The story (:

Little Note From Minah (:

   Kyungsoo meniti anak tangga dengan berhati-hati naik ke atas rumah pokok mereka. Dia tahu, Minah tentu ada di situ. Kalau tiada juga, memang dia sudah mati akal. Tidak tahu kemana lagi mahu mencari tubuh kerdil Minah itu.

 

   “Cik Minah tak ada. Dia baru sahaja keluar,”

 

   Kata-kata pembantu rumah Minah tadi masih gamat berlegar di mindanya. Mana Minah pergi? Pelbagai tanda tanya menyelubunginya. Setahunya, semenjak dia menjalankan hubungan dengan Hara, Minah mula menjauhinya secara perlahan. Entah kenapa. Kini, bila dia sudah putus dengan Hara, sama sahaja kelakuan Minah.

 

   Melihat rumah pokok itu, kenangan zaman kanak-kanak mereka berdua mulai membuka skrin tayangan di mindanya.

 

   “Aku rindu. Jujur, aku rindu segalanya,”

 

   Kyungsoo masuk ke dalam rumah pokok itu sebaik sahaja dia selesai meniti anak tangga. Tenang. Kyungsoo cuba untuk beranggapan positif bahawa Minah ada di situ. Kalau tiada, hancur harapannya untuk meluahkan apa yang ada di lubuk hatinya yang sebenar-benarnya.

 

   Namun, sangkaannya meleset. Tiada langsung bayang Minah. Hanya angin sepoi-sepoi yang bertiup menampar wajah. Kyungsoo cuba untuk kuat. Dia sudah tidak tahu mahu mencari Minah kemana lagi. Dia tahu, Minah memarahinya. Marah kerana mengabaikannya. Mungkin (?)

 

   Secara perlahan, Kyungsoo mengelilingi rumah pokok mereka itu. Pandangannya ditajamkan. Giat mengeliar ke kanan dan kiri. Dia rindu. Rindu suasana sewaktu mereka kecil dulu. Segalanya sudah berubah sekarang. Memori lama tu dah terbang. Hilang bersama helaian-helaian harapan yang kian hancur.

 

   Tiba-tiba sahaja…

 

   Kedu…

 

   ‘Minah <3 D.O’

 

   Kyungsoo terkedu. Tubuhnya langsung tidak boleh bergerak. Sistem sarafnya juga bagaikan berhenti bekerja. Dia tidak tahu mahu memberi reaksi apa. Bagai ada satu petir menerjah diri, Kyungsoo terkejut.

 

   “Jadi, selama ni… Minah… suka aku…?” bisik hati Kyungsoo sendirian. Hanya Minah sahaja yang memanggil Kyungsoo dengan panggilan ‘D.O’. Memang Minah yang tulis. Tiada orang lain lagi yang boleh disyaki.

 

   Ukiran di batang pokok itu Kyungsoo usap. Kesan ukiran itu seperti sudah lama diukir. Tetapi, entah kenapa baru dia perasan akan kehadiran ukiran itu hari ini. Di sudut rumah pokok itu pula, ada sebuah meja yang cantik tersusun. Kyungsoo mendekati meja itu lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

 

   Bingkai gambar yang kemas diletakkan di atas meja itu Kyungsoo tatap. Ya.. gambar sewaktu mereka kecil dulu. Tak sangka masih ada di situ. Kyungsoo memalingkan bingkai gambar itu. Ada satu nota yang tercatat di atasnya.

 

   “Ini D.O dengan Minah. Kami kawan baik! Dan kami tak akan terpisah” –Minah

   “Minah, kita janji akan jaga awak baik-baik tau!” –D.O

 

   Memori lama itu semakin giat berlegar-legar di mindanya. Itu… nota yang mereka tulis sewaktu mereka kecil dulu. Tulisan keanak-anakkan mereka menggelikan hati Kyungsoo. Sungguh comel. Janji itu… Kyungsoo mula memikirkan janji yang telah dia ungkapkan sewaktu itu. Aku dah betul-betul laksanakan apa yang aku janjikan ke?

 

   Sentap sebentar. Lantas bingkai gambar itu kembali ke tempat asal. Tiba-tiba sahaja satu buku nota berwarna merah jatuh sewaktu Kyungsoo cuba untuk menarik laci meja itu. Tersemat di sisi buku itu, satu keychain berbentuk love berwarna merah jambu.

 

   “Minah! Nah amik ni! Awak amik warna pink, kita amik warna biru okay?”

