The Story

Secret Love

Sila Gunakan 100% Imaginasi anda :D

 

 

Minah POV 

             Kenape orang kata ,cinta itu buta ? Adakah sebab kita tak boleh Nampak perasaan cinta tu ? Kenape orang kata ,lebih baik pendam perasaan kita pada seseorang daripada meluahkannya ? Adakah sebab kita akan kecewa bila si Dia tak membalas perasaan tu ? Atau kita akan kehilangan bila dia pergi meninggalkan kita ? Semua persoalan yang dah terjawab dan telah aku lalui . . .

 

A Year Before . . .

 

#FLASHBACK

        “Minah-ah ,kenape kau tak pernah luahkan dekat Luhan yang kau suka dia ?” Telah Daehyun ,rakan karibku .

        “Aku . . .aku tak cukup berani lagi lah .Lagipun kau pun tahu Luhan tu ‘Kingka’ dekat sekolah ni .Ramai gadis yang tergila-gila kan dia .Aku tak nak kene serang pula nanti .” Balasku lemah .

        “Listen here ,perasaan tu kalau kau pendam lama-lama boleh derita jadinya .Apa kata kau cuba luahkan dulu .Manalah tahu dia terima kau ? “ Nasihat Daehyun .

        “Dae ,kau tahu aku tak pernah buat macam tu kan ? Aku takut aku tak mampu nak tanggung rasa derita tu nanti .Semua tu mustahil .“ Balasku ringkas .

        “Kau kata semua tu mustahil ? But ,miracle can break it dear .Orang kata belum cuba belum tahu right ?” Pujuk Daehyun .

        “I will .Thanks for the advice my beloved Chingu.” Ucapku ringkas dengan senyuman . Daehyun hanya mengangguk dan membalas senyuman ku .

 

Luhan POV

        Setiap senyuman dia begitu berharga .Susah untuk melihat dia tersenyum melainkan jikalau dia bersama rakan karibnya itu .Berapa lama lagi kah aku harus memendam  perasaan ni ? Sampai bila aku perlu melihat dia dari jauh sahaja ?

        Orang mungkin akan cakap aku pengecut jika mereka tahu yang aku tak berani untuk meluahkan semua ni .Tapi . . .aku tak mahu nanti ,dia juga yang merana .Aku tak mahu dia yang menanggung derita bila aku tinggalkan dia .

 

 

        “Luhan ,nah surat peminat kau .” Ucap Sehun ,meletakkan surat-surat itu diatas mejaku .Aku hanya melihat dengan pandangan kosong .Ku belek satu persatu surat itu melihat nama si penghantar ,lalu ku buang .Aku hanya menunggu surat dari Dia .

 

        “Kenapa kau tak pernah baca surat-surat tu ?” Tanya Sehun memandang tepat kearahku .

        “Bukan surat dari orang yang aku tunggu . . .” balasku ringkas .

        “I’m curious who you waiting Lulu .” Telah Sehun dan membuat ‘smirk’ .

        “You wil find it soon thehun” Jawabku membalas ‘smirk’ nya .

 

Minah POV  

        Tak salah untuk mencuba .Cuma ,aku takut yang dia tak akan menerima .Haruskah aku meluahkannya sebelum aku menyesal ?

 

 

        Harini ,aku berani diri untuk menghantar ‘surat peminat’ kepada Luhan .Aku tahu ,harapan untuk dia baca surat aku sangat tipis .Tapi macam Daehyun cakap ,belum cuba belum tahu .Setiap hari ,Sehun yang akan memungut surat peminat untuk Luhan memandangkan mereka rakan karib seperti aku dan Daehyun .

 

        Aku melihat Sehun berjalan seorang diri di laluan ke ‘Locker’ nya .Dengan pantas aku cuba untuk mengejar nya .

 

        “Sehun-ah !” Panggilku sedikit menjerit .Sehun memandangku yang berada di belakang nya .Dia memaling kan badan berhadapan ku .

