this is insane

Insane

"Jangan kacau aku lagi!" Namjoo menjerit. Namun jeritannya membuatkan Baekhyun tersenyum gembira. Baekhyun masih lagi mengekori Namjoo. Kemana sahaja Namjoo pergi, Baekhyun mesti sahaja ada.

 

Byun Baekhyun. Seorang 'sasaeng fans' Kim Namjoo. Hatinya begitu tertarik dengan Namjoo, seorang jurugambar professional. Setiap hari, Baekhyun akan menghantar pelbagai jenis bunga kepada Namjoo. Kian Namjoo mengelak, kian suka Baekhyun dibuatnya.

 

"Kau ni tak ada kerja lain ke? Setiap hari ambil gambar Namjoo tu," seloroh Chanyeol. Mulutnya sibuk mengunyah burger yang dibelinya. Baekhyun menjuihkan bibir. Kamera Nikon DSLR EOS600 nya di letak di atas meja.

 

"Bukan apa. Dah dia yang asyik mengelak," jawab Baekhyun. Tangnnya baru sahaja mahu mengambil kentang yang tersedia di atas meja.

 

"Kau yang asyik mengejar. Lari lah dia," Chanyeol masih mahu menentang Baekhyun. Baekhyun melepaskan nafas berat.

 

"Kau ni. Sebagai bestfriend mestilah sokong aku selalu," Baekhyun masih lagi mempertahankan dirinya. Chanyeol berhenti makan burgernya. Dipandang sahabat karib yang sudah 'sakit jiwa' itu.

 

"Aku akan sokong benda betul yang kawan aku buat. Tapi untuk kali ini tidak. Kau tahu tak...hampir setiap hari kau duk ikut si Namjoo tu. Gambar dia kau ambil curi-curi. Kau ingat aku tak tahu? Gambar yang kau ambil tu kau tampal kat setiap sudut bilik kau?" Chanyeol membebel. Matanya masih tajam memandang sahabat karib yang degil itu.

 

"Aku buat benda tu sebab aku suka dia," jawab Baekhyun dengan mulut yang penuh dengan kentang. Chanyeol menggeleng. Seleranya sudah hilang disebabkan kawan yang satu itu.

 

"Itu bukan suka. Itu dah angau. Kesian aku dekat si Namjoo tu," jelas Chanyeol. Dia mula beredar. Meninggalkan Baekhyun yang masih makan itu.

 

'Suka hati kau lah kau nak cakap apa,' desis hati Baekhyun. Dia kembali makan kentang gorengnya. Matanya dapat menangkap susuk tubuh yang dikenalinya. Gadis berambut pendek itu sedang asyik bergelak tawa bersama seorang lelaki. Mulut Baekhyun serta merta berhenti mengunyah. Dia kenal sangat dengan lelaki tinggi itu.

 

Mana mungkin dia tidak kenal, Yook Sungjae. Siswa tahun ke-2 di Seoul Intl College atau lebih dikenali sebagai junior paling popular. Hanya satu perkara sahaja dia tidak suka tentang Sungjae. Sungjae lahir sama tahun dengan Namjoo. Manakala dia? Byun Baekhyun yang tua daripada mereka tiga tahun. Itu yang membuatkan Namjoo tidak suka dengan Baekhyun selain perangai dia yang 'gila'.

 

Hati Baekhyun semakin panas. Namjoo, seorang gadis yang tidak suka berkawan dengan lelaki boleh sahaja berborak  dengan riang bersama Sungjae. Mahu sahaja ditarik Namjoo dari terus duduk dengan Sungjae. Dia hanya membiarkannya. Nak buat malu di tengah-tengah kafe ni? Bukan niat dia. Baekhyun menghembus nafas geram. Selaku senior, dia perlu buat sesuatu.

 

 

-seminggu selepas itu-

 

"Kau jauhi Namjoo!!" kolar Sungjae ditarik.

 

"HAHA. Wae? Kau jealous tengok aku dengan dia?" Sungjae tersengih. Dia kenal sangat perangai Byun Baekhyun. Cerita-cerita yang didengarinya daripada Namjoo sudah sebati dengan dirinya. Manakan tidak. Namjoo kan....

 

"Nae! Aku jealous. Ada masalah?" Baekhyun menolak tubuh Sungjae. Sungjae ketawa sinis.