 

   Satu per satu memori mula menghantui mindanya. Teringat kembali. Itulah keychain yang telah dia berikan kepada Minah sewaktu dia memenangi pertandingan mewarna semasa berada di gred 1 dulu. Tak sangka, Minah masih menyimpannya. Dengan perlahan, Kyungsoo membuka buku nota itu. Isi kandungan buku itu masih belum diketahuinya.

 

10 Februari

D.O, harini kau kata kau suka dengan Hara. Sedara aku sendiri. Walaupun aku cemburu, aku cuba sembunyikan perasaan aku. Aku gembira bila kau gembira. It’s okay. Jangan risau, aku akan tolong kau dapatkan dia :’)

 

 

17 Februari

Harini kau kata kau happy. Gembira sebab Hara terima kau. Sekali lagi, aku cuba tukar air muka aku. Aku sembunyikan perasaan aku sendiri. But it still… aku okay.

 

20 Februari

D.O, mana kau? Kenapa kau dah lama tak datang ke rumah pokok ni? Atau kau sibuk dengan Hara? Aku faham. Pasangan paling sweet kan? :’) Aku happy bila tengok kau happy.

 

25 Februari

Tadi aku nampak kau dengan Hara. Aku ingat nak tegur, tapi tak apalah. Mungkin tak ada sebab aku nak kacau kau dengan Hara waktu tu. Sorry sebab tak tegur kau T-T

 

28 Februari

D.O! AKU RINDU KAU SANGAT-SANGAT. KENAPA KAU DAH LAMA TAK JUMPA AKU HAA? HMM IT’S OKAY T.T Aku ingat ayat kau lagi. “Bila rindu aku, kau tatap keychain love yang aku pernah bagi kau dulu dan serta-merta aku akan hadir menemani kau,” Tapi, bila aku tatap, kenapa kau tak ada dekat sebelah aku? Urgh.

 

1 Mac

D.O! kau datang rumah aku kan tadi? Sorry sebab tak ada dekat rumah. Aku melawat atuk aku dekat hospital. Dia sakit T.T Masa mak aku kata kau ada datang rumah tu, aku terus berlari pergi rumah kau sebab aku rindukan kau. Tapi, kau tak ada. Mak kau kata kau keluar. Kau date dengan Hara ke? :’(

 

5 Mac

Harini aku sedih. Sedih sebab aku tak sempat nak luangkan lebih banyak masa bersama atuk aku. Ye, atuk aku dah meninggal.. akhirnya dia jumpa tempat yang lebih tenang. Waktu macamni, hanya kau sahaja yang aku perlukan. Hanya kau sahaja yang boleh menjadi penguat semangat aku. Tapi, mana kau? Kenapa langsung tak nak jenguk aku? Gwanchaena. Aku faham.

 

   Membaca isi yang ada di dalam buku nota itu membuatkan Kyungsoo berasa salah. Ya, dia bersalah. Kyungsoo menarik nafas panjang. Aku masih belum tunaikan janji aku tu…

 

   Kyungsoo gagahkan juga untuk menyelak helaian sebelah. Biarpun hatinya berat, dia mahu juga membacanya biarpun dia tahu itu semua memang salahnya. Dia meneruskan. Keluhan kecil dihempas.

 

7 Mac

D.O sorry sebab aku senyum tawar je dekat kau tadi. Aku bukan tak nak layan kau. Tapi, aku masih murung. Aku belum dapat terima kenyataan yang atuk aku dah meninggal. Tiada penguat semangat aku macam dulu. Aku tak kuat bila penguat semangat aku hilang.

 

8 Mac

Aku nak luahkan perasaan aku dekat kau. Tapi, aku tak boleh. Aku tak mahu merosakkan kebahagiaan kau dengan Hara. Aku tahu kau sayangkan dia. Jadi, aku tak ada hak nak halang. D.O, aku suka kau. Memang aku suka kau sejak kita kecil lagi. Cuma kau tak perasan. It’s okay weh. Aku tahu kau tak akan baca pun buku nota ni. Rumah ni pun kau dah lama tak jenguk. Aku tahu kau bahagia dengan Hara. Itu pun sudah memadai :’) Sorry sebab aku jauhkan diri aku. Aku dah fikir masak-masak. Aku tak akan menjadi penghalang lagi. I still love you*^*

 

13 Mac

Harini aku tunggu ucapan kau macam selalu. Akulah orang yang paling bahagia harini. Even omma appa aku lupa yang harini hari lahir aku, aku tak kisah. Asalkan bukan kau. Tapi, tadi Kai datang jumpa aku. Kenapa mesti Kai yang sampaikan ucapan tu? Kenapa bukan kau yang sampaikan sendiri? Aku nak daripada mulut kau bukan orang lain. D.O, aku rindu kau yang dulu. A lot.

