Chapter 2

PARADISE

 


   Pagi itu disinari dengan cahaya sinaran matahari yang semakin menaik di atas kepala. Di kedai bubble tea yang berdekatan dengan Taman Perumahan Calla Lily, terdapat pasangan sejoli sedang minum bubble tea sambil berborak dengan gelak tawanya. 

  "Kau bila boleh sekolah dekat Seoul High School? Aku dah bosan dengan kawanaku dekat sana" kata Myungsoo dengan nada yang bersahaja.

  "Kau ni pun. Kut ye pun, sabarlah. Abang aku kata nak daftarkan aku harini. Tunggu bawak pergi beli baju and barang sekolah. Kau nak ikut? balas Hyeson sambil menyedut bubble tea yang baru dibeli oleh Myungsoo untuk mereka berdua.

  "Tengoklah. Kalau aku tak sibuk dengan practise aku tu. Aku keluar ni pon senyap2 je tau" gelak Myungsoo di akhir kata.

  "Lol. Kau boleh gelak pulak, member kau pon tak tahu kau keluar?"

  "Tak, tapi ada sorang member aku ni. Sunggyu namanya"

  "Kenalkan eh nanti dekat aku? Aku nak jugak ada ramai kawan" kata Hyeson kembali sambil minum bubble tea berperisa susu itu.

  "Eh, mengada-ngadanya kau. Ayat macam nak takle orang je. Puihh~!" bersahaja

  "Alah, please" kata Hyeson diikuti dengan muka yang comel yang dibuat-buat.

  "Tengoklah kalau aku rajin. Kau bayar semua ni!" Myungsoo berlalu pergi sambil membawa minumannya bersama.

  "Okay!" kata Hyeson sambil mengeluarkan duit dari dompet yang dibawanya.

 

                                                                              *****************************************

 

  Myungsoo P.O.V

 

  TOKK! TOKK! TOKK!

 

  Bunyi ketukan pintu dari luar bilik Myungsoo menganggu tuan empunya bilik terganggu daripada membuat kerja sekolahnya yang kelihatan masih tinggal berbaki dari bulan lepas lagi. Myungsoo dengan malas mengangkat punggungnya daripada kerusi kayu terus membuka pintu. Dibukanya pintu dan duduk kembali di atas kerusi kayu kegemarannya sambil membuat kerja sekolahnya

  "Kenapa ma? Tak pernah pun mama masuk dalam bilik 'anak' mama ni?" kata aku dengan selamba.

  "Nak tengok anak mama pun tak boleh? Mama tahu, mama salah. Sekurang-kurangnya, bagilah mama perluang nak luangkan masa dengan anak mama ni" kata Pn.Kim sambil mengusap rambut aku.

  "Your son? Not your husband son? Mama pernah ke ambil tahu pasal Myungsoo? Myungsoo sakit pun mama tak pernah lawat Myungsoo dekat hospital" kata aku tanpa melihat muka mama yang telah melahirkan diriku ke dunia ini.

  Ibu Myungsoo yang terkenal dengan nama Oh Sungra seorang pelakon dan penyanyi tersohor di Korea. Pn.Kim akan pulang ke rumah jika dirinya tidak mempunyai schedule, itupun dua kali setahun sahaja dia akan pulang ke rumah.

  Selalunya dia akan ke club bersama rakan sekerjanya untuk menghilangkan stress kerja yang dihadapi dan akhirnya menempah bilik di sebuah hotel. Langsung tidak fikir dengan anaknya yang seorang itu di rumah. Bertanya khabar pun tidak, apa lagi dengan makan minumnya, pakaiannya dan sebagainya.

  "Myungsoo tahu, Myungsoo lahir dari rahim mama dan papa. Tapi kalau ya pun, janganlah asyik utama kan kerja mama dari anaknya sendiri. Myungsoo pun nak kasih sayang mama, bukan papa yang beri kasih sayang seorang ibu dekat Myungsoo" jelasku panjang lebar. Di ekor mataku sudah bergenang air mata yang dikumpul sejak tadi.

  "Mama mintak ma.." sebelum Pn.Kim menghabiskan kata-katanya, blackberry milik aku berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.

  Tanpa berlengah, aku dengan segera mengangkat panggilan tadi dan segera keluar daripada bilik. Selepas menjawab panggilan daripada Hyeson, aku dengan segera mengemas meja kerjaku dan mengambil kunci kereta aku dan berlalu dari situ. Tanpa melihat muka mama yang sudah menahan daripada menangis.

  Aku diluar bilikku terhenti melangkah daripada berjalan, dan kembali semula ke bilik dan aku melihat mama sudah menekup mukanya dengan tapak tangannya sendiri. Aku mendekati mama dengan perasaan yang serba salah. Aku duduk tercangkung sebelah insan yang paling aku sayang dalam dunia ini.

  "Ma, Myungsoo minta maaf. Myungsoo takda niat pun nak sakitkan hati mama. Myungsoo marah je tadi, tapi Myungsoo tak nak jadi anak derhaka. Myungsoo minta maaf. Jangan menangis lagi eh, mama? Myungsoo sayang mama" kataku sambil menahan tangisan di ekor mataku sekali lagi.