        “Nae ?” Ucapnya sedikit dingin .Aku mula gentar .

        “Su. . . .surat . . .untuk . . .Lu . . .Lu. . . Han .  . .”  Balasku dengan nada yang gementar dengan menghulurkan surat bersampul pink itu kepada Sehun .Sehun mengambilnya dan membuat ‘Smirk’ .

Dia berlalu pergi .Hatiku mula berdebar dengan harapan semoga Luhan membaca surat ku .pfft .

 

 

 

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

 

Luhan POV

        Masa itu emas .Dalam setiap penantian harus ada kesabaran .Beginilah cara yang aku buat selama 3 tahun menyukainya .Dia umpama ‘angel’ untuk aku .Kerana dia sukar untuk ku dapati .Semua tentangnya indah .Tiada cacat celanya .Sampai satu hari . . .

 

 

       

       Setiap detik ,saat ,minit dan jam .Aku menunggu dan terus menunggu surat darinya .Kenapa dia tak tergila-gilakan aku macam budak perempuan yang lain ? Aku tak cukup ‘handsome’ ke untuk dia ? Atau dia dah ada yang punya ? Aaah ~! Tak mungkin ! Fikir positif Luhan ! Mungkin itu adalah keistimewaan yang dia ada dan buat kau tertarik pada dia .

 

       “Luhan~ Nah ~” Teguran Sehun membuatku tersedar dari lamunan .Seperti biasa .Dia akan membawa surat peminat ku kepada ku .Dah macam ‘posmen’ tak berbayar .tsk .Dan seperti biasa juga ,aku membaca satu persatu nama pengirim surat-surat itu .Tiada .Tiada satu pun surat dari Minah .Aku bangun dan membuang surat-surat itu kedalam bakul sampah yang berada di bahagian belakang kelas .

 

        “Lagi satu . . .” Telah Sehun dan mengambil sesuatu dari kocek beg galasnya .Aku melabuhkan punggung ke atas kerusi bersebelahnya  .

 

        “Ni surat dari Bang Minah .Kau kenal kan ? Budak yang dengan Daehyun tu .” Aku terpaku .Seperti tidak percaya apa yang aku dengar .Bang Minah ? Jinja ?

 

         Sehun menghulur surat bersampul pink cair kepada ku .Pantas aku mengambilnya .Dengan senyuman yang ceria aku membuka surat itu .Sehun memandangku dengan pandangan yang pelik .Aku membiarkannya .Surat tadi ku buka dan mula membaca isi kandungan nya yang sungguh kemas tulisannya .

 

        To : Xi Luhan :)

           

Annyeong ! *Bow*

Firstly ,if awak baca surat ni . . .thankyouuuuuuu soooo muchhh ! ;) Saya tak berapa bagus sangat dalam tulis surat .Tapi saya cuba jugak untuk jadikan surat ni sebagai surat yang bertuah *Akward Laugh* Tujuan surat ni ditulis adalah untuk meluahkan perasaan saya kepada . . . awak .Ya ! Awak . >//<

Oukee ,let start it . Act ,saya dah mula menyukai awak dari hari pertama kita mula bersekolah di sekolah tinggi ni .Awak mungkin tak ingat yang awak pernah tolong saya masa saya nak terjatuh dari tangga dekat pejabat .Masatu hati saya mula berdegup laju *tsk* .Mulai haritu saya rasa saya dah jatuh hati pada awak .Pada mulanya saya kecewa sebab kita tak satu kelas .Tapi saya rasa ianya lagi bagus kerana saya boleh sembunyikan perasaan saya pada awak .Saya tak berharap apa-apa pun pada awak .Saya buat luahan ni pun atas nasihat Daehyunie sebab dia tak nak saya simpan perasaan saya ni .Lepas fikir lebih sejuta kali .Barulah saya setuju nak tulis surat ni .Mianhae ,If surat ni annoyed .Saya memang failed bila tulis surat .Saya rasa itu sahaja yang saya nak luahkan .Terima kasih kerana membaca surat yang annoyed ni .

