BUNGA 1

The Last Sakura

Musim Bunga. Seoul, Korea.

                                               

Hanna mendongak memandang langit yang biru. Kelihatan sebuah kapal terbang meluncur membelah awan. Lama-lama hilang dari penglihatannya. Dia mengeluh halus. Melepaskan lelah yang tak seberapa.  Namun bibirnya perlahan-lahan mengukir satu senyuman…makin melebar… dan…

“AAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Korea bergegar seketika. Hanna menjerit kegembiraan. Tanpa peduli keadaan sekeliling dia melompat-lompat kegembiraan di luar Incheon International Airport. Semua memandang curiga. Pelik. Namun ada sepasang mata memandang dengan penuh minat. Dia tersenyum.

 Hanna berlari-lari anak mendapat teksi. Tapi kemudian dia tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia kembali memandang langit. Ke mana dia perlu pergi?? Sekali lagi…

“AAAAAAAAA!!!!!!!!!!” Korea bergegar sekali lagi.

Baka!(Bodoh!). Nak lari dari rumah kononnya! huh” Dia membebel sendirian. Dia teringat tentang rancangannya untuk ke Seoul sendirian tidak mendapat restu keluarganya. Entah mengapa, mereka berkeras untuk menghalang niatnya. Walaupun di tanya mengapa, tiada jawapan yang munasabah diberikan. Oleh itu, dia tetap berdegil dan datang ke Seoul tanpa pengetahuan keluarganya. Dan, sebenarnya dia sendiri tidak pasti mengapa dia memilih Negara Ginseng ini sebagai destinatinya.

Hanna menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. 

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berjalan-jalan seketika di Kota Seoul, setelah 30 minit meninggalkan airport. Berjalan tanpa arah. Hanya mengikut kehendak kakinya. Bersama-sama meredah kesesakan lalulintas.

Bukan sahaja di Tokyo sesak dengan kenderaan dan juga pejalan kaki tapi di Seoul juga tidak kurang hebatnya. Tidak kiralah pergi ke mana. Samaada berjalan kaki ataupun naik pengangkutan awam, tempat awam penuh dengan manusia sentiasa.

Pelik betul. Model kereta buatan Korea terkenal seluruh dunia tapi rakyatnya tetap gemar menaiki pengangkutan awam.

Ala… apa kisah..aku pun tak tau bawak kereta. Hahaha…

Hanna teringat bebelan ayahnya yang menyuruhnya mengambil lesen kereta selepas tamat pengajian. Ayahnya sanggup mendaftarkan namanya di kelas memandu malangnya dia melarikan diri. Sudahnya Seto, anak pembantu rumah mereka yang terpaksa menggantikannya. Semuanya semata-mata demi menjaga air muka dan enggan membazir. Duit tu….haha…

Sedang dia melintas jalan kedengaran hon kereta yang kuat berbunyi. Spontan, Hanna menoleh ke kanannya.

DUMMMM!! Dentuman kuat jelas kedengaran. Dan, dia tiba-tiba rebah.

Daehyun tergamam. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala. Kelihatan orang ramai sedang mengerumuni kereta sportnya.

“Kenapa?”

“Bagaimana dengan budak perempuan tu?”

“Dia tak apa-apa ke?”

Sedikit demi sedikit Daehyun mendengar perbualan orang ramai. Budak perempuan??? Apa??!! Takkanlah….

Segera dia keluar dari kereta dan dia terus terkaku. Sebujur tubuh terbaring di atas jalan. Tak mungkin… aku dah langgar orang. Habislah aku…

Semua mata tertumpu ke arahnya. Dia mula gelabah. Habislah karier aku kalau berita ni tersebar. Dia runsing, sebelum akhirnya dia memikirkan sesuatu.

“Saya akan menghantarnya ke hospital!” Ujar Daehyun segera apabila orang ramai mula berbisik-bisik sambil memandangnya dengan pandangan yang dia sendiri dapat agak.

"Eh, bukankah dia itu artis?"

"Yelah... tapi siapa ye?"

"Aish.. tu kan Daehyun. Adik aku minat betul dengan kumpulan entah apa-apa tu."