  Pn.Kim segera mengalihkan tangannya sambil mengangkat bahu anak terunanya yang tunduk di lututnya. Aku yang duduk tercangkung di atas lantai tadi kini duduk di atas katilku sendiri sambil memandang muka mama yang basah dengan air matanya sendiri.

  "Mama menangis bukan sebab Myungsoo pun, mama menangis sebab kelakuan mama terhadap Myungsoo selama ni. Mama pun nak minta maaf" kata mama sambil mengusap kepala aku.

  "Tadi Myungsoo nak pergi mana? Kelam kabut je mama tengok je?" tanya Pn.Kim.

  "Ouh, tadi Hyeson telefon. Dia kata nak ikut tak pergi shopping mall sekali, dia nak beli barang sekolah dia" jelasku.

  "Ahh, pergilah nanti tertunggu kawan tu" sambung Pn.Kim.

  "Okay.. takpa ke mama sorang2 dekat rumah?" tanyaku bimbang.

  'Hey! Sejantan-jantan aku ni pun ada perasaan tau! Gila kau tak risau mama kau dekat rumah banglow. Sorang-sorang pulak tu. Maid tak dengar pula suara, selalunya diorang yang kecoh dekat rumah ni. Maid aku ada tiga orang, so memang bisinglah kan? Keluar beli barang, maybe?' kata hati aku.

  Tiba-tiba, kedengaran bunyi loceng rumah kedengaran. Tingg Tongg~ 'Sah sah budak tu! Ish, budak ni, memang tak boleh nak tunggu ke apa?' merungut aku di dalam hati.

  "Takpa, nanti maid balik dari beli barang dapur. Takda lah mama sorang2 lagi, kan? Dah pergi, Hyeson dah sampai tu" kata Pn.Kim sambil mengusap kepala aku.

  "Okay, Myungsoo pergi dulu. Bye, mama" kataku sambil mencium pipi Pn.Kim dan beredar dari situ.

  "Bye~" kata Pn.Kim sambil menghantar aku sehingga pintu bilik tidur yang tertera nama Kim Myungsoo di hadapan pintu bilik tersebut.

 

End of Myungsoo P.O.V

                                                                    ******************************

Hyeson P.O.V

 

  Di hadapan rumah Hyeson, kelihatan Hyeson sudah bertukar pakaian sukannya kepada pakaian kegemarannya. Jeans biru panjang, baju berwarna coklat dan berjaket hitam. Hadiah daripada Myungsoo sempena harijadi nya yang ke 16 pada tahun lepas. Oleh penat menunggu, akhirnya Hyeson merungut dan segera pergi ke rumah Myungsoo dengan berjalan kaki. Alaa, jiran sebelah rumah je tak penat pon. Ditekannya loceng rumah berkali-kali.

  "Hish! Mana Myungsoo ni! Penat dah jari aku nak tekan loceng ni" bebel aku seorang diri.

  "Kereta ada, orangnya ke mana? Eh! Kereta mama Myungsoo lah!" teruja. 'Ni mesti fasal tak pernah tengok kereta artis, selalunya dalam televisyen je' gumam hati aku.

  "Oi makcik! Boleh tak kau tekan loceng tu sekali je? Orang dalam rumah ni tak pekak pun" Myungsoo yang entah keluar daripada mana tiba-tiba main sergah di hadapan aku.

  "Amboi, sedap mulut kau! Kalau aku makcik, kau apa?" kata aku dalam nada memerli.

  "Aku Kim Myungsoo lah, budak paling handsome dekat sekolah"

 "Dekat sekolah je pun, nak kecoh macam kau paling handsome dekat daerah ni" selorohku.

 "Eh of course!" bangga Myungsoo.

 "Dah lah, jom bertolak. Dah pukul 2 ni, nanti malam pulak. Malam aku nak tidur, kau pun nak tidurkan? Sekarang bertolak, jom!" kataku malas hendak melayan Myungsoo sambil menuju kearah kereta Peugeot merah milik Myungsoo.

 "Okay, jom!" katanya membuka pintu belah pemandu dan masuk kedalam kereta itu lalu menhidupkan enjin keretanya dan pecut meninggalkan perkarangan Taman Perumahan Calla Lily itu.

 

End of Hyeson P.O.V


 

Macam mana chapter kali ni? Okay tak?

Hehe, sorry lama dah tak update sebab tak ada idea. 

Harini tetiba banyak idea, so apalagi, ambil laptop and update.

Thanks for the subscriber~ ^^

Next chapter, Kai, Krystal and Infinite keluar!

InsyaAllah, kalau rajin saya update esok jugak! ^^y

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
afina_exotics99
rasa macam nak tukar tajuk story ni, tapi tak tahu nak letak apa. tolong cadangkan? :D annyeong!!

Comments

You must be logged in to comment
AhnChanByul #1
thanks, keep reading :)
nursyamimi118 #2
nice story...:)
kim_iqa #3
Chapter 2: I like the fanfic :)