 

   Peluh yang mula menitik keluar daripada liang romanya dikesat. Matanya berkaca. Ada sembilu yang mula menucuk hujung hatinya. Kyungsoo terasa pedih. Semuanya salahnya. Memang semua salahnya. Dan memang salah dia yang buat Minah sengsara.

 

15 Mac

D.O, how about you and Hara? Aku dengar yang korang gaduh. Hmm maklumlah, pasangan hot sekolah. Apa-apa mesti orang stalk. Janganlah gaduh-gaduh okay? Nanti tak sweet.  Aku sentiasa doakan kebahagiaan korang berdua. Aku cuba walaupun hati aku tolak :’)

 

19 Mac

Tadi kau bawa aku jalan-jalan ke sekitar Sungai Han. Senyuman aku mula mengukir. Aku rindu nak jumpa kau. Tapi, aku terpaksa mengelak bila Hara telefon kau. Aku kata aku kena balik, sebaliknya aku tipu. Kyungsoo, kau tak perlu tipu aku kalau kau sebenarnya nak bersama Hara. Aku faham.

 

24 Mac

Ternyata betul sangkaan aku. Kau dah lama tak datang rumah pokok kita ni. Kau tak rindu ke rumah ni? Hmm. D.O, aku nak pindah. Family aku terpaksa berpindah ke German. Ayah aku ada kerja dekat sana. Aku nak bagitahu kau tapi aku tak sanggup. Aku tahu kau akan sedih. So, aku tak mahu bagitahu kau.

 

 

26 Mac

Aku dapat tahu korang dah putus. Aku pun turut bersimpati. Tu pun Hara yang beritahu aku. Sorry sebab aku dah lama tak datang sekolah.  Ayah aku dah failkan borang berhenti sekolah aku. Jangan risau, kau boleh dapatkan dia balik nanti (: lagipun, bunga bukan sekuntum. Jangan sedih, nanti aku pun sedih.

 

29 Mac

Aku akan bertolak esok. Aku doakan kebahagiaan kau dengan Hara. Jangan risau, nanti aku buat kemunculan kembali hehehe :p It’s okay tentang segalanya. Aku tahu kau akan datang juga ke rumah pokok ini akhirnya kan? Esok aku akan lawat rumah pokok ni untuk kali terakhir. Aku harap kau ada bersama… /walaupun ini hanya angan-angan kosong mungkin/

 

   Nota terakhir itu masih ada kesan-kesan pena yang masih basah. Mungkin nota itu  baru ditulis. Dan…. Dia mahu pindah?! Kyungsoo mengetuk kepalanya sendiri. Entah kenapa dia menganggap dirinya sebagai seorang yang sangat bodoh sekali. Bodoh kerana membiarkan Minah sebegitu.

 

   Dia mengeluarkan sebentuk cincin berlian yang tergantung pada rantai daripada poket jaketnya. Cincin itu digenggam sekuat hati. Dengan harapan, Minah akan datang sebentar lagi. Dia sanggup menunggu biarpun bertahun.

 

   Tiba-tiba sahaja, bunyi tapak kasut mula mendekati. Lantas Kyungsoo memandang tajam ke arah pintu rumah pokok itu.

 

   “Hyeri? Apa kau buat dekat sini?” sangkaannya meleret. Bukan Minah. Tapi Hyeri, sahabat baik Minah. Kehadiran Hyeri membuatkan Kyungsoo terkedu.

 

   “Eh Kyungsoo. Baguslah kau ada dekat sini. Sebenarnya...” tak sempat Hyeri menghabiskan ayatnya, Kyungsoo mendekati. Kyungsoo memegang bahunya.  Bahu Hyeri digoncang kasar. Tindak Kyungsoo itu membuatkan Hyeri kalut.

 

   “Bagitahu aku satu je, mana Minah? Bagitahu aku sekarang!!” nada suara Kyungsoo ditinggikan. Hyeri yang mendengarnya sangat terkejut. Jarang Kyungsoo berpelakuan sebegitu.

 

   “Aku nak letak surat daripada Minah ni sebenarnya. Hmm Minah. Well, you know... dia dah pergi lapangan terbang…,” nada suara Hyeri tersekat. Bagai ada benda yang menyekat kerongkongnya. Lantas Kyungsoo mencapai surat itu lalu berlari keluar menjauhi Hyeri.