 

"Apa kau buat ni Byun Baekhyun?!" satu suara menjerit di koridor bangunan. Baekhyun dan Sungjae memandang pemilik suara itu. Park Chanyeol menghampiri mereka berdua. Kedua keningnya bertaut.

 

"Kau buli budak junior? Tak matang!" kepala Baekhyun ditunjal Chanyeol. Baekhyun terjerit. Sungjae yang menjadi pemerhati ketawa terkekek melihat dua seniornya itu.

 

"Budak tak matang," Sungjae tersenyum sinis. Kakinya melangkah meninggalkan dua manusia itu.

 

"Tengok. Kau buat malu nama senior je," Chanyeol melangkah meninggalkan Baekhyun. Baekhyun menjuihkan bibirnya.

 

 

-malam itu-

 

"Mwo?!" Namjoo menjerit di hujung talian. Manakan tidak, Sungjae teman baiknya mahu dibelasah senior yang menjengkelkan.

 

"Dia ni memang dah lebih! Tunggulah aku sekeh kepala dia tu!" Namjoo sudah mengepalkan tangan. Banyangan Baekhyun wujud di mindanya saat itu juga. Terbayang-bayang akan aksi dia 'membelasah' Baekhyun.

 

"HAHA. Rilekslah. Aku kan lagi besar dari dia. Nak tolak aku pun tak kuat," Sungjae ketawa. Begitu juga dengan Namjoo. Tiba-tiba tawa Sungjae mati.

 

"Namjoo"

 

"Hmmm?"

 

"Siapa aku pada kau?" tanya Sungjae tiba-tiba. Namjoo di hujung talian tersentak mendengar soalan Sungjae.

 

"HAHA. Buat lawak lah kau. Mestilah bestfriend aku," tawa Namjoo dibuat-buat. Bukan dia tidak faham dengan soalan Sungjae.

 

"Tch. Pura-pura bestfriend,"

 

"Maksud kau?"

 

"Yalah. Kau dekat kolej buat tak kenal aku. Kengkadang je kau nak bercakap dengan aku. Sampai Baekhyun tu fikir entah apa-apa," rungut Sungjae. Tanpa dia sedari, bibirnya sudah muncung ke depan.

 

"Malaslah nak layan kau. Aku ada banyak assigment nak buat ni," Namjoo mahu memutuskan talian.

 

"Aku suka kau!!" Sungjae meluahkan perasaannya serta merta. Namjoo jadinya tersentak.

 

"Sungjaee....kau cakap apa? Tak dengarlah....tak de line...." Namjoo berpura-pura. Panggilan itu dimatikan Namjoo. Namjoo melepaskan nafas beratnya.

 

'Mianey Sungjae'

 

"Ish dia ni. Pura-pura pula," Sungjae bermonolog sendiri.

 

 

-esoknya-

 

"Kim Namjoo!" Baekhyun berlari anak mengejar Namjoo.

 

'Ahh. Datang lagi...'

 

"Namjoo! Aku cari kau pagi tadi..." Baekhyun mengeluarkan suara manjanya itu. Namjoo semakin tidak selesa.

 

"Mianey Baekhyun. Aku tak suka kau. Sila berambus dari hidup aku," Namjoo berseloroh. Biar tak cantik bahasanya jangan manusia 'gila' itu mengejarnya lagi.

 

"Alolo. Comel lah dia ni," Baekhyun tersenyum geli hati. Dikeluarkan kamera DLSR kesayangannya. Beberapa gambar Namjoo diambilnya. Dia tak kisah sama ada gambar yang di ambilnya side profile mahupun back profile. Asalkan itu Kim Nam Joo, gambar itu jugalah yang disimpannya. Baekhyun tersenyum.

 

"Kawan aku ni memang dah gilaaaa," entah ceruk mana Chanyeol datang. Terus sahaja dia mengejek kawannya itu. Baekhyun tersengih sambil menunjukkan gambar yang diambilnya.

 

"Kesian aku dekat kau, Baekhyun. Dah tak waras. Agaknya apalah reaksi kau kalau dah tahu Namjoo dah couple," Chanyeol berbisik perlahan. Namun telinga Baekhyun cepat sungguh menangkap apa yang diperkatakan Chanyeol.

 

"Kau cakap apa?" tanya Baekhyun tegas. Kameranya telah selamat digantung di leher.

 

"Ahh. Tak ada apa-apalah," Chanyeol berlalu meninggalkan Baekhyun sendirian.