Once Again ,I Like You Xi Luhan <3

 

Lot Of Annoyed ,                                                 

Bang Minah .

 

 

        Surat yang aku tunggu-tunggu selama ini .Tiga tahun menaruh perasaan dan ianya membuahkan hasil . Minah suka aku juga .Jadi selama ni dia rasa apa yang aku rasa ? tsk .Surat tadi ku lipat dan masukkan ke dalam beg galas MCM ku .Harini memang hari yang bahagia .Sangat bahagia .

 

 

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Minah POV  

        Mimpi jadi kenyataan ? jarang-jarang berlaku perkara sebegitu .Tapi ,ianya terjadi pada ku .Luhan kini teman lelaki ku .Kalau sebelum ini aku hanya boleh anggap dia sebagai putera idaman ,kini aku boleh anggap dia sebagai puteri hatiku .Hidup ku berubah 100% dengan hadirnya dia membawa bahagia .

 

 

 

        “Bang Minah ,will you be my girlfriend ?” Setiap patah kata yang dia ucapkan membuatku terpaku .Seperti patung .Tanpa sebarang reaksi .Luhan masih lagi melutut dihadapan ku dilihat semua pelajar .

 

        “Nae .I will .” Balasku yakin .Peluang datang sekali sahaja dalam hidup kan ?

 

        “Yoohoo ! I Promise to make you happy always and I promise to propose you like this again ,one day in future .” Aku tergamam .Adakah dia akan berpegang pada kata-kata nya itu ? Atau sekadar janji tinggal janji ? Aku harap ianya satu janji yang akan ditunaikan .

 

 

 

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Minah POV  

        Dia menjauhkan diri .Kenapa dia buat begitu ? Hampir 3 bulan hubungan kami terjalin .Tetapi kenapa dia berubah ? Dia dah tak mesej ataupun call aku .Semua mesej yang ku kirimkan tidak dibalas dan setiap panggilan ku pasti akan dijawab oleh operator .

 

        Setiap hari disekolah ketika aku terserempak dengannya .Dia hanya akan buat tak tahu .Ada juga yang membuat gossip kononnya kami berdua telah putus .Aku cuba menafikannya .Tapi ,aku tak mampu .Kadangkala aku terfikir . . .adakah aku seorang sahaja yang  bergantung pada hubungan ini sedangkan dia menjauh ?

 

 

 

        “Minah-ah ,kenapa kau muram je sekarang ? Something wrong between you and Luhan ?” Daehyun menegur ku dengan reaksi yang risau .Dae . . .

 

        “Tiada apa-apa lah .Aku okay je .Penat sebab tak cukup tidur kott .” nafi ku .

 

        “Tak .Aku tahu kau tak okay .Tell me what happened ?” Daehyun terus mendesak .

 

        “Jeongmal .Nonthing wrong .I’m okay .” nafi ku lagi .

 

 

 

Luhan POV

        Sampai bila lagi aku kena tahan rasa rinduku padanya ? Jelas di mata dia yang dia betul-betul inginkan penjelasan kenapa aku buat begini .Aku ada alasan yang kukuh untuk semua ni .Aku tak nak dia sedih .Aku nak dia gembira .Walaupun aku tahu dia sengsara sekarang .

 

 

 

        “ Encik Xi .Penyakit kanser otak awak sudah berada ditahap yang kritikal .Kita mesti lakukan pembedahan dalam masa 2 bulan ni .Tolonglah setuju untuk buat pembedahan ni di Amerika .”

 

       Kosong .Reaksi aku kosong bila doctor peribadi keluarga memberitahu keadaan ku kini .Dua bulan ? Apa yang akan jadi dalam dua bulan tu kalau aku tak menjalani pembedahan ? Mati ? aku akan mati ke ?