 

Lapangan terbang Incheon

 

   Kyungsoo berlari masuk ke dalam lapangan terbang. Namun, kelibat Minah langsung tidak kelihatan. Peluh makin giat keluar daripada tubuh. Namun, langsung tidak diendahkan. Apa yang penting sekarang, dia perlu mencari Minah dan ceritakan segalanya kepada Minah.

 

   Langkahnya dipercepatkan. Kyungsoo keluar daripada lapangan terbang. Cuba mencari Minah di luar pula. Matanya mula berkaca apabila mengingati kembali apa yang telah ditulis oleh Minah di dalam buku nota itu tadi.

 

    Tiba-tiba sahaja, dia ternampak akan kelibat Minah. Jauh di simpang jalan sana, Minah yang terkedek-kedek membawa bagasi sedang menunggu untuk melintas jalan. Dengan perasaan yang teruja, Kyungsoo berlari ke arah Minah.

 

   “Minah!” jerit Kyungsoo teruja. Cincin berlian yang ingin diberinya kepada Minah tadi tersemat di dalam genggamannya.

 

     kebaboooow !! (ini bunyi kereta belanggor okay? aku mmg failed bab ni u.u )

 

   Bunyi hentakan yang kuat memecah angkasa. Cincin yang berada di dalam genggaman Kyungsoo tadi, terpelanting jauh daripada tangannya. Kyungsoo rebah di dalam lumuran darah yang membasuh dirinya.

 

   “D.O!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Minah. Lantas dia berlari ke arah Kyungsoo yang sedang rebah di atas jalan raya. Bagasinya ditinggalkan sahaja di situ.

 

   “D.O tolong jangan tinggalkan aku,” ucap Minah. Suaranya tersekat. Ada benda yang mengganggu nada suaranya. Dia segera memangku kepala Kyungsoo yang berlumuran darah itu.

 

   “Minah, aku sayang kau. Aku minta maaf,” nada suara Kyungsoo meleret. Nafasnya asyik tersangkut-sangkut. Orang ramai juga mula mengelilingi mereka.

 

   “Kau tak salah pun!” kata Minah separuh menjerit. Dia tersedu.

 

   “Kau tak buat salah pun. Yah pabo-ya! Jangan berani kau tutup mata kau,” Minah memeluk lembut tubuh lemah Kyungsoo. Tangisannya semakin kuat. Bagai anak kecil yang inginkan ibunya.

 

   “Min…ahhhhh… am..am..ambik.. c… cin… cin… tuu…” Kyungsoo menunjuk jari telunjuknya ke arah cincin yang terpelanting tadi. Cincin itu terjatuh ke atas jalan raya. Lantas Minah mencapai cincin itu.

 

   Minah memegang cincin itu dengan tangisannya. Kyungsoo tersenyum lalu mengambil cincin itu daripada tangan mulus Minah. Cincin tadi bertukar tangan.

 

   “A…aku.. sa..yang… kaaauu… Bbang… Minah…” cincin itu disemat ke jari manis Minah. Semakin kuat tangisan Minah. Matanya sudah tidak boleh menampung air mata yang mencurah laju.

 

   Lantas Kyungsoo menyeka air mata yang membasahi pipi Minah. “Jang…an… men…menangis… ak..aku.. sayang… kkau… aku… min…mint…minta… ma…ma…ma…ma..af..” tangan Kyungsoo terjatuh daripada pipi Minah. Mata Kyungsoo tertutup rapat dengan perlahan-lahan.

 

   “D.O!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

 

( There is something that you didn’t look, but you feel. It is love )

 

   “Maafkan saya, Do Kyungsoo tidak dapat diselamatkan. 29 Mac 2013, jam 8:47 malam. Kami sudah buat yang terbaik. Maafkan saya sekali lagi,”

 

   Sentap. Minah rebah ke lantai. Bagai ada beban berat yang menimpa tubuhnya yang kerdil itu, Minah menangis dalam tangisnya sendiri. Tak sangka dan tak sangka. Kenapa kau tinggalkan aku dulu? Mana janji kau yang kau akan jaga aku? Kyungsoo-yyah, aku minta maaf sebab jauhkan diri daripada kau.

 

   Omma dan appa Kyungsoo cuba untuk menenangkannya. Omma dan appanya sudah pun bertolak ke German. Hanya tinggal dia seorang sahaja di Korea. Meratap kesedihannya sendiri.

 

   “Sabar ye? Biarlah Kyungsoo mencari ketenangan dekat sana,” ujar Puan Do dalam nada suaranya yang agak tersekat. Dia memeluk tubuh Minah yang berada di dalam kesedihannya sendiri.

