Jatuh Cintalah Pada Aku!
Please Subscribe to read the full chapter

 

Jantung Jiyu seolah-olah berhenti berdegup. Dia rebah jatuh ke lantai dengan titisan airmata.

"Jiyu..." Kris memapahnya untuk berdiri tetapi Jiyu sudahpun berlinangan airmata.

"Baek....."

Hana turut mengalirkan airmata.

"Jiyu, Baekhyun sekarang dekat Hospital XXX. Doktor telefon aku tadi, sebab aku orang terakhir berhubung dengan Baek. Kita kena kesana cepat!"

"Saya ikut sekali..." Kris volunteer diri membuat Kai mengangguk.

 

 

"Cik, boleh saya tahu dimana pesakit bernama Byun Baekhyun?" tanya Kai di kaunter pertanyaan sementara Hana dan Kris mendampingi Jiyu.

"Pesakit yang baru tiba tadi?"

Kai mengangguk.

"Pesakit tersebut ada di bilik kecemasan tingkat 4 sekarang. Dia mengalami pendarahan kepala yang teruk waktu tiba kesini tadi." jelas Jururawat yang berada di kaunter. "Tapi encik boleh tunggu diluar bilik kecemasan sahaja. Pesakit belum boleh dilawat lagi."

"Ne. Terima kasih."

Kai berlari kearah mereka "Dia ada ditingkat 4."

 

 

Kai mundar-mandir dihadapan pintu bilik kecemasan sejak tadi, selepas menelefon keluarga Baekhyun, sementara Jiyu ditenangkan Hana. Mereka duduk ditepi pintu bilik kecemasan, mengharap Baekhyun tidak begitu parah. Jam sudah menunjukkan pukul 12.02am.

Sementara itu, Kris membeli makanan untuk mereka. Pasti mereka berasa lapar. Sekurang-kurangnya, biarlah mereka mengalas perut dengan makanan ringan.

Jiyu diam. Tampaknya dia sudah sedikit tenang pada luaran, tetapi di mindanya, dia tidak habis berfikir keadaan Baekhyun. Kata-kata terakhir Baekhyun masih terngiang-ngiang ditelinganya.

Tunggu aku balik tau. 

"Jiyu?"

Lamunan Jiyu terhenti, menoleh kearah Hana.

"Kau okay?"

Jiyu mengangguk perlahan.

"Sabar ye. Baekhyun mesti tak apa-apa. Dia kan degil, annoying dan sebagainya. Dia mesti survive lama dekat dunia ni." Hana cuba menyejukkan hati Jiyu.

Jiyu sekadar tersenyum tawar "Ya... aku harap macam tu."

Dari jauh kelihatan Kris datang kearah mereka.

"Saya beli kimbab dengan air mineral, makanlah dulu." kata Kris sambil mengagihkan makanan.

"Gomawo, hyung." kata Kai lalu mengambil tempat disebelah Hana.

"Gomawo, sunbae." kata Hana pula.

Makanan yang dihulur Kris kepada Jiyu tidak diambil. "Gwaenchana. Saya tak lapar."

"Jiyu, makanlah." pujuk Hana, sementara Kris masih menghulurkan makanan itu.

"Gwaenchana." Jiyu menunduk.

Kris mengeluh kecil, lantas menyimpan semula makanan itu ke dalam beg plastik.

 

"Baekhyun! Mana Baekhyun!"

Dari jauh kedengaran suara Puan Byun.

Kai datang memapah Puan Byun yang sepertinya tidak berdaya untuk berjalan.

"Baekhyun masih dalam bilik kecemasan?" tanya Baekbom, kelihatan tenang. Memang jenisnya pandai mengawal emosi.

"Ne, hyung. Doktor pun belum keluar lagi." jawab Kai.

Jiyu dan Hana bangun lantas memeluk Puan Byun, menenangkannya. Sementara Kris dan Baekbom berkenalan sesama sendiri.

 

 

Lampu yang terdapat diatas pintu bilik kecemasan yang asalnya berwarna merah, bertukar hijau, menandakan sesi rawatan berakhir.

Pintu yang dibuka membuatkan mereka semua berdiri, menanti doktor keluar.

"Doktor, macam mana keadaan anak saya?" tanya Puan Byun, masih dilinangi airmata.

Doktor yang bertugas merawat Baekhyun itu, mengelap peluh didahinya lalu menghembus nafas panjang. "Buat masa sekarang, dia tak boleh dilawat lagi. Keadaan dia sangat parah dengan pendarahan yang teruk dikepala."

Airmata Puan Byun mengalir lagi, begitu juga Jiyu dan Hana.

"Bila kami boleh lawat dia, doktor?" tanya Baekbom pula.

"Itu... saya belum pasti. Tapi, kami melakukan DNA darah dan mendapati dalam darah pesakit terdapat DNA pil khayal."

Semua mereka tersentak dengan penyataan itu.

"T-tapi, adik saya tak ambil dadah!" bentak Baekbom.

"Ya! Dia tak akan ambil

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
xoxogirl2 #1
Wah daebak ah cite ni
minbaekhyun
#2
Chapter 78: Omo..soo shuit~~(lol)
secret_admire #3
Chapter 78: wah!! daebak!! jinjja daebak!!
satu hari saya da habiskan baca...
memang best!! :)
btw sejak baca ff ni rasa tambah syg kat baekkie la...
hhahaha.. xD
fighting!! hope lepas ni awk bole buat yg lebih baik..
( ceh! komen org lak.. die tu mcm pandai sgt je.. -..- )

k.. bye!!
aidasafiah
#4
Chapter 78: Hye.Best ff ni tapi still confuse..Baekhyun buta ke tak?
YeRa_09 #5
Chapter 78: awwww sweeet sangatt >.< ahhhh nak jadi mcm dyeorng jugakk. OK merapu -.- ....

Btw cerita awak best sangattt T^T huuuu ~~
LovelyIna
#6
Chapter 50: Ya Allah T^T *cry* Engt nak komen di akhir chapter tapi surat dari imo betul-betul buat sy nangis....

Baek, be strong..
inspiritsinfinite
#7
Chapter 60: bestnyaaaaa! sehari je aku baca cite ni , harhar
eydakai
#8
gilerr!!! bnyk!!! 56!!
nk bce ker xnk??? hurm.... T_T
IHeartEXOPink #9
Chapter 61: nangis dha tadi , ingatkan dha tak boleh baca T.T xD
_shuhidah
#10
La ingat kan dh tk boley baca?heheh x per-2 unnie ubah dlu hee :D