Okay, komen itu sedikit melampau tetapi Daehyun hanya mampu menggerutu di dalam hati sambil terkial-kial memasukkan Hanna ke dalam keretanya.

Tetapi andai berita ini tersebar sekurang-kurangnya tidaklah dia di anggap penjenayah yang melanggar lari mangsanya. Dengan bantuan beberapa orang awam , segala bagasi dan beg turut dimasukkan. Banyaknya…

Pelancong ke? Tak macam orang Korea pun. Daehyun berkata-kata dalam hati.

“Terima Kasih!”Daehyun segera masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan menuju ke hospital. Sesekali dia menjeling ke arah gadis di sisinya. Tiada sebarang kecederaan yang teruk. Nasib baik. Tapi kenapa dia masih tak sedar lagi? Tak kisahlah janji dia tak mati.

“Kita nak ke mana?” Tanya satu suara. Daehyun hampir melompat kerana begitu terkejut. Segera dia menekan brek kereta secara mengejut. Detuman kecil jelas kedengaran.

“Auw!!!” terdengar jeritan kecil. Daehyun menoleh, matanya terbeliak dan mulutnya ternganga.

“Nak bunuh aku ke?!” Nyaring suara Hanna menjerit.

“K-kau dah sedar?”

“Aku dah lama sedarlah.” Hanna mengurut dahinya yang sakit akibat hentaman kecil pada cermin depan kereta. Apalah malang nasib aku hari ini. Kepalanya sakit. Entah mengapa dia terasa seperti ada sesuatu yang berlainan. Tapi apa ya?

“Kau boleh berbahasa Korea?  Tapi kau tak seperti orang Korea pun.”

“Dah tentu boleh… aku kan..” Hanna terdiam. Sejak bila pulak dia begitu fasih speaking Korean pulak ni. Dia kelihatan bingung seketika. Kenapa jadi macam ni?

Dia menoleh ke arah pemuda di sisinya yang kelihatan sedang menanti dia berkata sesuatu. Namun yang keluar dari bibirnya hanyalah…

“Daehyun.”

“Apa?” Anak muda itu bertambah terkejut.

“Kau Daehyun kan? Jung Daehyun!” Suara Hanna kedengaran riang. Daehyun makin pelik.

Hanna menjerit kegembiraan. Tidak ubah seperti seorang fan. Segara dia memeluk Daehyun di hadapannya tanpa segan silu. Terasa seperti mimpi. Dia bertembung dengan Daehyun, salah seorang anggota kumpulan BAP yang semakin terkenal ketika ini. Dia adalah peminat K-Pop dah tentu sekali.

Wajah Daehyun yang tadinya kebingungan tiba-tiba berubah.

“Keluar!”

“Kenapa pulak?”

“Kau mesti tahu aku yang memandu kereta ni jadi kau berpura-pura dilanggar dan berpura-pura pengsan. Kau memang pandai berlakon bukan?” Daehyun mula tegang. Tak sangka dia begitu bodoh hingga boleh terperangkap dengan helah peminat fanatiknya.

“Apa kau kata? Jaga mulut kau sikit ya! Aku baru sampai Seoul tadi. Kau yang memandu laju tapi nak salahkan aku pula. Ini boleh buat perang!” Tak guna betul! Aku pulak yang bersalah. Tapi, memang betul pun aku berlakon tadi. Dia rebah sebab begitu terkejut bila ada kereta sedang menuju ke arahnya. Nasib baik pemandunya sempat memberhentikan kereta. Bila pemandunya keluar dan kelihatan begitu kawaii (comel) dia berpura-pura pengsan. Haha…. Sebenarnya dia sudah penat berjalan kaki tapi masih tidak tahu arah mana yang dia harus tuju.

Andai kata dia di hantar ke hospital sekalipun sekurang-kurangnya dia masih ada tempat bermalam untuk hari itu!

“Hei budak kecil! Aku tak peduli kau dari mana tapi aku nak kau turun dari kereta aku sekarang!”

“Tak nak!” Hanna enggan mengalah. Dia nekad. Sekiranya dia turun juga entah ke mana dia harus tuju. Ini pertama kali dia datang ke Seoul. Seorang diri pula itu. Sekurang-kurangnya dia berjumpa dengan Daehyun, lelaki kacak yang menjadi pujaan ramai itu. Berani betul aku ni… Tak kisahlah!