 

( love is not based on face, but it based on heart )

 

   Minah melangkah longlai masuk ke dalam rumah pokok mereka berdua. Dia nampak kesan-kesan yang ditinggalkan oleh Kyungsoo. Dia tahu, pasti Kyungsoo datang ke rumah pokok itu sebelum dia meninggal dunia. Harapannya tidak sia-sia. Kyungsoo datang jua akhirnya.

 

   Tiba-tiba sahaja mata Minah tertancap pada lantai rumah pokok. Ada satu kertas yang terlipat berwarna putih. Segera dia mencapai kertas tersebut.

 

Minah,

Wajahmu laksana bulan mengambang,

Yang selalu menyinari malamku kala matahari hilang menyembunyi,

Dan hatimu laksana pelangi,

Yang selalu menemaniku di kala hujan pergi,

Kelakuan keanak-anakkanmu bagaikan penghibur lara,

Yang selalu menghiburkan hati kala sedih menyelubung diri,

Tawa dan senyumanmu,

Itulah yang membawa kebahagiaan dan ketenangan ke dalam diriku.

 

Bang Minah,

Sudikah kau menjadi pasangan sehidup sematiku? Juga menjadi bidadari di kala aku sunyi di syurga nanti?

 

    Mata Minah berkaca. Ada benda yang mengganggu hatinya. Dia tersentuh dengan apa yang dibacanya. Mungkin, Kyungsoo mahu melamarnya. Namun, kerana keegoannya, Kyungsoo terpaksa tergadai nyawa.

 

   Minah melangkah lemah ke tingkap rumah pokok. Pandangannya dilemparkan jauh ke luar. Cincin berlian yang tersemat di jari manisnya diusap. Tanpa disedari, airmatanya jatuh bersama guguran bunga yang juga jatuh dengan harapan yang tenggelam.

 

   “Minah, aku akan jaga kau okay?”

 

   “Minah! Tengok tu, muka beruang tu macam kau lah! Hahaha,”

 

   “Minah aku suka Hara,”

 

   “Minah, janganlah nangis. Nanti aku akan nangis sama,”

 

   “Minah merajuk! Hahaha buruk beno muka dia,”

 

   “Bang Minah macam squidward! Hye spongebob! Hahaha,”

 

   “Bang Minah can! Hwaiting!”

 

   “Minah kau comel bila marah. Marahlah lagi hehehe,”

 

   “Minah, rambut kau macam sarang tebuan pulak harini nyahaha!”

 

   “Minah, ambil cincin itu,”

 

   “Minah, jangan menangis,”

 

   “Minah, maafkan aku,”

 

   “Minah, aku sayang kau,”

 

   “Minah…..”

 

   Biarpun segala memori itu akan hilang bersama dengan angin harapan, Minah tahu bahawa Kyungsoo sentiasa menunggunya di sana. Dan dia tahu, memori itulah yang bakal menjadi memori yang terindah dalam hidupnya bersama dengan seorang lelaki yang bernama Do Kyungsoo.

 

   “Aku sentiasa cintakan kau, D.O. Tak ada siapa yang boleh ganti kau,”

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Nursyuhada
#1
Chapter 1: Tragiknya...huhuhu..

Dh lah dyo mati masa birthday saya
vogurt_
#2
baca balik cerita nyh .maigadd . weyh kenape bila bce second time smpai hingus meleleh nyh /lap hingus / kau ta nak buat sequel ke ? pleaseuu .__.
jaejie
#3
Chapter 1: Sedihnya cerita Y.Y nak nangis tapi baca part last-ii tu mcm kelakar pulak pftt xDD jalan cerita yang daebak kawan *^*
exosaranghaeyo #4
Chapter 1: Baca citer ni smbil dengar lagu dont go huhuhu sedih giler
Mrpotato2003
#5
Chapter 1: Tsk Tsk Tsk... Tahniah kerana anda tlah mmbuatkan kolam air mata saya berair :') sngt best and sedih :'D
Myungjiyounglo
#6
Chapter 1: sedih aku. menangis teruk aku kt part last tu. penat aku nangis terukkk huaaaa ;~;
baekyeolexo87
#7
Chapter 1: uwaahhh~~ Siannye T^T
let me cry~~
KayKyuQ
#8
Chapter 1: ;aaaaaaa; lemme scream T^T srsly sedihh maaaa...
nurulizzahramanlee
#9
Chapter 1: Ouh sweetnyer gosh