 

 

 

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Minah POV

        Sunyi .Sepi .Tiada lagi gelak tawanya mahupun senyuman nya .Suara merdunya yang selalu menyanyi untukku .Kenapa dia pergi tinggalkan aku ? Kenapa dia buat begini ? Dia tinggalkan aku seperti bayi yang inginkan susu dari ibunya .Aku perlukan dia dalam hidup aku .Kenapa Xi Luhan ?

 

 

 

         Dengan langkah yang berani aku pergi ke rumah Luhan .Aku menekan loceng .Tiada respon .AKu menekan lagi .Tetapi tiada siapa membuka pintu mahupun menjawab ‘interkom’ .Aku meninjau kawasan rumah Luhan .Sunyi .Kemana mereka pergi ?

 

        “Minah ?” aku menoleh belakang .Sehun .

 

        “Kau buat apa dekat sini ?” tanya nya lagi dengan reaksi yang pelik .

 

        “Aku datang nak jumpa Luhan .Kenapa rumah dia sepi je .Dia keluar ke ?” Luah ku melarikan pandangan .

 

        “Dia . . .dia tak bagitahu kau ke ?“

 

“Bagitahu ? bagitahu apa ? apa yang kau cakap kan ni ? “ Jantungku mula berdegup pantas .

Gementar .Perasaan yang jarang aku rasa .

 

“Luhan . . .dia  . . .dekat Amerika sekarang ni .Empat hari lepas dia bertolak masa hari perlawanan bola jaring kau . “

 

“Dia pergi melancong ke ?” soalan bodoh yang keluar dari mulutku .

 

“Dia menghidap barah otak Minah .Dia pergi sana untuk menjalani pembedahan .Peluang dia untuk hidup . . .50/50 .Esok hari pembedahan dia .Luhan tak bagi aku beritahu kau pasal benda ni .Tapi . . .aku tak sampai hati tengok kau macam ni .Aku harap kau bersabar .”

 

Terduduk .Lutut tak mampu untuk berdiri .Badan mengigil .Betul ke apa yang aku dengar ? Luhan . Barah otak ? Air mata mula membasahi pipi . Kenapa mesti Luhan ? Kenapa dia tak beritahu aku perkara ni ? Tuhan ,Tolong selamatkan dia . Jebal . . .

 

#END OF FLASHBACK

 

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Luhan POV

       Kebahagian .Itu sahaja yang aku harapkan untuk Minah .Aku harap yang dia boleh cari pengganti diriku walaupun aku tahu tak semudah itu dia akan melupakan ku .I break my promise . Yup .Aku mungkir janji untuk jaga dia sepanjang hidup dia .

 

       Setahun dah berlalu . Minah dah semakin pulih dari kemurungan disebabkan ku .Dia dah mula ceria seperti setahun yang dulu . Minah yang aku mula kenal dulu dah ada dalam diri dia kembali .Aku gembira dengan perubahan dia .Andainya aku dapat berada dengannya sekarang . Andai masa boleh diputarkan .

 

Tapi . . .

 

        Aku lebih aman disini memerhatinya . . .

 

 

 

 

THE END

 

________________________________________________________________________

 

Finish ! ^^ Thankyouuuuuu soooooo muchhhhh kepada yang membaca ! *Macam ad jee yang baca* xD Btw , seriouly siapa yang baca dan comment tu . . .jasamu bergitu berharga you alls ~~ Lepas P-M-R nanty aku sambung buat oneshot atau fanfic drama pulak kay ;) Once more ,Thank youuuu :*

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Myungjiyounglo
#1
Chapter 1: sapa pengganti minah? nak tauuuu :3
lenloy92
#2
Chapter 1: tlg wat citer psl kris pulak.....
crappucino
#3
Chapter 1: aeghhh! sedih weh! kenapa luhan mati ;-; ingatkan dae yg jd pengganti hahaha xD
little_hana
#4
Daebaaak! keep it up ^^