“Kalau kau turunkan aku di tepi jalan ni...aku akan beritahu semua orang kau langgar lari aku!” Hanna betul-betul nekad! Tindakan bodoh yang penuh risiko.

Daehyun menghela nafas. Reputasi perlu di jaga. BAP semakin meningkat naik sekarang dan dia sendiri makin di kenali sebagai model yang berbakat.

Dia menghidupkan enjin kereta. Tak guna betul! Dia menyumpah-nyumpah di dalam hati.

“Baiklah! Aku hantar tempat yang kau nak pergi. Cakaplah.”  Suara Daehyun mula kendur.

“Betul? Janji?”

“Ermm..”

“Janji?” Hanna terus berkeras.

“Fine! Janji!”

“Rumah kau.” Spontan Hanna menjawab.

“Okey!” Daehyun jawab endah tak endah sambil menghidupkan enjin kereta. Hanna tersenyum bangga.

“Apa???!!!!” Sekali lagi Daehyun memberhentikan kereta secara mengejut. Dia memandang Hanna yang kelihatan tenang saja. Kemudian baru dia sedar sesuatu bahawa dia telah dipermainkan hidup-hidup... sekali lagi.

Perempuan ni memang gila!

 

 

 

 

 

 

Hanna memegang kepalanya yang tiba-tiba sakit. Entah mengapa semenjak kemalangan hari itu, kepalanya kerap sakit. Bukan itu sahaja perasaan dan keadaan dirinya turut berubah. Paling ketara, dia boleh memahami dan bercakap dalam bahasa Korea dengan baik sekali sedangkan dia hanya memahami beberapa perkataan untuk itu. Itu pun sebab kemaruk dengan K-drama. Dengan menonton K-drama dia belajar gaya percakapan, memahami maksud kata-katanya. Walaupun berkemampuan namun dia tidak pernah terfikir untuk mengambil kelas bahasa Korea.

Sudah tiga hari dia menumpang berteduh di rumah artis remaja yang baru mencecah usia 20 tahun itu. Semalam dia di heret keluar oleh idol kesayangan ramai itu, Daehyun namun dia tetap tidak berganjak dari rumahnya. Sehari suntuk dia menunggu idol itu pulang ke rumah. Mujurlah artis muda itu tidak mengadakan konsert, jika tidak tidur berbekalkan lengan la jawabnya.huhu...

Walaupun dia menggunakan cara kotor untuk mengugut Daehyun, entah mengapa dia tak pernah merasa takut bersama dengan idol pujaan ramai itu.

Hanna merenung luar jendela. Kelihatan sungai yang terbentang luas begitu indah di sinari lampu-lampu neon sepanjang sungai. Kondominium mewah Daehyun mengadap Sungai  Han yang popular itu selain kedudukannya yang strategik untuk melihat keseluruhan bandar.

Hanna tersenyum. Cantik

Pandangannya terganggu dengan bunyi pintu yang di buka. Mungkin Daehyun baru balik. Duga Hanna. Dia yang berada di balkoni masuk semula ke dalam rumah. Kelihatan Daehyun yang terlantar lesu di atas sofa. Baru sahaja dia ingin menegur, kedengaran dengkuran kecil. Hajat Hanna terbantut begitu sahaja. Dia kembali ke dalam bilik dan keluar semula dengan sehelai selimut tebal. Perlahan-lahan dia menyelimuti tubuh Daehyun yang agak kurus itu. Bimbang pemuda itu akan terjaga. Dia mengusap lembut kepala Daehyun. Senyuman terukir di bibir.

“Walaupun aku kenal kau sebab kau popular tapi aku macam pernah kenal kau sebelum ni. Kita pernah kenal ke?” Hanna mengomel sendirian. Dia terus merenung wajah tampan Daehyun. Tanpa sedar dia turut terlena di sisi Daehyun.

