pelik hari ni... Kenapa?” soal Youngjae. “Sebenarnya, saya ada sesuatu nak cakap tapi saya takut...,” kata Yori. “Apa? Cakap jelah. Oppa sedia mendangar,” kata Youngjae. “Oppa kena janji! Oppa tak boleh gelak lepas dengar apa yang saya cakap ni. Arasseo?” kata Yori.
“Ya, oppa janji! Jadi, apa bendanya?” kata Youngjae. Yori terdiam buat sementara waktu. Youngjae hanya sedia menunggu sampai adiknya itu berbicara. “Saya rasa saya dah jatuh cinta...,” kata Yori. Kini, mata Youngjae membulat. Dia berasa amat terkejut selepas mendengar penjelasan adiknya itu. Dia menarik tangan adiknya kemudian berkata, “Tipu!” “Saya tak tipu!” kata Yori. “Siapa orang yang kamu suka tu? Siapa???” soal Youngjae.
“Err... Oppa kenal dia. Jadi, saya malu nak cakap,” kata Yori. “Takpe! Bagitau je,” kata Youngjae. “Dia... Moon Jongup...,” kata Yori sedikit perlahan. Youngjae terkedu lalu berkata, “MWORAGO?????”
*krik krik* rajin2 kalanlah diri mengomen~ B'D
Comments