 

"Hoi! Pengkhianat! Aku dengarlah!" Baekhyun melaung. Chanyeol berpaling. Lidahnya dijelir. Chanyeol tersenyum mengejek.

 

-lusa-

 

"Lawa" Namjoo tersenyum sendiri melihat gambar-gambar yang diambilnya. Gambar itu di masukkan ke dalam fail hitam. Fail hitam itu disimpan di rak. Rak yang menempatkan karya siswa siswi jurusan graphers. Matanya sempat melihat satu fail yang menarik. Tertulis nama 'Byun Baekhyun' di muka fail itu. Namjoo mencebik. Entah kenapa hatinya tertarik mahu melihat isi fail itu. Tangannya mengambil fail berwarna putih itu. Dibukanya fail yang agak berat itu.

 

Namjoo terkedu. Gambar-gambarnya memenuhi fail putih itu. Dibeleknya gambar-gambar itu. Semua. Semua gambar itu adalah gambar dirinya! Di belakang gambar siap lagi ditulis tarikh dan masa gambar itu diambil. Hampir setiap hari, gambarnya diambil. Tangan Namjoo terketar-ketar. Dia melihat satu persatu gambarnya.

 

Gambarnya sedang makan bersama senior Hyunseung dan Eunji.

 

Gambarnya sedang duduk berbual dengan Hayoung.

 

Gambarnya sedang bershopping dengan Chorong dan Bomi.

 

Semuanya ada. Dan juga...

 

Gambarnya berjalan bersama Sungjae.

 

Darah Namjoo menyirap habis. Mahu sahaja dibakar gambar-gambar itu. Selama ini, tanpa disedarinya gambar dirinya dan rakan-rakannya diambil. Selama tiga bulan ini! Satu gambar itu diambil. Dironyokkan gambar itu oleh tangan Namjoo sendiri. Sakit hatinya diperhatikan begitu sekali. Baginya, Baekhyun sudah gila. Ya! Byun Baekhyun perlu dimasukkan ke hospital gila. Nasib baik dia pernah menyimpan nombor Chanyeol. Dihubungi sahabat baik Baekhyun itu.

 

"Chanyeol..."

 

"Nae...yeobo?"

 

"Tolong masukkan kawan awak itu ke hospital gilaaaa!" Namjoo mendengus kasar. Air matanya mengalir. Dia tak sangka dirinya diperhatikan begitu sekali.

 

"Namjoo-sshi. Jangan risau. He's done," Chanyeol menjawab gembira.

 

"Apa awak cakap?" tanya Namjoo masih dalam tangis.

 

"Tengok berita."

 

"Saya kat kolej," jawab Namjoo. Mana mungkin dia buka tv di kelasnya itu. "Ish. Buka je." arah Chanyeol. Namjoo segera membuka tv seperti yang disuruh.

 

 

"Akhirnya pihak polis berjaya menangkap pesakit yang bernama Byun Baekhyun di sekitar Seoul. Pesakit disahkan melepaskan diri dari hospital sakit jiwa tiga bulan lalu telah kembali ke Seoul Psychiatric Hospital. Ulasan lanjut dari Son Naeun. Kamsahamnida,"

 

Namjoo terkedu sekali lagi.

 

"See. What I thought. He's really crazy,"

 



Annyeong. HAHA. Kesian Byun Baek kuuuu. HEHE. Ohh. Dah tengok mv K.Will? Seriously. Chanyeol dalam mv tu -,- menangis Han River!! HAHA. Nasib baik perempuan tu huduh. Oit jahatnya mulut. Nasib baik bukan artis. Mianeyyooo. Jjinja. Macam mana cerita ni? Wuwuwuwuwuwu. Mianey buat bias korang macam ni. Haaa~ rasa nak buang ke laut je ><

Wuuu~ comment eh~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BTBcenterlinePiwit #1
Eoh?? Namaku >< hahaha sory sebab jadi silent reader huhuhu
Lawak cerita ni hahaha kipidup
HanselMaknae #2
Chapter 1: wait. maknanya namjoo dating dengan chanyeol ke?
weloveexoforever #3
Chapter 1: Kesiannye baekhyun jadi gile mcm x sesuai jek baekhyun jadi gie
exotic3010 #4
Chapter 1: Hahahaha....
exoticsbabyz #5
Chapter 1: daebak!!!! i love it
93Hanafayana #6
Chapter 1: Wow...hahaha..★▽★
KUROBARAHIME
#7
Chapter 1: SAYA SUKA CERITA NI!NICE ONE!