 

Daehyun terjaga. Panahan cahaya matahari di musim bunga mengenai matanya. Terasa silau. Segara ingin bangkit namun hajatnya terbantut. Matanya tertumpu pada sekujur tubuh yang sedang lena di buai mimpi. Hanna yang sedang terbaring di atas lantai begitu nyenyak tidur hingga tanpa sedar baju tidurnya menyingkap pangkal pahanya. Daehyun tergamam. Terasa mukanya panas. Merah padam.

Bodoh betul perempuan ni.. ingat aku ni apa? Lelaki tak ada perasaan? Segera dia mengalihkan pandangan. Wajahnya masih terasa panas. Tak guna betul!

“Hai.. selamat pagi…” Hanna terjaga, dia mengeliat panjang sambil menguap. Tanpa mempedulikan Daehyun yang memandangnya dengan penuh hairan.

Apa jenis perempuan ini? Selamba betul. Langsung tak bersopan! Daehyun menggeleng kepala sambil menguak rambutnya ke belakang. Dia terus memerhatikan Hanna yang tanpa sedar dirinya  sedang diperhatikan.

Hanna yang masih agak mamai merangkak sebelum bangun berdiri sambil memegang kaki Daehyun yang masih leka memerhatikannya. Segera dia menuju ke bilik. Berdentum pintu bilik di hempas kasar oleh Hanna. Daehyun terkejut. Ganas betul!

Tidak lama kemudian kedengaran pancuran air dari dalam bilik tidur. Mungkin dia sedang mandi. Daehyun segera bangkit dan baru dia sedari bahawa ada selimut kesayangannya melingkari tubuhnya. Pandangannya teralih ke arah pintu bilik. Adakah dia… Daehyun menggeleng kepala. Tersenyum sendiri.  Selimut di lipat dan diletakkan di penjuru sofa. Dia mula mengeliat untuk membetulkan sendi-sendi yang terasa lenguh. Dia berjalan menuju ke balkoni. Mencari ketenangan sinar pagi.

 

Di dalam bilik…

 

Hanna yang baru sahaja keluar dari bilik air mencapai sehelai tuala dan mengelap rambutnya yang basah. Sambil itu menuju ke sebuah bilik kecil yang menempatkan semua pakaiannnya. Sebenarnya itu bilik koleksi pakaian Daehyun namun dengan tidak malunya, dia telah mengambil separuh ruang untuk meletakkan semua pakaiannya. Haha…

Selesai bersiap, dia menuju ke ruang tamu.

Namun Daehyun tidak kelihatan. Segera dia menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan. Orang Jepun gemar makan makanan berat waktu sarapan seperti orang Korea. Jadi tidak masalah rasanya untuk Daehyun memenuhkan perutnya di awal pagi.

Daehyun masuk semula bila terdengar bunyi sesorang sedang memasak. Kelihatan Hanna sedang leka memasak.

“Hai… “ Hanna tersenyum.

Tiada respon dari Daehyun. Marah lagi la tu… Ceh! Hanna meneruskan kerja memasaknya.

“Sampai bila kau nak duduk sini?” Daehyun bersuara. Akhirnya….. Kihkih..

“Entah la. “ Ringkas jawapan Hanna.

“Aku akan tinggal di sini sampai masanya untuk aku pergi” Dia menyambung lagi.

“Apa????”

Hanna tersengih. Kerja memotong sayur telah siap. Dia mula mengoreng. Dia akan masak nasi goreng Kimchi yang baru dipelajarinya semalam melalui internet. Zaman moden la katakan. Haruman masakan Hanna menusuk hidung anak muda itu.

Hachui!! Dia bersin. Hanna tertawa. Baru dia tahu hebatnya bila aku memasak! Hehe…

Daehyun sekadar menjeling tajam. Sukanya! Dia segera berlalu masuk ke dalam bilik. Bilik tidurnya yang satu itu telah di kongsi bersama perempuan asing itu. Gadis yang bernama Hanna itu adalah perempuan pertama yang begitu berani memasuki bilik tidurnya. Selama ini dia sendiri tidak pernah membawa mana-mana perempuan untuk tidur di katil empuknya. Tetapi Hanna… Kazama Ren sekadar menggeleng kepala. Segalanya telah berubah. Hanya kerana kemunculan gadis tinggi lampai itu…

“Sarapan sudah siap!!!!!”

Dan bermulut bising!

Urgghh… stress!

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet